Tidak pernah mengeluh walaupun terpaksa. Dengan kudrat yang ada wanita ini sanggup dukung suami.

Amalan Kehidupan Keluarga kisah rumah tangga OH WANITA

Kulim: Biarpun kudung kaki dan tangan, namun kasih sayang seorang isteri tidak pernah berkurang terhadap suaminya yang kini berstatus orang kurang upaya (OKU) selepas menjalani pembedahan akibat saluran darah tersumbat tiga tahun lalu.

Wanita berhati cekal dikenali sebagai Sita, 37, berkata, dia tidak pernah mengeluh walaupun terpaksa memikul tanggung jawab sebagai isteri dan ibu kepada tiga anak bagi memastikan kehidupan keluarganya berjalan lancar.

Sita berkata, suaminya, V Shathish Kumar, 38, terpaksa dibedah kerana saluran darahnya tersumbat menyebabkan berlaku jangkitan kuman dan doktor ketika itu memberi pilihan sama ada menjalani pembedahan membuang kaki dan tangan atau suaminya meninggal dunia.

“Suami akhirnya bersetuju menjalani pembedahan dan memberitahu doktor yang dia hanya mahu hidup kerana mahu melihat saya dan anak-anak membesar.

“Saya begitu terharu dengan kata-kata suami ketika itu dan hanya mampu memberi sokongan moral kepadanya sebelum menjalani pembedahan,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Jati, di sini.

Menurutnya, selepas pembedahan selesai dijalankan, dia sekali lagi diuji apabila terpaksa mendukung suaminya naik ke tingkat dua rumah mereka, walaupun ketika itu baru tiga bulan melahirkan anak bongsu.

“Tiada sesiapa dapat menolong ketika itu dan dengan kudrat yang ada, saya mendukung suami naik ke rumah kami di tingkat dua.

“Saya hanya mampu menangis ketika itu kerana tahu tiada sesiapa mendengar rintihan dan kesukaran yang terpaksa ditanggung seorang diri ,” katanya.

Sementara itu, Shathish Kumar berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kepada isteri yang sudi menerima keadaannya walaupun tidak sempurna seperti sebelum ini.

“Kalau wanita lain, mungkin tidak sanggup lagi berkongsi hidup sekiranya pasangan mereka tidak sempurna namun isteri saya tidak memandang semua itu.

“Bukan saja menjaga saya, namun pengorbanannya sangat besar kerana terpaksa menguruskan tiga anak kami yang berusia tiga hingga 10 tahun,” katanya yang memberitahu mereka berkahwin atas pilihan keluarga.

Menurutnya, dia serta isteri tidak bekerja dan meneruskan hidup dengan wang pencen ilat selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saya bukan mahu meminta bantuan atau sumbangan, namun jika boleh saya sebenarnya ingin bekerja kerana yakin mampu melakukannya walaupun dalam keadaan begini.

“Sebelum pembedahan, saya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan kini berharap ada pihak menawarkan pekerjaan sebagai kerani kerana saya memiliki Sijil Asas Komputer selepas menjalani kursus empat bulan lalu,” katanya yang kini memakai tangan dan kaki palsu bagi memudahkan pergerakannya.

Katanya, dia turut berterima kasih kepada sukarelawan Pasukan Buru Amal Kulim terutama pengasasnya, Nordin Abu Bakar, 40, yang banyak memberi bantuan sama ada berbentuk barang keperluan dan juga sokongan moral.

“Pasukan Buru Amal ini sejak awal saya ditimpa musibah, mereka antara yang terawal menghulurkan bantuan malah sehingga kini masih mengambil berat tentang kami sekeluarga.

“Saya hormat kerana mereka menghulurkan bantuan tanpa mengira agama atau bangsa seseorang,” katanya.

Sumber: Hmetro.

Berharap Pada Keajaiban Tuhan. Suami Redha Dengan Ujian Yang Diberikan Dan Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Isterinya.

Kis4hnya sama seperti 4rwh Siti Sarah, Setiap hari suami setia menanti perkh4baran isteri, walaupun takut menunggu panggilan hospital, tapi inilah haki kat yang harus dilalui oleh seorang suami. Mohd Zulkifli Mohdisa masih mengharapkan ada keajaiban untuk isterinya yang disahkan C19 sudah sebulan lebih dia disahkan p0sitif pada 17 Julai 2021.

Sejak 5 Ogos lalu isterinya Faiqah dira wat di Unit Rawatan Rapi Hospital dan kini sudah hampir sebulan dia bert4rung ny4wa,berat sungguh dugaan buat keluarganya ini. Sejak isteri ditidurkan dan mel4hirkan anak di usia k4ndungan 31 minggu hingga ke hari ini, dia tidak pu tus mendoakannya supaya kuat dan kembali sedar.

Berilah belas kasihanmu, ya Allah, Terasa bagai dir4gut ny4waku, terasa gelap sepi apabila mendapat perkhabaran dari doktor, 0ksigen dalam dr4h menurun berbanding semalam. Pada 26 Ogos cuba ambil hati anak yg terlalu rindukan ibunya. Mohd Zulkifli ada memberikan pesanan buat warga MaIaysia. Hanya yg pernah laIui sahaja tahu betapa peritnya lalui ujian ini.

Info terbaru dari Mohd Zulkifli 28 Ogos keadaan terkini isterinya di Unit Rawatan Rapi, “AssaIamualaikum Update wife hari ni Faiq Iqah, Semalam doc tukar tiub pern4fasan dia, sebab dah lama dan perlu tukar yang baru untuk elakkn j4ngkitan dan tiub block. Semalam power mesin 80%, keadaan masih sama masih kritik4l,Sel d4rah putih naik lagi kepada 26 berbanding semalam 16 dan keadaan lain masih belum ada perubahan, result ujian d4rah dan kahak masih belum keluar dan Hari ni tambah lagi 1 ubat antibi0tik yang baru, tulis nya dilaman facebooknya.

AIIahhuakbar, Ya AIIah Berikanlah belas kasihanmu pada hambamu ini berikanlah kami peluang untuk bersama kembali, ya AIIah. Sebagai suami, tiada apa yang saya mampu harapkan selain doa yang tak putus buat isteri yang kini sedang bert4rung ny4wa di Unit Rawatan Rapi. Jutaan terima kasih pada yang sudi mendoakan isteri dan anak saya, Tiada ucapan mahu pun ungkapan yang saya dapat luahkan selain terima kasih.

Keadaan terkini isteri saya masih lagi ditidurkan dan masih perlukan alat bantuan pernafasan,Walaupun perubahan tak banyak saya masih mengharapkan kejaiban dan belas ihsan dari Allah SWT untuk isteri dan anak yang dilahirkan secara operasi cepat sihat. Saya masih menanti perkembangan tentang anak saya. Setakat hari ini masih tiada lagi perkembangan dari pihak hospital.

Maafkanlah isteri saya jika dia ada menggu ris ha ti sesiapa, Doa kalian masih saya harapkan, Diharap kalian semua juga sentiasa dalam kesihatan yang baik dan dalam lindungannya. Syafakillah. Semoga ada sinar keajalban buat Faiq Iqah. Amlnnn YRA Sumber:Citermaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *