Rakaman harimau bintang dan kucing jatuh dalam perigi undang resah warganet.

Haiwan kucing

Walaupun dianggap sebagai haiwan pemangsa, harimau bintang bukanlah sejenis haiwan yang akan menyerang haiwan pemangsa lain termasuklah anjing dan kucing.

Tetapi sebuah video yang telah menarik perhatian ramai di media sosial ini menunjukkan seekor kucing berhadapan dengan seekor harimau bintang setelah kedua-dua haiwan itu terjatuh ke dalam perigi.

Menurut timbalan konservator hutan tempatan, harimau bintang dan kucing itu terjatuh ke dalam perigi setelah berlaku kejar-mengejar antara kedua-dua haiwan tersebut.

Video:

https://twitter.com/i/status/1434799391748075520

Dalam video yang tular itu, dapat dilihat harimau dan kucing itu sedang duduk berjarak di sisi perigi sambil bersemuka sebelum harimau bintang itu cuba mendekati kucing berkenaan dan kucing itu berdiri untuk melindungi dirinya.

Namun harimau bintang itu kemudian membuktikan bahawa dia bukan cuba untuk mencederakan kucing tersebut dan hanya ingin bermain, sementara kucing itu masuk ke bawahnya.

Kedua-dua kucing itu akhirnya dikeluarkan dengan selamat beberapa jam kemudian oleh anggota jabatan hutan dari perigi berkedalaman 25 hingga 30 kaki itu dengan bantuan kren.

Harimau bintang tersebut pula dilepaskan ke habitatnya semula dan ini membuatkan netizen lega mendengar kesudahan kejadian yang berlaku di India itu.

Komen warganet tentang kejadian yang tular itu:

Lagi berani dari kebanyakan manusia…

“Aku adik kau jangan makan aku…”

Kucing lebih takut air dia sanggup risikokan diri dimakan…”

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Penjaga Zoo Tergaman Lihat Spesis Kucing Terbesar Di Dunia Terbesar Dunia.

COLUMBIA, CAROLINA SELATAN – Seekor liger  (kacukan singa dan harimau)  bernama Hercules yang  diiktiraf sebagai kucing terbesar dunia oleh buku rekod Guinness Book of Records,  dirakam bersiar-siar bersama seorang penjaga zoo yang terkejut melihat saiznya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Jay Brewer yang merupakan pemilik The Reptile Zoo bertemu Hercules ketika dia melawat Safari Myrtle Beach di Carolina Selatan dan berpeluang mendekati kucing besar itu.

Hercules yang memiliki berat 408 kilogram merupakan kacukan singa jantan dan harimau betina. Saiznya yang besar menjadikan Hercules diiktiraf spesies kucing paling besar oleh buku Guinness Book of Records sebanyak tiga kali.

Menerusi klip video yang dimuat naik Brewer dalam akaun Instagramnya, lelaki itu memperkenalkan Hercules dan dilihat mengagumi saiz haiwan tersebut.

“Ini merupakan seekor liger yang merupakan antara spesies kucing terbesar di dunia. Bukankah ini sesuatu yang mengagumkan?,” demikian kata Brewer yang berjalan dengan Hercules sambil ditemani penjaga haiwan itu, Kody Antle.

Antle berkata, salah faham terbesar yang berlaku adalah orang sering menyangka tiada singa di luar Afrika, namun hakikatnya terdapat banyak singa hidup di Benua Asia, khususnya di India.

Video tersebut mendapat lebih 180,000 tanda suka sejak dimuat naik pada 31 Ogos lalu dengan beratus-ratus warganet meninggalkan komen.

“Saya berasa kagum melihat betapa besarnya haiwan hibrid itu,” tulis seorang warganet.

“Besarnya kucing itu, saya cemburu kerana anda dapat memegangnya,” tulis seorang lagi warganet. – Agensi

Sumber: kosmo

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Luah Rasa Bosan Apabila Covid 19 Melanda Dunia. Kenali 4 Haiwan Yang Sesuai Untuk Jadikan Peneman.

Sejak pandemik Covid-19 mengejutkan dunia, ramai daripada kita yang lebih banyak menghabiskan masa di rumah terutamanya kanak-kanak dan golongan warga emas bagi mengelak terkena jangkitan. Pasti setiap dari anda sudah buntu apa lagi yang boleh dilakukan ketika berada di rumah.

Kanak-kanak pasti berasa bosan apabila terperap di dalam rumah kerana tidak banyak aktiviti dapat dilakukan selain menghadiri kelas secara dalam talian atau menonton televisyen dan menonton YouTube. Sebenarnya ada cara lain untuk mengalih perhatian anak-anak iaitu dengan membenarkan mereka membela haiwan peliharaan. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak cenderung menunjukkan kasih sayang kepada haiwan apabila sudah memilikinya.

Sayangnya, tak semua ibu bapa suka dengan idea memelihara haiwan kerana bimbang masalah seperti elergi atau mereka sendiri tidak dapat memberikan komitmen menjaga haiwan itu nanti. Namun sebenarnya, memiliki haiwan peliharaan mempunyai banyak manfaat untuk anak-anak dan berikut adalah lima haiwan peliharaan yang boleh menjadi pertimbangan ibu bapa.

1. Kucing

Kucing adalah seekor haiwan yang penyayang dan akan sering meminta perhatian. Kucing juga lebih mudah diuruskan dan dijaga berbanding haiwan lain seperti anjing. Menerusi si bulus ini, kanak-kanak boleh mempelajari tentang nilai kasih sayang serta bertanggungjawab terhadap apa diamanahkan kepada mereka. Sesuai dengan situasi masa ketika ini, kehadiran seekor anak kucing boleh membuatkan mereka sentiasa aktif dan tidak hanya membuang masa dengan gajet.

2. Ikan

Memelihara ikan juga boleh menjadi pilihan kerana ia adalah haiwan yang ideal untuk kanak-kanak memandangkan ia tidak memerlukan perhatian setiap masa. Ikan kebiasaannya sangat tenang namun memerlukan akuarium yang sesuai bagi memastikan ia selesa dan dapat berenang dengan bebas. Namun, harus diingat memberi makan kepada ikan perlu mengikut jadual termasuk membersihkan akuarium. Ibu bapa juga boleh melibatkan anak-anak dengan aktiviti menghias akuarium agar terbit rasa sayang dan tanggungjawab terhadap ikan peliharaan mereka.

3. Hamster

Hamster bukan sahaja comel tetapi mudah dijaga dan dilatih. Cuma, ia memerlukan kandang yang luas serta sarang sebagai tempat tidurnya. Bagaimanapun terdapat sesetengah jenis hamster mudah bersikap agresif sehingga sukar untuk mengawalnya. Oleh sebab itu, penting bagi ibu bapa memilih hamster yang sesuai dengan anak-anak mereka.

4. Kura-kura

Kura-kura adalah haiwan yang mempunyai perwatakan pendiam dan memerlukan penjagaan minimum. Ia mampu menjadi pendamping yang baik bagi anak jika mereka ingin berkongsi cerita dengan makhluk hidup selain ibu bapa mereka. Penjagaan kura-kura juga tidak sukar hanya perlu menyiapkan kandang khusus buat mereka termasuk peralatan seperti filter dan lampu pemanas.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Sebab Punca Kucing Gerakkan Telinganya Secara Tiba Tiba. Ketahui 4 Maksud Di Sebalik Gerakan Telinga Tersebut

Ada sebab mengapa kucing menggerakkan telinganya. Kucing dikenali sebagai salah satu haiwan peliharaan yang bijak meluahkan perasaannya melalui komunikasi bukan lisan namun ramai tidak menyedarinya.Memelihara seekor kucing akan memberikan anda pengalaman untuk memahami emosi dan perasaan kucing dengan lebih mendalam.

Kemungkinan besar ramai yang perasan kucing suka mengerakkan telinganya tetapi tidak ramai yang tahu apa maksud tersirat di sebalik gerakan itu.Berikut merupakan empat maksud gerakan telinga kucing yang perlu anda ketahui seperti dikongi The Source Pets.

1. Ingin tahu.Apabila seekor kucing itu mengerakkan telinganya ke hadapan ia menunjukkan suatu daya tarikan.Gerakan itu dilakukan untuk mencari sumber suara yang menarik perhatian kucing selain ia sedang mengumpulkan sebanyak informasi dalam sesuatu situasi.

2. Gelisah.Jika seekor kucing itu berasa tidak tenteram atau rasa terncam, si bulus akan menggerakkan telinganya ke bahagian tepi.Anda akan melihat telinga kucing seperti kapal terbang yang menonjol daripada setiap sisi kepala kucing. Maksudnya, kucing itu sedang menahan suara yang mengganggunya.

Tindakannya itu juga merupakan satu tanda perlindungan terhadap dirinya. Jika terdapat kucing lain turut melakukan perkara sama, isyarat itu akan dapat dikesan sesama mereka agar menjauhkan diri atau menghentikan apa-apa aksi yang mungkin membuatkan mereka berasa terancam.

3. Terganggu.Telinga si bulus yang bergerak-gerak pula bermaksud adanya sesuatu yang dirasai kucing itu seperti terganggu.Sementara itu, jika ia menggetarkan telinganya, maka itu bermaksud ia sedang berhadapan dengan stimulasi yang tinggi. Jika berada dalam situasi ini, ia akan menyebabkan kucing boleh mengncam atau menyrang orang lain.

4. Takut.Pegerakan telinga dekat dengan arah kepala pula bermaksud mereka ini dalam ketakutan atau marah. Ini juga tanda mereka dalam keadaan bersedia sekiranya mereka diserang, dicakar oleh kucing lain.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *