Terkejut dengan keupayaan kucing miliknya. Sekali gadis ini dedahkan cerita sebenar sampai ramai terkejut.

Haiwan kucing

Bukan mudah untuk memandikan kucing di rumah kerana kebanyakan haiwan kesayangan ramai itu t4kut pada air. Berbeza pula dengan seorang g4dis apabila kucing peliharaannya dibawa mandi di laut. Video yang meraih lebih dua juta tontonan di akaun TikTok @alyaaamran itu menyaksikan seekor kucing berenang di laut.

Kucing Najihah bernama Mei.

Pemilik kucing tersebut, Siti Nur Najihah Azman Shah berkata, kucing jantan bernama Mei itu berusia lebih setahun dan rakaman dibuat di Port Dickson, Negeri Sembilan. G4dis berusia 24 tahun itu memberitahu, dia sering membawa kucing kesayangannya itu ke pantai kerana jaraknya hanya kira-kira lima minit perjalanan dari rumah bapanya.

“Mei ni sebenarnya kucing jalanan. Saya jumpa dia masa baru lahir, di tepi jalan dekat kawasan kampung lebih setahun lalu. Dari kecil dia memang tak t4kut dengan air apabila saya selalu bawa dia ke bilik air setiap kali saya mandi. Dia akan mandi sekali,” katanya.

Lebih mesra disapa Najihah, katanya, dia mula membawa kucing peliharaannya itu ke pantai pada Disember tahun lalu. Namun g4dis yang berasal dari Nilai itu pada mulanya tidak mengetahui kucing miliknya boleh berenang.

“Saya bawa dia ke tepi pantai untuk mandikan. Masa air laut paras buku lali. Selepas tu nampak dia terapung dan mula berenang. Video yang viral tu dirakamkan di pantai yang sama, minggu lepas. Masa tu air laut di paras pinggang saya. Itulah kali kedua sah dia boleh berenang,” ujarnya.

Kucing yang manja.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, dia tidak boleh membawa kucingnya jauh ke tengah laut kerana dirinya sendiri tidak pandai berenang. “Saya tak pandai berenang. Kalau mandi di pantai biasanya setakat air di paras pinggang. Saya selalu bawa pelampung ke pantai untuk mandi. Teringin masuk kelas berenang sebab saya suka pergi pantai. Ikutkan nak belajar sejak tahun lepas tapi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pula, tak ada kelas yang beroperasi,” tambahnya.

Mei dibela Najihah sejak lebih setahun lalu.

Pada masa ini, kata Najihah, dia memandikan kucingnya yang disifatkan manja itu menggunakan besen bayi di bilik air. “Tapi sebab besen bayi kecil je jadi rendah sangat untuk kucing berenang. Saya tak terfikir pula nak beli kolam renang portable (mudah alih), macam membazir.

Saya sentiasa mengawasi pergerakannya. Saya tak mahu dia berenang lama-lama kerana belum tahu sejauh mana keupayaan dia, mahu dia berasa selamat.

“Kucing saya ni tak t4kut air pun, boleh je dia mandi kat bilik air. Lagipun saya memang selalu ke pantai, jadi akan bawa dia sekali untuk berenang,” katanya. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor itu sentiasa mengawasi pergerakan kucingnya ketika di pantai.

Najihah sentiasa mengawasi pergerakan kucingnya.

“Walaupun dilepaskan, saya sentiasa mengawasi pergerakannya. Saya tak mahu dia berenang lama-lama kerana belum tahu sejauh mana keupayaan dia, dan mahu dia berasa selamat. Tak sabar saya nak masuk kelas berenang. Kucing dah boleh berenang, tunggu giliran saya pula selepas ini untuk berenang sama,” ujar Najihah.

Komen warganet:

Sumber: Mstar

Jenis Kucing Tidak Bersyukur. Kucing Lain Elok Pula Makan Tapi Si Gebus Ni Buat Hal Sendiri.

Buat yang memelihara lebih dari seekor kucing di rumah pasti tahu keadaan riuh dan meriahnya macam mana. Malah tanggungjawabnya bukan mudah, haiwan-haiwan jenis manja ini memang sukakan perhatian tuannya.

Menerusi satu perkongsian video yang telah mencuri perhatian ini, kelihatan banyak kucing sedang makan di luar sebuah rumah. Makanan dihidangkan di dalam pinggan dan kucing-kucing ini khusyuk menjamu selera.

Perkongsian rakaman kucing lain elok je makan yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun farizjunorr ini telah meraih lebih 28 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“…Time sediakan makanan, kemain lagi meow kuat2 macam setahun tak makan, dah bagi makanan dia hidu pastu blah”

Sumber: HLC

5 Tanda Kucing Anda Marah Dan Merajuk.

Hanya orang yang bela kucing sahaja yang biasanya tahu macam mana kucing merajuk.Kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah yang sangat comel dan unik. Haiwan ini akan merajuk sekiranya anda meninggalkan mereka untuk satu tempoh yang lama atau terlupa nak beri makan. Mereka juga mempunyai perasaan dan ada ketikanya mereka marah.

Pernah tak kucing anda merajuk sebab kena marah, kena tinggal, lambat makan atau cemburu anda membelai kucing lain? Jika tidak perasan, inilah tanda-tandanya:

1. Pandangan

Dia pandang anda satu macam. Jika anda seorang pemilik kucing, anda langsung tidak perlu tanya, kucing adalah pakar menunjuk perasaan melalui mata mereka. Mereka akan resah jika rutin harian mereka sentiasa berubah misalnya jika anda lewat menyediakan makanan. Oleh itu, jawapannya sudah sangat jelas, iaitu anda perlu mengikut masa yang tetap untuk suap kucing anda. Anda juga lebih digalakkan untuk tidak menukar waktu makannya.

Kucing mampu menunjukkan perasaan melalui matanya. Jika anda membela kucing, pasti anda sudah biasa melihat pandangannya yang tajam menikam kalbu apabila rutin kucing anda sedikit berubah seperti terlambat beri makanan kepadanya.

2. Kencing Merata.

Kucing umumnya menganggap rumah dan halaman sebagai ‘kerajaan’ mereka. Selain marah, stress atau berasa terancam dengan kucing lain, kucing anda akan kencing di semua sudut rumah anda atau mencakar sofa bagi menunjukkan ‘Ini kawasan aku’ dan membuat persempadanan.

Tetapi anda perlu tahu cara kucing anda berbuat demikian boleh dimaksudkan ia melepaskan geram ke atas anda. Ini kerana mereka bimbang kerana berpisah dengan anda. Walaupun pada dasarnya kelihatan seperti kucing anda melepaskan geram, tetapi realitinya si comel ini hanya ingin mengunakan bau yang ditanda untuk mengurangkan kesunyiannya apabila berpisah dengan anda

Begitulah ragam kucing yang perlu anda hadapi sebagai tuan atau sahabatnya. Penulis turut membela seekor kucing bernama Bunga (jantan sebenarnya) yang mengada-ngada dan doktor haiwan yang merawatnya pernah berkata, “Jangan ikut sangat kehendaknya, nanti ia berasa dirinya boss.”

3. Gigit.

Pernah tak anda lalui pengalaman kucing anda yang comel datang menghampiri anda, mereka seperti minta anda untuk sentuh mereka namun tiba-tiba anda kena gigit atau cakar. Ini boleh dikatakan sebagai sentuhan sifat agresif. Jangan risau, kucing anda bukannya sudah membenci anda. Jika anda faham perangainya, gigitan ‘biarkan saya bersedirian’ tidak semestinya bermaksud ia sedang marah, tetapi hanya mahu mengawal interaksi tersebut.

4.  Menjauhi.

Biasanya kucing anda suka bermanja dengan anda tapi tiba-tiba ia menjauhi anda buat masa yang lama. “Itu menunjukkan ia marah, takut atau bimbang”, kata Michael Rueb, seorang pakar kucing. Kucing biasanya menjauhkan diri kerana ia keliru dengan suara, pergerakan atau bau anda jika anda meninggalkannya buat masa yang lama. Apa nak buat? Beri ruang kepadanya untuk ‘sejuk’ dan menunggu sehingga si comel anda kembali normal.

5. Sentiasa Menyorok.

Menyorok adalah salah satu tanda kucing sedang takut dengan anda atau pada sesuatu situasi yang tidak menyenangkan.  Menyembunyikan diri merupakan cara kucing melindungi dirinya dan memaksanya keluar untuk bersosial akan menjadikan ia agresif, bertukar dari kucing kepada anak harimau.

Apabila mereka menonton anda dari jauh, anda mungkin rasa sukar untuk ketahui sama ada kucing anda sedang menjauhkan diri dari anda disebabkan ia marah, atau bersahaja kerana mereka adalah haiwan peliharaan yang mempunyai personaliti yang pelik. Sebenarnya kucing akan kekalkan jarak dengan pemilik mereka jika mereka terkejut dengan suara kuat yang anda keluarkan, atau bau lain yang melekat dari baju atau seluar anda.

Jika personaliti biasa si bulus ini biasanya sangat aktif dan suka bermain tetapi sekarang hanya aktif mengelak, maka ini mungkin boleh membawa maksud bahawa kucing anda sedang takut, resah atau sedang marah anda. Penyelesaiannya? Bagi dia ruang dan masa sendiri untuk relaks. Dia akan datang kepada anda apabila dia siap bersedia.

Sumber- Kompas.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *