Pameran bendera putih memperingati mangsa pergi akibat Covid19.

Amalan Covid 19 Dunia Keluarga

AMERIKA Syarikat (AS) mengadakan pameran seni baharu bagi memperingati mangsa-mangsa yang maut akibat Covid-19.Sehingga Jumaat, sekurang-kurangnya 670,034 orang pergi akibat wabak itu di AS, menurut University Johns Hopkins.

Pameran yang dianjurkan oleh artis Suzanne Brennan Firstenberg itu menempatkan lebih 600,000 bendera putih di National Mall.

Selain memberi gambaran visual mengenai kehilangan nyawa akibat wabak, bendera yang ditempatkan juga memuatkan mesej peribadi dari orang tersayang yang boleh ditinggalkan secara langsung atau dalam talian melalui laman web untuk pemasangan.

“Begitu banyak kehilangan nyawa berlaku tanpa pengetahuan.

“Ketika saya berkesempatan membawanya (bendera) ke National Mall, meskipun saya tahu ini adalah tugas sangat besar, tetapi ia adalah tanggungjawab saya,” kata Firstenberg, 62.

Sebelum ini, dia membuat pemasangan bendera dengan jumlah lebih kecil pada tahun lalu berhampiran Stadium RFK di Washington.

Firstenberg berkata, penduduk AS harus mengambil risiko untuk bekerja bagi mencegah kegawatan ekonomi yang lebih terkesan berbanding risiko kesihatan akibat wabak itu.

“Itu benar-benar mengganggu saya. Saya berasa seolah-olah seseorang harus melakukan sesuatu untuk membuat kenyataan bahawa dengan kematian ini, kita juga harus menghargai setiap kehidupan ini, “ katanya.

Sebelum pameran dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada Khamis, seorang ahli keluarga mangsa yang kehilangan nyawa akibat Covid-19 mengakui dia terharu melihat ayahnya dihormati.

“Salah satu bendera itu mewakili ayah saya yang kehilangan nyawa akibat Covid-19 kira-kira 11 bulan yang lalu.

“Saya tidak menyangka akan sangat beremosi melihat ini tetapi di sini saya menangis. Tolong, jangan sekali-kali, lupakan mereka,” katanya melalui satu catatan di media sosial yang dikongsi di akaun National Mall. — People

Sumber: Mstar

Suami Pergi Buat Selamanya Setelah 10 Hari Lawan Covid 19. Sekali Banyak Pula Mesej Diterima Ceritakan Sikap Suami.

Allhyarhm Reza Adnin Roslan menghembuskan nafas terakhir pada 28 Mei lalu. “Setiap yang bernyawa pasti akan merasa kehilangan. Al-Fatihah buat suamiku, Reza Adnin Roslan,” demikian kapsyen yang ditulis seorang wanita pada video yang dimuat naik di aplikasi TikTok. Dengan lagu ‘Kemarin’ dendangan kumpulan Seventeen sebagai latar belakang, ternyata video berdurasi 1.04 minit itu bisa mengundang sebak sesiapa sahaja yang menontonnya. Menurut Intan Zainab Ismail Ikram, suaminya menghembuskan nafas terakhir pada 28 Mei lalu selepas 10 hari bertarung nyawa melawan Covid-19.

Sudah lebih seminggu sejak kehilangan suaminya, namun detik-detik terakhir bersama suami tetap segar di ingatan ibu kepada seorang cahaya mata perempuan berusia tujuh tahun ini. Menurut Intan, segala-galanya bermula pada 18 Mei lalu apabila suaminya demam.

Lambaian ketika di pusat kuarantin yang menjadi lambaian terakhir buat keluarga Intan.

“Selepas makan panadol, dia masih tak kebah. Pagi esoknya selepas Subuh, suami mengadu badannya lenguh-lenguh, sakit perut… saya buat bubur sebab dia tak selera makan. Selepas tu makan ubat lagi. Tapi demamnya tak juga kebah, malah suhu badan makin tinggi. Kami terus buat appointment untuk lakukan ujian calitan (swab)… demam sekarang bukan boleh buat main. Ini bukan kali pertama suami buat swab, rasanya dah kali keenam atau ketujuh sebab tuntutan kerjanya sebagai staf Petronas memerlukan dia buat swab setiap kali turun ‘site’. Kebanyakan masa suami kerja dari rumah.

Allahyarham Reza merupakan seorang bapa yan penyayang terhadap anak tunggalnya.

“Dipendekkan cerita, sehari kemudian doktor telefon dan beritahu ujian swab kali ini ‘sangkut’. Suami sangat positif, dia ‘chill’ saja terima berita tu,” ceritanya yang menetap di Kerteh, Terengganu. Menurut Intan Zainab, pada 21 Mei, suaminya dimasukkan ke pusat kuarantin manakala dia dan anak tunggalnya pula melakukan ujian calitan kerana merupakan kontak rapat. Kami sempat bertemu seketika di pusat kuarantin tersebut sebelum ‘berpisah’ sementara. Anak meraung-raung sebab berpisah dengan baba dia. Sebelum pulang, kami saling melambai-lambai… siapa sangka, itulah lambaian terakhir suami,” cerita wanita ini.

Tiga hari ditempatkan di pusat kuarantin, suami Intan Zainab terpaksa dipindahkan ke sebuah Hospital Hulu Terengganu kerana keadaannya semakin memburuk. “Pada Isnin, 24 Mei, keputusan ujian saya keluar dan saya turut disahkan positif Covid-19 sementara anak kami negatif.

Kenangan ketika ke tanah suci pada 2019.

“Tapi tak ada rezeki nak jumpa suami di pusat kuarantin sebab hari itu dia dah dipindahkan ke hospital dan saya hanya dimasukkan ke pusat kuarantin pada Selasa keesokannya. Anak terpaksa saya bawa sekali memandangkan ada kekangan tertentu, lagi pula suami pesan biarlah anak ada depan mata. Hari-hari kami berhubung. Kerap saya call dia tapi sekejap-sekejap setiap kali, sebab dia batuk teruk. Takut dia penat kalau banyak bercakap,” ceritanya.

Sehinggalah pada malam Khamis, Intan Zainab berkata suaminya mengadu sukar untuk bernafas ketika mereka saling berhubung. “Lebih kurang pukul 12 tengah malam, suami hantar mesej di WhatsApp memberitahu dia bergantung kepada tabung oksigen untuk bernafas. Tapi saya dah terlelap dan hanya baca mesej waktu Subuh, pagi Jumaat.

Doktor juga tunjukkan video wajah suami… masa tu anak dah meraung panggil baba dia. Doktor pun ikut menangis sekali.

“Saya terus balas kembali mesejnya tapi hairan, tiada jawapan. Mungkin naluri isteri, saya rasa tak sedap hati. Lebih berdebar-debar bila teringat sekarang masih bulan Syawal. Saya fobia kerana dua adik beradik dan bapa telah pergi ketika bulan Syawal juga sebelum ni. Saya tak henti-henti berzikir dan berdoa janganlah berlaku apa-apa sebab saya tak bersedia kehilangan lagi,” ujarnya yang menjalankan bisnes dalam talian.

Cerita wanita ini, debaran yang dialaminya terjawab selepas menerima panggilan daripada pihak Hospital Hulu Terengganu yang memaklumkan suaminya terpaksa ‘ditidurkan’ dan sedang dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu. Panggilan kedua yang diterima pada pukul 4 petang daripada pihak hospital hari yang sama akhirnya membawa perkabaran duka buat Intan Zainab.

“Doktor dengan berat hati memaklumkan suami saya tidak dapat diselamatkan. Menurut doktor, suami dah pergi buat selamanya ketika dalam perjalanan namun mereka tetap berusaha juga tapi gagal. Doktor juga tunjukkan video wajah suami masa tu anak dah meraung panggil baba dia. Doktor pun ikut menangis sekali. Saya hampir pitam dan menggigil-gigil. Saya gagahkan solat Asar, itulah solat paling panjang sebab saya sangat lemah,” cerita wanita ini dengan tabah.

Tiga hari selepas kehilangan suaminya, Intan Zainab akhirnya selesai menjalani tempoh kuarantin dan terus menziarahi pusara suami sebaik sahaja dibenarkan pulang. “Alhamdulillah semua urusannya dipermudahkan kerana ramai yang hulurkan bantuan. Rezeki suami. Selepas kehilangannya, banyak sangat mesej yang saya terima cerita kebaikan suami termasuk rakan satu wad.

“Mereka cerita suami tak lekang dengan zikir, surah Al-Mulk malah sempat tahajud walaupun menggigil-gigil pada malam sebelum pergi. Sepanjang 12 tahun hidup dengannya, suami tak pernah lalai tanggungjawab kepada ibu bapanya dan adik-adik. Duit gaji setiap bulan akan dihulur pada ibu bapa dulu. Dia pernah jual motor Ducati kesayangan semata-mata nak hantar mereka pergi haji. Dengan kawan-kawan juga langsung tak berkira dan memang sangat disenangi,” katanya lagi.

Tambah Intan Zainab, meskipun berat menerima hakikat kehilangan teman hidup, namun dia reda dan bersyukur kerana menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat. “Suami tiada sejarah penyakit malah dia seorang yang fit sebab suka bersukan khususnya berbasikal. Kami sangat patuhi SOP namun tiada upaya kita halang takdir yang dah tertulis. Covid-19 hanya asbabnya. Anaklah penguat semangat saya. Saya koyak juga pada hari-hari pertama namun pujukan serta kata-kata anak buat saya tenang selain sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan,” katanya lagi.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Menangis Berdua Dengan Ibu. Lelaki Ni Sebak Kenangkan Pemrgian Bapa Akibat Covid 19. Lepas Ni Dah Tiada Kawan Nak Bergurau Manja.

KESEDIHAN yang terbuku di hati tak siapa mampu mengerti. Begitulah peritnya yang dilalui jejaka ini apabila bapanya pergi menghadap illahi akibat Covid-19. Menurut Muhammad Fakharuddin, 22, bapanya Shahudin Sulong, 63, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor, pada Khamis.

Bercerita kepada mStar, rider penghantar makanan itu mengakui kesihatan bapanya mula terjejas sejak hari pertama sambutan Aidilfitri baru-baru ini. “Ia bermula pada raya pertama. Ayah alami demam dan dia juga rasa tak sedap hati. Dalam dua hari dia dah sihat semula.

“Kemudian dia demam balik sehinggalah kami jalankan swab test pada 21 Mei. Tak sempat keluar keputusan, ayah sesak nafas pada jam 3 pagi sehinggalah dia dimasukkan ke hospital. “Sejak itu, saya dan mak turut melakukan kuarantin kendiri di rumah. Kemudiannya kami juga disahkan positif dan dua hari lalu baru sahaja disahkan negatif,” ujarnya. Kata anak tunggal itu, bapanya diuruskan di sebuah tanah di Gombak kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.

Mengimbas detik pemergian bapanya, Fakharuddin berkata dia dan ibunya, Wahadaniah Abd Rahman, 63, sebak menerima berita duka itu. “Pada hari pemergian ayah, saya dan mak dari pagi sudah reda jika ada apa-apa berlaku. Dalam pukul 12.37 tengah hari, kami dapat panggilan doktor memaklumkan ayah dah tiada.

“Memang sedih, saya anak tunggal, mak pula sudah warga emas. Kami menangis dua beranak di rumah. Tapi kami kuat dengan sokongan saudara mara dan rakan-rakan. “Punca jangkitan kami pun tak tahu dapat dari mana. Tak tahu kontak rapat dengan siapa,” ujarnya yang sempat membuat panggilan video ketika ayahnya masih berada di hospital.

Kata jejaka itu, dia juga akan merindui segala kenangan bersama bapanya sejak kecil hingga dewasa. “Mak cakap, lepas ni dah tiada siapa nak brbalah dengan saya. Sebabnya saya selalu brbalah manja dengan ayah. “Walaupun kami suka bergurau, tapi dia sayang sebenarnya. Saya cuma kongsi kisah ini sebab nak orang doakan ayah saya juga.

“Itu sahaja yang saya boleh buat, bukannya saya nak populariti,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, dia turut menzahirkan rasa syukur apabila turut diberi peluang melakukan solat dan membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam proses urusan bapanya.

Ujarnya lagi, dia yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) ketika proses itu dapat menyelami bagaimana perasaan pihak KKM berhadapan Covid-19 setiap hari. Untuk rekod, bapanya juga mempunyai sejarah penyakit bp tinggi, diabetes dan buah pinggang.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *