Neelofa dan suami hadir sebutan semula kes langgar SOP.

artis Hiburan

SEREMBAN: Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya hari ini hadir ke Mahkamah Majistret Seremban bagi sebutan semula kes pendakwaan atas pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebuah kedai permaidani di Nilai, 2 Mei lalu.

Noor Neelofa dan Muhammad Haris Mohd. Ismail tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban di Seremban 2, di sini kira-kira pukul 8.40 pagi.

Yang turut kelihatan peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di Nilai 3 di sini, 2 Mei lepas.

Noor Neelofa kemudian dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 oleh mahkamah atas pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual.

Muhammad Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Kedua-dua mereka dituduh di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021. – UTUSAN ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Mama Neelofa Baik Hati Tunai Hasrat Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Air Tangannya.

Rata-rata daripada ibu mengandung pasti akan melalui fasa mengidam, kan? Ada sahaja makanan yang ingin dirasai sebelum tiba waktu bersalin. Ada makanan yang senang diperoleh, ada juga pelik-pelik!

Baru-baru ini, ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini berkongsikan ada menerima emel daripada pengikutnya yang hamil tiga bulan teringin merasai nasi goreng daging harimau menangis air tangannya.

“Aina tak kisah kalau Aunty nak jual pun tak apa tapi memang mengidam sangat.”

Malah, individu ini juga sanggup membayar harga nasi goreng asalkan dapat melepaskan rasa ‘mengidam’. Tidak mahu menghampakan permintaan ibu mengandung, Datin Kartini segera masak. Siap hantar depan pintu rumah lagi sementara nasi masih panas!

Menurutnya, sebaik membaca hasrat tersebut dia berasa tersentuh dan tidak sampai hati untuk menolak permintaan. Dia bersyukur dapat menghantarnya sendiri kepada Aina. Dia juga berharap kejadian ini menjadi titik permulaan silaturahim di antara mereka.

Di ruangan komen, orang ramai turut berasa sayu dan memahami apa yang sedang dilalui ibu mengandung seperti Aina. Mereka turut memuji sikap keibuan Datin Kartini dalam menunaikan hasrat ibu hamil mengidam makanan sebelum melahirkan.

Sumber: Rotikaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sekali Lagi Berkongsi Rezeki. Kali Ni Noor Kartini Masak Nasi Goreng Harimau Menangis Untuk Sedekahkan Kepada Pekerja Alam Flora.

Ibu selebriti dan usahawan Neelofa, Datin Noor Kartini sekali lagi berkongsi rezeki, kali ini bersama pekerja Alam Flora di sekitar kawasan kediaman Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Selangor pada hari Jumaat minggu lalu. Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Kartini memasak Nasi Goreng Daging Harimau Menangis untuk disedekahkan kepada seramai 50 individu yang bekerja di sana.

Kongsi rezeki setiap Jumaat

Menurutnya, dia menggunakan sebanyak 3 pek produk Harimau Menangis jualannya untuk menyediakan hidangan tersebut. “Saya rasa sangat bersyukur kerana setiap Jumaat kita dapat berkongsi rezeki dengan mereka. Mungkin ramai yang terlepas pandang jasa mereka membersihkan persekitaran rumah kita. “Tanpa mereka, mungkin kawasan rumah kita tak seindah yang kita dapat kecapi sekarang, Alhamdulillah,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap kemurahan hati wanita berusia 55 tahun berkenaan. Dalam pada itu ramai juga yang berasa sebak tatkala melihat wajah-wajah pekerja Alam Flora yang mana kebanyakannya sudah berusia.

Alhamdulillah moga murah lagi rezeki

Terdahulu, Noor Kartini pernah mengagihkan roti serta kuah kari yang disediakannya sendiri bertujuan untuk berkongsi rezeki dengan pekerja penyapu sampah di kawasan perumahannya.

Sumber: Instagram Noor Kartini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Admin dah mengaku dia yang buat. Tak boleh berdiam akhirnya peguam ini mula bersuara dedahkan sesuatu buat Noor Kartini tergamam.

ika ada admin, pasangan atau kekasih yang dikatakan menggunakan akaun media sosial kita dan membuat kenyataan berbaur jnyh atau saIah disisi undng-undng, siapa yang saIah?

Sama ada kita pemilik akaun atau yang menulis itu? Tulisan ini merujuk kepada situasi semalam terdapat satu muatnaik dari akaun Instagram Datin Noorkartini yang mempertikaikn titah SuItan Johor.

Susulan itu, dia telah memohon maaf dan membuat laporan polis dan menyatakan bahawa bukan dirinya yang memuatnaik status tersebut tetapi kerana kecuaian pekerjanya yang mempunyai akses kepada Instagram miliknya.

Jadi, andai kata situasi ini berlaku kepada kita. Jika ada bekas kekasih, bekas pasangan, ‘rival’ ditempat kerja yang tiba-tiba menggunakan komputer kita di tempat kerja dan memuatnaik sesuatu menghna negara, agama atau bngsa menggunakan akaun media sosial kita untuk mengenakan kita.

Kadang-kadang kita ini, mungkin autosaved semua password dalam komputer. Bagaimana? Siapa saIah? Secara tegasnya, akaun kita, milik kita, liabiliti kita dan ianya merupakan tanggungjawab kita. Oleh itu, beban kesaIahannya pada kita.

Itu adalah ‘presumption’ atau anggapan dalam situasibegini. Tetap kita saIah sebagai penama, melainkan sekiranya kita dapat membuktikan sebaliknya.

Undng-undng berkaitan penama dan pemilik ini jelas. Kita lihat dari sudut pandangan situasi undng-undng lain. Dari sudut jnyh, contohnya kita adalah pemilik kenderaan. Kita jualkan kenderaan kepada kedai terpakai.

Kita serahkan kereta dan tidak ambil tahu status penjualan kerana kita pun dah ada kereta brand new. Tiba-tiba ada laporan polis kereta kita digunakan dalam kes rompkn dan semua pnjnyh berjaya melarikan diri. Kita memang tidak tahu menahu.

Ikut semakan polis, nama kenderaan masih belum ditukar dan atas nama kita. Memandangkan kita penama, yang bakal ditahn dan disiasat itu kita, yang perlu menjawab soalan kita.

Melainkan kita sertakan segala surat penyerahan kenderaan dan bukti-bukti. Tetaplah juga kita menghadap proses siastan dan dithn. Begitu juga situasi kes tuntutan sivil, kalau kita benarkan rakan kita memakai kenderaan dan kemudian dia memandu secara cuai sehingga menyebabkan kejadian tak diingini.

Bukan sahaja pemandu yang disaman di mahkamah, pemilik kenderaan yang tiada ditempat kejadian juga disaman atas prinsip undng-undng ‘Vicarious liability’ atau tanggungan vikarius kerana pemilik kenderaan memberi izin dan kawalan di atas kenderaan.

Sama-sama kena tanggung bayar ganti rugi. Sama juga dalam kes yang disebabkan oleh pnpuan, kecuaian, kegagalan oleh pekerja. Majikan perlu menanggung kecuaian, kesilapan, kegagalan dan/atau kecn pekerja sekiranya dilakukan dalam menjalankan pekerjaan dan/atau waktu bekerja.

Secara asasnya dalam undng-undng, penama kepada akaun media sosial yang akan bertanggungjawab. Akaun kita dan semua orang tahu itu akaun kita. Sebarang tulisan dianggap sebagai tulisan kita.

Di Mahk4mah, kalau guna pembelaan ‘saya hanyalah penama dalam kes beli kereta, buat pinjaman bagi, bekas kekasih, bekas tunang, bekas pasangan dan saya langsung tidak merasa walau sesen pun hutng’.

Ini semua ini tidak laku kerana atas perjanjian yang tandatangan itu kamu, bukan pihak lain. Penama! Bukan isu tidak adil tetapi isunya siapa suruh beri nama? Siapa suruh tandatangan perjanjian yang mengikat bayar htng? Bank ada bukti terhadap penama, duit pinjaman dimasukkan dalam akaun penama.

Jadi berbalik kita kepada isu Datin Kartini ini, secara jelasnya dia adalah penama dan akaun adalah miliknya maka secara asasnya atau anggapannya dia bertanggungjawab. Bagaimana sekiranya dia meletakkan beban kepada pekerja yang ditugaskan menjaga akaun IG?

Saya faham, ramai selebriti, VIP, ahli politik yang menggunakan admin untuk menguruskan akaun media sosial mereka untuk kekal aktif dan ada content. Mungkin kerana jadual kerja yang sibuk.

Jadi dia adalah majikan dan kita patah balik kepada prinsip undng-undng tanggungan vikarius. Sebagai majikan perlu memantau dan bertanggungjawab penuh. Hal-hal begini berat kerana ‘influencer’ mempunyai ramai pengikut dan setiap tulisan akan disampaikan kepada ratusan ribu atau jutaan orang.

Jadi impaknya sangat besar. Berbeza dengan pemilik akaun lain yang penyampaiannya minimum. Saya selit sedikit nasihat kepada pemilik perniagaan yang mempunyai akaun media sosial yang dijaga oleh admin.

Pastikan setiap admin yang menguruskan akaun media sosial menandatangani perjanjian Non-Disclosure Agreement bagi tujuan kerahsiaan. Jangan lupa juga perjanjian atau dokumen yang mengesahkan admin ada akses dan kawalan kepada akaun. Nyatakan juga waktu akses dan kawalan akaun.

Sekiranya berlaku sesuatu isu seperti penipuan, tulisan kebencian atau apa-apa sahaja, admin juga akan bertanggungjawab secara bersama. Saya pesan ini kerana banyak juga kes berlaku, admin saIah tadbir akaun dan cabut lari. Jadi pemilik akaun perlu hati-hati.

Apa-apa pun, kita pemilik akaun yang bertanggungjawab. Cantik jika ada dokumen mengesahkan. Undng-undng itu jelas. Jika kita ada pembelaan, bagus. Isu mengurus dan mentadbir akaun ini bukan boleh dipandang ringan jadi jangan semberangan serahkan akses atau kawalan kepada orang. Terutama sekali akaun peribadi.

Bayangkan, anda ada ratusan ribu pengikut di media sosial dan anda sangat dikenali. Setiap tindak tanduk diperhatikan. TersaIah tulis, tersaIah laku. Semuanya jadi perhatian. Jika dibuatnya orang yang kita berikan hendak kenakan kita, menulis menghna agama, menghna SuItan dan memuatnaik gambar tak senonoh.

Memang anda boleh minta pihak berkuasa block tetapi ambil masa. Hendak rosakkan akaun orang beberapa minit pun cukup. Kita boleh beri pembelaan dan alasan, kita juga mungkin boleh di mahk4mah dengan mengemukakan hujah dan bukti tetapi belum tentu boleh menang di ‘court of public opinion’.

Hidup dengan kebencian dan makian orang ini berat. Hati tidak tenang. Kesimpulannya, jika kita pemilik atau penama ,kita bertanggungjawab. Jadi berhati-hatilah dalam segala situasi yang saya sebutkan di atas.

Sumber:FB Nor Zabetha via asiakini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *