Pasangan Sejoli Kucing Anjing Ini Tidak Mahu Berpisah Walaupun Sesaat.

Uncategorized

Umum mengetahui bahawa anjing dan kucing merupakan musuh tradisi sejak berzaman lagi dan sehingga ke hari ini kedua-dua haiwan berkenaan pasti berbalah setiap kali bertemu.

Namun lain pula kisahnya apabila pasangan anjing dan kucing ini dilihat sangat manja dan clingy meskipun berlainan habitat.

‘Bagai pinang dibelah dua,’ walaupun haiwan yang berlainan, pasangan sejoli ini dilihat sangat secocok lebih-lebih lagi jika dilihat pada si meow yang sentiasa ingin bersama pasangannya.

Boleh dikatakan sentiasa menghabiskan masa bersama, anjing dan kucing ini juga mandi dan memakai pakaian yang sama.Mengalahkan pasangan suami isteri pula kan? Paling mencuri perhatian pastinya reaksi yang ditampilkan si meow yang kelihatan sangat manja seakan-akan si isteri yang setia bersama suaminya.

Sekiranya semua anjing dan kucing berpasangan seperti ini, peribahasa melayu ‘bagai anjing dan kucing’ perlu diolah semula kerana ianya tidak lagi sesuai menggambarkan pergaduhan.

Persoalannya, boleh ke kucing dan anjing disatukan?

Sumber: verst.

Umpama Isi Dengan Kuku Hubungan Antara Anjing Dan Kucing Ini. Pemilik Haiwan Peliharaan Ini Kongsi Cerita Sebenar.

Kalau bercakap tentang anjing dan kucing, pasti ramai tahu dua ekor haiwan ini pasti suka berbalah. Sememangnya kucing dan anjing tidak boleh duduk dekat antara satu sam lain tapi lain pula yang terjadi aantra kucing dan anjing ini. Berdasarkan aporan yang dibuat oleh The Dodo, tular kisah tentang seekor anjing yang diberi nama Henry manakala si kucing dikenali sebagai Baloo bukan sahaja tidak berbalah malah sangat rapat.

Difahamkan Henry yang merupakan seekor anjing golden retriever milik Cynthia Bennet dan teman lelakinya. Jelas Cynthia semasa dia nak ambil Henry jadi haiwan peliharaannya, ikutkan banyak lagi anjing lain di tempat itu tapi dia lebih tertarik dengan Henry. Tambah Cynthia, “Kami tengok sekeliling dan Henry hanya duduk diam sahaja. Pemilik tempat tersebut memaklumkan bahawa Henry hanya berusia tiga bulan setengah tetapi badannya lima kali lebih besar daripada anak anjing lain,” kata Cynthia.

“Lepas tu Henry datang dan duduk di atas riba saya.”Saat itu, Cynthia dan teman lelakinya yang merupakan hiker tegar memutuskan untuk mengambil Henry menjadi haiwan peliharaan mereka. Mereka berhijrah ke Colorado semata-mata agar dapat melakukan aktiviti luar pada hujung minggu. Nak dijadikan cerita, Cynthia dan teman lelakinya gembira apabila mengetahui bahawa Henry juga gemarkan aktiviti yang sama seperti mereka sewaktu membawa anjing tersebut mendaki bersama di Colorado Springs.“Dia (Henry) jumpa kawasan yang paling curam, batu yang paling tinggi dan selalu berlari ke puncak untuk tolong tengokkan mana hujungnya kepada kami,” cerita Cynthia lagi.

Tak lama kemudian, dalam beberapa bulan pasangan tersebut teringin untuk memiliki haiwan peliharaan yang lain. Pada waktu inilah mereka mengambil Baloo, seekor kucing baka Siam yang dijumpai di sebuah pusat menyelamat haiwan. Semasa Baloo diperkenalkan kepada Henry, Baloo kelihatan begitu selesa dengan anjing tersebut. Melihatkan hubungan akrab anjing dan kucingnya, Cynthia mengakui bahawa dia tidak pasti bagaimana kucing dan anjingnya boleh membiasakan diri dengan satu sama lain sebegitu rupa. Henry dan Baloo juga sangat gemar mengikut mereka mendaki dan melakukan aktiviti luar.

Jelas Cynthia“Dia (Baloo) bukan kucing yang kita boleh tinggal kat rumah berseorangan di hujung minggu. Saya rasa dia fikir dia seekor anjing.”“Kalau saya pegang tali Henry, Baloo akan mula menjerit di pintu.”“Saya panggil mereka adik beradik, tapi saya rasa Baloo fikir Henry tu ibunya sebab dia selalu minta menyusu.”

Warna Bulu Unik Sangat Seolah Olah Macam Singa. Kucing Ini Jadi Tumpuan Pula Di Wadi Rum Jordan.

Macam yang kita semua sedia tahu, kucing antara salah satu haiwan yang menjadi kesukaan ramai orang terutamanya pencinta kucing. Selain dengan telatah dia yang manja, kecomelan haiwan ini menjadi punca ramai suka dengan mereka. Selalunya korang tengom kucing warna oren kan atau nama glamornya oyen. Kali ni, admin nak kongsi tentang seekor kucing yang tular dekat Twitter gara gara warna bulu dia. Kredit kepada @nknukman di twitter

Masa tengok gamba tu, ingatkan ada orang letak rambut palsu atau kucing itu dipakaikan costume. Tapi ternyata ia memang bulu kucing tersebut. comel dan unik betul. Kalau perhati betul betul nampak macam kena spray kan. Oren dia pekat sangat. Kalau boleh admin pun nak simpan satu kalau boleh. Memang betul betul original. Memang spesis rare ni.Elok lah tu sorang ingat macam Simba, sorang ingat dia baru lepas makan keropok Super Ring. Tapi apa-apa pun memang lain macam betul kaler dia kan. Kalau korang ada terjumpa spesis macam ni roger-roger lah admin ye.

Pelik Kucing Selalu Tidur Kat Bahagian Kaki. Ternyata Ini Punca Kucing Lebih Suka Tidur Di Bahagian Kaki.

Admin nak tanya kepada pencinta kucing yang tengah baca ni. Korang mesti perasan kan kucing peliharaan korang ada perangai pelik yang sebenarnya dah lama korang perhatikan.Antaranya ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terprangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Seterusnya, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territ0rial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Kucing Ini Sering Mengiau Pukul 3 Pagi Dan Ganggu Pemiliknya Tidur. Sekali Ada Yang Cuba Dia Nak Sampaikan.

Kucing Sofeah akan mengiau setiap kali pukul 3 pagi. Setiap hari lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, Sofeah Razak dan suaminya akan terjaga kerana dua ekor kucing mereka akan mengiau-ngiau tak henti-henti.

Menurut wanita berusia 35 tahun ini, dia dan suaminya sebelum ini menetap di Kuantan, namun terpaksa berpindah ke Selangor kerana tuntutan kerja. Jelas Sofeah, dia bertuah kerana perpindahannya berjalan lancar dan mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Puncak Alam.

Dua minggu bertahan

Jelas wanita yang baharu mendirikan rumah tangga Disember lalu, dia dan suaminya turut membawa dua ekor kucing kesayangan ke rumah baharu itu. “Dua ekor kucing ni (Tommy dan Tuti) memang sudah lama saya bela, sebelum berkahwin lagi. Mereka berdua ni dah macam anak saya sendiri. Jadi bila nak pindah tu, kami bawa la sekali. Mana boleh tinggal di sana (Kuantan).”

“Sepanjang minggu pertama kami berada di rumah baru, memang tidak ada kejadian pelik yang berlaku. Namun masuk malam kelapan saya dan suami menjadi ‘huru-hara’ sewaktu tidur. Setiap malam, lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, kami terjaga disebabkan bunyi bising kucing mengiau-ngiau. Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap salah satu sudut ruang tamu di rumah,” kongsinya.

Jelas Sofeah, jenuh dia memanggil dua ekor kucingnya itu masuk bilik tidur, namun kedua-duanya tetap berbuat bising dengan terus mengiau seperti berada dalam kesakitan.

Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap sudut ruang tamu di rumah.

“Keesokannya saya membawa mereka ke klinik veterinar, namun doktor memberitahu kedua-dua kucing ni sihat sahaja. Pada malam seterusnya, sebelum tidur saya membawa mereka masuk bilik tidur bersama. Peliknya pada waktu yang sama, mereka tetap mengiau-giau,” ujar Sofeah.

Panggil ayah

Susulan kejadian pelik itu berterusan Sofeah memutuskan untuk panggil ayahnya dari kampung agar datang ke rumah. “Sebaik sahaja sampai, ayah terus melakukan solat sunat di rumah. Pada malamnya kami membuat sedikit majlis doa selamat dan menjemput jiran-jiran berdekatan. Selepas sahaja majlis tamat, ada seorang pakcik ni datang berborak dengan suami dan ayah saya.

“Pakcik ni jiran selang empat rumah dari kediaman kami. Dia ada beritahu rumah yang saya tinggal itu sudah lama kosong dan tidak pernah ada yang kekal lama di sini. Katanya ada sahaja benda pelik berlaku dan pakcik tu cakap pernah dengar wanita mengilai di tengah malam. Kadang-kadang terdengar bunyi bising walaupun ketika itu tidak ada penghuni,” cerita Sofeah.

Selepas berborak panjang dengan jirannya itu, Sofeah dan keluarga mengambil keputusan untuk mencari rumah lain. “Saya tidak sanggup untuk terus berjaga malam. Kucing-kucing saya pun tidak aktif seperti dulu. Tommy dan Tuti kelihatan takut sepanjang masa. Saya memberitahu tuan rumah mengenai perancangan kami untuk tamatkan kontrak sewa lebih awal, dan dia bersetuju malah memulangkan semula wang deposit sewa rumah. Mungkin dia faham situasi yang kami hadapi ini. Peliknya dia tidak bercerita panjang,” akhiri Sofeah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *