Lana lebih selesa berada di negara kelahiran. Tayang kehidupan di AS membuatkan ramai yang panas.

artis Hiburan Kehidupan Keluarga Kisah Rumahtangga

Umum mengetahui, minggu lalu pelakon Lana Nodin berkongsikan mereka sekeluarga sudah selamat tiba di Amerika Syarikat.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Lana mengakui dia lebih selesa berada di negara di kalahiran suaminya itu apatah lagi mempunyai kebebasan serta tiada diskiriminasi.

Tidak lokek berkongsikan kehidupannya di AS, namun ada yang kurang senang dengan perkongsiannya itu. Enggan peduli dengan kecaman diterima, Lana berkata dia berhak berkongsikan apa sahaja di media sosial miliknya.

Lana turut meminta kepada mereka yang tak senang dengan perkongsiannya itu boleh pergi jauh-jauh dan tidak perlu tengok video dimuat naik olehnya.

“Kepada yang bernanah tengok video saya, saya nasihatkan tak payah tengok sebab nanti mengundang drama.

“Saya tak minta anda ikuti lagipun engkau orang yang kata saya suam-suam kuku, tapi datang juga IG saya dah kenapa? Korang yang panas punggung kenapa?” tulisnya.

Dalam pada itu, Lana turut mempersoalkan warganet yang mengritik dirinya serta dikatakan riak apabila berkongsikan mengenai kehidupannya di AS.

“Sekarang bila saya balik sini, korang panas punggung kenapa? Sebelum kecam saya dulu kamu tak fikir, sekarang tiba masa saya bagi keadaan sebenar kamu cakap riak pula? Bukan korang nak sangat tau sini macam mana ke?” tulisnya.

Sumber: Rotikaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Nak Kaji Apa Punca Antivax Tak Nak Ambil Vaksin. Sekali Rupanya Ini Yang Kerajaan Ingin Pertimbangkan.

Kerajaan kini dilaporkan sedang mempertimbang mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 dalam usaha untuk mencapai sasaran komuniti kelompok menjelang Oktober ini. Menurut Harian Metro, perkara itu dijelaskan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata kerajaan sedang meneliti perkara itu secara menyeluruh dan ia akan diumumkan selewat-lewatnya bulan depan.

Kaji mengapa antivaksin tolak vaksin Covid-19

Kajian dilakukan termasuklah ke atas golongan yang menolak vaksin atau digelar antivaksin serta tindakan undang-undang mengikut peruntukan sedia ada akan dikenakan jika suntikan vaksin diwajibkan. Kita sedang timbang sama ada nak wajib mandatori atau apa, sedang teliti (dan) tak lama lagi, kita akan umumkan sama ada bulan ini atau bulan depan.” Kita akan kaji terlebih dahulu jika kumpulan antivaksin ini tidak mahu menerima vaksin kerana berpeny4kit atau sengaja tidak percaya dengan vaksin.” Sumber : Lobak Merah

Ada Pula Pihak Jual Sijil Digital Vksin Palsu Di Media Sosial. Tapi Ini Pula Yang Jadi Tanda Tanya.

Nampaknya ‘ramalan’warganet sudah menjadi kenyataan. Sijil digital pengesahan individu lengkap disuntik dua dos vaksin Covid-19 dikesan telah mula dijual. Menurut Kosmo, perkara itu dikongsikan Ketua Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Datuk Dr. Mohd. Rushdan Mohd. Noor di Facebook peribadinya. Difahamkan, pihak tidak bertanggungjawab yang menjual sijil digital vksin itu menerusi media sosial pada harga RM15 dan sijil palsu tersebut memaparkan maklumat penerima sijil berkenaan.

Macam mana nak tahu tulen ke palsu?

Pihak berkuasa perlu melakukan semakan ketulenan sijil digital tersebut dengan mengimbas kod QR yang tertera pada sijil. Bagaimanapun, beliau berkata, masalah yang akan timbul adalah kesukaran pihak berkuasa untuk melakukan semakan terperinci. Sudah mula dijual di atas talian. Kalau orang ramai dibenarkan buat kad pengenalan sijil vksin ataupun mencetak sendiri sijil vksinasi, macam mana pihak berkuasa nak kenal antara yang tulen dan palsu?”

Siapa ada maklumat, minta tampil

Susulan itu, polis Kedah telah menerima satu laporan polis semalam berhubung penularan isu penjualan sijil vksin digital palsu ini. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, laporan polis berhubung kegiatan itu diterima jam 9.44 pagi semalam. Menurut Berita Harian, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua- duanya.” Setakat ini, tiada laporan polis yang diterima berkaitan pemilikan atau penjualan sijil vaksin digital palsu dan PDRM Kedah menasihatkan orang ramai supaya berhati- hati serta tidak mudah terpengaruh untuk memiliki sijil terbabit.” Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kes ini diminta untuk tampil menyalurkan sebarang informasi kepada PDRM Kedah di talian 04-7741275 atau MERS 999 atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Noorulazanni Muhammad Noor di talian 011-10318409. Sumber : Lobak Merah

Peminat Kpop Kongsi Journey Ambil Suntikan Vaksin. Sekali Ini Pula Yang Warganet Minta Padanya.

Gempak ! Begitulah yang dapat digambarkan mengenai video kisah perjalanan seorang pemuda yang teruja untuk menerima dos pertama vaksin Covid-19. Berlatarkan lagu Survivor yang dipopularkan oleh kumpulan Destiny’s Child, video yang memaparkan pengalaman seorang bekas pesakit Covid-19 menjadi perhatian warganet.

“Perghhh macam tengok iklan dekat wayang. Serius gempak,” komen seorang warganet berhubung video yang meraih lebih 160,000 tontonan di aplikasi TikTok. “Dah macam travel la pula, tapi hakikatnya pergi (ambil) vaksin.” “Nak pergi (ambil) vaksin je, tapi dia punya video kalah trailer filem.” antara komen-komen warganet lain.

Zani selepas discaj dari PKRC di Maeps, Serdang.

Pemuda berkenaan, Muhammad Izzani Islahuddin memberitahu, dia merupakan bekas pesakit Covid-19 selepas dijangkiti virus itu tanpa gejala pada 1 Februari lalu. Anak muda berusia 22 tahun itu berkata, dia dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di Serdang, Selangor selepas mengalami gejala ketika hari ketujuh menjalani kuarantin di rumah.

“Setelah tiga bulan dijangkiti Covid-19, saya berpeluang untuk menerima suntikan vaksin. Saya tahu pesakit Covid-19 yang telah pulih mempunyai risiko untuk dijangkiti semula. Vaksin ni merupakan perlindungan terbaik untuk meningkatkan imunisasi badan dengan mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19,” katanya.

Zany pada mulanya berasa sedih apabila dijangkiti Covid-19.

Lebih mesra disapa Zany, dia mengimbas kembali detik sewaktu disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada bapanya yang mendapat jangkitan itu di tempat kerja. “Jujurnya, masa tu saya down sangat sebab saya berada di rumah selama empat minggu kerana sibuk dengan kelas secara dalam talian dan melakukan tugasan pengajian.

Rasa teruja ambil vaksin tu macam dapat ‘jemputan’ daripada menteri kesihatan. Saat kena cucuk vaksin, saya bersyukur kerana tak sangka menjadi antara orang awam yang terawal menerima vaksin

“Saya ambil masa untuk memperoleh kekuatan, dengan menghasilkan video-video di TikTok memperoleh sokongan keluarga dan rakan-rakan. Saya reda dengan dugaan yang menimpa saya,” ujarnya yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor. Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia memperoleh slot tempahan suntikan vaksin AstraZeneca menerusi pendaftaran secara dalam talian pada Mei lalu.

Zany (kiri) bergambar kenangan bersama doktor selebriti, Dr Say Shazril yang bertugas sebagai sukarelawan di pusat pemberian vaksin di PWTC.

Dia juga tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan teruja menjelang tarikh janji temu di pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, pada 2 Jun. “Memang excited. Saya bersemangat untuk menerima suntikan vaksin. Saya nak tunjukkan semangat itu menerusi kisah perjalanan saya yang dibuat dalam video.

“Rasa teruja ambil vaksin tu macam dapat ‘jemputan’ daripada menteri kesihatan. Saat kena cucuk vaksin, saya bersyukur kerana tak sangka menjadi antara orang awam yang terawal menerima vaksin,” katanya yang turut berkongsi keterujaan akan menerima vaksin, di laman sosial kira-kira seminggu sebelum tarikh janji temu. Zany yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi menasihatkan orang ramai sama ada pernah dijangkiti atau tidak dijangkiti Covid-19, supaya mengambil suntikan vaksin demi kebaikan bersama.

Zany mahu memberi kesedaran mengenai kepentingan mengambil vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, peminat kumpulan K-Pop Twice itu mendedahkan bahawa dia sepatutnya menghasilkan video ‘survivor’ sebaik dibenarkan pulang ke rumah selepas pulih Covid-19. “Patutnya nak buat selepas ‘survive’ dijangkiti Covid-19. Tapi masa tu saya sibuk nak kemas rumah, nak sanitasi dan perlukan masa untuk berehat dan bertenang. Bila tiba janji temu untuk ambil vaksin, saya fikir inilah harinya untuk kongsi perjalanan saya dari seorang bekas pesakit Covid-19 kepada penerima suntikan vaksin Covid-19. Tak sangka video ‘journey’ saya mendapat perhatian hingga ada yang minta saya buat tutorial. Teknik suntingan dan rakaman video ini mendapat inspirasi daripada video-video trailer video muzik lagu-lagu K-Pop,” katanya yang sering berkongsi minat menari terutama lagu-lagu K-Pop dan suntingan video di TikTok.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *