Akauntan tidak pernah beli perabot. Berjimat teruk sampai sanggup lakukan ini untuk cari makanan.

Amalan Kehidupan

SEORANG akauntan wanita sanggup mencari makanan dari tong sampah dan enggan membeli tisu tandas sebagai usaha untuk menjimatkan wang ketika tinggal di salah satu bandar termahal di dunia.

Baru-baru ini, Kate Hashimoto dari New York, Amerika Syarikat telah mendedahkan dalam rancangan TLC Extreme Cheapskates mengenai cara hidupnya yang mampu bertahan dengan perbelanjaan bulanan cuma AS$200 (RM829).

Hashimoto memberitahu, dia telah tinggal di kota yang mempunyai kos hidup tinggi itu selama tiga tahun, tetapi mempunyai cara tersendiri untuk berjimat.

“Sekiranya saya perlu mengeluarkan wang, saya cuba untuk mengelak. Saya akan cuba membayar seminimum mungkin,” katanya sewaktu bercerita dalam rancangan tersebut.

Hashimoto memaklumkan, dia tidak pernah membeli perabot sebaliknya menggunakan perkakas rumah yang dibuang dalam tong sampah di tepi jalan berhampiran apartmen.

“Saya menghiasi rumah dengan mengambil perabot-perabot yang dibuang oleh jiran sebelum sempat lori sampah datang mengangkutnya. Tindakan berkenaan membolehkan saya jimat beberapa ribu dolar untuk membeli perabot baharu,” tegasnya.

Dia juga selesa tidur di atas katil bertilamkan lapisan span yang diambil dari jalanan dan meja makan pula menggunakan susunan buku dan majalah lama.Akauntan bertauliah itu juga memiliki sofa di ruang tamu rumah yang terdiri daripada bingkai katil kecil dan tilam nipis.

Dia memperoleh kedua-dua barangan itu di tempat timbunan sampah di luar asrama sebuah sekolah.

HASHIMOTO menyatakan adakalanya dia mampu menemui makanan yang agak
mewah seperti anggur yang masih elok di dalam tong sampah.

Hashimoto turut mendedahkan, dia tidak pernah membeli pakaian baharu selama lebih lapan tahun, tidak guna pakaian dalam baharu sejak tahun 1998 serta enggan menggunakan peralatan mandian.

“Saya rasa tidak berbaloi membeli peralatan mandian. Saya juga mengikuti rapat laman web yang memberikan barangan secara percuma kepada orang ramai,” ujarnya. Hashimoto mengatakan melalui laman web seperti itu, dia dapat mengumpulkan banyak barang keperluan dengan percuma termasuk ubat gigi, deodoran, pisau cukur dan produk kesihatan.

Saya peminat tegar kepada barang sampel diberi percuma. Mungkin saya orang paling ekstrem,” ujarnya lagi. Lebih pelik, dia juga enggan membeli tisu tandas atau tisu muka kerana tidak mahu menghabiskan wang terhadap sesuatu barang yang akan dibuang.

Sebagai gantinya, Hashimoto memilih mengitar semula tisu yang telah digunakannya di tandas awam
menggunakan alat pengering tangan. Selalunya, dia masuk ke tandas awam untuk mencuci badan menggunakan sabun dan sebotol air semburan.

Dia juga menggunakan tandas awam untuk membasuh sendiri pakaian bagi menjimatkan wang sebanyak AS$3 (RM12) andai menggunakan mesin basuh di kedai dobi.

“Saya tidak mencuci pakaian di dobi. Anda harus mengeluarkan sejumlah kecil wang. Jadi, setiap kali ada pakaian kotor, saya cuci ketika mandi. Saya rasa, kali terakhir saya betul-betul cuci pakaian kira-kira tiga tahun lalu,” katanya.

Dia menggunakan lebihan sabun mandi untuk membersihkan pakaian. Paling teruk, dia juga enggan mengeluarkan wang untuk membeli makanan buat diri sendiri.

“Saya menghabiskan sekitar AS$20 (RM83) hingga AS$25 (RM104) bagi membeli makanan setiap minggu. Jumlahnya secara bulanan hanyalah AS$100 (RM415),” katanya lagi. Justeru itu, dia sanggup menyamar sebagai gelandangan pada sebelah malam untuk
menyelongkar beg sampah di luar restoran atau pasar raya di kawasan kejiranan.

“Kedai-kedai ini sering membuang banyak makanan berkualiti tinggi termasuk makanan organik dan makanan siap dimasak,” terangnya. Katanya, dia hanya menggunakan makanan dari tong sampah yang masih berada di dalam bekas tertutup bagi mengelakkan termakan kotoran.

Hashimoto menjelaskan, langkah penjimatan drastik dilakukan membolehkannya membelanjakan hanya
AS$200 (RM829) setiap bulan berbanding kos sebenar sekitar AS$1,300 (RM5,385).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Tular Seorang Wanita Yang Sanggup Membawa Sesuatu Ini Ke Restoran Untuk Berjimat. Rata Rata Warganet Terhibur Dengan Tindakan Wanita Ini.

Setia orang pasti mempunyai pengalaman makan di kedai makan di luar. Berbagai jenis lauk yang kita boleh membuat pesanan di kedai makan. Sekiranya terlalu lapar, kita boleh membuat pesanan dengan nasi tambah. Biasanya tidaklah terlalu mahal caj yang dikenakan untuk sepinggan nasi. Kalau di kedai makanan segera pula biasanya nasi akan dijual dalam satu set.

Bagaimanapun, itu tidak menjadi penghalang untuk seorang wanita ini untuk elak membayar caj nasi putih sepinggan. Gara-gara ingin jimat, seorang wanita dilihat membawa nasi dari rumah ke restoran untuk dimakan bersama dengan menu lain. Apa yang mencuit hati, wanita tersebut turut membawa periuk nasi bersamanya ke kedai. bacot kelen semua jadiin aku pemenang sound ini cepat!!! Gak rame ku hapus bye!!!

Video memaparkan wanita dari Indonesia itu tular di media sosial apabila dia dirakam membawa periuk nasi sendiri ketika datang makan di sebuah restoran di Jakarta baru-baru ini. Rakaman video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok itu memaparkan wanita tersebut secara bersahaja membawa periuk nasi ketika masuk ke dalam restoran.

Memang niatnya untuk memakan di situ tetapi hanya memesan lauk pauk sahaja dari pelayan restoran itu kerana sudah membawa nasinya sendiri. Apabila lauk yang dipesan tiba di meja, wanita itu membuka periuk nasi dan menyenduk nasi yang sudah siap dimasak ke dalam pinggannya. Memang betul-betul nak jimat!

Sementara itu, rata-rata warganet terhibur dengan tindakan wanita terbabit sehingga ada yang mengatakan dia berasa malu melihat aksi tersebut. Ramai juga yang terkejut melihat wanita itu membawa periuk nasi sedangkan dia boleh je bawa nasi yang diisi dalam bekas kecil. 

“Kasihan ibu di rumah tercari-cari di mana periuk nasi­nya,” komen seorang netizen berhubung video itu.

Rakaman video tersebut mencatat lebih satu juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dimuat naik di platform TikTok. Unik sungguh cara wanita tersebut berjimat. Tapi ada baiknya kalau lauk pauk di kedai itu dibungkus sahaja untuk dimakan di rumah. 

Sumber daripada: Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *