Tak pelik macam mana tikus boleh berkeliaran dalam rumah lepas tahu benda ni. Rupanya ini punca tikus berkeliaran di kawasan rumah.

Haiwan kucing

Tikus tertarik kepada makanan kucing dan anjing kerana ia mempunyai bijirin dan nutrien lain yang diperlukan olehnya. Tanpa kita sedari, banyak perkara yang dilakukan dalam kehidupan seharian menyebabkan kawasan rumah menjadi kotor dan menyebabkan kehadiran haiwan perosak seperti tikus dan lipas.

Menurut seorang doktor haiwan, Pedro M. Aponte, tabiat tidak membersihkan bekas makanan haiwan peliharaan setiap hari dapat menarik perhatian tikus ke dalam rumah. Jelasnya, tikus tertarik kepada makanan kucing dan anjing kerana ia mempunyai bijirin dan nutrien lain yang diperlukan olehnya.

Bekas makanan haiwan peliharaan harus dicuci setiap malam sebelum tidur.

“Membiarkan makanan haiwan peliharaan di dalam mangkuk semalaman akan menarik perhatian tikus, kerana mereka adalah binatang yang aktif pada waktu malam. Tikus mempunyai deria bau yang sangat kuat yang dapat membantu mereka menghidu makanan haiwan kesayangan anda di waktu malam,” katanya.

Aponte berkata, tikus juga mempunyai penglihatan yang cukup baik pada waktu malam untuk meneroka rumah anda. Tambahnya, pemilik kucing dan anjing tidak perlu membersihkan bekas makanan haiwan peliharaan mereka setiap kali selepas waktu makan, tetapi hanya perlu melakukan sedemikian pada waktu malam sebelum tidur.

Jelasnya, tikus lebih cenderung untuk mencari makanan pada waktu malam untuk mengelak daripada terserempak dengan manusia dan haiwan peliharaan yang berada di rumah. Dia juga menasihati pemilik haiwan peliharaan supaya menyimpan makanan di dalam bekas tebal dan tertutup rapat yang tidak boleh dihancurkan oleh tikus. “Bekas plastik atau kotak yang nipis akan digigit dan dihancurkan oleh tikus yang kelaparan tanpa ragu-ragu dengan mudah,” katanya. Sumber : Mstar

Wanita Ini Terpaksa Kunci Laci Dan Peti Sejuk Gara Gara Si Bulusnya. Rupanya Ini Yang Si Keith Buat.

Seorang wanita terpaksa mengambil langkah ekstrem dengan mengunci laci dan peti sejuk rumahnya demi mengelakkan kucing peliharaannya mencuri makanan. Lapor Metro UK, semasa kali pertama Sara Matthews, 47, membawa pulang Keith, si kucing untuk dijadikan hadiah hari jadi buat anak perempuannya, wanita berkenaan sedar bahawa Keith mempunyai beberapa masalah kesihatan termasuklah mengalami berat badan berlebihan. Pelbagai cara telah dilakukan Matthews untuk membantu Keith mengurangkan berat badannya, termasuklah melakukan diet dan lawatan kerap ke klinik haiwan. Walau bagaimanapun, kucing putih bertompok hitam itu menambah berat badannya daripada 4.9 kilogram kepada 10.8 kilogram hanya dalam masa tujuh tahun.

Jelas Matthews, hanya beberapa bulan selepas dia membawa kucing terbabit pulang ke rumah, Matthews yang bekerja sebagai pembantu peribadi terpaksa meletakkan childproof locks pada peti sejuk dan beberapa laci di kediamannya untuk mengelakkan Keith si kucing memanjat dan mencvri makanan. Tambah Matthews yang berasal dari Bristol, dia pada mulanya risau Keith akan terperangkap di dalam laci kerana dia sering cvri-cvri masuk. “Semakin lama, hampir kesemua laci di dalam rumah yang menyimpan makanan perlu dikunci. Tak kisahlah jika pemegang laci berbentuk bulat atas sebagainya, Keith pasti akan mencari jalan untuk masuk ke dalam dan mencvri makanan,” katanya.

Terang Matthews lagi, sebelum ini dia pernah meletakkan satu beg pasir kucing di hadapan laci untuk mengelakkan Keith ‘memecah masuk’ ke dalam laci. Pun begitu, ia ternyata gagal kerana anak bulusnya itu mampu menggerakkan beg pasir berkenaan dan berjaya mencvri makanan. “Kalau dulu kami hanya menyimpan makanan Keith dalam plastik tapi kini kami perlu menyimpannya di dalam bekas berpenutup. Sebelum ini, kami pernah cuba puzzle feeder untuk mengelakkan Keith makan berlebihan, tapi dia hanya terbalikkan alat itu,” katanya lagi. Selalu cvri keluar dari sangkar dan makan makanan kucing lain

Difahamkan, Matthews pertama kali berjumpa Keith ketika dia dibawa ke pusat perlindungan haiwan di mana Matthews selalu melakukan kerja-kerja sukarelawan. Kata wanita itu, Keith pada mulanya undernourished dan mempunyai masalah penghadaman. Pun begitu, ia tak menghalang kucing terbabit untuk mencvri keluar dari sangkarnya dan makan makanan yang disediakan untuk kucing-kucing lain di pusat perlindungan haiwan terbabit. “Pada awalnya, Keith memang akan makan segalanya walaupun benda-benda pelik. Kami pernah paksa Keith diet tapi dia berjaya tambah berat badan selepas curi makanan daripada tong sampah jiran.”

Disebabkan berat badan Keith, Matthews memberitahu anak bulusnya itu berdepan pelbagai komplikasi termasuklah kemungkinan tak akan bangun jika diberikan bius. “Keith memang kucing yang sangat pandai. Saya ada beli microchip feeders untuk kucing-kucing saya yang lain dimana ia hanya boleh digunakan oleh kucing yang memakai tag tersendiri, walaupun begitu, Keith berjaya mengatasi sistem itu. Bila saya telefon syarikat pengeluar microchip feeders tu, mereka pun terkejut dan tak pernah dengar ada haiwan yang mampu mengatasi sistem mereka.” Meskipun mempunyai masalah berat badan, Matthews berkata Keith tetap hidup seperti mana-mana kucing normal lain dan sering bermain bersama anak perempuan Matthews dan dua kucing peliharaan mereka yang lain. Sumber: Metro UK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *