Lama tak tayang Zoey di IG. Zarina Anjoulie jelaskan pada peminat tentang hubungan cintanya kali ini.

artis Hiburan

Semakin jelita nampaknya pelakon dan juga personaliti media sosial Zarina Anjoulie dari hari ke hari.

Bergelar selebriti, pastinya gerak-geri Zarina menjadi tumpuan namun bagi pelakon wanita ini, dia tidak berasa malu untuk berkongsi perkara sebenar seperti apa yang dilakukan terhadap tubuh badannya untuk tampil cantik menawan.

Ujar Zarina, dia tidak menyifatkan perkara itu sebagai satu perkara yang mengaibkan atau memalukan dirinya.

Dia berkongsikan perkara tersebut di sebuah hantaran Instagram miliknya namun telah dipadam tidak lama kemudian.

Katanya lagi, dia melakukan pembedahan buang lemak di bahagian muka, perut serta lengan di samping menyuntik DNA Salmon di wajah.

Dalam pada itu, ada peminat sempat bertanyakan mengenai kekasih hati Zarina iaitu Zoey yang sudah lama tidak kelihatan dalam hantaran Instagram milik pelakon itu.


Jelas Zarina, untuk hubungan cintanya kali ini, dia lebih memilih untuk tidak terlalu menayang dan menikmatinya secara peribadi.

Terdahulu, hubungan akrab Zarina dan Zoey Rahman mula dihidu peminat apabila keduanya saling berkongsi foto mesra bersama-sama di media sosial.

Perniagaan Zoey Rahman Semakin Berjaya. Sehinggakan Sanggup Sujud Syukur Di Tepi Jalan.

Sekitar tahun 2006, program realiti Gerak Geri Gasing menjadi pilihan kanak-kanak kerana pelbagai aktiviti permainan ditonjolkan dalam rancangan tersebut. Zoey Rahman yang merupakan pengacara pada ketika itu, kini sedang bergiat lebih aktif dalam bidang perniagaan dengan memiliki produk sendiri. Biarpun sebelum ini pernah dipandang sinis oleh rakan artis dan orang sekeliling, namun usahawan berusia 36 tahun itu kini membuktikan dia mampu berjaya.

Baru-baru ini, pemilik nama Mohd Hairey Azhar itu berkongsi satu video saat gembira dan sebak kerana perniagaanya membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka.

Terima kasih Allah!

Menerusi posting itu, tanggal 18 Januari 2021 adalah tarikh buat dirinya kerana berjaya menaikkan dua papan tanda iklan di sekitar Lebuhraya Persekutuan. Selain itu, dia juga mengakui sebelum ini hampir menyerah dan putus asa kerana harus melalui liku-liku perit jernih dalam membangunkan produk kosmetik sendiri.

Pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu juga melakukan sujud syukur tanda berterima kasih kepada Allah SWT dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. Hal ini kerana, Zoey mengakui agak susah untuk melihat papan tanda besar jenama tempatan di sekitar lebuhraya berkenaan. “Alhamdulillah. Dalam hati saya menangis gembira dan terharu. Hanya kalimah syukur dan sujud tanda hati ini sangat berterima kasih pada yang Maha Esa,” tulisnya di kapsyen. Khabar gembira itu menerima ucapan tahniah daripada pengikutnya yang turut sama bangga dengan kejayaan yang dikecapi.

Alhamdulillah tahniah!

Boss yang ‘handsome’

Mantap!

Ada hikmah di akhir ujian

Tahniah diucapkan buat Zoey. Semoga kejayaan yang dimiliki ini boleh membakar semangat untuk lebih berjaya di masa akan datang!

Sumber: Instagram Zoey Rahman

Zoey Rahman Dikritik Sebegini Bila Staff Cuba Menghadiahkan Kereta. Sekali Zoey Dedahkan Sesuatu.

Zoey menerima hadiah kereta Vellfire sempena ulang tahun kelahiran ke-36. Menginjakusia 36 tahun pada 3 Januari lalu, pelakon Zoey Rahman tidak menyangka dia akan menerima hadiah istimewa berupa sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire bernilai lebih RM300,000 daripada syarikat yang diusahakannya, Mika Series.

Namun begitu, niat Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Abd Rahman berkongsikan berita gembira itu telah disalah anggap segelintir warganet yang menyifatkan pelakon dan usahawan produk set kecantikan kosmetik itu sebagai syok sendiri. Menurut warganet, Zoey tidak sepatutnya berasa teruja dengan hadiah tersebut kerana ia dibeli dengan menggunakan wang syarikat yang diusahanya sendiri.

Antara komen sinis warganet terhadap Zoey Rahman.

Enggan mengambil pusing apa yang diperkatakan masyarakat luar, Zoey hanya mahu menghargai pemberian yang dihadiahkan oleh ahli lembaga pengarah Mika Series kepada dirinya.

Saya tahu ada warganet yang mengkritik saya di atas pembelian kereta ini, ada yang kata saya syok sendiri

“Kenyataan yang keluar dalam media sebelum ini mengatakan kereta itu dihadiahkan oleh staf saya adalah tidak betul. Sebaliknya, kereta itu dihadiahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Mika Series kepada saya. Saya tahu ada warganet yang mengkritik saya di atas pembelian kereta ini, ada yang kata saya syok sendiri. Padahal memang saya tidak tahu kejutan yang mahu diberikan mereka kepada saya.

Zoey Rahman tidak peduli kata-kata yang dilemparkan warganet terhadap dirinya.

“Bagi saya tiada masalah pun kalau warganet nak mengkritik saya sebab sebagai selebriti apa sahaja yang kita buat ada yang suka dan pasti juga ada yang tak suka kita. Saya jadikan kritikan mereka itu sebagai pembakar semangat untuk saya lebih berjaya dalam bidang perniagaan. Saya cuma pekakkan telinga sahaja bila dikritik,” katanya kepada mStar.

Mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan kosmetik sejak tiga tahun lalu, Zoey juga bersyukur apabila bisnesnya kini semakin berkembang maju dan akan menggunakan kenderaan yang diterimanya demi memperluaskan produk jualannya.

“Setakat ini, syarikat saya sudah mempunyai seramai 10 orang pekerja dan kereta yang saya dapat ini pun akan digunakan untuk tujuan kerja juga. Mulanya ingat nak trade in kereta lama saya, Kia Sportage tapi sayanglah pula sebab tinggal tiga tahun sahaja lagi nak habis bayar,” ujarnya.

Zoey Rahman Menyambut Hari Lahirnya Yang Ke 36 Bersama Kakitangan Dan Sahabat. Tapi Tidak Menyangka Dia Akan Mendapat Hadiah Semahal Ini.

Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman terkejut apabila dihadiahkan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire bernilai kira-kira lebih RM300,000 oleh syarikat Mika Series, semalam. Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama Mohd Hairey Azhar Abd Rahman itu menerima hadiah berkenaan sempena ulang tahun kelahiran ke-36 yang jatuh pada hari ini.

Zoey berkata, dia mengakui sangat terkejut dan tidak menyangka dia akan menerima sebuah kereta sempena hari lahirnya. “Saya terkejut dan tak terkata. Tidak menjangka sama sekali mereka iaitu kakitangan syarikat akan membuat kejutan ini,” katanya.

Selain itu, pelakon filem Lagenda Budak Setan ini juga berkongsi pada mulanya hanya acara percutian yang dirancang bersama kakitangan dan sahabat. Namun, ini merupakan satu rezeki buat dirinya dan dia akan berterusan untuk bekerja dengan lebih keras lagi. Berita gembira ini juga turut dikongsi di Instastory miliknya.

“Apa pun, saya anggap ini adalah rezeki dan pembakar semangat untuk saya lebih bekerja keras dalam bidang perniagaan. Ini adalah permulaan baik pada tahun ini selepas apa yang berlaku sepanjang tahun lalu akibat penularan wabak Covid-19,” tambahnya. Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

Dulu Zoey Rahman Sering Diketawakan Apabila Mahu Menjual Produk Kosmetik. Tidak Sangka Pula Kini Dah Jadi Jutawan Dia Buat Ni Pula Untuk Ibunya.

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman mengakui digelakkan rakan sekeliling ketika mahu menjalankan perniagaan kosmetik. Zoey, 35, berkata, mereka juga memperkecil dan mempersoalkan sama ada berniaga kosmetik ini boleh menjadi kaya atau tidak.

“Saya mula buat bisnes Mika Series pada 2017. Banyak halangan dan dugaan saya tempuhi. Mulanya kawan-kawan gelakkan saya. Betulkah saya nak buat bisnes kosmetik ini. Sebab kebiasaannya dunia kosmetik untuk golongan wanita saja. Mereka siap cakap takkan saya nak pakai mekap untuk buat promosi.

“Malah ada persoal adakah boleh kaya buat kosmetik ini. Biasanya kosmetik ini kaya sekejap saja. Selepas dua sehingga lima tahun mesti akan jatuh. Baru-baru ini ada lagi bertanya, adakah betul saya nak jual produk di Watsons. Adakah Watsons terima produk tempatan macam saya punya? Mampukah produk Melayu bersaing dengan jenama antarabangsa lain? Apatah lagi dengan musim pandemic Covid-19. Kemudian mereka senyum sinis seolah-olah memperlekehkan semangat saya,” katanya. Namun, Zoey berkata dia sentiasa percaya pada rezeki Allah SWT.

“Saya yakin rezeki Allah ada di mana saja. Selagi kita usaha dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang ada, saya percaya kalau kita ikhlas dan berikan yang terbaik untuk pelanggan dari segi kualiti dan perkhidmatan, saya yakin pelanggan akan cari kita. Percayalah! Untuk berjaya, kita harus ‘pekakkan’ telinga dengan kata-kata cacian dan ‘butakan’ mata dengan halangan di hadapan. Dari mana kita berasal itu tidak penting, apa yang penting ke mana langkah kita seterusnya untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Sebelum ini, Zoey Rahman menghadiahkan sebuah kondominium bernilai kira-kira RM500,000 kepada ibu bapa bagi membalas jasa mereka. Zoey berkata hartanah di Cheras itu adalah hasil keuntungan daripada perniagaan yang diusahakan sejak lima tahun lalu.

“Hadiah ini adalah bagi membalas jasa ibu bapa yang selama ini sentiasa memberi semangat dan menjadi pendengar setia apabila saya berdepan masalah. Mereka sering mengingatkan agar menjaga solat. Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa, saya berjaya di dalam perniagaan. Mereka berdoa siang dan malam dan saya percaya kuasa doa mereka amat luar biasa,” katanya.

“Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah @mikaseries. Syukur pd Allah. Berkat bg duit pada mak ayah walaupun sedikit, rezeki memang tak disangka & jadi berganda-ganda. selagi mereka masih hidup, Membahagiakan orang tua, adalah moment Yang tak dapat kita lupa sampai akhir ayat. Percayalah kita akan dapat kepuasan dan ketenangan yg tidak dapat digambarkan. Kepada yang membaca ini, Sy doakan agar kehidupan awk akan lebih bahagia dan dimurahkan selepas ini. Amin.

Zoey yang juga pengasas produk Mikaseries mengumumkan hadiah kediaman itu kepada ibu, Azizah Ibrahim, 63, dan bapa, Abdul Rahman Ngah, 77, pada majlis pelancaran produk Mikaseries For Superstar di sini, semalam. Zoey bersyukur perniagaannya berkembang baik.

“Semua yang saya usahakan hari ini adalah permulaan dari bawah, di mana saya mengumpul duit sendiri tanpa meminjam. Saya guna duit hasil lakonan dan mengacara. Terima kasih kepada semua pihak yang percaya dan membantu saya sejak awal Mikaseries beroperasi hingga sekarang. Doakan Mikaseries terus berkembang maju dan berdaya saing,” katanya. Zoey mengakui fokus dalam bidang perniagaan membuatkan dia kurang berlakon. Namun, Zoey menafikan dirinya sudah berhenti berlakon.

“Saya masih lagi berlakon, cuma antara dua hingga tiga tahun ini saya agak kurang aktif sebab fokus dengan bisnes. Ramai yang menyangka saya sudah berhenti berlakon… Tidak betul. Sesiapa yang hendak panggil (beri tawaran berlakon), boleh berbuat demikian,” katanya.

Datuk A.Aida Kongsi Foto Bersama Zoey Rahman, Peminat Kata Sepadan Sangat

Baru-baru ini, pengarah dan penerbit terkenal Datuk A.Aida ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya. Menerusi foto tersebut, Aida turut berkongsi foto bersama pelakon dan hos, Zoey Rahman. Difahamkan, Aida sememangnya sedia menjalin hubungan yang baik bersama Zoey serta beberapa rakan artis lainnya.

Malah mereka sebelum ini turut isi masa dengan melakukan aktiviti gim bersama-sama. “nak tuuuu @zoeyrahman minuman kecantikkan @perfect10hq make-up @mikaseries #mylifeiscomplete #gym-wajib,” tulisnya.

Melihat diruangan komen gambar tersebut, rata-rata peminat memberi reaksi produser itu ibaratnya sangat secocok dan sepadan jika digandingkan bersama Zoey. Terdahulu, Aida pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ariff Aziz pada 21 Julai 2018 namun telah bercerai pada 25 April lalu.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *