Penangan kejutan Nubhan. Duit RM5000 Mak Jenny diterbangkan belon.

artis Hiburan

Apa perasaan anda sebagai ibu sebaik melihat wang berjumlah RM5,000 diterbangkan belon jauh ke angkasa. Terkejut, bengang, kecewa, marah, merajuk atau semua yang dinyatakan di atas.

Itulah reaksi makcik Jenny, panggilan mesra ibu kepada penyanyi dan pelakon Ahmad Nubhan Ahamad, dalam perkongsian terbaharunya di laman Facebook.

Menerusi video berdurasi lebih tujuh minit itu, Nubhan dilihat menjenguk operasi pembungkusan sambal terkenal air tangan ibunya Sambal Omak Jenny, sambil membawa kejutan dan berita gembira mengenai jualan terkini produk berkenaan.

Makcik Jenny atau nama sebenarnya Badariah Omar kemudian dibawa ke halaman rumah untuk melihat kejutan yang dimaksudkan anaknya itu apabila tiba-tiba seorang pembantu membawa keluar belon berhias yang tertulis ‘Tahniah Mak Jenny’.

Sebaik memotong reben pada belon tersebut, ia mula terapung dengan sejumlah wang RM5,000 diikat padanya.

Namun, kejutan bertukar tragedi apabila wang yang terikat pada belon tersebut terlepas dari tangan Nubhan.

Wajah ceria Mak Jenny secara automatik berubah kecewa. Pendek kata membebel Mak Jenny melihat apa yang berlaku.

Reaksi spontannya melihat duit yang tiba-tiba terbang memang lucu. Rupa-rupanya duit yang terbang itu hanyalah wang palsu bertujuan mengusik ibunya.

Nubhan kemudian mengeluarkan kotak berisi wang RM5,000 sebenar diberikan kepada ibunya berikutan kejayaan jualan Sambal Omak Jenny selama dua bulan yang mencecah RM400,000.

Gelagat dua beranak itu sarat menerima pelbagai komen dari warganet selepas tular dan ditonton lebih 1 juta kali.

Rata-rata memuji sikap nakal dan manja Nubhan yang suka menyakat ibunya serta reaksi selamba Mak Jenny yang cukup mencuit hati.

Ramai yang turut mendoakan kejayaan perniagaan serta kesihatan Mak Jenny seisi keluarga dan ada juga yang sempat mencuba nasib untuk menjadi ejen Sambal Omak Jenny.

“Tahniah Mak Jenny, moga perniagaan bertambah maju dan berkat dunia akhirat. Panjang umur sihat selalu,” doa Nor Normah Radzali.

“Lamo gak tak sebut perkataan ‘tak senegeh’ ni, orang nismilan yo paham,” kata Roszita Hashim tergelak.

“Bila mak Jenny hilang mood duit kena bawa angin. Membebel dia, padan muka Nubhan,” usik Cahaya Laila.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Pemuda Jumpa Duit RM405k Dalam Peti Ais Yang Dibeli Online. Sekali Bila Beri Pada Polis Ini Pula Yang Berlaku Pada Dirinya.

Seorang lelaki menemukan wang  bernilai RM405,203 yang dijumpai di bawah sebuah peti ais lama yang dibeli atas talian (online). Menurut laporan agensi MBC News, lelaki itu menjumpai kira-kira 2,200 keping wang kertas ketika sedang membersihkan peti ais tersebut. Namun, dia lantas terus pergi ke balai polis untuk membuat laporan pada 6 Ogos lalu. Polis telah memulakan siasatan untuk menentukan sumber wang itu dan buat sementara waktu kesemua wang itu disimpan oleh pihak berkuasa.

Rata-rata Warganet Bangkang Kenapa Duit itu Dipulangkan

“Omg! Pls la…beli online kot…tu awk punya la tu…kenapaaaa? Kenapaaaaaa? Geram plak aku jujur x btempat ni…piang nya lahai.” – Izati “Aduhh knpe ko bagi polis .sah2 polis tu yg amek KOT . Ko ni pon .da terang2 rezeki tuu.kesian. Awak terlalu jujur dlm keadaan .baiklah hahaha .Rapi awak akan dpt ganjarannye nanti insyallah .allah itu melihat” – Ruhaya “Ish²… ini mesti jarang tengok movie kannn… tak tahu kegunaan duit rezeki terpijak… mohon suruh dia tonton cite jutawan fakir cukup la…. Hmmm kbye.” – Azlan

“Betul bang kena amanah.. Duit tu bkn hak milik kita.tuan dia pun tercari2 tu. biar org kata setiap yg jumpa bkn hak milik kita Allah nk uji kita tu.” – Shanti “Bagus tips. Bile perompak masuk rumah mungkin diorang pon tak expect duit dlm tu. Nak2 plak simpan dlm tupperware aiskrim letak kat freezer. Diorang ingt ikan temenung dlm tu.” – Razak “Dh beli peti kn?? Maksudnye beli smua la..apa2 yg ada dalam tu..huhu..mcm bundle la…Bli ketul. pecah ketul jumpa duit.nk serah polis jugk ke duit tu?” – Salman “Dia lebih kurg la akak yg jumpe makcik hilang duit rm1000 tu..sebab kesian dia share la duit rm1000 yg dia jmpe kt makcik tu…kongsi rezeki katanya” – Linda

“Ok la.. Dlm tempoh 6 bulan klu xder yg tuntut dpt balik kat org yg jumpa tp tolak cukai jer, klu ada yg menuntut, owner kena bg pampasan 5-20% kat org yg jumpa. Klu duit tu ada kaitan dgn jny4h dpt kat kerajaan. Win win situation juga la kan.. Undang2 Singapore.” – Madir

Pembeli dan Penjual Ditahan Bantu Siasatan

Penjual dan penghantar peti ais itu turut ditahan untuk memberi memberi kenyataan bagi membantu siasatan. Seorang pegawai polis, bercakap kepada MBC News, menyifatkan kes tersebut tidak masuk akal kerana melibatkan satu jumlah wang yang besar.

Undang-undang memberi hibah kepada penjumpa

Dalam pada itu, agensi portal Allkpop pula melaporkan bahawa Akta Hilang dan Jumpa negara itu mewajibkan wang itu diberikan kepada orang yang menemuinya sekiranya pemilik itu tidak muncul dalam tempoh enam bulan. Walau bagaimanapun, pihak yang memperolehi mesti membayar 22 peratus cukai daripada jumlah wang berkenaan. Sekiranya pemilik wang dapat dikesan, pihak yang menjumpainya akan diberi pampasan antara lima hingga 20 peratus. Namun, sekiranya wang tersebut didakwa mempunyai kaitan dengan jny4h, wang tersebut akan diserahkan kepada dana negara. Kredit : detikfinance, allkpop, Ohbulan

Tular Telefon Hilang Lebih 3 Hari. Sekali Boleh Pula Jumpa Di Dalam Peti Ais Dan Siap Dalam Keadaan Macam Ni Lagi.

Misteri kehilangan telefon bimbit milik seorang kanak-kanak terjawab apabila telefon bimbitnya dijumpai berada di dalam peti ais. Apa yang lebih melucukan, apabila kanak-kanak ini sempat memberikan jawapan ‘bernas’ di sebalik mengapa dia berbuat demikian.  Aduh memang buat hal lah adik!

Kisah tersebut dikongsikan seorang ibu dari Indonesia dikenali sebagai Indah Kumala menerusi beberapa buah video di laman TikTok. Pada mulanya, telefon bimbit milik anaknya telah hilang selama tiga hari dan dia ketika itu sama sekali tidak dapat mengenal pasti akan keberadaan telefon bimbit itu.

Bagaimanapun, alangkah terkejutnya wanita ini apabila dia menjumpai telefon bimbit anaknya itu yang sudah beku berikutan tersimpan ‘lama’ di dalam peti ais. Si anak ‘bertuah’ ketika itu menjawab peti ais digunakan sebagai solusi bagi mengelakkan daripada telefon bimbitnya daripada terus panas.

Sudah 3 hari telefon anak hilang. Ternyata sudah jadi keras macam ais batu. Katanya, biar tak sering panas sebab itulah dimasukkan ke dalam peti ais. Menerusi video lain yang dikongsi, kanak-kanak itu dilihat beberapa kali cuba untuk menghidupkan telefon bimbitnya namun, telefon itu sama sekali tidak boleh digunakan lagi. Berbicara lebih lanjut, si ibu juga sempat menjelaskan kepada netizen telefon bimbit tersebut hanya digunakan anaknya bagi menonton YouTube bukannya digunakan semata-mata untuk bermain permainan yang terdapat di dalamnya.

Sumber: Indah Kumala & https://ohbulan.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *