Ibu mengucap panjang lepas anak buang kucing keluar sebab nak duduk dalam sangkar.

Haiwan kucing

Anak-anak jika duduk di rumah pasti ada sahaja idea dan telatah mereka yang mampu mencuit hati dan tak kering gusi tetapi ada juga yang yang buatkan ibu bapa pening kepala melihat idea-idea mereka. Perkara ini dapat disamakan dengan perkongsian seorang ibu di TikTok yang terkejut dengan anak kecilnya yang duduk di dalam sangkar kucing.

Video itu sempat dirakam oleh ibunya yang bernama Ain Darman memaparkan anaknya selamba sahaja duduk di dalam sangkar tersebut sambil mengeluarkan beberapa ekor anak kucing yang lain.

VIDEO:

https://media.siraplimau.com/2021/09/v0f025gc0000c55ukcrc77ucut05e9f0.mp4?_=1

Meskipun ibunya sudah menyuruh keluar namun dia tetap duduk di dalam sangkar itu tanpa menghiraukan bebelan ibunya yang masih terkejut melihat situasi seperti itu.

“Ya Allah kenapa awak pula yang pindah duduk sini. Keluar la Nina. Dia keluarkan semua kucing dan duduk dalam ini,” bebel ibunya.

“RISAU KALAU ADA SEEKOR DUA LAGI…”

Video mencuit hati itu menerima 400,100 tontonan dan seperti biasa pasti warganet juga turut terhibur melihat telatah comel Menina yang tidak menghiraukan ibunya itu dan tetapi duduk di dalam sangkar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Siapa Sangka Usaha Pemuda Ini Mendapat Perhatian Warganet. Dia Bina Sendiri Sangkar Kucing Hanya Dengan Gunakan Benda Ini.

Sebagai seorang pencinta kucing, mestilah kita nak kucing kita selesa duduk dengan kita. Makan minumnya dijaga, tempat tidur pun kalau boleh nak bagi yang elok-elok.

Menyedari akan hal itu, seorang lelaki telah membina sendiri sangkar kucing untuk keselesaan haiwan kesayangannya itu. Korang boleh tengok hasil dan bahan yang digunakan untuk buat sangkar kucing tu dalam tweet @ihsnzlkfle kat bawah ni.

Pujian warganet

Hasil usaha yang dia lakukan memang cantik dipandang. Walaupun mengambil masa berminggu, tapi sangkar yang dibina ternyata kemas dan sedap mata memadang.

Ada pintu kiri kanan memang senang. Nak bersihkan dalam sangkar senang, nak kemas pun senang. Bestnya, admin nak jadi kucing tu jugak lah.

Betul. Design yang dibuat nampak moden. Harap boleh jadi inspirasi untuk yang tengah berfikir-fikir nak buat sangkar kucing sendiri.

Kan… admin first time tengok pun terus terpersona. Cantik betul design dia kan. Untuk korang yang nak tengok gelagat kucing beliau boleh tengok dekat Instagram kucingnya dekat @zen.and.friends.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Beruntung Kucing Di Singapura Ini Dapat Terima Rumah Mini. Perkongsian Ini Ternyata Memberi Inspirasi Kepada Orang Lain

Bagi manusia, rumah merupakan tempat berteduh dan tempat perlindungan daripada panas mahupun cuaca teruk. Oleh hal demikian, satu perkongsian dari satu komuniti SIngapura dalam kumpulan facebook bernama Cats and Kittens of SIngapore telah menciptakan satu rumah mini khas yang diperbuat daripada cardboard terpakai untuk kucing susulan musim sejuk.

Jika dilihat, ada seekor kucing berwarna kelabu hitam berada di hadapan rumah mininya yang tertulis perkataan Meow. Difahamkan kucing itu juga akan berada di dalam rumah pada waktu malam dan seakan mendapatkan kehangatan untuknya.Manakala di sisi lain pula, terdapat lukisan kucing yang berada di sebelah kanan rumah mini itu. Alahai comel betul rumah ni

Tambahan pula, pengguna Facebook yang lain juga dilihat berkongsikan rumah mini yang diciptakan oleh mereka di ruangan komen.Difahamkan, inisiatif yang dilakukan masyarakat itu adalah untuk melindungi kucing-kucing di kawasan kejiranan yang diilhamkan oleh kisah yang baru berlaku baru-baru ini mengenai seorang wanita di Hougang yang mengeringkan seekor kucing yang kebasahan, menyelimutkan kucing itu meletakkannya ke dalam kotak bersama tuala.

Sanggup Bina Rumah Banglo Khas Buat Kucing Kesayangan. Ramai Warganet Kagum Dengan Senibina Rumah Itu

Buat pencinta kucing, anda mesti sudah menganggap kucing kesayangan anda bukan sekadar haiwan tapi mereka sudah dianggap sebahagian daripada keluarga. Ia merangkumi dari segi perubatan, makanan, tempat tinggal dan segala yang terbaik akan disediakan demi kucing kesayangan

Oleh itu, satu perkongsian oleh pengguna FB menerusi satu Group FB iaitu Kucing Sepahkan Apa Hari Ini telah meraih perhatian ramai. Ternyata gambar gambar rumah banglo khas yang disediakan kepada kucing kesayangan menjadi tumpuan ramai kerana kagum dengan keindahan rumah itu.

Jika dilihat, rumah kucing ini sememangnya luar biasa kerana telah direka dengan senibina yang moden dan ditambah pula dengan persekitaran yang indah dan hiasan dalaman yang lengkap untuk memberi keselesaan kucing kucing habiskan waktu di situ.

Pendek cerita, memang beruntung kucing yang mendiami banglo khas tu.Di ruangan kapsyen, Maaf ya kita tak sepah apa-apa pun sebab mama dah warning. Tapi sebab ankel dengan antie yang nak tengok interior umah kita jadi kita nak tunjuk kan ni lah rupa rumah kita. Tak salah kan. Yang ada anak kecik tu mama kita dah asingkan. Mama kita takut kita kacau anak-anak dia.

Kira Kira RM7000 Buat Banglo Khas Untuk Kucing Kesayangan. Wanita Ini Dedah Punca Dia Bina Tempat Khas Itu

Setelah sekian lama mempunyai impian Deena untuk tempatkan kesemua kucing di sebuah banglo akhirnya sudah tercapai. Lazimlah kucing menjadi haiwan pilihan untuk dijaga kerana telatah dan kecomelannya. Selalunya pemilik haiwan akan jaga kucing di dalam rmag atau ditempatkan di tempat khas

Jelas Deena, dia telah memilih untuk tempatkan anak anak kucingnya di dalam sebuah banglo khas demi keselesaan haiwan berkenaan. Sebelum ini, perkongsiannya di FB tentang banglo khas buat anak anaknya mnejadi perhatian warganet

Ujarnya,”Alhamdulillah, rezeki dari Allah… akhirnya anak-anak bulus dapat duduk dalam ‘banglo’. Sponsored by my mother and monitored by my dad. Tolong doakan ibu ayah murah rezeki dan sihat selalu,” demikian tulisnya pada perkongsian tersebut.

Kata Deena , idea asal untuk bina rumah khas untuk kucing peliharaannya dicetskan oleh dirinya sendiri. Kalau nak tahu, Deena memiliki sebanyak 16 ekor kucing yang sebelum ini dutempatkan di ruamh kedua orang tuanya.”Haiwan ini merupakan ‘anak-anak’ saya… memandangkan ada ruang di dalam kawasan rumah, saya minta izin daripada suami terlebih dahulu.

Tambah Deena lagi”Saya mahu haiwan-haiwan ini selesa dan berada dalam keadaan yang bersih. Sebelum ini mereka ditempatkan di dalam sangkar tapi agak sempit, susah pula nak bersihkan. Bila ada tempat yang luas sikit, senang kerja nak bersihkan.”Kebersihan tu perkara penting… kena pastikan supaya bersih dan tidak mengganggu jiran-jiran sekeliling,”

Deena yang memiliki sebuah syarikat berkaitan pembinaan dan juga ejen pelancongan berkata, ‘banglo’ itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.”Saya yang bertanggungjawab membuat lakaran (design). ‘Banglo’ ini ada dua partition (ruang) berasingan, siap dengan tempat bersantai dan juga dipasang jubin.

“Untuk siapkannya, ia menelan kos kira-kira RM7,000. Alhamdulillah, rezeki haiwan-haiwan ini apabila ibu saya yang mahu sponsor kosnya.”Saya rasa terharu sangat sebab Sebelum ini ibu bukanlah seorang pencinta kucing. Ingat lagi dulu masa saya kecil, langsung tak benarkan saya bela.

“Tapi selepas saya mula memelihara dua ekor kucing tiga tahun lalu, ibu bertukar menjadi penyayang kepada haiwan-haiwan ini. Sehinggalah kucing-kucing kami pernah mencecah 30 ekor. Namun kini hanya tinggal 16 saja selepas yang lain sudah tiada akibat sakit,” cerita anak jati Sungai Petani, Kedah ini.

“Alhamdulillah, ada yang terinspirasi selepas saya kongsikan di Facebook. Ada yang tagged pasangan masing-masing. Bagi saya, jika pelihara haiwan, tiada salahnya untuk melabur sedikit untuk mereka.”Kucing bukan saja haiwan peliharaan tetapi dah macam ahli keluarga juga. Kalau ada rezeki lebih, mungkin boleh buat tempat khas untuk kucing mengikut bajet dan kemampuan masing-masing,” sebelum mengakhiri perbualan

Wanita Tersebut Sanggup Melakukan Sesuatu Ini Pada Kucing Untuk Merawat Sakit Asma. Sekali Ini Tindakan Penduduk Setempat.

Wanita ini mempercayai kononnya kucing boleh merawat orang yang menghidap sakit asma. Tapi tak sangka dia sampai sanggup bertindak untuk menyakiti kucing peliharaan jirannya sebelum ditangkap oleh penduduk setempat. Menurut Sinar Harian menerusi CNN Indonesia, wanita dari Kalideres, Jakarta Barat, Indonesia itu berhasrat untuk merebus kucing tersebut.

Percaya boleh ubat asma

Ketua Unit Siasatan Polis Kalideres, AKP Anggoro, mengatakan kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu sebelum rakaman video kejadian tersebut tular di laman sosial dan pihak pollis telah  mendapatkan maklumat daripada wanita berkenaan.

“Difahamkan, wanita itu melakukan perkara sedemikian kerana mempercayai kucing dapat mengubati penyakitnya. Wanita itu merebus dan makan kucing untuk ubati penyakit asma”

Anggoro bagaimanapun berkata, kejadian itu diselesaikan secara muafakat dan dipersetujui oleh pemilik kucing. “Pemilik bersetuju kes ini diselesaikan secara baik dan tidak membawanya ke muka pengadilan,” katanya.

Beberapa hari lepas, tular di negara jiran apabila memperlihatkan wanita tersebut ditangkap, malah ada beberapa ekor kucing sudah tidak bernyawa. Dalam video tersebut wanita itu berkata dia membahayakan kucing-kucing tersebut untuk dimakan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *