Tular kereta yang dinaiki pelawak terlibat kejadian yang tak diingini dengan motosikal penghantar makanan. Dan ini keadaan mereka.

Viral

Kereta dinaiki seorang pelawak lelaki mengalami kejadian yang tak diingini dengan sebuah motosikal penghantar makanan di Jalan Perniagaan Setia Utama, Johor Bahru pada malam tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, dalam kejadian jam 12.43 tengah malam itu, pelawak dan pemandu wanita berusia 33 tahun yang memandu Hyundai Elantra tidak mengalami sebarang luka.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta itu membelok ke simpang sebelah kanan jalan dan terkena motosikal jenis Yamaha 15ZR dari arah laluan bertentangan.”Penunggang motosikal mengalami luka di muka dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Ismail (HSI). “Siasatan polis mendapati pemandu kereta terbabit memandu secara cuai semasa hendak membelok masuk simpang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurutnya, s4man dikeluarkan ke atas pemandu kereta terbabit di bawah Rule 3(2)(B) LNN166/59. Sumber dan kredit foto: Harian Metro

Pelawak Seberang Sanggup Tayang Rambut Demi Duit Tidak Peduli Kritikan Warganet On Off Pakai Tudung.

Pelawak terkenal dari Indonesia, Elly Sugigi mengakui masih belum berhijab penuh dan tidak kisah jika perlu menanggalkan tudung demi tuntutan kerja. Menurut laporan Tabloid Bintang, Elly berkata dia tidak ambil pusing dengan kritikan dan komen segelintir pihak berhubung pendiriannya dalam isu ini.

Meskipun rela tayang rambut kerana tuntutan kerja, dia akan memastikan dirinya memakai pakaian yang sesuai serta tidak mencolok mata. “Saya pakai stokin, baju lengan panjang supaya tak nampak aurat. Rambut dilepas tak apa, yang penting saya tidak nampak aurat (lain) dan tidak berbuat dosa. (Ini) Pekerjaan, mencari wang di kala pandemik begini,” katanya yang sedang mempelajari lebih mendalam mengenai agama. Ibu tiga anak itu tidak peduli dengan kritikan orang tentang dirinya saat memakai hijab maupun tak pakai hijab. Ia menegaskan akan tetap menjalani perintah Allah.

“Bismillah pakai hijab maupun tidak aku tetap menjalan perintah Allah menjandi manusia yang baik dan sempurna di mata Allah,” kata Elly. “Meski pun di mata kalian aku tetaplah elysugigi yang penuh sensasi dan drama itu hak kalian yang punya mulut dan tangan,” tutupnya.

Gadis Tomboi Ini Tampil Berhijab Selepas Kehilangan Orang Yang Sangat Berjasa Dalam Dirinya. Tapi Ada Juga Warganet Yang Mempertikaikan Perkara Ini.

Kata Sha, dia perlahan-lahan berubah selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 2018. “Tiada apa yang mustahil.” Demikian kata Shaheen Banu Mohamed Dilshad, 30, seorang wanita berperwatakan lelaki yang sudahpun berubah kepada fitrah asal pada tahun 2019. Mesra disapa Sha, dia berkata perubahan itu bertitik tolak selepas kehilangan bapanya akibat sakit berkaitan paru-paru pada tahun 2018.

“Sha dari tomboi umur 14 tahun dah potong rambut pendek. Masa tu suka main bola, selalu berkawan dengan lelaki. Cara berbual pun kasar. Tak ada nak lemah lembut. Mak bising juga sebab rambut pendek, tapi saya kata rimas sebab nak main bola. Sejak abah dah tiada, saya terfikir nak jaga nama baik dia. Sejak detik tu saya mula berubah perlahan-lahan,” ujarnya.

Menurut wanita dari Singapura itu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang mengerjakan Umrah di Makkah, pada 2019.

Sha yang aktif di aplikasi TikTok turut menerima pelbagai komen negatif sebelum ini berhubung penampilan dirinya.

“Dulu abah selalu nasihat, dia kata nanti saya susah cari jodoh. Tapi saya pekakkan telinga. Abah sakit mendadak dari Januari 2018. Pada April tahun sama abah telah pergi. Bermula dari situ saya cuba ubah diri. Sudah tentu mak gembira dengan perubahan ini. Tapi Sha sedih sebab abah tak sempat tengok perubahan diri ini. Ada juga rasa menyesal, tapi mungkin ada hikmahnya,” ujarnya lagi.

Saya ambil hal ini sebagai satu perjalanan untuk belajar, untuk istiqamah.

Menurut Sha, dia yang aktif di aplikasi TikTok turut menerima pelbagai komen negatif sebelum ini berhubung penampilan dirinya. Malah, Sha terpaksa membuat video transformasi dirinya kerana ada yang tak percaya dan menyangka dia sebenarnya seorang lelaki.

Sha, dari Singapura kini bekerja sebagai rider penghantar makanan.

“Sebelum ni saya tak pernah pun post video zaman jadi pengkid, saya rasa tak perlu. Saya cuma kongsi video sewaktu dah bertudung. Tapi ada orang cakap saya ni lelaki bertudung. Jadi saya terangkan bahawa saya dulu pengkid. Saya pun ada buat video transition perubahan diri saya. Sekarang Alhamdulillah banyak dapat komen sokongan. Tapi ada juga yang minta bukti pengenalan diri. Pada saya, tak perlu rasanya. Masa awal-awal dulu ada juga rasa sedih. Tapi saya ambil hal ini sebagai satu perjalanan untuk belajar, untuk istiqamah. Anggap ia sebagai dugaan,” ujarnya yang bekerja sebagai rider penghantar makanan.

Sanggup Jalani Operasi Memasang Antena. Lelaki Ini Dikatakan Boleh Merasa Perubahan Cuaca Dan Atmosfera Serta Mampu Berhubung Dengan Pelbagai Peranti Melalui Wi-Fi

Seorang lelaki Sepanyol mendapat perhatian ramai selepas dia menjalani operasi memasang antena berupa sirip di tengk0raknya. Alat itu dikatakan berfungsi untuk mengesan perubahan cuaca dan tekanan atmosfera.Berbicara mengenai tujuannya melakukan operasi drastik itu, Manel de Aguas, 24, berkata, dia merasakan ia satu idea yang baik untuk berhubung dengan hujan dan fenomena atmosphera yang lain melalui antena berkenaan.

“Saya selalu merasakan saya mempunyai hubungan yang special dengan hujan. Operasi ini membolehkan saya berhubung dengan lebih dalam lagi dengan hujan dan fenomena lain,” katanya.Boleh rasa perubahan suhu, kelembapan dan tekanan atmosfera melalui tengkorak

Sebagai seorang ‘propioespecie’ yang membawa maksud seseorang individu yang tidak mengikut definisi biologikal manusia biasa , Manel akhirnya dapat merealisasikan impiannya itu awal tahun ini di sebuah klinik di Jepun selepas hasratnya itu pernah ditolak beberapa doktor di negara kelahirannya, Sepanyol.

“Saya memang berminat dengan hidupan marin, tidak kiralah hidupan itu wujud di dunia nyata atau fantasi. Disebabkan itulah saya memilih untuk mempunyai organ yang diinspirasikan daripada sirip ikan terbang,” kata Manel.

Menurut lelaki itu lagi, penambahan organ artificial itu membenarkan dia mendengar bunyi atmosfera bergntung kepada keadaannya pada sesuatu masa.Antena berupa sirip ikan itu adalah seberat 500 gram dan boleh dicas semula dengan tenaga solar. Selain itu, ia juga mampu berhubung dengan pelbagai peranti melalui Wi-Fi.

“Saya akan menggunakan organ baru saya ini untuk meneroka cuaca,” kata Manel.Manel merupakan pengasas Trans-Spesies Society di Sepanyol. Selain dirinya, terdapat juga ahli lain dalam kumpulan berkenaan yang melakukan modifikasi badan dengan fungsi seperti dapat merasakan gempa bumi dan kebolehan mendengar warna.

Seorang Lelaki Ini Guna Cara Unik Untuk Sembunyikan Sesuatu Dari Isterinya. Sekali Isterinya Buka Kotak Kasut Penuh Dengan Wang

Biasanya kalau dah berpasangan, dan tinggal serumah agak susah sebenarnya nak rahsiakan perkara daripada pasangan kita.Iyalah nama pun dah berkongsi ruangkan, jadi privasi tu kuranglah sikit. Jadi bagi memastikan barangan peribadi tidak dicer0bohi sesiapa, kena la kreatif sikit.

Kalau dulu orang simpan duit di bawah tilam dan celah-celah baju, kali ini si suami letak di tempat yang lebih terdedah. Simpan harta dalam kotak kasut!Menerusi perkongsian dibuat oleh akaun Instagram @dunia_kaumhawa, seorang lelaki menggunakan cara unik untuk menyorokkan wang miliknya dari diketahui si isteri.

Kalau nak mencari barangan rahsia, tempat pertama kita tuju mesti dekat tempat-tempat yang tersembunyikan.Tapi tindakan si suami yang mengambil wang dari kotak di rak kasut isterinya menimbulkan syak wasangka wanita itu. Manakan tidaknya, rak kasut itu dipenuhi dengan kasut wanita, mana datang duit pula?

Tak tunggu lama, si isteri segera membuka kotak kasut itu. Ternyata harta karun yang ditemuinya…Wahhh siapa sangka betul-betul si suami simpan duit dalam kotak kasut je, berkepok-kepok pula tu! Tapi, nasib baiklah isterinya baik, selamat la duit tu dekat dalam kotak tu je.Korang ada tak tempat pelik yang dijadikan tempat simpanan?

Warganet Hairan Lihat ATM Paparkan Skrin Di Bahagian Atas Mesin. Mesin Keluar Duit Di Sebuah Negara Ini Menarik Perhatian Ramai Setelah Satu Perkongsian Di Twitter Ini Mula Tular

Kebiasaanya bila tiba masanya untuk keluarkan duit di mesin keluar duit (ATM), ramai akan lebih selesa menggunakan mesin yang tidak digunakan oleh ramai orang.Bukan sahaja dapat jimatkan masa daripada beratur panjang, malah kurang la perasaan diperhatikan oleh orang-orang dibelakang nanti.

Ye lah, semua orang mahukan privacykan?Tapi jangan haraplah untuk dapatkan privasi kalau korang terpaksa gunakan mesin ATM ni.“Memang nak bagi orang tengok ke?”Menerusi perkongsian yang dibuat oleh satu akaun Twitter milik @wapres2024, mesin ATM yang disediakan di satu kawasan di Indonesia ini menarik perhatian ramai.

Manakan tidak, biasanya skrin paparan hanya dilihat oleh pengguna sahaja, tapi lain pula dengan ‘teknologi’ baru ini. Video ini menunjukkan skrin paparan bagi ATM mesin ini diletakkan di bahagian atas mesin, dan boleh dilihat oleh orang yang berada di sekitarnya. 

Ini bukan bohong ya, mesin ini memang betul-betul wujud.Bagaimanapun menerusi akaun Twitter Bank Central Asia (BCA), mereka menjelaskan bahawqa mesin ATM tersebut sudah diperbaiki dan boleh digunakan seperti biasa semula.Yang menarik perhatiannya, rata-rata warganet lebih mementingkan soal baki akaun yang dapat dilihat umum berbanding perihal keselamatan yang sepatutnya diutamakan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *