Isteri pergi selepas 32 hari ditidurkan. Sekali ini yang suami dedahkan saat akhirnya buat ramai sebak.

Keluarga Viral

Mohd Zulkifli reda dengan pemergian isteri yang menghembuskan nafas terakhir selepas 32 hari ditidurkan. Lebih sebulan menunggu keajaiban dan mengharapkan isteri yang terlantar di Unit Rawatan Rapi pulang ke rumah, namun khabar yang diterima daripada doktor pada tengah hari Isnin lalu nyata membuatkan dunia lelaki ini bertukar kelam serta merta.

Isteri kesayangan, Siti Faiqah Sulaiman yang bertarung nyawa kerana dijangkiti Cvd19, akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas 32 hari ditidurkan di Hospital Sungai Buloh. Menurut Mohd Zulkifli Mohamad Isa, kehilangan ‘bidadarinya’ ternyata amat perit dan memberi kesan yang mendalam apatah lagi 4rwh tinggalkan dua amanah yang masih kecil, termasuk bayi yang dikeluarkan secara operasi, awal bulan lalu.

Untuk rekod, kisah pilu yang dihadapi Mohd Zulkifli pernah mendapat liputan mStar pada 12 Ogos lalu. Mohd Zulkifli berkata keadaan isterinya sudah tidak stabil sejak minggu lalu apabila tiada perubahan positif yang ditunjukkan terhadap ikhtiar yang dilakukan pasukan perubatan.

Mohd Zulkifli reda hanya berpeluang hidup bersama isterinya selama tiga tahun sahaja.

“Pada 30 Ogos, doktor hubungi dan maklumkan situasi isteri dalam keadaan teruk. Tiada perubahan yang ditunjukkan. Saya cekalkan hati, bertanya direct pada doktor sama ada pesakit yang senasib isteri saya ni boleh survive atau sebaliknya. Doktor beritahu ramai yang sepertinya, dan tak ada yang survive. Tanggal 1 September yang jatuh pada hari lahirnya, doktor buat video call dan kami beri kata-kata semangat padanya. Keadaannya ada peningkatan, namun kemudian kritikal semula. Isnin lalu sekitar 11 pagi, doktor buat video call untuk maklumkan isteri sedang teruk. Dua jam kami video call, saya sempat minta doktor di Hospital Ampang sambungkan panggilan sebab mahu isteri lihat bayi kami di sana. Saya juga bisikkan saya maafkan semua salah silapnya, dan saya juga mohon ampun atas salah silap saya. Saya ajarnya mengucap dua kalimah syahadah. Sukar gambarkan perasaan waktu tu… memang tiada kekuatan langsung tapi saya gagahkan juga,” ujarnya dalam nada sebak.

Antara hantaran Mohd Zulkifli sebelum ini di laman Facebook bagi memaklumkan perkembangan isterinya.

Menurutnya, panggilan terputus sebentar namun dia dihubungi oleh doktor semula yang memaklumkan isterinya sudah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 1.36 tengah hari.


“Tiga tahun sahaja saya berpeluang hidup bersama 4rwh… masih belum puas sebab singkat sangat. Namun ini takdir untuk saya, saya reda. Saya doakan isteri mendapat ganjaran syurga di sana. Selepas isteri pergi, bahagian forensik tanya sama ada mahu keluarga atau pihak hospital uruskan jnz4h. Ini kerana 4rwh sudah disahkan negatif Cvd19. Bila berbincang dari hati ke hati dengan keluarga, kami putuskan untuk uruskan 4rwh di rumah. Inilah jasa dan bakti terakhir kami untuknya. Saya sendiri ikut sama mandikan jnz4h. Dan saya juga turunkan jnz4h ke liang lahad. Mungkin tak semua di tempat saya boleh lakukannya… saya bersyukur kerana Allah beri kekuatan kepada saya untuk sempurnakan jnz4h isteri sendiri walaupun hanya Dia saja yang tahu perasaan saya,” cerita lelaki berusia 34 tahun ini lagi.

Tiga tahun sahaja saya berpeluang hidup bersama 4rwh. Namun ini takdir untuk saya, saya reda. Saya doakan isteri mendapat ganjaran syurga di sana.

Tambah Mohd Zulkifli yang bekerja sebagai seorang penghantar makanan, satu-satunya perkara yang menjadi penguat semangatnya ketika ini adalah amanah yang ditinggalkan oleh 4rwh isteri.

“Anak kami masih kecil… puteri sulung baru berusia setahun lapan bulan, dan bayi lelaki yang kini masih ditempatkan di dalam wad Unit Rawatan Rapi Neonatal kerana dilahirkan pramatang. Alhamdulillah, bayi kami tunjuk perkembangan positif. Kini beratnya cecah 1.69 kilogram, paru-parunya stabil tapi masih perlu berada di bawah pemantauan doktor,” ujarnya yang menetap di Felda Bukit Cherakah, Kuala Selangor.

Anak sulung pasangan ini baru berusia setahun lapan bulan.

Sering membuat perkongsian di Facebook memaklumkan situasi isterinya sejak awal dimasukkan ke hospital, Mohd Zulkifli ternyata amat terharu dengan sokongan yang diterima daripada warganet. “Setiap kali saya update, terlalu ramai yang doakan isteri lekas sembuh serta doakan saya tabah. Malah ramai juga DM bertanya khabar dan status kesihatan isteri selalu.

“Hingga saat akhir saya update berita kehilangan isteri, mencurah-curah doa dan kata-kata semangat daripada mereka. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan. Bagi mereka yang ada ahli keluarga sedang berjuang dengan Cvd19, ikhtiar sehabis baik. Jangan lupa doa, zikir, bacaan Yasin dan selalulah bersedekah bagi individu yang sedang sakit. Tiada apa yang saya nak sampaikan, melainkan tolong jaga diri, jaga prosedur operasi standard (SOP). Kita ambil pengajaran bersama. Cvd-19 bukan penyakit main-main,” ujarnya lagi. Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *