Baru melalui episod putus cinta emosi dan mental tidak stabil. Pandemik buat Daiyan Trisha penat.

artis Hiburan Kehidupan selebriti

MELIHAT wajah manisnya yang sentiasa tersenyum dan sikap cerianya, siapa sangka, jiwa penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha sedang berperang selepas melalui episod putus cinta sekitar dua bulan lalu.

Bertambah parah apabila peristiwa sedih tersebut berlaku ketika seluruh negara sedang bergelut dengan peningkatan angka kes Covid-19. Terpaksa berkurung di rumah dan melaluinya bersendirian menyebabkan emosi dan mentalnya tidak stabil.

“Emosi dan mental saya tidak stabil ketika itu kerana putus cinta serta terpaksa melaluinya sendirian.

“Perasaan saya waktu itu bukan sakit atau patah hati, tetapi lebih daripada itu. Perasaannya lebih dalam dan tambah menyakitkan buat saya,” ujar Daiyan membuka lipatan hati.

Wanita berusia 28 tahun itu bagaimanapun enggan memperincikan bagaimana hubungan cinta tersebut terputus dan menyifatkan mereka tiada jodoh.

“Saya tidak mahu bercerita lanjut tentang hubungan yang terputus, bekas kekasih saya juga bukanlah artis,” katanya.

Daiyan bagaimanapun mengakui dia menulis lagu buat bekas kekasih bagi merawat hati yang sedang galau. Bukanlah tidak boleh melupakan, sebaliknya menulis adalah terapi terbaik untuk menenangkan diri.

“Biarpun orang nampak saya okey dalam Instagram, tetapi sebenarnya itu hanya luaran. Emosi dalaman yang berkecamuk, hanya saya merasainya.

“Menulis umpama oksigen untuk saya. Jadi, menulis merupakan cara paling berkesan untuk merawat hati, buat saya tenang dan okey. Hasil daripada perang emosi dan jiwa itu maka terhasil lagu Penat,” kongsi Daiyan lagi tentang inspirasi single baharunya.

Tanpa kekasih dan belum bersedia untuk kembali bercinta dengan mana-mana lelaki, namun sudah ada warganet yang cuba ‘menjodohkannya’ dengan dengan pelakon Aedy Ashraf.

Daiyan dan Aedy sebelum ini pernah bergandingan menerusi drama bersiri popular, Projek: Anchor SPM.

Mengulas mengenai perkara tersebut kata Daiyan: “Saya rasa perkara itu lucu.”

Terdahulu, dalam aplikasi TikTok tular sebuah video yang dimuat naik peminat menunjukkan reaksi Aedy ketika ditanya mengenai Daiyan.

Dalam video berkenaan, jelas wajah Aedy kelihatan kekok saat diajukan soalan tersebut dan dihimpit pertanyaan beberapa rakannya yang turut serta dalam sesi secara langsung itu termasuklah pelakon, Elfira Loy.

Bekas pengacara program Muzik-Muzik itu tidak menafikan dia dan Aedy bersahabat baik, tetapi hubungan mereka tidak lebih daripada kawan.

“Saya dengan Aedy ialah sahabat baik. Memang saya ada nampak komen-komen warganet, tetapi saya tak bersedia untuk apa-apa (hubungan),” kata Daiyan.

Inspirasi

Menyambung bicara tentang single terbaharunya yang berjudul Penat, pemilik nama Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin itu mengakui single tersebut diinspirasikan daripada episod putus cintanya.

Perasaan pedih dan sakit hati yang dialaminya diluahkan menerusi lirik dan bait-bait lagu Penat yang telah dilancarkan di semua platform digital pada 20 Ogos lalu.

PROSES rakaman lagu dan video lirik Penat yang berlangsung ketika PKP 3.0 hanya dilakukan di kediaman Daiyan. Proses susunan lagu dan suntingan video pula dilakukan secara dalam talian.

Terang Daiyan, disebabkan emosi yang mendalam, dia dapat menyiapkan lagu tersebut dalam tempoh satu jam sahaja.

Sungguhpun begitu, perjalanan penghasilan Penat tidak mudah apabila Daiyan terpaksa berhenti beberapa kali kerana terlalu larut dengan emosi sedihnya.

“Penat merupakan lagu yang paling sukar pernah saya tulis. Walaupun mengambil masa dalam satu jam sahaja, tetapi saya banyak kali berhenti kerana menangis.

“Perasaan sedih, kecewa dan patah hati itu memang membuak-buak dalam diri, jadi emosinya mudah keluar dan sukar untuk dikawal,” tutur Daiyan tentang lagu yang menjalani rakaman di rumahnya sahaja.

Meskipun Penat mendapat inspirasi daripada kekecewaan sendiri, namun definisi lagu tersebut lebih besar mencakupi isu pandemik Covid-19 bukan sahaja menjejaskan dirinya, tetapi juga ramai orang. Semua itu terhimpun menerusi Penat.

“Semua orang penat dan mereka meluahkan emosi menerusi media sosial. Perkara tersebut sedikit sebanyak memberi inspirasi untuk menulis dan memilih tajuk sesuai. Kita semua berada di lautan yang sama, namun di kapal yang berbeza. Semua orang ada masalah.

LETIH melawan emosi sedih putus cinta, ditambah ketika itu semua orang terkurung di rumah membuatkan Daiyan menzahirkan rasa berat ditanggungnya menerusi Penat.

“Saya mahu membalutkan semua emosi tersebut menjadi satu perkataan yang universal. Penat merupakan satu perkataan cukup berat buat saya dan boleh dikaitkan dengan semua orang yang melalui situasi hampir sama,” ujar Daiyan.

Menyentuh tentang profil muziknya, wanita kelahiran Bangi, Selangor itu mula menyanyi sejak 2013 dan sehingga kini telah meluncurkan 18 buah single.

Ironinya, Penat ialah lagu balada putus cinta bahasa Melayu pertama yang dizahirkannya.

“Saya baru sedar saya tidak pernah menghasilkan lagu balada putus cinta. Paling kelakar, saya baru sedar lagu balada putus cinta merupakan lagu yang sangat popular di Malaysia, tetapi kenapa saya tidak pernah keluarkan lagu sebegitu,” kata Daiyan yang merupakan penggemar muzik Taylor Swift.

Sukarelawan popular

Berbicara tentang perjalanan karier seninya, tahun ini rezeki Daiyan lebih terbuka luas apabila mendapat banyak projek besar dan bekerjasama dengan jenama-jenama terkenal biarpun kebanyakannya terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Biarpun kebanyakan kerja lakonan tergendala, Daiyan tidak boleh duduk diam, sebaliknya dia menjadi antara sukarelawan popular di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Langkah tersebut juga sebuah perjuangan kecilnya untuk membantu negara menangani penularan virus Covid-19, sekali gus memberi kesedaran tentang keperluan vaksin.

SEJAK menyertai aktiviti kesukarelawanan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UKM, Daiyan menyedari betapa besar dan beratnya tanggungjawab mereka yang bekerja sebagai petugas barisan hadapan.

Memulakan tugas sejak Julai lalu, Daiyan bersyukur kerana diberikan peluang untuk merasai pengalaman berharga, termasuk berdepan pelbagai kerenah sepanjang bertugas di PPV.

“Perkara paling mencabar bagi saya adalah sikap skeptikal khalayak terhadap suntikan vaksin kerana isu vaksin kosong.

“Bayangkan kalau sehari yang datang untuk disuntik seramai 200 orang dan 100 orang bertanya soalan yang sama tentang vaksin kosong.

“Memang penat untuk menjawab perkara yang sama.

“Selepas menjadi sukarelawan, saya sedar tugas ini bukan mudah apatah lagi tugas petugas barisan hadapan,” luah Daiyan.

Selain itu, Daiyan juga seronok dapat menghiburkan peminat yang hadir ke PPV dan berjumpa dengan rakan artis yang mengambil suntikan.

“Ramai yang tahu saya bertugas di PPV UKM, jadi mereka akan mencari saya untuk bergambar atau sekadar bersapa.

“Sekarang saya sudah berehat daripada menjadi sukarelawan kerana PPV sudah tidak sibuk seperti dahulu.

“Namun, andai pemberian vaksin untuk kanak-kanak dijalankan kelak dan perkhidmatan saya diperlukan saya akan kembali menjadi sukarelawan,” ujar Daiyan.

Terang pelakon drama Sejuta Rasa Buat Adelia itu, pandemik benar-benar mengajarnya untuk lebih menghargai perkara-perkara kecil yang selama ini dianggap remeh.

Keresahan melampau

“Siapa sangka pada tahun 2020 dan 2021 kita tidak boleh makan di luar dengan rakan-rakan, tidak boleh menonton wayang di pawagam dan tidak dapat bercuti.

“Saya sendiri sudah lama tidak pulang ke kampung halaman di Kuantan, Pahang.

MENGAKUI mengalami keresahan melampau, namun dia enggan bercakap mengenai perkara tersebut secara terbuka kerana bimbang dengan persepsi masyarakat.

“Andai segala sekatan ditarik balik, perkara pertama yang ingin saya lakukan adalah balik kampung. Saya rindu sangat,” kata Daiyan yang merindui suasana kehidupan sebelum pandemik.

Bercakap lanjut mengenai kesan pandemik, Daiyan menyedari masalah kesihatan mental yang dihidapi ramai. Malah, Daiyan sendiri mengakui mempunyai anxiety atau keresahan melampau.

Jelasnya, masalah anxiety sudah lama dialaminya dan kini sedang dalam rawatan doktor.

“Jika boleh saya enggan bercakap mengenainya secara terbuka.

“Saya bimbang akan persepsi masyarakat. Namun, sejak kebelakangan ini semakin ramai orang menghidapi masalah yang sama kerana pandemik.

“Nasihat saya, segera mendapatkan rawatan andai sedar terdapat sebarang simptom masalah kesihatan mental.

“Insya-Allah, apabila kita mendapatkan rawatan dan kekal positif, kita akan pulih,” kata Daiyan menutup bicara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber: Kosmo

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *