20 kucing yang dipelihara seorang lelaki warga emas mempunyai kad pengenalan sendiri.

Haiwan Keluarga kucing

Kulim: Kucing ada ‘kad pengenalan’. Itu keunikan tersendiri 20 kucing yang dipelihara seorang lelaki warga emas apabila dia mencatat setiap butir peribadi haiwan berkenaan dalam buku nota kecil.

Bermula daripada nama, tarikh serta lokasi ditemui, sakit dan mendapatkan rawatan hingga ke mati semua butiran terbabit akan ditulis Abd Samat L Salleh, 66, dalam buku nota kecil sejak 2015.

Pesara tentera yang ditemui di rumahnya di Taman Kenari, dekat sini, mengambil insentif berkenaan bagi memudahkannya merekod apa sahaja yang berlaku kepada kucing peliharaannya.

Malah, tindakannya itu turut mendapat pujian setiap kali dia membawa kucingnya mendapatkan rawatan atau merujuk ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Kulim dan buku notanya itu akan dicop pengesahan jabatan terbabit.

Abd Samat berkata, dia merekod segala butir dalam buku nota kecil terbabit sejak 2015 dan ketika itu sebanyak 60 ekor kucing sudah dipeliharanya.

Namun, daripada 60 ekor itu, kini kucingnya hanya tinggal 20 ekor kerana ada antaranya sudah mati selain diberikan kepada ahli keluarga lain.

“Saya memperuntukkan RM2,000 sebulan untuk membeli makanan dan juga kos sampingan lain bagi memastikan kucing dipelihara sentiasa sihat.

“Hampir 70 peratus duit pencen selain gaji isteri yang bekerja di sebuah kilang digunakan untuk keperluan kucing peliharaan namun saya tidak kisah asalkan semua haiwan kesayangan ini sihat,” katanya.

Menurutnya, semua 20 kucing yang dianggap sebagai anak-anaknya itu mempunyai perangai tersendiri dengan ada antara haiwan terbabit kuat merajuk, pandai mengurut, mendengar cakap dan menonton televisyen.

“Saya membahasakan diri sebagai ‘abah’ dan ada antara kucing-kucing ini akan mendengar cakap setiap kali saya memberi arahan contohnya akan masuk sangkar, mengurut dan pelbagai lagi sekiranya disuruh.

“Ada juga yang kuat merajuk dan kucing-kucing ini akan buat perangai dengan hanya berdiam dalam sangkar sekiranya tidak suka orang luar datang untuk melihat mereka,” katanya.

Menurutnya, dia akan memperuntukkan waktu selama sejam untuk memberi makan serta membersihkan badan dan sangkar kucing-kucingnya pada setiap pagi.

“Rutin saya memberi tumpuan pada kucing-kucing ini bermula jam 11 pagi manakala untuk malam pula saya menghabiskan masa selama satu jam setengah bermula jam 9 malam.

“Masa untuk malam agak lama kerana saya perlu menyiapkan ‘pendingin hawa’ untuk mereka tidur,” katanya yang menggunakan kain dicelup air bagi memberi keselesaan kepada haiwan peliharaanya itu tidur.

Bagi mengelak sangkar berbau, Abd Samat hanya menggunakan surat khabar untuk haiwan dipeliharanya itu membuang najis sekali gus memudahkan kerja mencuci dilakukan selain turut memberi makanan berkualiti kepada semua kucingnya.

Kerana terlalu obses dengan kucing juga membuatkan dia turut memotong keratan akhbar yang mempunyai kaitan dengan haiwan terbabit sebelum menampalnya di atas kad manila.

Mempunyai Pengawal Peribadi Dan Harta RM1 Billion Dalam Bank Akaun Sendiri. Choupette Jadi Kucing Terkaya Dalam Sejarah Dunia.

Biasa kita dengar kisah orang terkaya, tapi bagaimana jika kisah haiwan peliharaan pula yang terkaya? Pasti susah nak percaya jika seekor haiwan peliharaan boleh bergelar jutawan

Mereka yang pernah membela kucing pasti tahu, kos yang diperlukan untuk menjaga haiwan comel ini bukanlah murah. Banyak perkara yang perlu diambil kira seperti makanan, pasir, barang mainan dan ubat-ubatan.

Boleh dikatakan, seseorang itu memerlukan sejumlah wang memandangkan kucing tidak boleh bekerja dan tidak memiliki duit. Namun, semua ini berbaloi dengan kecomelan dan kerenah haiwan ini yang mampu menghiburkan hati.

Choupette mungkin antara kucing yang terkaya yang mempunyai peniagaan dan akaun bank sendiri di planet ini.Choupette seekor kucing baka Birman yang diiktiraf sebagai kucing yang paling kaya di dunia meskipun ia tidak mampu untuk bercakap dan bekerja seperti manusia.

Kucing kaya ini merupakkan buah hati milik Karl Lagerfield, seorang pereka fesyen dan tunjang belakang jenama Chanel. Karl bertanggungjawab dalam mereka koleksi siap pakai buat jenama itu. Hubungan Karl dan Choupette begitu akrab, sehingga Karl menganggap mereka berdua sudah berkahwin.

Dilaporkan, Choupette dijaga dengan dua pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan dan bermain dengan kucing berwarna putih ini. Jadi, agak sukar untuk mana-mana individu mendekati haiwan ini, apatah lagi cuba untuk membuat jahat.

Kehidupan yang dimiliki oleh Choupette juga mewah persis anak raja. Beliau juga sudah biasa dengan kehidupan mewah seperti naik pesawat peribadi, dimanjakan dengan beg-beg berjenama contoh LV yang direka khas untuknya serta makan kaviar san salmon salai dari restoran terbaik di paris. Kucing ini memiliki iPad sendiri.

Karl Lagerfield, pereka fesyen channel mewasiatkan dan meninggalkan harta bernilai $200 juta (RM 828.20 juta) kepada Choupette. Meskipun ditinggalkan dengan wang yang begitu banyak, Choupette turut memiliki wang sendiri hasil daripada kontrak menjadi model dan pengiklanan. Difahamkan, Choupette memiliki £3 juta (RM 17.3 juta) hasil daripada pekerjaan ini sahaja.

Buat anda yang mahu melihat perkembangan hidup Choupette, anda boleh mengikuti Instagram peribadi kucing ini di choupettesdiary.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *