Tiba tiba oyen manja lain macam dengan tuan lepas vksin. Sekali ada satu benda pulak yang warganet perasan.

Haiwan kucing

Gelagat Yeyen yang terlebih manja dengan ‘papanya’ mencuit hati warganet. Kucing¬†‘Oyen’ sememangnya sinonim dengan sifat nakal ataupun ragamnya yang sering memeningkan kepala si pemilik. Begitu jugalah dengan Oyen milik pasangan suami isteri ini yang terlebih manja sehingga mahu berkepit dengan ‘bapanya’ setiap masa.

“Nak bayar duit minyak pun sibuk nak ngikut!” demikian kapsyen yang ditulis pada video yang sehingga kini meraih lebih 223,000 jumlah tontonan. Menurut Ashikin Aziz, video tersebut dirakam secara spontan ketika dia dan suaminya singgah sebentar di stesen minyak selepas pulang daripada membawa kucing mereka yang diberi nama Yeyen mendapatkan suntikan vaksinasi di klinik haiwan. Masa suami buka pintu nak keluar pergi kaunter stesen minyak, si Yeyen ni melompat ke tempat duduk pemandu dan mula buat bunyi bising. Saya pun panggil suami suruh dia bawa je lah Yeyen ni sekali. Bila suami angkat, barulah Yeyen ni diam. Si papanya pun dokong Yeyen macam budak. Mungkin Yeyen ni lupa dia tu kucing. Nak tergelak tengok gelagat dua beranak ni… sebab tu saya saja rakam. Bila¬†upload, tak sangka pula viral. Ramai yang terhibur tengok dua-dua ‘sama naik’. Ada satu komen yang mencuit hati saya, dia tulis ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi… sama-sama buncit’. Tergelak baca komen-komen yang lucu semuanya,” kata wanita berusia 33 tahun ini.

Ashikin memelihara Yeyen sejak lebih setahun yang lalu.

Bercerita mengenai Yeyen, Ashikin berkata dia sudah memelihara anak bulusnya itu sejak lebih setahun yang lalu. “Kisahnya, saya jumpa Yeyen tidak lama selepas kucing peliharaan saya, Kuning, mt1 kerana sakit buah pinggang. Masa tu saya masih lagi bersedih… mana tidaknya, lebih tujuh tahun saya pelihara Kuning. Saya jumpa Yeyen dekat lif rumah kami kira-kira Mei tahun lepas. Masa tu saya baru je balik dari rumah seorang pelanggan. Yeyen kecil lagi, usianya dalam lingkungan dua atau tiga bulan ketika itu. Keadaannya pula comot sikit. Saya tak tahu kenapa, tengok je dia, hati saya tergerak nak ambil bawa balik rumah dan akhirnya pelihara dia sampailah sekarang,” katanya yang bekerja sebagai jurumekap dan pelukis inai pengantin.

Mungkin Allah tahu betapa saya rindu dengan Kuning, maka Dia gantikan dengan Yeyen.

Tambah Ashikin, bukan sahaja warna bulu, malah keletah Yeyen saling tak tumpah seperti Kuning yang sangat manja, nakal dan menghiburkan hati. “Selepas Kuning, Yeyenlah penyeri keluarga kami kerana belum lagi ada rezeki menimang cahaya mata. Mungkin Allah tahu betapa saya rindu dengan Kuning, maka Dia gantikan dengan Yeyen.

Yeyen menjadi penyeri Ashikin dan suaminya.

“Papa dia dulu penakut dengan kucing, tapi sejak kehadiran Yeyen, papa dia pula terlebih manjakannya. Kadang-kadang saya post video Yeyen dengan papanya, memang ramai tengok sebab dua-dua saiznya ‘comel’. Siap mereka minta lagi video dua beranak ni. Yeyen ni sebenarnya lebih nakal sikit berbanding Kuning. Apabila ada pengantin saya datang bersolek atau berinai di rumah, dia suka bergurau. Saya terpaksa masukkannya dalam sangkar dulu,” cerita Ashikin yang menetap di Kempas, Johor Bahru.

Tidak menyangka video Yeyen menjadi tular, Ashikin berkata dia gembira apabila ramai yang terhibur dengan perkongsian santainya. “Apa pun bagi mereka yang memelihara kucing atau haiwan lain, jagalah mereka elok-elok. Janganlah anggap mereka ni haiwan saja, maka hanya layan sambil lewa saja,” katanya lagi. Sumber : Mstar

Pelik Kucing Ini Masih Bernyawa Walaupun Terperangkap Dalam Rumah Kosong Selama 52 Hari.

Seperti mana yang kita semua tahu, kucing sememangnya sinonim dengan kata-kata bahawa mereka ada sembilan nyawa. Mungkin sebab ni la kita selalu tengok kucing ni berani terjun dari aras yang tinggi untuk turun ke bawah bangunan.

Mungkin ada betulnya juga kata-kata tu sebab baru-baru ini, seekor kucing yang terperangkap dalam sebuah rumah kosong di Vlaardingen, Belanda tanpa makanan ditemui masih selamat walaupun dah ditinggalkan di situ selama 52 hari, lapor Oddity Central.

Difahamkan, kucing itu telah ditemui oleh tuan baru rumah tersebut dan ketika ditemui, ianya kelihatan sangat kurus macam tak cukup zat. Rumah terbabit pula telah dibeli oleh tuan baru tersebut melalui jualan lelongan.

Jadi, pemilik baru rumah tu pun hubungi pusat perlindungan haiwan Vlaardingen untuk selamatkan kucing malang tu. Setelah disiasat latar belakang pemilik rumah yang lama, rupa-rupanya dia dah menghilangkan diri sekitar Julai lalu dan kucing tu terpaksa hidup sendirian dalam rumah tu.

Ketika ditemui juga, pihak kebajikan haiwan tu tak jumpa kesan sama ada makanan ada ditinggalkan untuk kucing tu jadi, mereka pun tak pasti sama ada tuan kucing tu ada rancangan untuk datang ambil semula haiwan tu atau dia memang sengaja tinggalkannya di situ.

Gambar:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=139180835048267&set=a.119694930330191&type=3

Namun, yang ajaibnya, walaupun tanpa makanan dan air, kucing tu dilihat mampu survive sebab dia nampaknya berjaya jumpa sumber air yang dipercayai dari paip rumah yang bocor.

Selain itu, kucing ni juga dipercayai telah makan kertas sebagai ganti makanan sebab doktor haiwan telah menemui cebisan kertas dalam najisnya. Namun, umur kucing ni juga masih panjang sebab ia boleh dikatakan berada dalam keadaan yang agak baik walaupun tak dapat makanan dalam tempoh yang agak lama

Menurut staf di pusat penjagaan haiwan itu juga, kucing itu akan diberikan kepada sesiapa yang berhasrat untuk menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. Kini, berat badannya juga dah semakin meningkat sebab dijaga dengan baik di pusat haiwan tu.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *