Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dan amat kecewa kerana warga agama tolak vaksin.

berita ISU SEMASA

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa dukacita dan amat kecewa apabila dimaklumkan hanya 203 daripada 873 orang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan jurunikah di negeri ini yang hadir semasa sesi program vaksinasi khas Covid-19 Frontliner Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini.

Menerusi satu kenyataan di Facebook Selangor Royal Office hari ini, lebih mendukacitakan baginda ialah apabila seramai 96 daripada 203 orang yang hadir menolak untuk divaksin.

Titah baginda, nama-nama individu yang memutuskan untuk tidak divaksin akan diteliti dan satu ketetapan berhubung tindakan yang akan diambil terhadap mereka bakal ditentukan kelak.

“Apa yang berlaku amat mengecewakan baginda kerana kedegilan individu tertentu ini akan hanya menyusahkan urusan sekalian rakyat jelata terutamanya murid-murid yang akan meneruskan pembelajaran KAFA,” kata kenyataan itu.

Baginda bertitah, pelbagai inisiatif sudah dilakukan khususnya daripada gesaan baginda sendiri dengan kerjasama pihak JAIS dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), demi memastikan kesejahteraan seluruh umat Islam di Selangor.

“Ini termasuk memperluas dan mempermudah pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada petugas masjid dan pejabat agama bagi membolehkan umat Islam kembali menunaikan ibadah dan melakukan aktiviti keagamaan seperti biasa,” kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, media melaporkan JAIS akan mempersembahkan senarai individu yang enggan menerima vaksin di bawah kelolaan pihaknya kepada Sultan Selangor, Jumaat ini.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ia susulan terdapat kalangan guru KAFA, pegawai serta ahli jawatankuasa masjid dan penolong pendaftar nikah JAIS yang masih enggan menerima vaksin walaupun program khas vaksinasi diwujudkan untuk mereka.

Sultan Johor Rasa Bangga Dengan Kejayaan Anak Kelahiran Johor Yang Tidak Lupa Asal Usul.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa bang.ga atas kejayaan dua anak kelahiran Johor yang menempa nama di luar negara.

Kedua-dua mereka itu merupakan pelawak dan pelakon Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings iaitu Ronny Chieng dan penyanyi yang juga penulis lirik lagu, Gin Lee.

“Ronny Chieng yang sebelum ini membintangi filem Crazy Rich Asians bersama pelakon popular Malaysia, Henry Goulding kini muncul di dalam filem keluaran Marvel, Shang Chi and The Legend of The Ten Rings yang akan ditayangkan di Malaysia pada Oktober tahun ini.

“Beliau bermula sebagai pelawak terkenal sejak zaman universiti, di mana Chieng tampil bersama Trevor Noah pada tahun 2013,” titahnya.

Menurut Sultan Ibrahim, Chieng tidak melupakan asal usulnya apabila beliau menunjukkan pasport Malaysia.

“Beliau juga fasih bertutur dalam bahasa Melayu dengan mengatakan ‘Johor Bahru kampung saya, saya anak Malaysia’ dalam sebuah video promo filem Shang Chi sempena Hari Malaysia.

“Beliau turut menggunakan perkataan ‘lah’ dan ‘meh’ dalam pertuturan harian dan menunjukkan cara membuat pesanan di kopitiam seperti rakyat Malaysia,” titah Baginda.

Sementara itu, Sultan Ibrahim turut bertitah mengenai kejayaan Gin Lee yang mengeluarkan album sulung berjudul ONE & ONLY pada 29 Disember 2009 selepas menjuarai pertandingan menulis lagu “Malaysia’s Universal Music” pada usia 18 tahun.

“Penyanyi berusia 34 tahun baru-baru ini telah berganding di atas satu pentas bersama penyanyi popular Hong Kong, Jacky Cheung di acara Miss Hong Kong 2021.

“Mereka membawakan lagu duet Let the Street Lights Rest When the Sun Rises.

“Tahniah di atas pencapaian luar biasa mereka di peringkat antarabangsa. Terima kasih kerana mengharumkan nama Johor. Saya percaya Johor mempunyai banyak bakat terpendam yang masih belum dicung.kil.

“Jadikan kejayaan mereka sebagai contoh dan inspirasi kepada rakyat Johor. Saya berharap mereka terus kekal meletakkan nama Johor di mata dunia,” titah Sultan Ibrahim.

Sementara itu, menerusi ruang komen, rata-ratanya meluahkan rasa syukur mereka apabila Sultan Ibrahim menghargai kejayaan anak-anak Johor tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.

“Daulat Tuanku, terima kasih hargai anak-anak Johor”.

“Tahniah semua anak Johor atas kejayaan mereka”.

“Syukur, bangganya ramai anak Johor kini menempa nama di luar negara,” tulis beberapa warganet.

Gambar:

https://www.instagram.com/p/CT897Cvhkpv/?utm_source=ig_web_copy_link

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Agong Beri Pesanan Menerusi Tiga Rangkap Pantun Menarik Perhatian Ahli Parlimen.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menarik perhatian ahli-ahli Parlimen apabila baginda mengakhiri titah dengan tiga rangkap pantun.

“Izinkan beta untuk mengakhiri titah ini menerusi tiga buah rangkap pantun sebagai pesanan tulus ikhlas beta buat ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,” titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dari Segamat ke Kota Tinggi,
Hajat mulanya ke Kuala Pahang;
Kepada Yang Berhormat ikhlaslah berbakti,
Tidaklah rakyat gusar dan bimbang.

Kalau memandang langit yang tinggi,
Jangan lupa rumput di bawah;
Bekerjalah Yang Berhormat sepenuh hati,
Martabatkan negara kembali bermaruah.

Rempah halia digaul diuli,
Buat ramuan nasi kebuli;
Sumpah setia ketaatan diberi,
Pertahankan negara dan ibu pertiwi.

Sebelum itu, baginda bertitah setelah lebih setahun berlalu, negara masih lagi belum bebas sepenuhnya daripada pandemik Covid-19.

Titah baginda, negara dan rakyat telah terlalu lama dibelenggu dengan masa hadapan yang kelam, bergelut dengan isu kesihatan dan juga kemurungan ekonomi.

Menurut baginda, terlalu ramai rakyat yang terkesan dengan penularan pandemik itu dan terlalu ramai juga rakyat yang telah kehilangan sumber rezeki.

“Ratusan pucuk surat telah beta terima dari rakyat beta yang merintih penuh duka dengan seribu harapan agar sinar perubahan dapat mereka kecapi dengan segera bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa,” titah baginda.

Sehubungan itu, baginda menasihatkan semua ahli Parlimen supaya jangan sama sekali meletakkan masa depan negara dan rakyat sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu.

“Justeru; beta menyeru kepada ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk mengembalikan fokus kepada usaha memerangi pandemik Covid-19 serta membawa kembali sinar kepada rakyat beta dan negara tanah tumpahnya darah kita.

“Semoga Malaysia serta rakyat yang beta kasihi akan terus diberkati dan dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala dengan taufik dan hidayah; aman sentosa serta hidup bersatu padu di bawah lindungan-Nya,” titah baginda. 

Sumber: – Harakahdaily.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *