Dah boleh rentas daerah. Ini antara tempat menarik di Selangor yang tidak sesak.

OH TRAVELOGUE Viral

Selepas berbulan-bulan terperuk di rumah, warga Lembah Klang akhirnya bersorak gembira lepas kerajaan umumkan yang mereka kini berada di Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

Ini bermakna korang yang tinggal di Selangor, KL dan Putrajaya dah boleh merentas daerah dan bercuti bersama keluarga di dalam negeri.Berikut beberapa lokasi best untuk yang korang boleh pergi untuk tenangkan diri lepas sekian lama dapat keluar berjalan-jalan.

1.Dusun Bonda Hulu Tamu, Batang Kali.

Kawasan yang terletak di Batang Kali, Selangor ini sangat sesuai bagi mereka yang minat glamping di tepi sungai dengan khemah ala premium yang selesa dan lengkap dengan segala kemudahan.

Selain glamping, di Dusun Bonda korang boleh jungle trekking pada waktu pagi dan menikmati kolam air panas serta memancing di sana. Pendek kata, percutian korang memang terisi lah kalau ke sana!

2. Glamgoat Aman Dusun Farm, Hulu Langat

Kalau rasa tempat percutian yang ada sungai dan di dalam hutan itu sudah biasa, korang boleh cuba kunjungi ke resort ini pula yang mempunyai ladang kambing di dalamnya.

Pemilik retreat ini katanya membuka peluang kepada kambing yang baru bersalin untuk berehat di ladang ini sebelum mereka dikembalikan ke ladang utama. Dekat sini juga korang boleh bermain ping pong, badminton, memancing dan bakar BBQ pada waktu malam.

3.Bukit Melawati

Perjalanan menaiki kereta ke Bukit Melawati dari KL hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja. Sebaik tiba di sini anda pasti teruja dengan keindahan pemandangan di bukit ini yang sebegitu cantik. Manakan tidak, anda dapat melihat pemandangan laut Selat Melaka dan kawasan kampung nelayan berdekatan di sekitarnya dari bukit ini.

Selain itu, di puncak Bukit Melawati ini juga terdapat beberapa peninggalan bersejarah seperti rumah api, kubu lama, perigi beracun, kubur diraja, beberapa buah meriam dan lain-lain. Kawasan ini diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Bersejarah dibawah Akta Bendapurba.

Di samping itu, anda dan keluarga juga dapat melihat keletah monyet-monyet lutong dan kera yang banyak terdapat di sini. Terutama sekali monyet lutong yang agak mesra dengan pengunjung yang datang memberikan makanan. Tapi anda perlu berjaga-jaga sedikit dengan kera, mereka boleh menjadi agak agresif berbanding monyet biasa.

4. Ostrich Wonderland Semenyih

Ingin memeriahkan hari anak kecil anda? Apa kata kalau anda sekeluarga menuju ke Ostrich Wonderland Semenyih. Di sini bukan setakat ada burung unta, tapi juga banyak lagi haiwan lain seperti ayam, angsa, keldai, ayam belanda, arnab dan sebagainya.

Semasa berada di sini, anda boleh mendengar penjelasan ringkas tentang burung unta dan juga dibawa mengunjungi pusat inkubasi telur burung unta.Dah puas menghadam pelbagai info menarik dan melihat semua haiwan yang ada?

Sebelum pulang jangan lupa untuk membeli daging frozen dan juga telur ayam atau burung unta yang dijual di sini. Bukan itu sahaja, buah-buahan dan susu kambing yang segar dari ladang juga turut ditawarkan.

5.Kepong Metropolitan Park

Taman Metropolitan Kepong ini terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dengan aktiviti bermain layang-layang dan juga berjogging.

Taman yang berkeluasan 95 hektar ini turut lengkap dengan kemudahan lain seperti trek basikal, padang bola sepak, menara pemerhatian, trek kereta kawalan, pondok-pondok santai dan taman permainan. Bagi anda yang kaki memancing pula, anda dibenarkan memancing di tasik seluas 57 hektar di taman ini.

Bercakap tentang permainan layang-layang yang terkenal di sini, kalau anda datang pada hujung minggu, anda dapat melihat bermacam jenis layang-layang diterbangkan di awan, dari yang kecil sehinggalah yang bersaiz besar sehingga 30 kaki dalam pelbagai warna. Satu pemandangan yang menarik untuk dilihat sambil menenangkan fikiran di sini.

6.Taman Equestrian Putrajaya

Taman Equestrian Putrajaya adalah sebuah kawasan tarikan yang cukup luas dengan lebih daripada 180 buah kandang. Kalau anda dah lama teringin merasa bagaimana perasaannya bila dapat menunggang kuda sendiri seperti dalam filem cowboy, di sinilah lokasi untuk merealisasikannya.

Tak pernah menunggang kuda? Inilah salah satu sebab kenapa anda perlu meluangkan masa di sini. Sebabnya, anda boleh memilih daripada mana-mana pakej yang ditawarkan yang bersesuaian dengan latar belakang anda.

Bagi yang tinggal di Putrajaya atau tidak jauh dari sini, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kelas intensif yang ditawarkan untuk mempelajari teknik sebenar menunggang kuda. Rugi tak belajar perkara sunnah ni.

Selain berpeluang untuk menunggang kuda, aktiviti lain yang ditawarkan adalah Stable Tour di mana anda boleh mempelajari pelbagai perkara berkaitan kuda seperti cara penjagaannya, sikap kuda, cara memandikannya, memberi makan dan banyak lagi! Pendek kata, segala perkara di sebalik tabir ekuestrian ini dapat anda selami.

7.Taman Saujana Hijau Putrajaya

Taman Saujana Hijau Putrajaya pastinya memukau para pengunjung apabila tiba di lokasi ini. Keunikan taman ini sebagai lokasi pemuliharaan flora dan fauna yang menampilkan tiga konsep yang berbeza untuk dinikmati pengunjung iaitu konsep European Garden, Oriental Garden dan English Garden. Ketiga-tiga konsep ini ditampilkan di kawasan yang berkeluasan 40 hektar.

European Garden menyajikan pemandangan di kawasan tanah tinggi yang membolehkan pengunjung menikmati panoramik Putrajaya sejurus tiba di lokasi ini. Suasana direka khusus bercirikan Eropah pasti menaikkan perasaan gembira para pengunjung setibanya di taman ini yang pastinya tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Manakala pengunjung akan dinanti dengan sebuah pavilion bercirikan binaan tradisional negara China apabila tiba di Oriental Garden.

Reka bentuk pintu gerbang, dataran serta seni ukir yang terdapat di lokasi ini pastinya menjanjikan perasaan berbeza sepertinya berada di China. Kesinambungan unsur alam seperti tumbuhan berbunga dan kolam ikan yang dihiasi kerikil kecil dapat menyemarakkan lagi perasaan damai dan tenang kepada pengunjung.

Keindahan yang terdapat di English Garden juga pasti akan meninggalkan memori bermakna kepada pengunjung apabila suasana seakan sudah berada Eropah. Pengunjung bertuah juga berkesempatan merakam detik-detik indah flora dan fauna apabila berada ketika di waktu pagi dan petang.

8. Elmina Central Park, Shah Alam

Kehijauan dalam pemodenan. Elmina Central Park merupakan kawasan riadah yang mempunyai trek joging yang dikeliingi pepohon yang menghijau. Pengunjung taman juga dapat menikmati kemudahan aktiviti berbasikal dan kasut roda.

Jambatan Icon Elmina (Elmina Iconic Bridge) pula merupakan sebuah struktur yang gah dan sesuai untuk dijadikan latar gambar. Dengan warna merah terang, jambatan ini kelihatan seolah-olah menyala apabila matahari menghilang dari pandangan sekali gus memberikan pengunjung pemandangan malam yang sangat mengagumkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *