7 Perbuatan Yang Menimbulkan Rasa Bersalah Walaupun Tak Salah.

Amalan Info Kehidupan

Semakin hari, sekatan yang ada di negara kita semakin dilonggarkan.

Kini ramai orang sudah mula bergerak ke sana sini dalam lingkungan yang dibenarkan, kembali menjalankan rutin biasa pra-Covid-19 seperti melancong atau makan di luar. 

Untuk itu mari kita imbas kembali perbuatan-perbuatan yang biasa kita buat, tetapi mampu membuatkan kita rasa bersalah dalam diam; bagi membiasakan diri kita semula dengan rutin hidup lama kita sebelum ‘norma baru’.

1. Masuk dan keluar kedai runcit tanpa beli apa-apa

Adakah penulis seorang saja rasa aneh kalau kita masuk ke kedai runcit dan keluar tanpa membeli apa-apa barangan sekalipun? Rasa macam bersalah pula keluar tangan kosong.

Kadang-kadang pembantu kedai pun pandang pelik kenapa kita keluar tanpa bayar apa-apa. Kita yang tak ada buat salah apa-apa pun, boleh rasa seolah-olah dipandang seperti pencuri pula.

2. Masuk kedai mamak hanya untuk guna tandas

Kadang-kadang bila berlaku ‘urusan kecemasan’ satu-satunya tandas yang paling mudah diakses adalah tandas kedai mamak, kerana kedai mamak terletak di mana-mana saja.

Bila kita masuk kedai tu dan terus ke tandas, rasa macam aneh pula kan? Penulis selalunya buat-buat tengok menu dulu sebelum ke tandas. Kalau line clear, selepas selesai urusan terus keluar kedai.

Sekiranya rasa bersalah yang amat sangat – penulis akan pesan air bungkus untuk sejukkan hati sendiri.

3. Potong kereta polis atas jalanraya

Walaupun kelajuan lebuh raya dah tertera 110km/j dan kita sebagai pemandu mematuhinya, setiap kali nak pintas kereta polis atas jalan raya mampu membuatkan semua pemandu rasa bersalah.

“Ni kalau aku potong, aku laju sangat ke? Kalau dia nyalakan siren macam mana ya?” Itulah yang bermain difikiran penulis setiap kali situasi sama berlaku.

Tapi kalau kereta polis tu sendiri dah melebihi had laju dan kita berani juga potong dia, itu tandanya kita sendiri cari nahas ya!

4. Masuk butik jenama antarabangsa.

Bagi mereka yang berpendapatan sederhana macam penulis, anda pasti merasa janggal kan nak masuk butik-butik jenama ‘branded’ untuk tengok produk dalam tu walaupun kita boleh beli barangan dalam tu?

Seolah-olah ada saja mata yang memerhati dan menilai kemampuan kita, untuk berbelanja di situ. Ke penulis seorang saja yang rasakan macam tu?

5. Pakai kain pelikat waktu siang

Sejak kena duduk kerja di rumah ni, penulis lebih gemar mengenakan kain pelikat saja semasa di rumah walaupun waktu siang. Kadang-kadang, sebab malas nak kenakan seluar punya pasal – pergi ke kedai pun pakai kain pelikat. 

Rasa semacam saja kan? Seolah-olah ada waktu sesuai dan waktu tak sesuai pula pakai kain pelikat siang ni. Padahal, setiap kali lepas solat Jumaat dulu, boleh saja penulis singgah ke kedai dulu beli barang keperluan hanya dengan berkain pelikat.

Tak ada pula rasa canggung. Hari lain, ada rasa pelik sikit. Anda ada rasa macam ni?

6. Beredar dari kedai makan selepas diberikan menu

Anda pernah tak masuk ke sebuah kedai makan, periksa menu dan bila tengok harga makanan dia mak ai punya mahal – anda rasa nak keluar tapi anda takut, malu, bersalah, kerana pelayan dah bagi anda menu untuk anda pilih?

Penulis yakin ramai pernah menghadap masalah macam tu, apatah lagi kalau kita dah duduk di meja. Ramai yang segan nak bangun angkat kaki. Biasanya penulis akan kata pada pelayan ‘sekejap ya!’ – tunggu dia ke ruangan berbeza sebelum cabut lari.

Ada satu hari tu penulis terpaksa jugalah buat pesanan. Satu hidangan kami kongsi 3 orang. 

7. Kentut di tempat awam

Ada masanya sesuatu proses semulajadi perlu berlaku di tempat yang tidak sepatutnya.

Apa yang sepatutnya berlaku, tidak boleh dihalang lagi daripada terus berlaku walaupun tubuh kita sedaya upaya cuba menahannya.

Kita pun mengawal dan mengawal diri agar bunyi tidak terhasil, membocorkan rahsia siapa pemiliknya. Selepas lega kerana berjaya mengawal kadar bunyi, bau mula menular ke udara.

Dengan tenang kita pun cuba buat-buat selamba, sambil menunggu reaksi orang lain dengan rasa bersalah – dengan harapan agar orang lain tidak mengesyaki bau itu milik kita.

Reaksi Sedih Si Bulus Lepas Pecahkan Pasu Membuatkan Ramai Terhibur.

Kalau bercerita tentang kucing, tentu ada saja perangai yang dapat mencuit hati dan ada sahaja perangai nakal mereka yang pernah mencetuskan huru hara di rumah. Menurut video yang dikongsi di tiktok oleh @markicobs dapat membuatkan rata-rata warganet berdekah melihat kecomelannya.

Namun apa yang menarik perhatian ialah reaksinya yang kelihatan tidak bersalah malah hanya memandang sahaja pemiliknya membersihkan pasu itu. Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing itu difahamkan telah memecahkan sebuah pasu bunga di dalam rumah. Malah turut dapat dilihat, pasu itu yang hancur berkecai di lantai dan sedang dibersihkan oleh pemiliknya itu.

Dalam masa yang sama, kucing itu turut memerhatikan pemiliknya membersihkan kekacauan yang dilakukannya itu. Lebih mencuit hati, kucing itu hanya duduk diam sahaja dengan muka tidak bersalah melihat pasu yang telah hancur itu.

Meninjau di ruangan komen, warganet turut sama berdekah melihat reaksi selamba dari kucing ini. Ada juga yang berseloroh kucing itu seolah-olah berlakon menjadi patung dan hanya duduk diam di situ kerana bimbang dimarahi pemiliknya. Malah ada warganet yang bertanya “Mengapa kucing selalu sahaja jatuhkan barang?” Apa pendapat anda ?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media.

Sumber : SINAR VIRAL

Habis pasu kesayangan pecah dikerjakan Oyen… Ini 3 sebab kucing gemar jatuhkan barang!

KUCING memang comel dan manja tapi adakalanya boleh membuatkan dada sesak kerana sikapnya yang diluar jangka termasuklah memanjat dan menjatuhkan barang sehingga pecah.Hal ini tentu saja membuat pemilik kucing merasa sakit hati , apatah lagi jika barang yang dipecahkan misalnya adalah koleksi yang harganya mahal. Apakah kucing melakukannya karena nakal atau ada sebab lain?

Adakah tindakannya itu secara tidak sengaja atau memang sikapnya yang gemar menolak atau menjatuhkan barang yang ada di hadapannya? Sementara, menurut Amy Shojai, certified animal behavior consultant (CABC) kucing menggunakan cakarnya untuk mengetes dan mengetahui suatu objek. Adapun, gerakan, suara, sentuhan, dan rasa membantu kucing memahami apakah objek tersebut aman atau tidak. Salah satunya dengan cara menjatuhkan barang.

Sebenarnya tindakannya itu bukan disebabkan ia nakal atau tidak suka dengan sesuatu benda dilihatnya sebaliknya kucing mudah berasa teruja dengan benda-bena di sekitar mereka.Harus difahami, si bulus adalah makhluk yang cerdas dan aktif, sebab itu ia suka menjatuhkan barang-barang dari meja dan rak. Perbuatan itu juga boleh disebabkan tiga perkara termasuklah;

1. Kucing ingin bermain

Jika anda tidak menyediakan alat permainan untuk si bulus, barangan berharga anda mungkin menjadi pertaruhan kerana sifatnya yang lincah dan suka bermain.

Jadi bagi mengelakkan barangan berharga anda rosak, sediakan mainan yang sesuai dengannya agar ia tidak tertarik dengan benda lain.

2. Naluri

Sama seperti manusia , haiwan juga mempunyai naluri perasaan ingin tahu. Kucing mempunyai naluri yang cukup kuat selain perasaan ingin tahu yang tinggi. Sekiranya ia memanjat dan menjatuhkan barang anda, ia mungkin disebabkan ada sesuatu yang menarik perhatiannya di tempat itu.

Contohnya, ia memburu seekor cicak yang melarikan diri ke arah sebuah almari dan menyelinap dicelah-celah barangan seperti pasu, bingkai gambar dan sebagainya.

Apa yang harus dilakukan?

Pemilik kucing boleh menyediakan barang-barang yang dapat menarik perhatian kucing untuk bermain. Menurut Shojai, “Kucing sangat pintar menemukan cara untuk memanipulasi apa yang mereka inginkan.” Hal tersebut seakan mereka berkata “Lihatlah aku; beri aku makan; mainlah denganku”.

Menjatuhkan barang menjadi cara lain bagi kucing untuk mendapat respons atau reaksi dari pemiliknya. Dia sebenarnya akan melihat responsmu saat ada barang yang pecah.Itu sebabnya kucing akan terus memanfaatkannya. Bagi mereka, itu lebih baik daripada diabaikan.

Cara pertama agar kucing berhenti menjatuhkan barang ialah dengan menyediakan barang khusus untuk kucing untuk bermain. Dengan menyediakan alat permainan/cat toys anda dapat menjaga barang-barang anda supaya tidak dimain oleh “si bulus”.

Menurut How Stuff Works pula menjelaskan konsep kucing bermain-main dengan mangsa mereka. Anda mungkin selalu melihat tingkahlaku ini jika anda memiliki kucing yang suka memburu.Tingkahlaku ini semua kucing pemburu memilikinya. Apabila kucing anda mengusik-usik objek kecil seperti alat kawalan tv anda, dia mula mempraktikkan tingkahlaku yang sama.

How Stuff Works juga bersetuju yang tingkahlaku ini menunjukkan kucing anda sedang kebosanan. Jika kucing anda perlukan sesuatu untuk memburu, kucing anda mungkin akan memburu kesemua benda yang tidak sesuai. Jadi mereka mengesyorkan anda untuk menyediakan aktiviti kepada kucing anda seperti permainan, tempat untuk memanjat dan bersembunyi.

Mereka juga mengesyorkan anda untuk tidak menyusun barang-barang di tepi-tepi meja atau rak. Jika anda inginkan juga, sila pindahkan kesemua barang-barang perhiasan yang kecil di tempat yang tidak dapat dicapai oleh kucing.Cat Behavior Associates juga mengesyorkan untuk anda menyusun semula semua barangan anda dengan lebih mesra kucing.

Jangan lupa beri pujian dan ganjaran jika kucing kita berkelakuan baik dan sekiranya kucing anda menjatuhkan barang, ingat jelah yang kucing anda memang suka lakukan perkara tersebut!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *