Stacy dedah cerita sebelum masuk islam. Suami banyak kongsi tentang perkara ini.

Amalan artis OH AGAMA selebriti

Queen of Dancing Malaysia’, Stacy Anam mengimbas kembali pengalamannya menjadi ‘saudara baharu’ apabila 24 Ogos lalu, genap enam tahun usia Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.

Stacy Akui Akim Banyak Bimbing Dekati Islam

Perkongsian itu dibuat Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya kendalian usahawan yang juga pelakon dan penyanyi, Tya Ariffin. Menurut Stacy, dia akui suaminya yang tercinta  Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.

Malah, kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4, itu, pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam selama ini cukup santai dan ‘tidak terlalu berat’.

“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.

“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’. Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik.

“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami. Pandai adik merujuk kepada Akim ambil hati kakak (Stacy). Pada 26 September 2015, kami bertunang. Seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” kata Stacy.

Dedah Ibubapa Teman Peluk Islam

Kata penyanyi lagu Pakai Buang itu lagi kepada Tya, antara detik paling bermakna dan manis untuk dikenang  hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia memeluk Islam.

Bagaimanapun, jika diimbas kembali, detik berkenaan juga dicalari dengan penyebaran gambar serta video proses pengislaman Stacy tular dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.

“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi kecoh.

“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.

Stacy tanpa berselindung berkata, hatinya bagai melalui satu episod yang cukup dasyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.

“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.

“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.

“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira. Ketika itu saya sedar, perasaan bukan bukan itu hanya mainan emosi,” tambah Stacy.

Dalam pada itu, Stacy mengakui dia masih belajar untuk menjadi manusia yang terbaik.

“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” katanya lagi

Untuk info, Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu. Ia kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin. Sebelum ini, program tersebut telah mencuri perhatian ramai apabila secara eksklusif berkongsi pelbagai kisah peribadi dan pengalaman figura-figura terkenal.

Sumber: Murai.

Tular Video Pesakit Terbaring Mahu Masuk Islam. Frontliners Bantu Ucap Syahadah.

Meskipun pandemik Covid-19 dianggap sebagai mengancam nyawa, namun masih terdapat hikmah di sebalik kejadian bagi segelintir individu sekali gus dapat mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.

Terbaharu, tular sebuah video di media sosial yang dimuat naik oleh pengguna laman Facebook, Jhaysa Daud hari ini memaparkan seorang wanita dipercayai pesakit Covid-19 terbuka hati bagi memeluk Islam.

“Seorang wanita di Sandakan, Sabah minta masuk Islam sebelum ditidurkan,” dakwa Jhaysa menerusi ruangan kapsyen posting tersebut.

Menerusi rakaman berdurasi dua minit 15 saat itu, wanita berkenaan dilihat sedang terbaring di atas katil hospital dengan menggunakan tiub bantuan pernafasan sebelum didatangi beberapa petugas kesihatan.

Petugas tersebut yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) turut memegang sekeping kertas tertulis dua kalimah syahadah bagi memudahkan proses pengislaman.

Tonton video penuh:

https://www.instagram.com/tv/CT_8LuvLjwo/?utm_source=ig_web_copy_link

“Okey aunty, aunty tahu kan apa kita mahu buat. Kita dah belajar tadi kan. Kasi niat, seikhlas hati,” kata petugas berkenaan.

Selepas mengangkat jari telunjuk, wanita tersebut secara perlahan-lahan mengikuti lafaz yang disebut petugas itu sehingga selesai termasuk maksud di sebalik kalimah suci Allah SWT itu.

“Alhamdulillah aunty, dengan mengucap dua kalimah syahadah tadi, aunty sudah menjadi Muslim ya. Muslim sudah amin,” ujarnya.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dan kesahihan mengenai rakaman video tersebut yang telah mengundang pelbagai reaksi positif warganet.

Video itu menerima 5,900 perkongsian setakat ini dan 4,000 tanda suka selain ratusan komen warganet yang rata-rata meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar wanita berkenaan diberi kesembuhan.

Sumber: Facebook Jhaysa Daud , Instagram Video Dakwah

Tular Wanita Yang Dikatakan Persnda Islam. Sekali Mila Jirin Bersuara Dan Ramai Pula Warganet Yang Setuju.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah video melibatkan seorang wanita yang didkwa telah mempersendakan agama Islam. Wanita berkenaan yang juga merupakan pengasas jenama kosmetik itu dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berani memberitahu, tidak suka menunaikan solat dan pada tahun 2021, tiada lagi orang yang bersembhyang.

Kenyataan tersebut nyata mengundang reaksi ramai termasuklah penyanyi dan usahawan, Mila Jirin. Jelas Mila, dia berasa amat sedih sebaik sahaja melihat video tersebut lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan secara terbuka tanpa memikirkan kesan yang akan dihadapinya dikemudian hari. “Lulvh hati dengar seorang saudara islam mengungkapkan kata kata secara lisan dan terang terangan “Jangan suruh aku sembahyang. Ambil air sembahyang (wuduk) pun tak reti’. Walaupun baru mengenali beliau atas isu diatas, hati terus berdetik laju mohon Allah hadirkan hidayah dan kembalikan beliau kejalan yang lurus,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Persis Mutiara ini menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram. Di kesempatan itu juga, Mila turut menitipkan doa semoga wanita tersebut diberikan hidayah untuk kembali semula ke jalan Allah SWT. Katanya lagi, sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki dan nikmat yang telah Allah berikan meskipun tak terhitung dosa yang telah kita lakukan.

“Kita semua pend0sa, Allah tutup a1b kita, Allah tetap limpahkan kasih sayang dengan memberikan rezeki dan pelbagai nikmat, kenapa kita sendiri yang bangga menceritakan aib tanpa rasa bers4lah. “Moga Allah terus jaga hati kita agar tidak berbolak balik. Lindungi kami Allah,” ujarnya lagi. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet turut senada dengan Mila selain turut menitipkan doakan semoga wanita berkenaan diberikan kesedaran dan ruang untuk bertaubat.

Sumber: Media Hiburan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *