Patutlah si bulus akan jilat perutnya kalau manusia sentuh. Ketahui ini sebabnya si bulus tak gemar perutnya disentuh.

Haiwan Uncategorized

Ada sebab mengapa kucing tidak suka perutnya disentuh manusia. Si bulus boleh terlelap ketika badan dan kepala dibelai pemiliknya dan ia antara perkara yang disukai kucing. Ia juga akan menjilat perutnya seolah-olah ada kotoran yang melekat pada bahagian itu selepas disentuh manusia. Mengapa kucing tidak suka manusia menyentuh perutnya?

Kucing tidur terlentang atau mengiring kerana ingin meregangkan badan.

1. Bahagian sensitif

Serupa dengan ekor, folikel bulu pada perut kucing sangat sensitif terhadap sentuhan. Fungsinya adalah untuk membantu si bulus untuk tetap berwaspada terhadap keadaan sekelilingnya. Stimulasi berlebihan boleh berlaku ketika perutnya diusap dan sebab itu ia akan memberi respon segera apabila bahagian itu disentuh.

Usap bahagian kepala dan badan lebih baik berbanding perut kucing.

2. Melindungi dirinya

Hampir semua organ vital kucing berada di bawah bulu perutnya yang lembut itu. Meskipun sudah mempercayai tuannya, tetapi kucing tetap memiliki naluri untuk melindungi dirinya. Kucing boleh menjadi teman terbaik, tetapi firasat akan mendorongnya melindungi diri sendiri meskipun ia dilakukan tanpa sengaja.

Jika ingin melindungi perutnya yang sensitif, mengapa kucing gemar berguling atau tidur dalam keadaan terlentang? Kucing biasanya berbuat demikian kerana ingin meregangkan badan. Sebagai pemilik kucing, ada baiknya juga memahami bahasa tubuhnya dan menghormati keinginannya. Ada sesetengah kucing membiarkan pemilik menyentuh perutnya tetapi itu bukan bererti ia berasa selesa. Sebaik-baiknya perhatikan hujung ekornya yang bergoyang atau ia memberi pandangan ke arah tangan anda. Ia petanda kucing tidak selesa dan boleh bertindak pada bila-bila masa. Sumber : Mstar

Warganet Geli Hati Dalam Masa Yang Sama Seram Tengok Gelagat Kucing Ini.

Setiap kali melihat kucing melakukan perkara di luar jangkaan, pastinya ramai tertanya-tanya apa sebenarnya yang berada di dalam fikiran mereka. Sama macam gelagat seekor kucing ini yang dilihat dengan selambanya duduk bersantai di tempat tinggi.

Bukan sahaja tidak takut dengan ketinggian, malah kucing tersebut juga langsung tidak menghiraukan pemiliknya yang merakamkan aksinya ini. Video tular tersebut dikongsikan di media sosial dengan lebih tujuh juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing itu dilihat sedang duduk di sebatang kayu panjang yang berada di luar rumah. Apa yang mengejutkan ialah kucing itu duduk bersantai di situ walaupun berada di ketinggian yang agak tinggi dan boleh menyebabkannya terjatuh dari situ.

Berbeza dengan pemiliknya, kucing itu langsung tidak menunjukkan reaksi takut malah dilihat sempat termenung ketika berada di situ. Dia juga dilihat menyandarkan kepalanya pada kayu tersebut sementara bahagian kaki dan tangannya terjuntai di awangan.

Kebiasaannya kucing sering dikaitkan dengan mitos mempunyai sembilan nyawa, jadi mungkin itulah sebabnya kucing sering melakukan perkara-perkara di luar jangkaan seperti ini.

Melihatkan gelagat berani kucing ini, warganet turut sama terkejut dan takut melihat aksi beraninya ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga kucing itu tahu bahawa dia mempunyai sembilan nyawa dan tidak takut sekiranya apa-apa berlaku padanya. Sumber: hcl.com

Kucing Ada 9 Nyawa Sebenarnya Hanya Mitos Saja

Kucing sebenarnya tak ada 9 nyawa. Ya, ianya hanyalah mitos semata-mata. Jadi janganlah anda sangkakan kucing anda sebagai hero dengan 9 nyawa lagi selepas ini. Walaupun ini hanyalah mitos semata-mata, pernah tak anda terfikir dari mana idea ini muncul?

Sebenarnya tidak ada yang tahu asal usul mitos yang mengatakan kucing mempunyai sembilan nyawa. Walau bagaimanapun, sejarawan mempunyai beberapa idea tentang dari mana datangnya ia. Pertama, mungkin dari masyarakat Mesir kuno.

Orang Mesir kuno menyembah dewa-dewa yang menyerupai kucing atau berbentuk setengah kucing, berkat sifat pelindung kucing yang bersifat keibuan. Orang Mesir kuno percaya bahawa kucing adalah makhluk ilahi dengan kekuatan psikik atau ghaib. Idea bahawa mereka boleh mempunyai banyak kehidupan sama dengan pandangan mereka pada kucing.

Tetapi kenapa sembilan nyawa? Ada banyak kemungkinan, salah satunya ialah dewa matahari masyarakat Mesir kuno yang dipercayai boleh menyerupai bentuk kucing. Legenda mengatakan bahawa Atum-Ra melahirkan lapan dewa lain dan dengan demikian mewakili sembilan nyawa dalam satu.

Selain itu, William Shakespeare pernah merujuk kepada mitos sembilan nyawa dalam karyanya Romeo and Juliet. Ada juga peribahasa kuno yang menyatakan, “Seekor kucing mempunyai sembilan nyawa. Tiga untuk dia bermain, tiga untuk dia merayau dan tiga terakhir untuk dia hidup tetap.”

Sebahagian orang pula percaya bahawa mitos sembilan nyawa itu berkaitan dengan kemampuan kucing untuk selalu mendarat di kaki mereka. kucing juga terkenal dengan ketangkasannya dalam memanjat dan berjaya mendarat dengan selamat walaupun berbadan kecil.

Nombor sembilan juga dianggap sebagai nombor ajaib, yang juga boleh menjadi sebab mengapa kucing dikaitkan dengan sembilan nyawa. Kucing telah dipuja dan ditakuti sepanjang zaman dan dilihat sebagai makhluk ajaib. Mungkin itulah sebabnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Wanita Ini Sanggup Risikokan Nyawa Sendiri Hanya Untuk Selamatkan Kucing Kesayangannya. Rupanya Ini Yang Terjadi Padanya.

Rozza sempat berkongsikan kisah sedihnya mengenai kucing kesayangan miliknya yang digelar Belang. Setiap pecinta kucing pasti sudahpun menganggap haiwan peliharaannya sebagai ahli keluarganya sendiri. Malah, ada yang sanggup membahayakan nyawa sendiri hanya untuk menyelamatkan haiwan kesayangannya.

Golongan ini tidak kisah berhabis wang demi kucingnya, asalkan haiwan peliharaan mereka sentiasa sihat. Jangankan berhabis wang, malah ada juga yang sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan si bulus kesayangan sebagaimana kisah yang dikongsikan wanita ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Kucing Sepahkan Apa Hari Ini, wanita bernama Rozza Zainal berkongsi kisahnya pernah ‘bergelut’ dengan seekor ular sawa yang cuba membaham salah seekor kucing kesayangannya, Belang. Perkongsian tersebut nyata mengundang rasa sebak dan terharu warganet yang kagum dengan kasih sayang antara manusia dan haiwan. Menurut Rozza Zainal, sungguhpun kisah berkenaan sudah hampir lima tahun berlalu, namun ia tetap segar dalam ingatannya kerana ia antara detik-detik paling ngeri yang pernah dialaminya.

Rozza mencoretkan kisah kucing kesayangannya bernama Belang di Facebook.

“Ketika itu saya baru je balik kerja. Selepas bagi tujuh ekor kucing makan termasuk Belang, saya pun ke dapur untuk memasak. Sedang memasak, tiba-tiba saya terdengar Belang mengiau cukup kuat. Biasanya kalau macam tu, mesti dia bergaduh dengan seekor lagi kucing, Uteh. Saya pun pergi jenguk dari mana datangnya suara tu, tiba-tiba nampak Uteh berlari masuk. Peliklah, siapa yang bergaduh dengan Belang? Makin lama makin perlahan bunyi hinggalah ke belakang rumah, mata saya terpaku lihat Belang sedang dibelit seekor ular sawa. Lemah lutut saya dibuatnya. Masa tu saya tinggal seorang saja jadi memang panik. Dalam kalut, saya hampiri ular tu dan ketuk dengan sudip yang ada dekat tangan tapi tak berjaya. Masa tu air mata pun mengalir laju sambil panggil nama Belang. Lihat matanya berkedip-kedip buat air mata makin laju. Tak berjaya pukul dengan sudip, saya berlari ambil parang, ketuk dengan gayung, siram dengan air… semua tak berjaya,” kata wanita berusia 30an ini kepada mStar.

Entah dari mana keberaniannya datang, Rozza berkata dia akhirnya nekad menarik badan ular sawa berkenaan sekuat hati sambil mencari-mencari kepala ular berkenaan untuk diketuk dengan parang.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *