Kerajaan bincang kebenaran rentas negeri bakal diumumkan beberapa hari lagi.

berita Semasa

KUALA LUMPUR: Putrajaya akan membincangkan kemungkinan memberi kebenaran perjalanan rentas negeri “dalam beberapa hari lagi”, menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri.

Katanya, kementeriannya telah mengenal pasti beberapa destinasi pelancongan di daratan dan pulau yang dapat menarik pelancong apabila perjalanan rentas negeri diizinkan.

Antaranya adalah Cameron Highlands, Genting Highlands dan Bukit Fraser yang buat masa ini hanya terhad kepada pengunjung dalam negeri.

“Dalam beberapa hari lagi, kami akan berbincang mengenai perjalanan rentas negeri,” katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab pertanyaan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) mengenai pembukaan lebih banyak gelembung perjalanan dan tidak membatasinya hanya untuk pulau.

Langkawi baru-baru ini menerima kunjungan pelancong tempatan yang telah lengkap vaksinasi sebagai sebahagian daripada projek percubaan gelembung perjalanan.

Nancy berkata, pelancongan adalah mengenai mobiliti dan ia hanya boleh berlaku apabila orang ramai dapat bergerak untuk membantu menggiatkan ekonomi.

“Itu yang kita nak. Agendanya adalah untuk membantu mereka yang terjejas, terkesan (akibat wabak),” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Ada Sahaja Cara Yang Digunakan Untuk Merentas Negeri. Sekali Polis Dapat Kesan Satu Lagi Taktik Baru Yang Digunakan Sekarang.

Polis mengesan taktik baru digunakan untuk merentas negeri iaitu menyediakan surat majikan yang tertera tiga nama tetapi hanya seorang saja yang berkaitan dengan pekerjaan manakala dua lagi hanya menumpang. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, tindakan itu antara cubaan individu untuk merentas negeri malah ada yang didapati menggunakannya di laluan tikus. Beliau berkata, pihaknya akan melakukan tangkapan jika membabitkan warga asing dan kes akan disiasat mengikut Akta Imigresen.

“Taktik itu dipercayai dilakukan rakyat tempatan untuk membawa pekerja warga asing ketika ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini. Tindakan itu mungkin dilakukan kerana menyangka polis tidak melakukan pemeriksaan secara menyeluruh,” katanya ketika ditemui sewaktu melakukan pemeriksaan dan rondaan di sempadan Jambatan Merdeka, di sini hari ini.

Adzli berkata, sekiranya surat itu masih sah digunakan, pihaknya menasihatkan individu supaya memohon surat baru dengan mengemukakan dokumen penumpang. Dalam pada itu, Adzli berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Mei lalu, sebanyak 115 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Beliau berkata, antara kesalahan terbabit ialah tidak memakai pelitup muka dan premis perniagaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Selain itu terdapat juga kes berkumpul membabitkan orang luar dari daerah ini tanpa sebarang alasan munasabah dan surat kebenaran polis. Semalam kita tahan enam individu termasuk dua wanita kerana berhibur dalam sebuah bilik sambil minum minuman keras dan mengambil bahan terlarang,” katanya. Adzli berkata, polis mengenal pasti banyak laluan tikus di Kuala Muda dan pasukan pemantau akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan tidak ada yang terlepas.

“Sepanjang tempoh PKP 3.0 ini juga, sebanyak tujuh tangkapan dilakukan yang membabitkan warga asing kerana tiada dokumen berkaitan dan surat kebenaran polis. Kita juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu tidak kira status, darjat atau golongan selebriti. Kita akan ambil tindakan kompaun sekiranya didapati melakukan kesalahan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Foto Khaty bersama anak anak undang kritikan warganet. Ramai pelik macam mana boleh seronok rentas negeri berkumpul dengan anak anak dan ini penjelasan ibu Shaheizy Sam.

Foto Khaty bersama anak-anaknya termasuk Shahiezy Sam mengundang kritikan warganet. Perkongsian pelakon Khaty Fauziah dan suaminya, Abdul Samad Jaaman bersama anak-anak mereka termasuklah aktor Shahiezy Sam di Instagram mengundang rasa kurang senang warganet.

Menerima pelbagai kritikan gara-gara dianggap melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa 1, Khaty, 64 yang kini menetap di Melaka mengakui terpaksa ke Selangor atas urusan kesihatannya. Baru sahaja selesai menjalani prosedur jntvng pada tiga bulan lalu, Khaty memberitahu dia hanya bermalam di rumah anaknya kerana perlu ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan.

Khaty turut memuat naik dokumen rawatan susulan jantungnya.

“Saya sebenarnya tidak payah buktikan apa-apa di sini berkenaan dengan peristiwa semalam yang menjadikan sebahagian daripada anda semua bertelagah sehingga melemparkan berbagai sindiran. Saya dan suami yang merentas negeri. Anak-anak semua tinggal di persekitaran daerah yang sama di Selangor. Sejak PKP kami juga macam anda, tak dapat berjumpa. Kalau anda memang ikhlas mengikuti perkembangan saya dan family, tentu anda tahu saya baru menjalani prosedur jantung tiga bulan yang lalu. Tentulah saya perlu ke IJN untuk buat susulan.

Saya dan keluarga saya langsung tidak dapat bersama atau berjumpa.

“Saya kena bermalam di rumah anak yang ada anak ramai. Untuk masuk ke rumahnya saya dan suami kena tunggu 15 minit baru dapat masuk setelah diswab dan sebagainya… ikut SOP,” katanya. Pemilik nama Fauziah Khatijah Musa ini tampil menjelaskan perkara tersebut menerusi Instagram miliknya pada Isnin selepas menerima pelbagai kritikan.

Tidak cukup dengan penjelasan itu Khaty turut berkongsi rekod perubatan yang kelihatan tarikh temujanji di IJN pada hari ini (Isnin). Menerusi perkongsiannya pada Ahad, Khaty memuat naik foto bersama semua anak, menantu dan cucunya yang sudah beberapa bulan tidak bertemu.

Foto Khaty berkumpul dengan ahli keluarganya.

Kesal dengan sikap segelintir warganet yang melemparkan kata-kata tidak baik, Khaty turut memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang tergores hati dengan perkongsian tersebut. “Untuk pengetahuan anda semua, ketika saya buat prosedur jantvng yang sangat serius masa tu anak-anak, menantu-menantu serta cucu-cucu tidak langsung dapat melawat saya sehinggalah saya balik ke Melaka sebab kami patuh pada SOP. Anda dapat bayangkan tak kalaulah prosedur jantvng saya gagal ketika itu? Saya dan keluarga saya langsung tidak dapat bersama atau berjumpa. Belajarlah menjaga hati dan perasaan orang, belajar berbahasa elok supaya bangsa kita dihormati. Saya dan keluarga juga hanya manusia biasa, kalau silap dan salah harap dimaafkan sahaja,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *