Dato Fazley kini cari suami baru untuk Ibu tapi kecantikannya ibu pula jadi perhatian.

artis Keluarga Kisah Rumahtangga

Bergelar ibu tunggal tanpa suami sebagai peneman di sisi pastinya sedikit sebanyak mengundang rasa sepi buat sesetengah wanita. Namun dengan kehadiran anak-anak tercinta yang menjalankan tanggungjawab menjaga dengan baik, ia merupakan anugerah paling bahagia. Pun begitu bagi Dato’ Fazley Yaakob, nampaknya beliau mempunyai cara tersendiri untuk menggembirakan ibu tercinta.

Bismillah…Saya nak cari jodoh untuk ibu saya

Beberapa jam lalu menerusi Facebook rasmi chef terkemuka ini, beliau telah membuat sebuah posting bagi mempromosikan soal pencarian jodoh buat ibunya, Datin Umi Kalsom Abdol Latif. Antara kriteria calon suami yang dicari semestinya bukanlah ‘laki orang’, berusia sekitar 60-70 tahun dan ikhlas mencari kebahagiaan dunia akhirat. Jelas Dato’ Fzley lagi, semuanya dilakukan untuk kegembiraan wanita tersebut.

Pernah trauma & depress apabila suami dijemput Ilahi 2016 dahulu.


Terdahulu menerusi perkongsian bersama portal Nona, Datin Umi pernah mendedahkan dirinya trauma dan depress setelah mengalami pemergian suami tercinta pada tahun 2016.

Malah akibat terkejut sehingga kesihatannya terjejas, beliau sendiri tidak masuk ke dapur dan seakan-akan kehilangan minat memasak kerana semua itu akan mengingatkannya kepada Allahyarham.

Pernah jumpa kat hotel, maknya memang cantik…Putih gebu pandang tak jemu.


Menjengah ke ruangan komen, netizen terus mendoakan yang terbaik moga-moga ‘misi’ tukang masak terkenal itu berjaya. Tidak ketinggalan juga, begitu ramai yang memuji kecantikan Datin Umi di usia 68 tahun kerana nampak masih awet muda.

Sumber: Kisah Dunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Pemuda Dedah Temu Jodoh Dengan Cikgu Sendiri. Walaupun Beza Umur 25 Tahun Namun Ia Bukan Suatu Halangan.

Jodoh itu sememangnya rahsia Allah S.W.T. Tiada siapa dapat menduga siapa jodoh kita di masa akan datang dan apabila ia tiba pastinya satu anugerah yang begitu istimewa.

Berjodoh dengan cikgu sendiri

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pemuda apabila bertemu jodoh dengan gurunya sendiri. Hal tersebut dikongsikan oleh satu akuan TikTok menggunakan nama @Samballana_bistro78 apabila memuat naik video rangkuman perkenalan dengan isteri tersayang. Dalam video tersebut, pengguna akaun @Samballana_bistro78 memaklumkan yang dia merupakan seorang pelajar  letika itu dan kerap bergambar dengan guru yang kini isterinya  bermula dari tahun 2016.

Selamat bernikah pada 2020

Tak lama selepas itu, dia memberanikan diri mengajak keluar makan sekitar tahun 2018 dan pada tahun 2020, mereka berdua sah bergelar suami isteri.

Beza usia 25 tahun

Menurutnya lagi, perbezaan usia mereka adalah 25 tahun dan hal tersebut bukan menjadi masalah buat mereka berdua yang kini bahagia bersama.

“Jem kejap otak aku”

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, akaun TikToknya telah menerima pelbagai komen oleh warganet yang agak terkejut dengan pengakuannya. Walau bagaimanapun, masing-masing mendoakan agar hubungan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir usia dan mengakui bahawa jika sudah berjodoh, pasti tidak akan kemana.

Jodoh tu Allah dah atur

Dah jodoh kan

Mungkin jodoh saya baru lahir

Ada kes mak tak restu sebab beza umur jauh

Sumber: TikTok @Samballana_bistro78

Kini Kaki Travel Sudah Pun Bertemu Jodoh Dengan Tour Guide. Sekali Gadis Ini Dedahkan Cara Perkenalan Mereka.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, begitu juga dengan soal jodoh. Seorang wanita rakyat Malaysia bertemu jodoh selepas menjejakkan kaki buat pertama kali di bumi Kashmir dekat India. Siapa sangka, wanita berkenaan kini bergelar isteri kepada warga Kashmir yang merupakan pemandu pelancongnya sewaktu berkunjung ke negeri di utara India itu. Berkongsi pengalaman, wanita berkenaan, Nurul Aini Osman berkata, dia sebenarnya suka melancong ke kebanyakan destinasi dunia dan sering melakukan pengembaraan solo.

Aini (belakang, lima dari kiri) keluarga sepupu dan rakan-rakan bersama pemandu pelancong (hadapan, kiri) ketika pertama kali ke Kashmir.

Dia yang berusia 35 tahun itu bagaimanapun mengakui Kashmir bukan menjadi pilihan pengembaraannya sebelum berkunjung ke destinasi percutian itu buat pertama kali. “Sebenarnya India bukanlah dalam senarai percutian saya untuk saya mengembara secara solo kerana berisiko untuk saya seorang perempuan ke sana bersendirian. Jujurnya, saya sebelum ini tak tahu ada tempat bernama Kashmir sehinggalah seorang pengguna Facebook mahu berkenalan dengan saya,” katanya.

Di salah satu destinasi menarik di Kashmir.

Lebih mesra disapa Aini, katanya, perkenalannya bersama jejaka Kashmir bermula tahun 2017 itu hanya sekadar rakan biasa, namun sering bertanya khabar antara satu sama lain. “Saya tahu dia bekerja sebagai tour guide di sana, jadi selalu juga dia hantar promosi pakej pelancong dari semasa ke semasa. Dia juga sering bertanya khabar. Hati saya hanya terdetik untuk ke Kashmir apabila sepupu mahu bercuti ke sana dan meminta bantuan saya untuk mencari pakej-pakej menarik memandangkan saya selalu travel. Saya pun minta bantuan dia dan mendapatkan khidmatnya sebagai pemandu pelancong sepanjang lawatan saya bersama sepupu sekeluarga dan rakan-rakan di Kashmir pada 2018,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Majlis pertunangan pada 2019.

Menurut pensyarah itu, lawatan ke Kashmir juga begitu singkat iaitu hanya empat hari dan tiga malam, kerana mereka perlu ke beberapa destinasi lain di India selepas itu. Walau bagaimanapun kata Aini, pemandu pelancong itu yang bernama Obaid Yousuf Shangloo terus berhubung dengannya selepas dia pulang ke Malaysia.

Bersama keluarga ketika majlis perkahwinan pada Mac 2020.

“Suatu hari, dia beritahu mahu berkenalan dengan saya lebih rapat. Saya ambil kira faktor kami berjauhan di Malaysia-Kashmir selain usianya yang begitu muda baru 20-an. Saya beritahu dia kalau benar dia nak berkenalan dengan saya lebih rapat, dia kena datang ke Malaysia. Dia buktikan keikhlasan dan keberaniannya dengan datang berjumpa saya di Kuala Lumpur, dan itulah kunjungan pertamanya ke Malaysia.

Jujurnya, saya sebelum ini tak tahu ada tempat bernama Kashmir sehinggalah seorang pengguna Facebook mahu berkenalan dengan saya

“Saya kemudian pergi lagi ke Kashmir dan dia bawa saya jumpa keluarganya, dan dia berjumpa dengan keluarga saya pada akhir 2018 sebelum kami bertunang pada 2019,” katanya sambil menambah suaminya kini berusia 25 tahun. Menurut Aini, mereka kemudian disatukan sebagai suami isteri pada Mac 2020, kira-kira seminggu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

Aini terpikat dengan keikhlasan dan keberanian suaminya.

Terkandas bersama suami di Kashmir selama enam bulan tahun lalu berikutan pintu sempadan negara ditutup akibat pandemik Covid-19, Aini dan suami kini berada di Malaysia. “Walaupun muda, tapi keperibadian suami lebih matang dari usianya. Dia seorang yang bertanggungjawab, penyabar dan bertolak ansur… apa yang lebih penting keikhlasan dan keberaniannya buatkan hati saya menerima dia seadanya,” katanya. Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *