Dikritik warganet selalu guna filter. TokTi dipuji masih jawab cara baik.

artis Hiburan

Dengan kemajuan teknologi zaman sekarang, penggunaan filter di aplikasi Instagram semakin menjadi pilihan untuk hiburan. Mana tidaknya, ia mampu merubah penampilan wajah yang kusam menjadi bertambah menarik dan lebih segar. Bukan itu sahaja, ada banyak lagi konsep filter lain yang juga melucukan dan sesekali membuatkan tekanan menghilang sekejap.

TokTi pun suka jugak guna filter…Tak kiralah waktu bergambar atau IG Live

Tidak ketinggalan, penyanyi kesayangan negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut sama menggunakannya. Bukan sahaja ketika mengambil gambar, malah sewaktu melakukan IG Live bersama para peminatnya. Walau bagaimanapun, ada segelintir warganet yang menegur kononnya adalah lebih baik jika artis berkenaan tidak menambahkan features filter berkenaan.

Video:

https://v16-web.tiktok.com/video/tos/useast2a/tos-useast2a-pve-0037-aiso/a4a783396b3d49528909c48c107b0b98/?a=1988&br=1836&bt=918&cd=0%7C0%7C1&ch=0&cr=0&cs=0&cv=1&dr=3&ds=3&er=&expire=1632226529&ft=9wMeRexg4kag3&l=202109210614430102510041800B0996BA&lr=tiktok&mime_type=video_mp4&net=0&pl=0&policy=3&qs=0&rc=M2p0MzM6ZmdyNzMzZjgzM0ApPGQ3PDc4ZDw2Nzs5NjtoO2c1bnEzcjRnbnJgLS1kL2Nzcy1jYy0uXi4wLTUwNTEuXzA6Yw%3D%3D&signature=766e3be9b2aa6602f29f49604b60b16d&tk=0&vl=&vr=

Tapi kadang-kadang filter ni buat kita happy…Sekali-sekala nak benda yang positif

Namun begitu, TokTi langsung tidak melatah dengan teguran individu berkenaan. Malah dengan nada yang cukup lembut, penyanyi tersebut menegaskan merasa seronok ketika bermain dan menggunakan teknologi tersebut. Baginya tidak salah kalau sekali sekala berhibur dengan perkara-perkara yang positif.

Ini jawapan dari TokTi sendiri :

https://v16-web.tiktok.com/video/tos/useast2a/tos-useast2a-pve-0037c001-aiso/bd574e51ffb1406480c8f6fcf065cba4/?a=1988&br=1356&bt=678&cd=0%7C0%7C1&ch=0&cr=0&cs=0&cv=1&dr=3&ds=3&er=&expire=1632226499&ft=9wMeRexg4kag3&l=202109210614430102450152054E0965C4&lr=tiktok&mime_type=video_mp4&net=0&pl=0&policy=3&qs=0&rc=ajRxd2Y6ZmY6ODMzZjgzM0ApZTgzNzQ4NmQ2NzxpNjM0PGcwNDNycjRnbTFgLS1kL2Nzc19iYDMuMGAwLWAwXy5eNi46Yw%3D%3D&signature=a459dfb02a7077df972db4bae5daf801&tk=0&vl=&vr=

Memang pun, filter ni macam satu keseronokan…Dah dibuat filter untuk user pakai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet cukup setuju dengan jawapan yang diberikan oleh TokTi. Dalam pada itu, mereka juga turut penyanyi berkenaan yang menjaga tutur katanya meskipun telah menerima kritikan sebelumnya.

Sumber: Kisah Dunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Patung Barbie Siti Nurhaliza Jadi Perhatian Ramai. Siti Pun Teruja Nak Belikan Untuk Aafiyah Kalau Dijual.

Barbie merupakan jenama patung mainan popular dalam kalangan kanak-kanak. Sejak sekian lama, jenama ini sering bekerjasama dengan selebriti tersohor luar negara dalam usaha untuk memasarkan patung Barbie edisi istimewa mereka.

Antara patung Barbie versi selebriti yang pernah dipasarkan dan mendapat sambutan hangat di seluruh dunia termasuklah patung Barbie Britney Spears, Beyonce, Cher dan Audrey Hepburn.

Bercerita dengan Gempak, Syafiq, 25, berkata, dia mula membuat suntingan terhadap gambar-gambar Siti untuk dijadikan patung Barbie selepas rakan-rakannya memberi pendapat bahawa stail Siti sesuai untuk dijadikan figurin.

“Kawan saya berkata, look Siti yang ini sesuai jika dioleh menjadi patung dan dari situ, saya sunting dan kini mendapat perhatian di laman Twitter. Mungkin ramai memang dahagakan sesuatu yang saya sifatkan ikonik daripada legenda Malaysia yang satu ini,” katanya.

Setakat ini, lebih 50 suntingan yang telah dihasilkan Syafiq. Namun, disebabkan gambar-gambar yang ada di internet beresolusi rendah, ia sedikit sebanyak membantutkan usaha Syafiq untuk menyunting lebih banyak rekaan.

“Kalau banyak gambar raw atau resolusi tinggi, mungkin lagi banyak suntingan mampu saya hasilkan. Boleh saya katanya, kawan-kawan di Twitter sangat membantu.

“Akaun peminat yang selalu menjadi penggerak pemasaran Siti di laman Twitter memang banyak memberi idea dan kami selalu bertukar pendapat, lebih-lebih lagi apabila ia berpusat pada titik yang sama iaitu untuk melihat nama Siti Nurhaliza semakin disegani di persada muzik,” katanya yang meminati Siti sejak kecil.

Menurut Syafiq, jika suatu hari nanti wujud projek kerjasama antara Barbie dan Siti, dia yakin bahawa projek berkenaan pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Lebih menarik, tuan empunya badan iaitu Siti Nurhaliza sendiri teruja dengan hasil kerja Syafiq dan mahu membelikan untuk anak perempuannya, Siti Aafiyah jika patung permainan Barbie itu benar-benar wujud.

“Jika satu hari nanti wujud projek seperti ‘Siti Nurhaliza x Barbie’, pasti ramai yang akan mendapatkannya untuk dijadikan koleksi.

“Siti sendiri memberi komen yang dia ingin beli dan menghadiahkan kepada Aafiyah jika patung berkenaan benar-benar terjual di pasaran,” katanya lagi.

Ditanya, apa istimewanya seorang bernama Siti Nurhaliza di matanya, Syafiq menjawab: “Beliau sentiasa meletakkan orang tua sebagai panduan hidup. Tidak terlalu berlebihan… beliau sentiasa tenang dan bersyukur dengan apa yang beliau ada,” tutup Syafiq.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Menggayakan sepasang busana berona merah jambu lembut. Penampilan baru Siti Nurhaliza jadi tumpuan warganet.

KUALA LUMPUR : Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, menerima pujian ramai menerusi penampilan terbarunya sempena pelancaran wajah baharu duta jenama Simplisity semalam.

Menggayakan sepasang busana berona merah jambu lembut, imej tersebut dianggap sangat sesuai dengan dirinya sekali gus menyuntik elemen classy selayak dirinya yang bergelar seorang penyanyi bertaraf nombor satu dalam negara.

Utusan Malaysia dalam satu tinjauan melihat rata-rata peminat dan pengikut memuji penampilan Siti itu selain ada yang membandingkan dengan imej-imejnya sebelum ini.

“Mohon sampaikan salam pada pasukan Simplysiti di sebalik sesi forografi ini ya. Kami menghargai dengan sepenuh hati usaha mereka untuk menampilkan the classy Siti Nurhaliza yang kami rindui,” kata satu ciapan pemilik akaun Bad_Arsila di Twitter semalam.

“Macam biasa, bila di tangan pasukan Simplysiti pastinya akan nampak cantik. Tapi, kalau pasukan yang lagi satu hmmmmmm….”tulis seorang pengguna akaun Twitter, Ini Alan.

Sebelum ini, penyanyi yang juga isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini sering kali mendapat kritikan daripada aspek imej dan penampilan ke majlis-majlis tertentu termasuk isu imej kulit album Manifestasiti 2020 yang dikatakan umpama kulit muka hadapan majalah hartanah.

Dipercayai, ramai kalangan pengikut mahupun peminat yang mengkritik imej sebelum ini cenderung merujuk kepada hasil kerja pasukan Siti Nurhaliza Production (SNP).

Bagaimanapun, perkara itu telah mendapat pembelaan Siti yang meminta agar semua pihak menghormati keputusannya selain usaha pasukannya yang sentiasa bertungkus-lumus menjaga reputasi dan kerja-kerjanya.

Selain itu, terdahulu, Siti dalam satu hantaran di Instagram memperkenalkan wajah baru jenama Simplysiti iaitu Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, yang dipilih sebagai duta jenama produk tersebut.

Zahra merupakan pemenang Pencarian Wajah Simplysiti yang diadakan pada bulan Jun lalu yang mana pertandingan itu dilaporkan telah menerima lebih daripada 700 penyertaan.

Sumber: Utusan Malaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *