Jika kucing selalu tunjukkan simptom ini ia mungkin tertekan.

Uncategorized

KUALA LUMPUR: Kucing akan menjadi tertekan apabila pemiliknya berada di rumah sepanjang masa kerana ia mengganggu rutin kehidupan yang biasanya menyendiri.

Ini terbukti apabila semakin banyak haiwan peliharaan dibawa berjumpa doktor haiwan atas masalah berkaitan tabiat dan psikologi, lapor AstroAWANI. Kajian mendapati kebanyakan haiwan peliharaan sebenarnya ‘berjuang’ untuk berada bersama pemiliknya pada siang hari.

Tempat selamat atau tenang yang sebelum ini menjadi lokasi persembunyian mungkin diubah menjadi pejabat. Jadi, si kucing tidak lagi mempunyai tempat khusus.Masalah lebih teruk jika kucing menjadi takut atau gelisah apabila berdampingan dengan anak-anak kecil.

Kebiasaannya, kucing akan mempunyai waktu senggang kira-kira tujuh jam di mana ia ‘terpisah’ daripada kanak-kanak pada siang hari.

“Kucing adalah spesies haiwan yang suka bersendirian.

“Ia biasanya berinteraksi dengan manusia mengikut waktu sendiri dan mahukan kawalan penuh terhadap interaksi tersebut,” kata JoAnna Puzzo, pegawai kebajikan haiwan di sebuah pusat penjagaan haiwan, kepada AstroAWANI.

Kucing peliharaan tetap sayangkan pemiliknya tetapi hanya perlukan ruangnya sendiri.

Menurut AstroAWANI, berikut tanda-tanda yang perlu diperhatikan untuk mengesan sama ada kucing anda tertekan:

  • Bulu menjadi kusam, gugur
  • Menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah
  • Kerap menyembunyikan diri
  • Menunjukkan tindak balas seperti terkejut, melompat walaupun terhadap bunyi yang tidak begitu kuat
  • Pura-pura tidur untuk elak interaksi dengan anda
  • Perubahan pada selera makan; sama ada terlalu sedikit atau terlalu banyak ‘Over-grooming’ iaitu terlebih bergaya atau malas bergaya
  • Buang air kecil dan besar bukan di tempat sepatutnya
  • Mundar-mandir atau gelisah
  • Kurang interaksi dengan manusia

Jika kucing anda menunjukkan simptom-simptom ini, segera bawa ia bertemu doktor haiwan untuk mendapatkan nasihat.

Anda juga boleh cuba beberapa langkah seperti menyediakan satu ruang khas yang sunyi lagi selesa untuk kucing anda bermain.

Cuba sedaya upaya untuk menjaga rutin di rumah seperti biasa dan cuba elakkan membawa rakan atau ahli keluarga dalam jumlah yang ramai ke rumah. 

Si Bulus Juga Boleh Berasa Tertekan Apabila Sering Berkurung Di Rumah. Ini Tips Hilangkan Stres Dan Buat Kucing Gembira.

Buat pemilik kucing di luar sana, semestinya anda mahu Si Comel anda gembira dan sihat, bukan? Tahukah anda bahawa Si Comel juga boleh berasa tertekan dan murung apabila berkurung di rumah dalam satu jangka masa yang lama.

Mesti anda tertanya-tanya cara untuk menghiburkan Si Comel agar tidak bosan ketika berada dalam rumah. Sebenarnya banyak aktiviti anda boleh lakukan bersama Si Comel yang dapat menstimulasikan mereka dengan cara bermain, bunyi, visual dan bau. Sudah bersedia untuk ketahui cara menggembirakan Si Comel anda? Jom kita mulakan!

Ruang khas dengan pemandangan luar

Kucing yang tinggal dalam rumah akan berasa bosan kerana melakukan perkara sama dan melihat benda yang sama. Anda perlu sediakan ruangan khas untuk Si Comel anda melihat pemandangan di luar tingkap dan juga menjaga kawasan ‘jajahannya’.

Permainan

Kucing adalah pembvrv semulajadi jadi dan sudah menjadi naluri mereka mengejar sesuatu, maka apa-apa sahaja permainan yang menstimulasikan jenis tingkahlaku ini sangat sesuai untuk kucing indoor. Apabila Si Comel aktif, kucing anda tidak akan sentiasa tidur disebabkan bosan.

Pos mencakar dan perabot

Tipulah jika anda tidak perasan sofa anda ada kesan cakaran. Sebaiknya anda belikan pos pencakar dan perabot khas buat Si Comel anda kerana kucing suka mencakar bagi memastikan kuku mereka sentiasa tajam. Malah, Si Comel anda juga dapat menguatkan otot mereka.

Makanan

Perkara paling penting adalah makanan yang berkhasiat dan sedap. Nak ‘pikat’ hati Si Comel anda agar gembira dan manja, anda boleh berikan mereka SmartHeart Cat Pouch. Kaya dengan komposisi nutrisi terbaik seperti protein, lemak dan serat yang cukup untuk Si Comel dapat membantu dalam menggalakkan perkembangan otak mereka.

Ada apa dengan makanan kucing SmartHeart Cat Pouch? SmartHeart Cat Pouch hadir dalam pilihan varian berasaskan Ikan dan Ayam. Malah, SmartHeart Cat Pouch sangat mudah diberikan kepada si comel kerana disediakan dalam pouch yang mudah dibuka. Komposisi nutrisi dalam SmartHeart Cat Pouch ini mengandungi Crude Protein min. 6.5% ~ 10.0%, Crude Fat min. 1.0% ~ 3.0%, Crude Fiber max. 1.0% dan Moisture max. 85.0%.

Bukan itu sahaja, ia dihasilkan secara cermat dan bersih dengan kombinasi vitamin dan mineral yang betul. Tekstur makanan yang lembut dalam setiap SmartHeart Cat Pouch, pasti akan menaikkan selera si comel terutama sekali ia diperbuat daripada ikan dan ayam sebenar! Untuk pengetahuan anda, SmartHeart Cat Pouch ini hadir dengan dua seleksi pilihan iaitu ikan dan ayam. Bagi perisa ikan, ia tampil dengan 4 perisa iaitu Sardine with Red Snapper in Jelly, Tuna with Chicken in Jelly, Sardine with Chicken and Rice dan Tuna in Jelly (Kitten).

Manakala untuk ayam pula, ia hadir dengan Chicken with Rice and Cheese, Chicken with Rice and Kanikama, Chicken with Rice and Tuna dan Chicken with rice and Carrot. Cara pengambilan SmartHeart Cat Pouch dengan betul. Disebabkan SmartHeart Cat Pouch ialah wet food, ia haruslah diambil bersama dry food supaya pemakanan Si comel anda lengkap dan seimbang. Anda hendaklah memberikannya mengikut kuantiti yang disyorkan berdasarkan berat dan usia Si comel anda.

Dapatkan SmartHeart Cat Pouch segera untuk Si Comel anda. Anda boleh dapatkan SmartHeart Cat Pouch di pasaran sekarang dengan beli sahaja di SmartHeart Flagship Store Lazada, SmartHeart Online Shop, kedai haiwan peliharaan, pasar raya, 7-Eleven dan Pet Chain Store (Petswonderland atau Pets Lover Centre). Untuk maklumat lanjut tentang SmartHeart Cat Pouch, anda boleh layari laman sesawang SmartHeart atau terjah sahaja ke Facebook SmartHeart. Tunggu apa lagi? Jom beli SmartHeart Cat Pouch ini disini.

Sumber : Liputan06

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *