Afwa Masuk Live TokTi. Buatkan Ramai Peminat Tak Tentu Arah.

artis Hiburan

Anak lelaki penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa mencuri tumpuan ramai apabila buat julung kalinya muncul di siaran langsung Instagram, semalam.

Kemunculan itu ternyata mengubati kerinduan ramai, khususnya peminat Siti Nurhaliza yang mahu melihat perkembangan terkini Afwa.

Menerusi video yang dikongsi Siti, Afwa dikatakan agak kurang sihat dan mengalami demam sejak kelmarin.

“Afwa cucuk semalam, dia ada sikit demam, tapi dia dah ok.

“Afwa sekarang dah empat bulan lebih, so bulan ni masuk lima bulan,” katanya.

Sementara itu, di ruang komen, rata-rata warganet teruja sebaik melihat keadaan Afwa yang sangat sihat.

Malah, kebanyakan mereka meluahkan rasa geram melihat pipi temban Afwa selain memuji kecomelan adik kepada Siti Aafiyah itu.

Tidak kurang juga yang menggelar Afwa sebagai Datuk K junior.

“Bambam semangatnya”

“Pipi dia geram nak gigit”

“Banyak ikut muka Datuk K, kira Datuk K junior lah ni,” tulis beberapa warganet.

Sekadar info, Siti Nurhaliza melahirkan Muhammad Afwa pada 19 April lalu di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Selepas tujuh hari, Siti dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K telah memilih nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.

Bagaimana Siti Sarah Mencipta Rekod Tersendiri. Allahyarham Siti Sarah Raissuddin Insan Yang Sangat Istimewa Di Hati Orang Ramai.

Majlis pengebumian Princess of Wales Lady Diana pada 1997 disaksikan kira-kira 2 bilion penonton secara langsung di TV di seluruh dunia, menjadikannya peristiwa tunggal paling ramai ditonton di dunia.Satu lagi peristiwa yang mendapat jumlah penonton yang ramai ialah Konsert Live Aid pada 13 Julai 1985 yang disiarkan secara langsung ke 150 negara.

Ramai yang berusia dalam 50-an masih mengingati lagu We are the World yang dinyanyikan ketika itu. Acara itu disaksikan di kaca TV oleh kira-kira 1.9 bilion orang.

Acara lain seperti Olimpik dan Piala Dunia mendapat tontonan lebih 3.7 bilion penduduk Bumi tetapi itu untuk tempoh beberapa minggu dan beberapa acara.

Kita di Malaysia jarang menyaksikan liputan sebegini meluas kecuali baru-baru ini peristiwa pemergian pelantun dan artis Siti Sarah Raissuddin.

Hampir 20 hari Allahyarham Siti Sarah telah pergi menghadap ilahi, Terlalu ramai ambil tahu mengenai perkembangan diri arwah. Saya tertanya-tanya apakah kebaikan arwah yang saya sendiri tidak tahu. Benar, saya mencemburui pemergiannya,” ‘Sampai Shuib tertanya apakah kebaikan arwah Siti Sarah?’

Majlis pengebumian Siti Sarah yang disiarkan secara ‘live’ di pelbagai platform Facebook dan gerbang syarikat media besar dan kecil disaksikan ratusan ribu orang. Ulangan video pengebumian itu sahaja mendapat tontonan jutaan kali.

Akaun Facebook dan YouTube kebanyakan syarikat media mendapat tambahan ribuan pengikut sejak berita Siti Sarah dijangkiti Covid-19 sehingga pemergianya.Tidak pernah seingat penulis, perginya seorang artis mendapat liputan dan tontonan sebegini meluas di media sosial.

Kisah sedih melibatkan isteri kepada pelawak dan pelakon, Shuib itu telah disiarkan di portal media terkenal dunia di United Kingdom iaitu BBC News.Laporan tersebut disiarkan menerusi berita bertajuk ‘Malaysian singer dies of Covid, day after giving birth’ (Penyanyi Malaysia pergi akibat Covid selepas melahirkan anak).

Seorang ibu penyayang, tiga anak masih kecil, pemergian pada usia ‘prime’ dalam kehidupan seseorang, mengandung tujuh bulan anak keempat dan dijangkiti Covid-19 menjadikan plot kisah Siti Sarah sesuatu yang mudah menggoncang naluri.

Selain BBC, khabar duka itu turut dilaporkan News portal CNA Lifestyle Asia dan Liputan. 6 dari negara jiran Indonesia.

Ia diikuti dengan setiap ucapan takziah atau pengakuan mengenai kebaikan Allahyarham membantu orang yang susah, sekali gus melonjak capaian setiap berita tanpa mengira di mana-mana platform. Malah, semua syarikat media berlumba-lumba memaparkan apa sahaja mengenai Siti Sarah.

Dilihat kepada keseluruhan plot kejadian, ia sama menyentuh hati atau sebesar seperti kehilangan Lady Diana.Seorang wanita yang paling banyak diambil gambar, dikagumi di seluruh dunia, kemalangan ngeri tidak dijangka pada awal pagi, dua anak lelaki yang mana seorang akan mengambil alih takhta, dan acara pemakaman yang dipancarkan ke seluruh dunia.

Pemergian Siti Sarah membuktikan kekuatan saluran maklumat, media sosial dan pelbagai platform serta bagaimana ia dapat mencapai dan menyentuh perasaan jutaan penduduk di negara ini.

Sebelum ini, penyanyi lagu Kesetiaan yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih berisiko.

Siti Sarah akan diingati untuk ribuan sebab yang menjadikan Allahyarham insan yang sangat istimewa di hati orang ramai, peminat atau orang biasa. Lebih besar, Allahyarham juga akan diingati akan tsunami liputan dan tontonan yang mencipta rekodnya sendiri. Al-Fatihah.

Sumber: Kosmo!.

Anak Berumur 2 Tahun Dah Pandai Mengaji. Kehilangan Almarhumah Siti Sarah Jentik Hati Betty Rahmad Untuk Berubah Ke Arah Kebaikan.

Pelakon Betty Rahmad berkongsi kisah penghijrahannya yang kini tampil dengan imej bertudung sempena mengambil keberkatan kedatangan Awal Muharam baru-baru ini. Kongsi Betty, 40, hatinya mula terdetik untuk melakukan perubahan setelah melihat anaknya, Ardy Wira yang kini berusia lebih dua tahun sudah lancar mengaji Iqra, sedangkan dirinya yang sudah berusia masih merangkak-rangkak membaca al-Quran. Dia juga mengakui sudah lama tidak membaca kitab suci berkenaan.

“Sebenarnya ini semua saya untuk diri sendiri. Setiap kali solat, saya berdoa kepada Allah supaya jadikan diri saya seorang yang lebih baik, beriman dan diberikan hidayah. Semuanya terdetik ketika tengok anak pandai mengaji, manakala diri sendiri masih tidak berapa lancar. Sehinggalah saya mula menyertai kelas mengaji dalam talian bersama rakan pelakon, Nabila Huda,” kongsinya dalam sesi siaran langsung dalam Instagramnya beberapa jam lalu.

Tambah pemilik nama sebenar Norsha Rahmad itu, dia mula melatih diri dengan bangun tidur seawal pukul 4.30 pagi untuk mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat taubat, berdoa dan mengaji di balkoni rumahnya. Setiap pagi, Betty membaca surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah, namun terdapat satu ayat dalam kandungan surah Ar-Rahman yang benar-benar menjentik hatinya melakukan perubahan.

“Hati saya tersentak setiap kali membaca ayat ‘nikmat Tuhan mana yang engkau dustakan?’. Setiap pagi saya ulang membaca surah yang sama. Setiap hari saya terfikir, alhamdulillah syukur apa yang saya nak, semua Allah bagi. Suami baik dan penyayang, anak bijak dan bisnes yang masih berjalan pada waktu sukar begini sedangkan orang lain bergelut. Saya teringat kata seorang ustazah, perempuan senang nak masuk syurga. Syaratnya, jaga suami dan anak, jadi ibu yang baik. Saya pun dah jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik tapi ada yang tak cukup iaitu aurat,” katanya sambil sesekali mengelap air matanya.

Pemergian rakan artis Siti Sarah Raissuddin turut menjadi asbab buat pelakon itu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. “Masa 4rwh masih ada, saya ada pesan tudung jualannya. Waktu itu saya macam ada niat untuk bertudung tapi tak pakai lagi. Saya tunjuk kepada suami dan dia tanya dah nak bertudung ke tapi saya jawab belum lagi. Selepas 4rwh pergi buat selamanya, masa itu barulah saya putuskan untuk pakai tudung. Ketika membaca doa Awal Muharam, saya solat dan baca al-Quran bukan sebab sedih, takut atau susah. Tapi terlalu bersyukur dengan apa yang saya ada. Betapa sayangnya Allah kepada saya, semua urusan dipermudahkan, ada saja rezeki yang masuk,” katanya. Kemunculan Betty dalam sesi siaran langsung sebentar tadi turut disertai dua kakaknya iaitu Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida yang terharu menyaksikan perubahan adik mereka. Sumber – K! ONLINE

Kini Fazura tampil dengan gaya ini pula. Ramai yang cair tengok perubahan terkini pada Fazura.

Seperti kita tahu, Hidayah merupakan milik Allah S.W.T. Bagi pelakon Nur Fazura, keputusannya untuk memakai hijab merupakan keputusan peribadinya sendiri tanpa perlu membuat sebarang pengumuman kepada peminat atau pihak media. Menerusi posting terbaharunya di laman Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata itu tampil memakai hijab bersama busana serba berwarna merah jambu. Penampilannya itu turut dipuji oleh pengikutnya di laman Instagram dan kebanyakan mereka berasa ‘cair’ melihat imej baharu isteri kepada pelakon Fattah Amin itu.

Sebelum ini, Fazura sering tampil memakai tudung selempang biasa bagi menutup kepalanya dan kini beliau kelihatan sudah 100% memakai hijab. Semoga perubahan yang dilakukan oleh Fazura ini dapat dijadikan contoh kepada kita semua untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik. Sumber foto: Instagram Nur Fazura & hotfm.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *