Betul ke kucing tahu nama sendiri tetapi selalu buat tak dengar bila di panggil.

Haiwan kucing

Kebiasaannya perkara pertama yang dilakukan selepas membuat keputusan membela seekor kucing adalah memberikannya nama.Memberi nama kepada kucing bukan sahaja untuk membuatkan pemilik berasa dekat dengan haiwan peliharaan itu, malah nama dipilih selalunya bersesuaian dengan karakter si bulus.

Tapi timbul pertanyaan, adakah kucing mengetahui nama mereka ketika dipanggil?

Menurut kajian, kucing mempunyai keupayaan untuk mengingat namanya sendiri tetapi mereka lebih suka memilih untuk tidak mengendahkan panggilan nama mereka itu.

Pakar psikologi veterinar, Dr Atsuko Saito menjelaskan ia pertanyaan biasa diterima daripada pemilik kucing dan si bulus dikenali sebagai haiwan yang suka menyendiri.Bagaimanapun kata Dr Atsuko, sebuah kajian yang dilakukannya di Universiti Sophia Tokyo mendapati bahawa kucing tidak hanya mengenali nama mereka tetapi juga akan memberi respons ketika dipanggil.

Dr Atsuko membuat kajian itu dengan melakukan hipotesis dengan mempelajari tentang 78 ekor kucing di Jepun.Pasukannya melakukan empat eksperimen berbeza, masing-masing melibatkan memanggil nama kucing dan merakam respons mereka untuk melihat tanda-tanda pengenalan seperti mengibaskan ekor atau mengerakkan kepala dan telinga ketika namanya dipanggil.

Hasil daripada empat kajian berbeza itu mengesahkan bahawa kucing akan memberi respon apabila nama mereka dipanggil.

Kucing malah memberi reaksi apabila nama mereka dipanggil oleh orang asing.

Tak Sangka Kucing Sebenarnya Boleh Membezakan Namanya Dengan Perkataan Lain Yang Kita Sebut. Ini Antara Cara Responnya.

Kucing boleh membezakan namanya dan perkataan-perkataan lain yang disebut manusia, tetapi pilih untuk tidak beri respons. JIKA anda ada memelihara kucing, satu dilema yang anda biasa hadapi adalah bagaimana mahu menarik perhatiannya.

Sejinak manapun kucing, biasanya hanya akan memberi respons apabila mahukan sesuatu daripada anda, contohnya makanan.Tetapi jika anda berpendapat kucing tidak punya kebolehan mengenal nama sendiri, anda silap.Untuk mengetahui sama ada kucing boleh membezakan antara nama mereka dan perkataan lain yang disebut manusia, sekumpulan penyelidik University of Tokyo menjalankan satu siri eksperimen ke atas 78 ekor kucing.

“Untuk menguji hipotesis ini, kami menyebut empat perkataan berbeza secara serentak sebagai rangsangan pembiasaan.”Kemudian kami sebut nama kucing itu sebagai rangsangan ujian,” kata ketua penyelidik, Atsuko Saito.Para penyelidik juga menguji sama ada kucing akan memberi respons jika namanya disebut orang yang tidak dikenali.

Berdasarkan maklum balas yang diberi haiwan itu, kebanyakan kucing dapat mengenali nama sendiri, tidak kira sama ada ia disebut oleh orang dikenali atau tidak. Respons kucing dinilai berdasarkan beberapa cara, iaitu pergerakan telinga, pergerakan kepala, bunyi, pergerakan ekor dan pergerakan badan.”Kesimpulannya, kucing boleh faham manusia. Cuma ia sengaja buat-buat tak tahu.”Tetapi jangan ambil hati. Kucing bukan haiwan yang secara semula jadinya akan beri respons kepada manusia.”Kucing akan berkomunikasi dengan manusia apabila ia mahu,” kata Saito.

Sumber : Tribbunnews

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Diberi Nama Sauk Untuk Mengingatkan Sesuatu Momen Ini. Tak Sangka Ini Yang Berlaku.

Bagi pencinta kucing, mereka menganggap kucing tersebut bukan hanya seekor haiwan peliharaan tetapi sebahagian daripada keluarga mereka. Tidak dinafikan, gelagat kucing yang comel dan manja sering membuatkan ramai yang jatuh cinta. Percayalah golongan ini tidak kisah berhabis wang demi kucing yang disayangi, asalkan kucing-kucing tersebut sentiasa sihat dan cukup makan.

Seperti kisah seekor kucing yang bernama Sauk ini mempunyai sejarah tersendiri. Menerusi laman Facebook Ahmad Angoh berkongsi kisah saat dia menyelamatkan haiwan ini di muara sungai ketika memancing. Kucing ini diberi nama Sauk kerana semasa menyelamatkannya, lelaki ini menggunakan penyauk. Mudah kata, letak saja nama Sauk supaya senang diingati kejadian ini.

Al kisah tersebut lah kisah Mei 2019 tengah memancing.

Jumpa si bulus yang diberi nama Sauk ini hanyut di bawa arus laju (air surut). Kalau lambat sikit atau tak nampak confirm sampai ke laut Kuantan. 

“2021, Alhamdulillah 4.6kg perut labuh. Nama dia S.A.U.K.”

Rata-rata pengguna Facebook mendoakan kesejahteraannya dan memuji tindakan lelaki ini menyelamatkan kucing tersebut.

“Semoga murah rezeki selalu bro… betul ke dia kucing ke ikan?”

“Syukur jumpa tuan yang baik”

“Moga Allah buka segala pintu rezeki”

Sumber: Ahmad Angoh

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gadis Ini Tampil Untuk Cari Kucingnya Yang Hilang. Sekali Tak Sangka Ada Pula Yang Teman Kucingnya Bermain.

Meremang. Itu yang dapat dikatakan mengenai sebuah video tular di mana memaparkan kelibat mahkluk berambut panjang yang sedang duduk di tepi jalan dalam keadaan menyeramkan. Menerusi video yang dimuatnaik oleh akaun Tiktok Diana, dia berada di luar rumah pada jam 1 pagi untuk mencari dua ekor kucing miliknya yang tidak pulang.

Ketika meninjau di sekeliling kawasan rumah, dia menemui salah seekor kucingnya sedang berjalan berhampiran manakala seekor lagi berada di luar pagar rumah tetapi sedang ditemani oleh ‘seseorang’. Dia yang tidak sengaja merakam aksi tersebut melihat makhluk aneh berpakaian serba putih dan berambut panjang sedang duduk bermain dengan kucingnya di tepi jalan dalam keadaan hujan renyai. Tergamam melihat kemunculan makhluk berkenaan, dia bertindak melarikan diri ke dalam rumah sambil memanggil ahli keluarganya untuk membuka pintu dan lampu. Memang seram!

Allahuakbar, Astaghfirullahalazim!

Warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui video berkenaan menyeramkan di mana rata-ratanya mendakwa memang terdapat kehadiran makhluk ghaib yang dirakam oleh gadis berkenaan. Malah, ada yang juga yang mendakwa makhluk berkenaan sebenarnya telah memberi petanda awal kehadirannya menerusi kamera video yang kabur selain terdengar bunyi seakan suara sedang menangis.

Tunjuk kat ustaz, memang ustaz cakap ‘benda’ tu betul

Dari awal dia dah bagi ‘hint’ kamera kabur

Video hantu paling ‘real’

Sumber: TikTok Diana

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *