Kajian menunjukkan ada satu perkara yang buat wanita lebih tertarik. Kini ketahui 6 manfaat berbeza memelihara si bulus.

Haiwan kucing

Memelihara kucing memberikan banyak manfaat kepada kesihatan manusia. Mempunyai wajah comel, perangai manja serta telatah yang lucu dan nakal, tidak hairanlah kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling popular di dunia. Tidak dapat dinafikan, kehadiran kucing di dalam rumah boleh membuatkan kita berasa lebih bahagia dan gembira. Tetapi tahukah anda, memelihara kucing sebenarnya dapat memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan ini telah dibuktikan oleh pelbagai kajian dan penyelidikan sains. Berikut merupakan antara manfaat memelihara kucing:

1. Mengurangkan stres

Menurut kajian, memelihara kucing dapat mengurangkan tahap str3s anda, serta dapat membantu meningkatkan lagi tahap kesihatan sistem kardiovaskular. Mereka yang memiliki kucing mempunyai risiko sebanyak 30 peratus lebih rendah untuk menghidap penyakit kardiovaskular seperti str0k.

2. Membantu memelihara kesihatan tulang, tendon dan otot.

Bunyi ‘purr’ yang dikeluarkan kucing amat bagus untuk kesihatan tulang, tendon dan otot anda. Ia mempunyai frekuensi antara 25 – 140 Hz yang mampu menggalakkan penyembuhan tulang yang patah, dan dapat membantu memperbaiki kesihatan tendon dan otot anda.

3. Tidur lebih nyenyak

Tinjauan yang dilakukan di United Kingdom mendapati bahawa pemilik kucing lebih suka tidur bersama kucing berbanding pasangannya. Mereka juga mengakui mendapat tidur yang lebih berkualiti dan nyenyak bersama kucing berbanding dengan pasangan.

4. Terapi bagi penghidap autisme

Kucing adalah haiwan yang sangat baik bagi membantu kanak kanak avtism3 untuk berasa lebih tenang. Di negara-negara barat, terapi kucing bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah avtism3 sudah diamalkan sejak sekian lama lagi.

5. Bagus untuk alahan

Satu kajian yang dijalankan oleh National Institute of Health, Amerika Syarikat mendapati bahawa bayi yang didedahkan dengan kucing sejak awal kelahiran mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk mendapat alahan – bukan hanya alahan terhadap haiwan tetapi juga alahan terhadap debu dan tumbuhan.

6. Tingkatkan emosi positif dalam diri

Kajian yang dilakukan oleh Indiana University Bloomington terhadap 7,000 responden mendapati bahawa dengan menonton video kucing sahaja sudah mampu meningkatkan tenaga dan emosi positif dalam diri seseorang dan mengurangkan perasaan negatif yang dialami.

7. Membuatkan wanita lebih tertarik

Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik haiwan, Dr June Nicolls mendapati bahawa 82 peratus wanita mengakui mereka lebih tertarik kepada lelaki yang memiliki haiwan peliharaan. Daripada jumlah itu, 90 peratus mengatakan bahawa lelaki yang mempunyai kucing sebagai haiwan peliharaan lebih baik dan penyayang daripada lelaki lain. Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *