Pelik kucing ini masih bernyawa walaupun terperangkap dalam rumah kosong selama 52 hari.

Uncategorized

Seperti mana yang kita semua tahu, kucing sememangnya sinonim dengan kata-kata bahawa mereka ada sembilan nyawa. Mungkin sebab ni la kita selalu tengok kucing ni berani terjun dari aras yang tinggi untuk turun ke bawah bangunan.

Mungkin ada betulnya juga kata-kata tu sebab baru-baru ini, seekor kucing yang terperangkap dalam sebuah rumah kosong di Vlaardingen, Belanda tanpa makanan ditemui masih selamat walaupun dah ditinggalkan di situ selama 52 hari, lapor Oddity Central.

Difahamkan, kucing itu telah ditemui oleh tuan baru rumah tersebut dan ketika ditemui, ianya kelihatan sangat kurus macam tak cukup zat. Rumah terbabit pula telah dibeli oleh tuan baru tersebut melalui jualan lelongan.

Jadi, pemilik baru rumah tu pun hubungi pusat perlindungan haiwan Vlaardingen untuk selamatkan kucing malang tu. Setelah disiasat latar belakang pemilik rumah yang lama, rupa-rupanya dia dah menghilangkan diri sekitar Julai lalu dan kucing tu terpaksa hidup sendirian dalam rumah tu.

Ketika ditemui juga, pihak kebajikan haiwan tu tak jumpa kesan sama ada makanan ada ditinggalkan untuk kucing tu jadi, mereka pun tak pasti sama ada tuan kucing tu ada rancangan untuk datang ambil semula haiwan tu atau dia memang sengaja tinggalkannya di situ.

Gambar:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=139180835048267&set=a.119694930330191&type=3

Namun, yang ajaibnya, walaupun tanpa makanan dan air, kucing tu dilihat mampu survive sebab dia nampaknya berjaya jumpa sumber air yang dipercayai dari paip rumah yang bocor.

Selain itu, kucing ni juga dipercayai telah makan kertas sebagai ganti makanan sebab doktor haiwan telah menemui cebisan kertas dalam najisnya. Namun, umur kucing ni juga masih panjang sebab ia boleh dikatakan berada dalam keadaan yang agak baik walaupun tak dapat makanan dalam tempoh yang agak lama

Menurut staf di pusat penjagaan haiwan itu juga, kucing itu akan diberikan kepada sesiapa yang berhasrat untuk menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. Kini, berat badannya juga dah semakin meningkat sebab dijaga dengan baik di pusat haiwan tu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Wanita Yang Menghidap Sakit Ini Tampil Selamatkan Kucing Hampir 200 Ekor Kucing. Sampai Ada Kucing Yang Alami Perkara Ini.

Simpati melihat kucing jalanan kurang bernasib baik dan terani4ya mendorong individu yang sedang alami sakit b4r4h payud4r4 tahap tiga, Siti Nur Hidayah Abdullah menjadi penyelamat haiwan itu sejak 2013. Dalam tempoh tujuh tahun, lebih 200 kucing diselamatkan Siti Nur Hidayah, 38, dan kebanyakannya ditemui dalam keadaan hampir tiada peluang untuk hidup. Bercerita lanjut, Siti Nur Hidayah berkata, dia bukanlah individu yang menggemari kucing tetapi terbuka hati untuk memelihara selepas terjumpa haiwan berkenaan berteduh daripada hujan bersama dua anak yang masih kecil di depan rumahnya.

“Simpati melihat keadaannya, saya bawa masuk kucing berkenaan dan dua anaknya ke bilik sewa ketika itu dengan izin pemilik rumah dan terus memeliharanya. Bertitik tolak daripada situ, saya terus aktif menjadi penyelamat haiwan itu dan buat masa ini memelihara 40 ekor kucing di rumah. Ikutkan banyak yang saya ambil dan bawa pulang ke rumah tetapi sebahagiannya sudah diserahkan kepada individu yang berminat untuk menjaganya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi kisah seekor daripada kucing peliharaannya, Oyen yang mencuri perhatian warganet baru-baru ini, Siti Nur Hidayah berkata, haiwan itu ditemui pada Januari lalu di sebuah kedai makan, berhampiran rumahnya. Katanya, Oyen ditemui di bawah sinki dalam keadaan lumpuh dipercayai akibat dipukul.

“Pada hari berkenaan, saya terdengar suara kucing mengiau dengan kuat dan cuba mencari daripada mana datangnya bunyi itu sebelum menemui Oyen. Oyen tidak dapat bergerak ketika itu dan alat sulitnya juga dalam keadaan berulat. Melihat keadaannya, saya jadi simpati dan terus membawa pulang ke rumah bagi memberinya minum air sebelum menghantarnya ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan,” katanya. Meskipun peluang untuk Oyen hidup tipis ketika itu, Siti Nur Hidayah tidak berputus asa sebaliknya tekad memelihara haiwan berkenaan.

“Ketika itu, doktor beritahu saya Oyen mengalami luka dalaman dan kakinya tidak boleh dioperasi kerana sarafnya sudah tiada. Jadi, saya diberi dua pilihan sama ada untuk memelihara Oyen atau ia dim4tikan dengan suntikan kerana menurut doktor, tempoh hayatnya (Oyen), kemungkinan tidak lama memandangkan air kencingnya juga berd4r4h. Namun, saya lihat Oyen ada peluang untuk hidup dan ambil keputusan membawanya pulang serta memeliharanya. Alhamdulillah, Oyen kini sihat dan sudah boleh mengengsot dengan tangan untuk bergerak, makan serta minum seperti biasa,” katanya.

Menurut Siti Nur Hidayah, dia juga ada menjaga beberapa kucing lain yang tiada penglihatan dan mengalami gangguan saraf, Parkinson. “Namun, hanya Oyen yang dipakaikan lampin pakai buang dan bedak talkum. Ia sebenarnya dilakukan kerana saya tidak mahu kulitnya melecet selain mengurangkan bau badannya dan hasilnya, keadaan Oyen semakin baik. Tak sangka pula kisah itu jadi tular,” katanya.

Sekalipun menghidap sakit b4r4h payudara, Siti Nur Hidayah berkata, dia tidak akan sesekali menjadikan sakitnya itu sebagai alasan untuk mengabaikan Oyen dan kucing peliharaannya yang lain. Malah, Siti Nur Hidayah bersyukur kerana suaminya, Muhamad Bashir Ali, 27, memahami dan membantu menjaga kesemua kucing peliharaannya itu ketika dimasukkan di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama seminggu tahun lalu untuk menjalani rawatan kemoter4pi . “Suami faham dengan hobi saya ini kerana sudah memelihara kucing sebelum berumah tangga lagi. Malah, dia (suami) yang banyak membantu menguruskan keperluan kucing peliharaan. Sementara belum dikurniakan cahaya mata, kucing peliharaan ini yang menjadi penyeri hidup kami di rumah. Saya tidak akan sesekali membuang kucing itu disebabkan sakit dihidapi kerana sudah memelihara sebelum disahkan menghidap b4r4h payudara lagi,” katanya yang sudah menjalani enam sesi rawatan kemoter4pi dan 15 r4dioterapi.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *