30 peratus penglibatan wanita sebagai penggubal dasar dan pembuat keputusan adalah amat wajar.

Info OH WANITA

Selaras dengan 20 cadangan transformasi parlimen yang dikemukakan pada 11  September 2021 oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Bin Maslan sebagai calon  Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, saya menerima baik dan mengalu-alukan cadangan-cadangan tersebut, dan berharap beliau turut memastikan dasar sekurang kurangnya 30 peratus wanita berada dalam kesemua kumpulan penggubal dasar  termasuk Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas.

Sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita sebagai penggubal dasar  dan pembuat keputusan adalah amat wajar memandangkan hala tuju dasar-dasar negara  adalah untuk mengarusperdanakan peranan wanita dalam kesemua urusan urus tadbir  dan juga ke arah merapatkan jurang gender dalam pentadbiran.

Cadangan untuk melantik tiga Timbalan Speaker haruslah merangkumi seorang wanita sebagai Timbalan Speaker, baik dari Sabah atau Sarawak atau Semenanjung.

Wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara dan  peranan 30 peratus wanita ini tidak boleh diabaikan untuk membawa negara ke status  yang kita ingini.

Ahli Parlimen Pontian juga telah mencadangkan dan mendorong penyertaan wanita  dalam Program Belia dan Siswazah. Sasaran 30 peratus wanita dalam program ini mesti  diwajibkan.

Dalam cadangan mengemaskini Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (Standing  Orders), adalah perlu supaya Ahli-ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan dan jenaka berunsur seksis serta menyinggung perasaan akan dikenakan pergantungan  segera, denda dan hukuman yang sewajarnya.

Akhir sekali, saya telah memaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat bahawa  saya akan mengikuti persidangan parlimen dari rumah kerana tersenarai sebagai kontak  rapat dan perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah sehingga hari Ahad.

Sumber: Siakap Keli.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Nekad Untuk Sedut Cuka Untuk Elakkan Covid 19. Sekali Doktor Ni Tegur Cara Wanita Ni Buat Ramai Yang Terkejut.

Semenjak penularan wabak COVID 19 ini makin mengganas, boleh dikatakan hampir setiap hari kita terima mesej di WhatsApp berkaitan petua untuk mengelakkan diri dari dijangkiti wabak ini. Ada yang beri petua suruh sedut wap cengkih lah, minum air suam banyak-banyak dan yang terbaru ialah amalan menyedut cuka.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang wanita dilihat memberi petua untuk spray kan cuka pada tangan dan menyedut cuka tersebut ke hidung. Amalan ini katanya patut diamalkan setiap pagi untuk mengelakkan virus itu mendekati kita kerana sifat cuka berbau masam. Hmm ada kaitan ke cuka masam dengan virus COVID 19 ni? 

“Kalaulah cuka boleh bnh virus COVID…” 

Video itu walau bagaimanapun telah mendapat respon daripada seorang doktor di Tiktok iaitu @drchampz yang menyatakan bahaya melakukan perbuatan tersebut. Menurut doktor ini, dia telah didatangi oleh seorang pesakit yang mengadu sakit kepala dan sesak dada gara-gara melakukan perbuatan menyedut cuka itu.

Tambahnya lagi, cuka mengandungi 4 hingga 8% acetic acid dan konsentrasi yang pekat boleh mengakibatkan iritasi pada hidung, mata dan paru-paru. Aduh…  Cara yang paling senang menurutnya ialah mengikuti segala SOP yang telah ditetapkan kerajaan seperti jaga jarak 1 meter, elakkan tempat sesak dan sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer.

“Vaksin tak percaya, cuka percaya pulak” 

Video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet yang rata-rata geleng kepala dengan petua yang diberikan wanita itu. Malah ramai juga yang mengakui perbuatan menyedut cuka itu boleh merosakkan sistem pernafasan. Sebelum ikut apa-apa petua, admin harap korang rujuklah mereka yang berpengetahuan dulu sebab bimbang bawa kemudaratan pula nanti. Stay safe ye! 

Sampai sebanyak ini kes positif Covid 19 telah dikesan semalam di parlimen. Sekali ini penjelasan lanjut.

Macam yang ramai tahu, semalam parlimen telah ditangguhkan selepas KKM mendapat makluman terdapat dua kes positif Covid-19 telah hadir ke parlimen. Ekoran ini, pasukan kesihatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putajaya serta Makmal  Kesihatan Awam Kebangsaan telah digerakkan ke Parlimen untuk membuat ujian saringan yang tamat pada jam 8 malam, semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua kes yang didapati positif itu sebelum ini didapati negatif selepas ujian saringan dijalankan tiga hari sebelum Sidang Mesyuarat Khas Parlimen bermula. Kes pertama merupakan seorang petugas yang telah hadir ke Parlimen pada 26 Julai 2021 (Isnin) sehingga 28 Julai 2021 (Rabu) dan dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Julai 2021 melalui ujian pengesahan RT PCR yang dijalankan sendiri di sebuah fasiliti kesihatan kerana beliau mengalami gejala batuk dan selesema.

Kes kedua pula dikesan semasa saringan di Parlimen pada pagi 29 Julai 2021 menggunakan ujian kendiri RTK Antigen (Ag) saliva kerana beliau mengalami gejala batuk.” Ekoran ini, semalam seramai 1,183 individu yang berada di Parlimen telah menjalani ujian saringan Covid-19.

Secara keseluruhan, sebanyak sebelas (11) kes positif telah dikesan pada 29 Julai 2021 iaitu sepuluh (10) melalui RTK Ag saliva test kit dan satu (1) melalui RT PCR.” Dr Hisham juga turut menasihatkan semua yang hadir dan berada di Parlimen bermula 26 Julai lalu untuk menjalankan ujian saringan Covid-19. Manakala KKM akan menjalankan siasatan, penilaian risiko, pengesanan kontak dan langkah-langkah pencegahan termasuk pembersihan dan disinfeksi di bangunan Parlimen.

Semua yang akan hadir ke sesi Sidang Mesyuarat Khas Parlimen minggu hadapan dinasihatkan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu. Mereka yang bergejala disaran membuat pemeriksaan dan tidak hadir ke Parlimen.”

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *