Dulu tengok muka dia pun tidak sanggup nak terima. Kini Ibu anggap anak istimewa anugerah terindah.

Kehidupan Keluarga Kisah Rumahtangga

VIDEO keletah anak syurga yang berusia setahun tiga bulan ini sering dikongsi oleh ibunya menerusi aplikasi TikTok.

Selain telah mengumpul hampir 200,000 pengikut, video-video mereka turut meraih jutaan tontonan di platform berkenaan.Menurut Azmanina Azihan atau Chibby, 23, anaknya yang diberi nama Nur Ariana Hessa Nor Azlan dilahirkan pada 6 Jun tahun lalu.

Imbas Chibby, dia menerima perkhabaran bahawa bayi sulungnya itu menghidap slndrom d0wn ketika kandungan berusia tujuh bulan.

Biarpun sukar menerima hakikat pada awalnya, Chibby reda dengan ketentuan takdir dan menganggap si comel yang mesra disapa Hessa itu sebagai anugerah terindah dalam hidupnya.

“Saya dapat tahu ketika dia masih dalam perut. Saya buat imbasan lima dimensi (5D) ketika kandungan berusia tujuh bulan. Masa tu kami dapat lihat dia ada simptom slndrom d0wn, jantungnya juga ada masalah.

“Suami banyak bagi kata-kata semangat pada saya pada waktu itu. Ketika dilahirkan, doktor sekali lagi maklumkan kepada kami bahawa Hessa menghidap slndrom d0wn. Masa tu saya tak boleh terima, tapi nak tak nak kena terima.

Video: Tiktok @yawhessaaa

Hessa kini berusia setahun tiga bulan.

“Bila tengok muka dia, automatik jadi tak sanggup untuk tak terima dia. Selepas kelahiran Hesa, Alhamdulillah rezeki tak putus datang. Hessa pun senang jaga. Dia seorang anak yang ceria dan susah menangis.

“Masa Hessa lahir, ada tiga lubang pada jantungnya. Alhamdulillah, masa habis berpantang, kami pergi check semua dah tertutup sendiri. Jantung dia dah OK,” ujarnya kepada mStar.

Anak-anak tak minta dilahirkan begitu. Kita kena terima, anak merupakan pembawa rezeki.

CHIBBY

Bercerita lanjut, Chibby bersyukur apabila dia meraih banyak sokongan netizen sejak berkongsi video keletah anaknya menerusi TikTok.

Selain itu, ramai ibu muda termasuklah yang mempunyai anak slndrom d0wn turut menghantar mesej dan bertanya pelbagai soalan kepadanya.

Dalam pada itu kata Chibby, dia turut berdepan situasi yang mana ada segelintir individu yang ‘bercakap-cakap’ mengenai keadaan anaknya itu.

Chibby bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

“Di TikTok, ramai yang mesej minta pendapat dan kata-kata semangat dengan saya kerana mereka tengok saya positif membesarkan Hessa.

“Pesanan saya kepada ibu-ibu di luar sana, anak-anak tak minta dilahirkan begitu. Kita kena terima, anak merupakan pembawa rezeki. Abaikan saja mulut orang mengata, mereka tak alami sendiri.

“Awal-awal dulu ada yang cari pasal, sekarang makin berkurang. Saya tak tahu sekiranya mereka tak takut kalau kata-kata tu berbalik semula kepada mereka,” ujarnya lagi.

Berkongsi khabar gembira, Chibby kini sedang hamil tujuh bulan dan bakal menerima cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Video pasangan ibu dan anak ini sering tular di TikTok.

Bercerita mengenai dirinya, Chibby sudah empat tahun menjalankan perniagaan pakaian.

Ujarnya, dia tiada masalah menguruskan anak dan bisnes serentak serta berharap ibu di luar sana juga mampu melakukan perkara yang sama.

“Saya dah empat tahun jual baju, sejak belum kahwin lagi. Dari bujang sehinggalah dah ada anak. Memang susah nak handle dua-dua. Tapi kita kena cari duit lebih pada musim pandemik.

“Alhamdulillah, masih ada permintaan walaupun Covid-19 sedang melanda. Kalau ada ibu-ibu yang nak buat bisnes, anak bukan alasan. Ia merupakan kehendak sendiri. Yang penting kena pandai urus,” ujarnya yang turut memiliki saluran youtube sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Ada Warganet Yang Bertanyakan Soal Adiknya. Kini Kakak Dedahkan Apa Sebenarnya Sakit Adiknya.

Nelysa berkongsi mengenai sindrom ‘rare’ yang dihidapi adiknya, Akif menerusi TikTok. Bukan calang-calang cabaran yang dilalui bagi sesebuah keluarga yang mempunyai anak istimewa. Sudah pastinya membesarkan anak seperti ini memerlukan dan kesabaran yang tinggi. Meskipun tidak sempurna insan lain, namun satu hal yang pasti adalah anak tersebut sudah dijanjikan syurga kelak.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, seorang wanita berkongsi kisah mengenai adik lelakinya yang menghidap sejenis sakit yang dikenali sebagai ‘cri du chat’ atau tangisan kucing.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi berkenaan, wanita tersebut menerangkan sakit tersebut terjadi disebabkan oleh kelainan genetik di mana bayi yang dilahirkan dengan sindrom ini mengalami kehilangan kromosom nombor 5 di tubuhnya. Tambah wanita tersebut, meskipun sudah berusia 17 tahun namun tumbesaran adiknya terbantut dari segi perkembangan fizikal mahupun mental.

Akif menghidap sakit ‘cri du chat’ di mana bayi yang dilahirkan dengan sakit ini mengalami kehilangan kromosom nombor 5 di tubuhnya.

Berkongsi cerita, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nelysa berkata dia terbuka untuk berkongsi perihal adiknya, Akif Naquiddin di media sosial kerana mahu memberi kesedaran dan juga pendedahan kepada umum mengenai sindrom berkenaan.

“Sebenarnya ramai yang tak tahu dan tak pernah dengar mengenai sakit ‘cri du chat ni’… selalunya orang tahu pasal autisme dan Sindrom Down saja. Jadi saya selalu share mengenai Akif untuk memberitahu serba sedikit mengenai sakit ini dan pengalaman kami,” katanya. Berkongsi serba sedikit mengenai satu-satunya adiknya itu, Nelysa berkata Akif adalah seorang yang peka meskipun perkembangannya tidak seperti remaja seusia.

“Dia boleh bertutur tapi sepatah-sepatah, tidak mampu bertutur dengan ayat yang panjang. Dia memahami apa yang kita sampaikan tapi sukar nak balas semula. Dia juga peka, contohnya walau tak tengok jam, dia tahu bila rancangan kegemarannya akan bermula. Kalau lihat saya pakai tudung, dia akan cakap tudung Neelofa. Dia juga ingat Datuk Vida dan pelawak Nabil Ahmad. Dia senang ‘catch up’ kalau tengok Maharaja Lawak… dia akan ketawa pada lawak-lawak yang dituturkan.

Tumbesaran Akif tidak seperti remaja seusianya, namun dia mampu memahami apa yang diperkatakan selain mempunyai kebolehan mengingati sesuatu perkara.