Percutian Nora Danish tamat. Kini buka kembali ruangan komen di IG.

artis Hiburan Keluarga

PETALING JAYA – Selepas menutup ruangan komen akibat kritikan hangat warganet menerusi aksi ‘daring’ sewaktu bercuti di pulau peranginan Langkawi, pelakon Nora Danish kembali menerima masuk komen orang ramai dalam Instagramnya (IG).

Nora atau nama lengkapnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 39, bagaimanapun terus menerima kritikan warganet biarpun cuba meneruskan kehidupan seperti biasa.

Berkongsi sekeping foto bersama suami, Nedim Nazri , Nora berlepas pulang meninggalkan pulau Langkawi selepas beberapa hari percutian.

Seorang pengguna Instagram menulis: “Ingat nak tutup komen sampai Pak Jamil mampus. Artis sekarang entah apa-apa perangai.”

Nora terdahulu menulis kapsyen pada foto berkenaan berbunyi: “Bye LGK, insya-Allah, we will be back (kami akan kembali).

Pelakon yang cukup dikenali menerusi drama Puteri itu mula menutup ruangan komen Instagram susulan luahan ramai berhubung berpenampilan seksinya bersama suami dan teman rapat di Langkawi sepanjang empat hari berada di sana.

Pada 16 September lalu, Kosmo! Online melaporkan, ketika ramai yang masih dihantui rasa takut untuk melancong, Nora menjadi antara selebriti selamat tiba di lokasi peranginan terkenal tersebut.

Percutian pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri itu turut disertai suaminya, Nedim Nazri Aziz dan anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim.

Nora sekeluarga berangkat ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah 16 September lalu dan mendaftar masuk ke sebuah hotel terkemuka di sana. – K! ONLINE

Nervous dan paranoid. Nora Danish bersama keluarga tetap bercuti ke Langkawi.

Pelakon Nora Danish bersama suami dan anak mengambil kesempatan untuk bercuti ke Langkawi, Kedah selepas kerajaan membuka sektor pelancongan di negeri itu bermula hari ini.

Nora dan keluarganya yang bertolak menaiki penerbangan pada pagi tadi itu kini telah sampai ke sebuah hotel di pusat peranginan tersebut.

Berkongsi kegembiraannya, Nora memuat naik foto dan video perjalanan mereka di akaun Instagram miliknya.“Alhamdulilah, Langkawi here we come!” tulisnya dalam kapsyen.

Sementara itu, meninjau laman sosial suaminya, Mohamad Nedim Nazri atau lebih mesra dnegan panggilan Bossned tidak menafikan yang mereka berdebar dan paranoid untuk bercuti.Namun Bossned turut berkongsi beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum bercuti.“1st time travelling on a plane after so long ..I’m not going to lie , a little nervous & paranoid.“Semuanya sudah diselesaikan, RTK Test (kit ujian pantas), Doctors letter, ionisers dan mask,” tulisnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan selamat.Terdahulu, kerajaan mengumumkan bermula 16 September ini Langkawi sudah boleh dikunjungi pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.Walaubagaimanapun, kebenaran ini tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Ramai yang tak sabar dan teruja beli tiket penerbangan ke Langkawi. Sekali siap sedia dan lengkapkan 5 panduan ni dulu sebelum terbang ke Langkawi.

Sebelum membeli tiket penerbangan pastikan perjalanan yang dibuat nanti selamat. Dalam persiapan untuk kembali terbang ke Langkawi pada 16 September ini, AirAsia memberi jaminan faktor kesihatan dan keselamatan penumpang akan menjadi keutamaan mereka.

Ini termasuk sistem daftar masuk yang mudah dan pantas serta membolehkan pelanggan memuat naik dokumen kesihatan dan vaksinasi mereka untuk pengesahan segera melalui AirAsia Super App sebelum ke lapangan terbang. AirAsia memastikan prosedur operasi dilaksanakan dengan standard tertinggi termasuklah dengan menugaskan hanya kru penerbangan yang telah divaksinasi sepenuhnya untuk mengendalikan pesawat. Manakala ciri-ciri keselamatan pesawat itu sendiri seperti sistem pengudaraan dan penapis berkuasa tinggi yang digunakan di dalam kabin juga menjamin udara yang paling bersih untuk para tetamu.

Sebelum menempah tiket penerbangan AirAsia anda, sila pastikan perkara-perkara berikut untuk menjamin perjalanan yang lancar:

1. Pastikan anda (dan keluarga) layak untuk melakukan perjalanan

Sila semak jika ada sebarang peraturan atau syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan untuk ke Langkawi dan destinasi lain. Ini termasuklah keperluan menyediakan dokumen kesihatan dan perjalanan. Syarat-syarat ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, jadi sila dapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan terlebih dahulu.

2. Semua tetamu perlu mendaftar masuk secara kendiri

Langkah ini adalah untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang. Mendaftar masuk kendiri amat mudah dan ia boleh dilakukan melalui airasia Super App atau laman web airasia.com bila-bila masa 14 hari sebelum penerbangan. Anda hanya perlu mengimbas atau memuat naik sijil vksinasi atau dokumen kesihatan yang diperlukan semasa proses mendaftar masuk untuk pengesahan segera.

Sila ambil maklum:

A. Daftar masuk melalui kaunter hanya untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang membawa bayi (bawah usia 24 bulan), dan tetamu bawah umur yang terbang sendiri. B. Caj daftar masuk kaunter akan dikenakan kecuali untuk kategori tetamu yang dinyatakan di atas.

3. Pastikan anda tiba lebih awal di lapangan terbang.

Para tetamu digalakkan untuk tiba sebaik-baiknya 4 jam sebelum masa berlepas untuk memenuhi semua proses yang diperlukan. Pasukan khidmat pelanggan kami bersedia membantu sebarang pertanyaan dari tetamu.

4. Pakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan

Pakai pelitup muka perubatan jenis tiga lapis seperti yang disarankan pihak berkuasa kesihatan, atau gunakan pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik. Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia. Berikut adalah beberapa tip bagi anda mendapatkan pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan lancar bersama AirAsia.

1. Manfaatkan airasia Super App sepenuhnya

Bagi yang belum memuat turun aplikasi ini, disarankan berbuat demikian sekarang. Ia adalah satu-satunya aplikasi perjalanan yang anda akan perlukan, bermula dengan tempahan penerbangan dan penginapan, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan sehinggalah kepada pas masuk elektronik dan pelbagai perkhidmatan semasa dalam penerbangan. Jika anda membuat perjalanan berkumpulan atau bersama keluarga, sila pastikan setiap tetamu mempunyai airasia Super App pada telefon pintar mereka. (Psst… Inilah aplikasi bagi anda mendapatkan tawaran promosi perjalanan terhebat dan menikmati pelbagai perkhidmatan lain untuk gaya hidup anda.)

2. Cetak tag bagasi melalui kiosk tanpa sentuhan di lapangan terbang dan daftar masuk bagasi secara kendiri.

Jika anda mempunyai bagasi daftar masuk, jangan lupa untuk membuat pra-tempahan dalam talian semasa membeli tiket penerbangan atau sehingga 4 jam sebelum penerbangan anda untuk menikmati penjimatan terbaik. Selepas mendaftar masuk secara kendiri, anda boleh mengimbas kod QR pada pas masuk elektronik anda untuk mencetak tag bagasi di kiosk dan kemudian mendaftar masuk bagasi secara kendiri.

3. Pelepasan secara berperingkat

Untuk memastikan kelancaran dan meminimumkan sentuhan sesama para tetamu dan dengan kru kabin, perlepasan akan dilakukan dari barisan belakang (Zon 2), diikuti dengan barisan tengan (Zon 3) dan akhir sekali barisan hadapan/Hot Seats (Zon 1). Proses turun dari pesawat juga akan dibuat secara berperingkat setiap 3 barisan.

4. Terus berhubung dengan AirAsia WiFi semasa penerbangan

Kini anda boleh merujuk menu sajian Santan, katalog Bebas Cukai, majalah penerbangan, serta menikmati kandungan hiburan digital secara percuma menggunakan peranti anda sendiri. Dengan internet berkelajuan tinggi kami, anda juga boleh berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, dan mengakses perkhidmatan airasia Super App yang lain semasa penerbangan.

5. Pembayaran tanpa sentuhan

Semua kaunter perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang di Malaysia kini menerima pembayaran digital menggunakan e-dompet, perbankan dalam talian dan transaksi kad kredit/debit. Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *