Kongsi satu perkongsian berkaitan dengan vaksin. PU amin terus dicop penunggang vaksin.

Hiburan Kehidupan OH AGAMA

TINDAKAN pendakwah pencetus ummah (PU) Amin berkongsi sijil vaksin zaman kerajaan Uthmaniah menerima pelbagai reaksi warganet yang segelintirnya menganggap pendapat itu sebagai tidak relevan pada situasi sekarang.

Tampil menjelaskan perkara tersebut, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim, 30, berkata, apa yang dilakukan itu hanya untuk memberi gambaran betapa pentingnya pengambilan vaksin atau bahan pelali bagi membendung penularan sesuatu wabak.

“Kalau tengok pada post yang saya kongsi tu saya nak menunjukkan sebenarnya bahawa pengambilan vaksin ataupun rawatan mencegah wabak menggunakan vaksin telah diamalkan sejak 1900 masihi.

“Masa tu pun penciptaan vaksin telah wujud. Ini adalah hak saya untuk bercerita manfaat vaksin, saya tak kata vaksin tu menyembuhkan, yang menyembuhkan Allah.

“Tapi kita bercerita pasal manfaat vaksin tu hak kita la, sama macam mereka bercerita tentang darurat vaksin,”.

Sebelum itu, warganet mempertikaikan perkongsian PU Amin pada Ahad dengan menyifatkan tidak adil untuk menyamakan vaksin di zaman tersebut dengan vaksin Covid-19 pada ketika ini.

Sementara itu, PU Amin meluahkan rasa kesal dan kasihan kepada mereka yang menolak suntikan vaksin terutama yang terpengaruh dengan berita tidak sahih.

“Tak nak ambil awak punya masalah, tapi jangan hasut orang, jangan cerita ini dajjal… ini fitnah”

“Sebenarnya anti vaksin dan yang ragu-ragu dengan vaksin ini kasihan sebab terpengaruh dan banyak mendengar berita-berita yang tak tepat.

“Contohnya daripada orang yang tafsir mimpi atau daripada mesej yang disebar tiada asas.

“Tak nak ambil awak punya masalah, tapi jangan hasut orang, jangan cerita ini dajjal… ini fitnah,” katanya.

Selain itu, PU Amin juga isu mengatakan terdapat sumber haram dalam vaksin adalah tidak berasas berikutan ia hanya pendapat daripada pihak luar yang tidak tahu kesahihannya.

PU Amin memberi gambaran pentingnya pengambilan vaksin ketika ini.

Malah, dia turut menolak dakwaan pengambilan vaksin disamakan dengan menolak amalan makanan sunnah Rasulullah.

“Vaksin memang tak boleh mencegah seratus peratus tapi ia menjadi pelindung kita pada waktu ini, mungkin pada masa akan datang kalau kena cucuk lagi kita cucuk je la.

“Tidak ada pihak yang berautoriti seperti Jakim, hub halal, pengkaji ubat halal haram yang mengatakan ada benda yang haram dalam vaksin.

“Kalau ada pun datang daripada persepsi atau pandangan pihak tertentu yang bukan daripada pihak autoriti.

“Ada yang kata kalau kita ambil vaksin kita menolak amalan sunnah. Tidak juga, saya sendiri makan makanan sunnah, makan madu, makan habatus saudah, minyak zaitun dan tetap ambil vaksin,” ujarnya.

Guru Yang Tidak Lengkap Suntikan Vaksin Dilarang Daripada Mengajar Di Sekolah.

Vaksin adalah merupakan antigen iaitu virus yang telah mati. Pemberian virus mati ini bukanlah dengan tujuan untuk menyebabkan seseorang itu terkena jangkitan virus, akan tetapi dalam bahasa mudahnya, ia adalah bertujuan menciptakan memori dasar sebagai tentera pertahanan dalam tubuh untuk bersiap sedia menghadapi serangan virus yang sebenar yang lebih kuat.

Namun seperti negara lain, Malaysia juga tidak lari daripada golongan antivaksi yang cuba mempengaruhi orang ramai daripada menerima vaksin. Gerakan antivaksin digerakkan oleh golongan yang menolak penggunaan vaksin, antaranya menggunakan media sosial, dengan fahaman bahawa vaksin mengandungi bahan yang tidak selamat.

Guru-guru perlu mendapatkan suntikan vaksin sebelum sesi persekolahan dibuka Oktober depan. – gambar hiasan

PETALING JAYA – Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional mencadangkan agar guru yang tidak lengkap suntikan vaksin dilarang daripada mengajar di sekolah.

Presidennya, Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan tidak wujud kluster sekolah sebaik sesi pembelajaran bermula pada 3 Oktober depan.“Kami terkilan dengan tindakan 779 guru di Johor yang menolak vaksin. Ini memberi persepsi dan kesan kurang menyenangkan bagi seluruh warga Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang iaitu kira-kira 779 guru di Johor menolak untuk me­nerima vaksin Covid-19.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, Aminuddin Awang mengakui mereka tidak pernah menerima laporan mengenai guru menolak vaksin sehinggalah dedahkan baru-baru ini.

Katanya, sekiranya wujud aduan sekali pun ia hanyalah mengenai kelewatan segelintir guru menerima tarikh temu janji suntikan vaksin tersebut.“Kita tak pernah terima aduan seperti itu, biasanya ia (aduan) tentang guru yang belum terima tarikh suntikan. Itulah yang biasa kami tekankan sebelum ini.

Pada masa sama, Aminuddin berkata, beliau yakin semua guru yang dijadualkan kembali mengajar di sekolah pada 3 Oktober depan telah menerima suntikan vaksin sepenuhnya.“Jika masih ada yang belum lengkap divaksin sekali pun, masih ada masa lagi untuk mereka disuntik sebelum sesi persekolahan tersebut dibuka jadi tidak timbul masalah di situ,” katanya.

Sumber: Kosmo.

Tarikh Buka Sekolah Terkini Dilewatkan Kepada 3 Oktober 2021 – KPM.

Tarikh Buka Sekolah Susulan PPN / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Beliau berkata, bagi negeri-negeri Fasa Dua, pembukaan sekolah hanya untuk kelas peperiksaan manakala bagi Fasa Tiga, pembukaan penuh dibenarkan.

“Ini adalah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN)… jadi, kita tidak boleh menyatakan 1 September akan buka semua (sekolah). Keselamatan murid adalah keutamaan kerajaan.

Hari ini, KPM telah mengumumkan bahawa sesi PdPR akan diteruskan sehingga 3 Oktober 2021.Namun, jika terdapat keperluan untuk membuat perubahan KPM akan memaklumkan lebih awal.

Berdasarkan SOP MKN, Pelan Pemulihan Negara menggariskan perkara berikut:

  • Fasa 1 : Sekolah tidak akan dibuka
  • Fasa 2 : Untuk Murid Kelas Peperiksaan Sahaja (Ting. 5 & 6)
  • Fasa 3 : Boleh untuk murid kelas biasa Tertakluk kepada penilaian risiko negeri tersebut

Pada 17 Julai lalu, KPM memaklumkan ketetapan pembukaan sekolah secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September selepas mengambil kira kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan sekolah.

Berita Baik Untuk Pelajar Tingkatan 5 Dan 6. Terkini Khairy Jamaluddin Dedahkan Pelajar Tingkatan 5 Dan 6 Akan Mula Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bermula Bulan Julai ini.

Berita baik untuk pelajar tingkatan 5 dan 6 yang bakal mengambil peperiksaan bagi tahun ini! Menurut The Star, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa pelajar yang bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bakal menerima dos pertama vaksin bermula Julai ini.

Khairy berkata, pelajar tingkatan 5 dan 6 ini akan menerima vaksin jenis Pfizer-BioNTech yang mana suntikan tersebut akan dilaksanakan di sekolah. Kita kena bagi vaksin kepada mereka pada awal persekolahan. Bila menteri pendidikan buat keputusan untuk benarkan pelajar ke sekolah, kita akan beri suntikan kepada mereka bermula pertengahan Julai atau awal Ogos bergantung kepada kes harian. “Mereka pergi sekolah dan akan disuntik di sana,” katanya.

Badan Bertindak Imunisasi COVID 19 (CITF) juga memutuskan semalam untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama. Perkara itu juga dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan) Radzi Jidin yang berkata, ia susulan daripada menerima kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap individu berusia 12 tahun ke atas.

Menurut Khairy lagi, data peperiksaan tahunan yang diterima daripada Menteri Pendidikan juga menunjukkan terdapat 357,000 pelajar dan 47,000 guru di Tingkatan 5 dengan kerajaan yang berusaha untuk memvaksin golongan itu terlebih dahulu supaya boleh kembali ke sekolah semula. Semoga adik-adik kita yang menduduki peperiksaan ini dapat kembali belajar seperti biasa di sekolah semula. 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *