7 Selebriti Bayaran Iklan Termahal. Ada Cecah RM4.2 Juta Sekali Posting sahaja.

artis Hiburan selebriti

Ramai selebriti ternama hollywood mempunyai tarif bayaran iklan bagi setiap posting yang mereka lakukan di media sosial, dan sekali posting saja mencecah nilai berjuta-juta ringgit.

Dengan jumlah pengikut yang ramai dan populariti yang kuat, jadi tidak hairanlah bayaran pengiklanan di media sosial para selebriti hollywood mencecah beratus ribu hingga berjuta betul tak?

Nak tahu siapakah selebriti hollywood dengan bayaran iklan termahal dunia, jom lihat di bawah.

1.Taylor Swift

Pelatun lagu popular ‘Love Story’ ini juga sama seperti rakan selebritinya yang lain, mengenakan bayaran yang tinggi untuk sebarang pengiklanan di media sosialnya. Mana-mana syarikat perlu membayar sekitar $722 ribu USD atau RM3 juta bagi sekali posting di akaun media sosialnya.

2.Justin Bieber 

Penyanyi kacak dan berbakat ini juga mengenakan bayaran yang mahal bagi sekali posting di media sosialnya, lebih kurang $747 ribu USD atau RM3.1 juta perlu dibayar jika ingin Justin Bieber posting mana-mana jenama atau produk di akaunnya.

3.Beyonce

Pelatun lagu ‘Halo’ ini juga mengenakan tarif bayaran pengiklanan yang tinggi bagi sekali posting di akaun media sosialnya, lebih kurang sekitar $770 ribu USD atau RM3.2 juta perlu dibayar jika mahu Beyonce posting di media sosialnya.

4.Selena Gomez

Penyanyi jelita ini juga bukan biasa-biasa bayaran yang dikenakan bagi sekali posting di media sosialnya, sekurang-kurangnya mana-mana syarikat yang ingin Selena Gomez posting produk mereka di media sosialnya perlu membayar sekitar $848 ribu USD atau RM3.5 juta.

5.Cristiano Ronaldo

Pemain bola sepak dunia ini juga mengenakan bayaran pengiklanan yang ditinggi dengan sekitar $899 ribu USD atau RM3.7 juta, bagi sekali posting iklan di akaun media sosialnya.

6.Kylie Jenner

Model, usahawan dan influencer terkenal ini juga, mengenakan bayaran pengiklanan yang mahal dengan harga sekitar $986 ribu USD atau RM4.1 juta bagi sekali posting di akaun media sosialnya.

7. Dwayne Johnson

Jangan terkejut dengan nilai ini kerana memang sekali posting saja di media sosialnya, inilah tarif bayaran yang perlu dibayar oleh mana-mana pihak yang mahukan Dwayne endorse sebarang produk mereka di akaun media sosialnya. bayaran pengiklanan yang mahal dengan harga sekitar RM4.2 juta bagi posting di akaun media sosialnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Amar Baharin Minta Pihak Terbabit Untuk Berhenti Gunakan Gambarnya. Terkejut Ini Tindakkan Yang Akan Diambil.

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Amar Baharin memuat naik status mengesahkan dirinya tidak pernah terlibat dalam mana-mana sebarang bentuk iklan tanpa persetujuannya.

Suami kepada pelakon Amyra Rosli berkongsi status tersebut bagi membersihkan imej dan namanya sebelum khalayak terpedaya dengan agenda tidak diketahui hujung pangkal oleh syarikat berkenaan.

“Saya tidak pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan apa sahaja yang diiklankan oleh akaun Dayang Company di Facebook atau platform digital yang lain.

“Dan penggunaan gambar saya ini tidak mendapat persetujuan dan izin saya. Sekian,” tulisnya tegas dengan memetik akaun Instagram Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Selain Amar, pelakon dan model lain, Zaid Zarin turut terkena tempias kerana wajahnya dipaparkan dalam iklan tersebut.

“Awak buat muat naik satu hantaran di media sosial untuk mengesahkan awak tidak terlibat.

“Setidaknya sebelum ada yang kena tipu. Saya tidak buat laporan polis lagi. Kalau tidak berhenti baru buat laporan,” mesej Amar kepada Zaid Zarin.

Khairul Aming Akui Sambal Nyet Sudah Dijual Selama 4 Tahun. Kini Dia Turut Dedahkan Apa Sebenarnya Yang Berlaku.

Sebelum ini, Khairulaming terpaksa menghentikan jualan ‘Sambal Nyet’ buat sementara waktu bagi menyusun kembali strategi pemasaran, memandangkan terdapat beberapa masalah dihadapi.

Terbaru, selebriti media sosial itu berkongsi kisah di mana dia merupakan penjual sambal sejak tahun 2017 lagi. Namun, perniagaan yang diusahakan itu terpaksa dihentikan kerana mempunyai beberapa masalah. Bangkit dari kekecewaan yang lalu, Khairulaming turut memberitahu bagaimana dia rebuild semula branding yang pernah ada dan menepis segala dakwaan di mana dia rebrand jenama sambal lain. Jom baca!

Pemilik sambal sejak 2017

“In 2017, i spent two months untuk develop sambal king. setiap hari balik dari office aku pegi beli cili kat supermarket, balik rumah and try masak. lepas dah develop resepi, saya try jual 200 botol my fb page. Alhamdulillah video tu viral and smua sold out. Tapi disaster. The first batch we sold dalam botol plastic. Semua pecah sebab saya tak tahu method untuk preserve sambal. We had to refund all 200 bottles and saya murung kaw-kaw time tu sebab dah kecewakan pelanggan. Lepas dah buat mistake tu, saya belajar cara simpan sambal dalam botol kaca. Alhamdulillah finally tahan lama and disebabkan video penyet ni still viral, demand masuk beribu nak beli. Disebabkan permintaan tinggi, saya terus all out buka production center. I hired a team, keluarkan savings, beli equipment dan lain-lain. A few weeks after that Facebook tukar algorithm and my views dropped banyak. So bad sampai tak ada orang beli sambal. Saya clueless time tu sebab dah habis duit savings.”

Menurut Khairulaming, sekitar tahun 2017, dia pernah menghabiskan masa selama dua bulan untuk membangunkan perniagaan ‘Sambal King’. Malah, duit simpanannya turut habis kerana begitu komited dalam perniagaan tersebut. Ujarnya lagi, permintaan sambal pada ketika itu sangat memberangsangkan meskipun terdapat masalah pada mulanya. Namun, semuanya berubah apabila Facebook menukar algorithm dan sambutan dalam kalangan pembeli semakin berkurang.

Susulan daripada itu, Khairulaming memberitahu kakaknya bahawa mereka perlu menjual semula peti sejuk beku yang dimiliki dan terpaksa memberhentikan kesemua staff kerana tidak mampu bayar. Tambahnya, kakaknya masih nekad untuk meneruskan perniagaan sambal tetapi dibuat secara kecil-kecilan sahaja.

Mula azam baru

“In 2018 saya mula azam baru untuk build personal branding. Saya tebalkan muka utk buat video masak kat IG and tunjuk my face. Saya buat lawak cringe dekat video sampai saya rasa malu gila. Bila my video went viral on IG, ramai suruh saya start jual barang sementara famous. I said no. i’m not ready yet. Sambal ni still lagi ada masalah. Bau hangit still tak hilang. 4 years later, in January 2021, baru saya ready untuk release. So sepanjang 4 tahun ni we sold sambal king secara kecil-kecilan. Sebulan terjual tak sampai 100 botol. Tapi dari sini i developed r&d untuk improvekan sambal ni. Dulu awal-awal sambal ni selalu hangus, botol pecah sebab packaging salah. It took me 4 years untuk r&d sepenuhnya.”

Sementara itu, Khairulaming turut berkongsi bahawa produk ‘Sambal Nyet’ sekarang ini merupakan hasil usaha kerasnya selama empat tahun yang lalu. Bagi membuat pelancaran produk tersebut, dia perlu rebrand nama sambal itu semula seperti nama yang sekarang ini. Ujarnya lagi, dia masih mengekalkan design dan maklumat pembungkusan yang sama seperti ‘Sambal King’. Selebriti media sosial ini juga meluahkan rasa terharu apabila 10 ribu botol ‘Sambal Nyet’ telah berjaya dijual sebaik sahaja dia melancarkan produk itu semula. Dia juga berjaya mengambil semula pekerja bagi meneruskan perniagaan yang diusahakan semula ini.

Menjawab soalan daripada warganet mengapa tidak kembangkan perniagaan ‘Sambal Nyet’ ini lagi, Khairulaming menjelaskan bahawa dia belajar daripada pengalaman yang lalu. Dia lebih suka mengambil langkah kecil dahulu sebelum melebarkan perniagaan tersebut. Di akhir perkongsian, dia berharap masyarakat faham mengenai ‘Sambal Nyet’ dan sambal tersebut tidak dihantar ke mana-mana syarikat.

Sumber: Khairulaming

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *