Jangan cuba tabur fitnah. Pelawak Ali Puteh masih lagi menerima komen kritikkan daripada warganet.

artis Hiburan

Meskipun isu pembahagian harta peninggalan abangnya, Allahyarham Abam Bocey sudah pun selesai, namun pelawak Ali Puteh masih lagi menerima komen kritik daripada warganet.

Namun, baru-baru ini Ali sekali lagi difitnah menggunakan duit arwah Abam apabila memuat naik gambar di kebun durian. Kesal dengan tuduhan tersebut, Ali meminta individu berkenaan serta bukti jika ianya benar.

“Orang kata saya seronok guna duit arwah abang, di mana logiknya itu? Mereka yang cakap itu ada bukti tak? Saya pelik dengan warganet sekarang, terlalu mudah menulis ikut rasa dalam media sosial dan gemar mencari masalah.javascript:false

“Mana mereka tahu saya guna duit arwah? Saya tak tipu, memang saya cari individu yang lemparkan fitnah itu. Saya berjaya dapat nombor telefonnya dan apabila dihubungi , tiba-tiba dia kata nombor telefon itu untuk urusan bisnes dan milik saudaranya.

“Bila saya tekankan untuk berjumpa, seolah berdalih. Saya tak minta banyak, cuma nak minta orang yang lempar fitnah sebegini sertakan bukti, kalau betul apa yang mereka tuduh itulah,” katanya.

Kata Ali lagi, tiada siapa mahukan dirinya terpalit dengan kontroversi. Namun sehingga kini dia masih menerima komen kritik dan anaknya juga turut dicaci.

“Sejak arwah Abam menghadap ilahi, sampai ke hari ini saya masih menerima mesej atau komen kritik yang menghina, mencaci dan menuduh saya begitu dan begini. Setiap hari! Sampaikan anak saya yang baru lahir sebelum ini pun orang caci.

“Sebab itulah saya dah tak kongsikan lagi gambar anak, isteri dan keluarga dalam media sosial. Nanti akan ada sahaja orang caci. Isteri saya yang kini sedang mengandung enam bulan pun saya tak kongsikan hal itu,” katanya.

Ali berkata dia sudah berdepan dengan individu yang melemparkan tuduhan kepadanya, namun apabila bersemuka ada sahaja alasan. Ali turut memberi amaran bahawa dia membaca komen setiap warganet.

“Bila ajak bersemuka, minta bukti. Bila saya nak saman, eh, tiba-tiba macam-macam alasan dan cerita sedih keluar. Akaun media sosial kena sabotajlah, digodamlah, dia orang susahlah, stres akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mengarut!

“Semasa mereka menulis dan menyebarkannya, tak pula fikir semua itu? Kalau artis lain bolehlah mereka buat macam itu sebab ada yang jenis tak baca komen dan tak kisah.

“Maaf, saya artis yang baca komen dan akan cari setiap orang yang cuba mencipta masalah dengan saya. Jadi jangan cuba-cuba tabur fitnah tak berasas,” katanya.

Sumber: Rotikaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Ali Puteh Tampil Dedahkan Perkara Sebenar Atas Tindakan Yang Diambil Keatas Kakak Iparnya. Tak Sangka Sampai Jadi Macam Ni Sekali.

Episod s4man meny4man membabitkan pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali masih berterusan di Mhkmah S3ksyen Kuala Lumpur. Bagaimanapun menurut Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, dia yakin akan ada sinar untuknya di sebalik k0nflik yang berlaku sejak kehilangan abangnya, Abam Bocey.

“Alhamdulillah tamat perbicaraan k3s s4man terhadap saya. Tunggu keputusan sahaja nanti. Allah Maha Kaya dan Maha Agung, setahun lebih menunggu dan bersabar dengan uji4n ini. Semoga ada sinar buat keluarga kami. Terima kasih semua mendoakan. Cuma berpesan jangan kita menyebar f1tnah lagi kerana f1tnah itu d0sanya sangat besar, berb0h0ng juga d0sa sangat besar. Ali bersama peguamnya, Azmir Zakaria (kiri) semasa prosiding di Mhk4mah S3ksyen Kuala Lumpur pada Selasa.

“Syukur padamu Ya Allah, tersenyum gembira harini. Allah dengar doa mak buat mu arwh Abam… tenang di sana abang,” tulisnya di Instagram. Sementara itu menurut pegvam yang mewakili Ali iaitu Noorazmir Zakaria, mhkmah menetapkan 18 Jun depan untuk kedua-dua pihak memf4ilkan hujahan bertulis. Semalam k3s berlangsung di mhkmah dan merupakan hari terakhir untuk s4ksi k3s Hidayah saman Ali dan k3s kedua Ali serta keluarga meny4man Hidayah memberi keterangan. Buat masa ini masih belum ada keputusan… mhkmah telah menetapkan 18 Jun depan untuk memf4ilkan hujahan bertulis bagi kedua-dua k3s,” katanya.

Allah dengar doa mak buat mu arwh Abam… tenang di sana abang. Proseding pada Selasa itu berlangsung di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan. Sebelum ini k3s berkenaan sudah didengar di hadapan hakim menerusi prosedur yang diadakan secara dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu. Ali memf4ilkan s4man balas terhadap Nor Hidayah pada Ogos tahun lalu.

Pada 27 Ogos tahun lalu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, mengeluarkan s4man terhadap Nor Hidayah dan jvtawan k0smetlk Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman. Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Keputusan meny4man itu adalah sebagai tindakan balas terhadap Nor Hidayah yang terlebih dahulu mengeluarkan saman terhadapnya dengan tuntutan jumlah terkumpul mencecah RM900,000. Dalam pada itu, Ali ada memuat naik satu post mengenai statement ada yang terpekik2 seperti kena hist3ria dlm mhkmah. Namun posting tersebut telah di muat turun.

Sumber : Dedah Media

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ibu Ali Puteh Dikejarkan Ke Hospital Kerana Satu Sebab Ini. Ali Minta Untuk Warganet Mendoakan Ibunya Itu.

Ibu kepada pelawak Ali daripada kumpulan Puteh iaitu Sabariah Arshad dimasukkan ke Hospital Selayang, Selangor kerana asma pada malam Khamis. Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut memaklumkan ibunya kini ditidurkan dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Salam Jumaat penghulu segala hari, emak dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Selayang sebab semput semalam (Khamis). Sekarang masih di hospital… mak ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan. Semoga mak kuat dan terus kuat,” katanya menerusi Instagram.

Doakan buat mak semoga semuanya kembali sedia kala… Allah uji tanda Allah sayang, segala puji bagi Allah! Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik foto memperlihatkan sebuah ambulans yang dinaiki ibunya.

Sementara itu, adik kepada Allahyarham Abam ini memohon orang ramai mendoakan kesihatan ibunya itu agar cepat sembuh dan pulih seperti biasa. “Doakan buat mak semoga semuanya kembali sedia kala… Allah uji tanda Allah sayang, segala puji bagi Allah. Doakan buat mak ya! Amin,” ujarnya.

Ali berkongsi mengenai perkembangan ibunya itu menerusi Instagram.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut mendoakan supaya wanita berusia 63 tahun ini diberikan kesembuhan segera. “Allahuakbar… sayu tengok wajah makcik, semoga dijauhi dari segala kesulitan dan kesakitan. Amin! Sabar bro dengan dugaan ini, emak saya pun tak berapa sihat juga… semoga Allah beri kesembuhan buat ibu-ibu kita dan mereka-mereka di luar sana yang juga kurang sihat,” komen pengikut.

Setelah Sekian Lama Dikejutkan Dengan Pemergian Abam. Baru Baru Ini Achey Dan Fad Bocey Memuat Naik Gambar Bersamanya Sehingga Diserbu Komen Orang Ramai Disebabkan Gambar Tersebut. Rupanya Ini Yang Diluahkan.

Pelakon dan kumpulan pelawak terkenal bocey yang di anggotai oleh fad achey dan arwah abam merupakan kumpulan lawak yang sering membuat kita semua tak kering gusi dengan telatah mereka. Umum sedia maklum tentang kepergian abam pada febuari lalu yang di sifatkan sangat mengejutkan dunia artis pada masa itu, pemergian beliau amat di cemburui kerana semasa hayatnya banyak bakti dan kebaikan yang beliau perbuat dalah kehidupannya,dan turut terkesan dengan pemergian itu tentunya fad dan achey yang merupakan anggota kumpulan bocey sanggat rapat dari berawal karier mereka sehingga sekarang .

Fad dan achey memuat naik video dan gambar mereka ketika Abam masih ada dan menulis caption yang sangat menyentuh hati,mereka sangat merindukan abam dan menulis kata-kata semangat buat satu sama lain. Kami pernah alami persahabatan itu…Percaya atau tidak Kami masih alaminya sehingga kini.. Antara komen warganet dan rakan-rakan artis yang turut merasakan kehilangan abam: ” Percaya pertalian persahabatan yang jujur dan setia memang akan wujud..” ” Abam mesti bangga dan dapat sahabat mcm korang”.

Teks By :Staff Video Viral

Sumber : Fad achey

“Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir” – Fad, Achey gagal kawal emosi, menangis kehilangan Abam Bocey.

PEMERGIAN mengejut Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, pada pagi Isnin memberi tamparan buat dua anggota kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey. Fad meluahkan perasaan sedih dan terkilan apabila tidak dapat menziarahi persemadian pelawak itu kerana sedang bercuti di Jepun. 

“Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir… maafkan aku. “Ya Allah kau ampunilah dia, rahmatilah dia, mudahkan urusan dia. Maafkan aku sahabat,” tulisnya. Fad menerusi sebuah video tidak dapat menahan sebak apabila memaklumkan pemergian Abam di Instagram miliknya pagi Isnin. Abam menghadap ilahi di kediamannya di Gombak selepas mengalami demam panas sejak dua hari lalu. “Allahhuakbar… kenapa kau pergi dulu Bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau,” ujarnya.

Allahhuakbar… kenapa kau pergi dulu Bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau.

Fad Bocey, Pelawak. Sementara itu, Achey turut kelihatan menangis apabila berkongsi tentang berita kehilangan itu. “Kenapa awal sangat Bam… mana janji kau!” tulisnya. Abam dimandikan di rumah sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pasu, Gombak selepas solat Asar. Abam tinggalkan seorang isteri Nor Hidayah seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *