Caprice akhirnya berangkat pulang ke Malaysia hari ini.

artis Hiburan

PETALING JAYA – Selepas lebih dua bulan berada di Mesir bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan Caprice akhirnya berangkat pulang ke Malaysia hari ini.

Perkara berkenaan dikongsikan penyanyi rap berkenaan menerusi saluran Telegram miliknya, MudaUmmah: Welcome To Caprice’s Personal Telegram, tengah malam tadi.

“Salam Malaysia! Alhamdulillah setelah dua bulan setengah, mungkin pengembaraan paling gila sejauh ini, akhirnya saya akan pulang ke Malaysia esok (hari ini).

“Saya minta maaf atas kelewatan, saya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan bahagian tertentu dalam misi saya,” katanya.

Pemilik nama sebenar Ariz Ramli, 33, itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai penerbangan mahu pun ketibaannya nanti.

Dia sebaliknya hanya memaklumkan berkenaan kiriman barang-barang tempahan orang ramai.

Katanya, sebaik tiba di tanah air dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 termasuk kuarantin, barulah dia akan meneruskan aktiviti perniagaan yang lama tertangguh.

Caprice menjangka bakal menjalani kuarantin selama 10 hari, sekali gus urusan penghantaran tempahan barangan seperti jaket hoodies, tasbih dan buah tangan hanya dapat dilakukan selepas 18 September ini.

“Hoodies Koyak Ke Bro Edisi Terhad hampir siap, tetapi malangnya saya sekarang mengendalikannya sendiri kerana kakitangan lama yang mengambil pesanan dan penghantaran tidak lagi dengan saya,” kongsinya lagi.

Pada masa sama, penceramah bebas merangkap usahawan itu turut memohon maaf berikutan kelewatan urusan berkenaan disebabkan agak lama meninggalkan perniagaannya itu.

Tinjauan Kosmo! Online menerusi Instagramnya, Caprice dilihat memuat naik status  terakhir sekitar pukul 5 pagi waktu tempatan dalam InstaStory berbunyi, ‘Good bye and good night, see you in  Disember’, berlatarkan pemandangan malam dihiasi lampa-lampu.

Sebelum ini, dia pernah mendedahkan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 4 Julai lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan.

Terdahulu, penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan itu tiba di Mesir pada 24 Jun bagi menyertai misi bantuan ke Gaza sebelum meneruskan penggembaraan solo ke Jordan kerana isu yang tidak dijelaskan secara terperinci.

Biarpun tidak dapat memasuki Palestin, Caprice tetap enggan pulang ke Malaysia malah meneruskan pelbagai aktiviti meluaskan jaringan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaaan di Mesir dan Jordan sepanjang bergerak solo.

Selain soal birokrasi dan kegagalan memasuki Palestin, nama Caprice turut memanaskan apabila diminta memberi keterangan kepada polis berhubung isu fitnah dan kes gangguan melibatkan penceramah terkenal, Ebit Lew.

Sumber– K! ONLINE

Tentunya Caprice Rindu Nak Balik Malaysia.

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan sensasi, Caprice, 33, yang kini berada di Jordan membayangkan hasrat mahu segera pulang ke Malaysia kerana rindukan keluarga selain mahu menguruskan perniagaannya.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerusi Instagram Story menjawab pelbagai pertanyaan pengikutnya termasuk soalan terbabit.

“Tentunya saya ingin balik ke Malaysia. Saya merindukan keluarga, perniagaan dan permainan saya. Tetapi itulah, saya harap dapat tinggal di sini (Jordan) lebih lama sebab sudah banyak kami lakukan untuk misi di sini. Saya harap saya dapat lakukan lebih banyak lagi. Saya akan tetap kembali ke sini, Insya-Allah,” katanya.

Caprice sebelum ini dimasukkan ke hospital di Jordan akibat demam dan serangan panik.

Dia memaklumkan keadaannya kini semakin sihat, namun doktor memintanya berehat. 

“Disebabkan ini adalah hari-hari terakhir di Jordan, saya perlu berikan yang terbaik. Insya-Allah sebelum saya naik kapal terbang, saya akan muat naik semua video saya,” katanya.Dia juga gembira kerana sejak namanya tular, banyak rakan-rakan baharu ditemuinya di Jordan yang banyak membantunya menjayakan misi menuju ke Al Aqsa.

“Sejak lagu Koyak dan sesi live Instagram saya bersama pempengaruh tentera Israel itu menjadi tular, kita bertemu ramai sahabat baharu di sini. Jadi, banyak perjumpaan dan mesyuarat dilakukan dan anda akan melihatnya nanti,” katanya.

Caprice aktif berkongsi pandangan mengenai isu Palestin dan Isra3l sehingga terhasil lagu Koyak iaitu istilah yang digunakan bertujuan menjatuhkan moral regim Zi0nis hasil kerjasama bersama seorang lagi rapper, MeerFly .Caprice meninggalkan Malaysia untuk misi ke Gaza pada 23 Jun lalu.

PDRM dedah dalam proses untuk rakam keterangan dari Nadir dan Caprice. PDRM sedang berusaha untuk dapatkan.

Sebelum ini, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dilemparkan oleh beberapa individu terhadap dirinya. Kini, pihak polis dalam proses untuk merakamkan keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gz4 Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri serta penyanyi rap, Caprice mengenai isu misi bantuan di Gz4, Plst1n.

Belum rekod percakapan Nadir Al-Nuri dan Caprice. Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, proses rakaman percakapan Nadir Al-Nuri dan Caprice dibuat bagi membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh Ebit Lew pada 22 Julai lalu. Kita belum rekod percakapan dua individu ini dan belum ada tarikh lagi. Polis sedang berusaha untuk berbuat demikian.

Ujarnya lagi, setakat ini hanya rekod percakapan pendakwah terkenal itu sahaja yang telah diambil. Jika ada sebarang perkembangan terbaru, pihak polis akan memaklumkan perkara tersebut. Walau bagaimanapun, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanvn Kesks44n serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sumber : Berita Harian

Kecoh berita soal Caprice dan Ebit Lew. Sekali PDRM tampil keluarkan kenyataan ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan tidak menerima sebarang laporan polis dan tiada kertas siasatan dibuka berhubung isu melibatkan penyanyi rap Caprice dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew. Pengarah Jabatan Siasatan Jny4h (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, sejak beberapa hari lalu pihaknya mengesan isu hangat di media sosial mengenai tindakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang mempersoalkan tindakan Ebit Lew ketika misi kemanusiaan di Gz4, Plst1n.

“Setakat ini didapati tiada laporan diterima dan tiada kertas siasatan yang dibuka mengenai perkara ini namun orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebar atau membuat kenyataan yang berbaur ftn4h atau mengaibkan seseorang kerana ia merupakan satu kesalahan. Tindakan menyebar atau membuat kenyataan berbaur ftn4h atau mengaibkan seseorang boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Kesks44n iaitu ftnah dan Seksyen 504 Kanun Kesks44n kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Abd. Jalil, siasatan juga boleh dibuat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang boleh mendatangkan khi4nt awam serta Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Justeru itu, orang ramai dinasihati agar tidak mensensasikan isu ini dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika mendapati wujud pelanggaran undang-undang sebagaimana yang dinyatakan,” tegas beliau. Sumber – K! ONLINE

Akhirnya Caprice Datang Untuk Menyerah

Konflik Caprice-Ebit Lew memasuki episod baharu apabila pemilik nama sebenar, Ariz Ramli itu melakukan permohonan maaf secara terbuka melalui laman Instagram miliknya. Barangkali mengambil keberkatan Hari Arafah dan AidilAdha, Caprice, 33, memohon kemaafan bukan hanya daripada Ebit Lew bahkan beberapa individu lain termasuk Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

“Salam @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein dan Ebit Lew, saya mohon minta maaf atas kesilapan. Kita terlalu emosi tentang perjuangan kita demi ummah, demi Palestin dan demi Rakyat Malaysia. Apa yang berlaku adalah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain. Saya nak ucapkan terima kasih kepada @hishammuddinhussein, Kedutaan Malaysia di Mesir dan kerajaan Mesir atas kemudahan, sokongan dan perlindungan serta keselamatan 24 jam selama saya berada di Mesir,” katanya.

Caprice turut mengucapkan terima kasih kepada Azeez yang membawanya menyertai misi kemanusiaan di Palestin di menerusi badan bukan kerajaan (NGO), Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang dinaungi ahli politik berkenaan.

“Saya nak ucapkan terima kasih juga kepada @azeezrahim yang tiba-tiba menjadi seorang ayah kepada saya selama kita kenal. Saya tidak mampu membalas kasih sayang dan sokongan yang telah anda tunjukkan sepanjang misi ini,” katanya dalam satu hantaran panjang lebar dalam Instagram. Pelantun lagu Lenglui itu turut mengambil kesempatan memohon maaf daripada orang tuanya yang semestinya resah dan risau akan keselamatannya.

“Akhir sekali, saya minta maaf kepada ibu dan ayah kerana membuatkan kalian risau tentang keselamatan saya. Saya sayang kalian dan memang menjadi niat saya sejak saya memutuskan untuk hidup dengan cara saya bermula usia 16 tahun adalah tidak lain hanya untuk membuatkan anda bangga,” luahnya. Minta maaf Malaysia dan rakyat Malaysia. Insya-Allah, saya akan kembali selepas saya habis dan lunaskan beberapa janji yang telah saya tabur kepada rakyat Plst1n,” katanya.

Terdahulu, nama Caprice menjadi bualan rakyat Malaysia apabila mendakwa pasukan Ustaz Ebit Lew yang berjaya masuk ke Gz4, Plst1n telah memburukkan imej negara di bumi ambia tersebut. Menurut Caprice, penduduk di Gz4 tidak suka sekiranya gambar mereka diambil ketika menghulurkan bantuan dan itu telah dilakukan Ebit dan pasukannya. Ironi, Caprice berkata, isu Ebit hanya sebahagian kecil dari pembongkaran sebenar yang dia bakal dilakukan pada 21 Julai ini secara langsung.

Sumber– K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *