Mercedes baru benarkan pemandu kendalikan kereta secara kawalan minda.

Dunia Kehidupan

Nampaknya bukan Profesor X dari X-Men sahaja yang boleh mengawal objek menggunakan kawalan minda. Pada masa akan datang, mungkin kita semua akan dapat mengawal kereta hanya menggunakan fikiran.

Sebuah kereta konsep baru dari Mercedes ini menunjukkan potensi kawalan minda yang luar biasa bagi kenderaan masa depan.

Di sebuah acara mobiliti terbesar di dunia yang diadakan di Jerman baru-baru ini, Mercedes memberi gambaran idea hebat ini dengan kereta konsep barunya, Vision ATVR.

Caranya adalah dengan memakai peranti BCI yang mengandungi elektrod, dipasang pada kepala ketika membawa kereta. Selepas prosedur penentukuran selama satu minit, pemandu dapat melakukan fungsi di dalam kereta dengan hanya menggunakan minda mereka.

Tetapi peranti itu bukan digunakan pemandu untuk memandu kereta mereka, sebaliknya untuk mengawal bahagian antara muka pengguna seperti sistem navigasi dan radio.

Bayangkan jika pemandu boleh fikirkan sahaja ke mana mereka ingin pergi, atau lagu apa yang mereka ingin dimainkan, dan kereta mereka akan dapat membaca fikiran mereka.

Peranti BCI mengukur aktiviti neuron di korteks dan menganalisis gelombang otak yang diukur. Semakin kuat fokus, semakin tinggi aktiviti neuron membenarkan peranti itu untuk memicu fungsi yang disasarkan di dalam kenderaan.

Kereta konsep ini diilhamkan oleh filem Avatar, dan ia menawarkan lebih dari sekadar ciri kawalan minda. Namun teknologi menakjubkan ini belum lagi dirancang untuk dilaksanakan pada kereta produksi dalam masa terdekat.

Sumber: HCL

Ikuti juga kisah-kisah menarik di bawah ini.

Cikyam Dapat Kereta Mercedes AGM Sempena Hari Jadi. Fizo Omar Sanggup Berkorban Apa Saja Janji Cik Yam Bahagia.

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar adalah seorang pelakon yang terkenal dan seorang ayah yang sangat baik. Walaupun fizo omar dan bek4s isterinya iaitu Mawar tidak lagi bersama tetapi mereka masih berkawan rapat disebabkan kerana Anak kesayangan mereka iaitu Wan Maryam yang sangat rapat dengan Daddy nya itu.

Sering kali kerap berkongsi detik2 bersama anak kesayangannya itu di Platform Instagram membuatkan anaknya itu yang selesa dipanggil Cik Yam menjadi kesukaan peminat fizo omar. Di platform Instagramnya itu memang banyak dimuatnaik gambar2 dan video cik yam sahaja.

Baru2 ini, berkongsi hadiah hari jadi untuk anak kesayangannya itu, fizo telah memesan sebuah hadiah istimewa iaitu sebuah Mercedes AMG yang versi kanak2 melalui platform pembelian di dalam talian dari negara ch1na.

Kereta tersebut telah sampai ke rumah fizo dan untuk membuat kejutan tersebut, fizo telah memasang sendiri kereta Mercedes itu memang dihantar untuk pelanggan pasang sendiri. Mungkin lebih selamat dan tidak mudah rosak.

Selepas semuanya telah selesai, fizo telah memberi cik yam pandu bersama sepupu rapatnya itu. Banyak fizo berhabis untuk anak kesayangannya itu. Kereta tu pun sangat cantik. Siap bagi karpet logo Mercedes lagi. Cantik sangat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Tular Pemuda Tunjuk Magnet Boleh Melekat Pada Tempat Vaksin Disuntik. Sekali Fizo Omar Tampil Lakukan Perkara Yang Sama.

“Cuba fikir waras. Cuba jangan kolot sangat. Cuba gunakan akal.” Itu reaksi pelakon Fizo Omar susulan video tular memaparkan seorang individu lelaki yang mendkwa magnet melekat di bahagian suntikan pada tubuh individu yang sudah menerima vaksin. Fizo dalam hantaran dimuat naik di Instagram mencabar individu yang membuat video itu membuktikan perkara yang ditunjukkan.

“Siapa yang buat video itu cuba buktikan. Kita sama-sama nak melawan dan banteras Covid-19. Kerajaan sudah beli vaksin berbilion dan bawa masuk. Kerja kita pergi cucuk saja. Yang anda buat video dan menakut-nakutkan kenapa? Kepada yang buat video saya cabar kalau betul. Jangan sebab video itu tular satu Malaysia semua orang takut. Jangan percaya video itu. Karut!” katanya.

Menerusi hantaran sama, Fizo yang sudah mendapatkan suntikan vaksin minggu lalu meminta masyarakat untuk tidak percaya sebarang usaha atau unsur yang cuba menggagalkan misi kerajaan. “Cubalah fikir logik sikit. Adakah patut cakap dalam vaksin itu ade cip untuk nak kesan kita, ada macam-macam benda lah dalam vaksin ini. Guna akal boleh tak? Maaf, perkara macam ini saya tak boleh terima. Kita sama-sama nak tamatkan Covid-19 kan, jadi tak perlu ada unsur macam ini yang boleh menggagalkan misi kita sendiri. Terima kasih kepada semua yang kongsikan video ini dengan niat kita sama-sama nak menyedarkan mereka yang masih lagi dipengaruhi dengan info negatif mengenai vaksin ini,” katanya.

Dalam masa sama, Fizo berkata dia dalam keadaan baik selepas menerima vaksin pertama. “Setakat ini selepas saya dan mak ambil suntikan vaksin lima hari lalu, okay saja. Tidak ada kesan sampingan pun. Jangan percaya semua ini dengan perkara yang karut marut,” katanya.

Sumber : Hmetro Online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *