Kucing Ini melancong sejauh 130km dari rumah. Kini jumpa kembali dengan keluarganya setelah 4 bulan hilang.

Kehidupan kucing

Sebuah keluarga di South West England baru-baru ini berjumpa semula dengan kucing mereka, hampir empat bulan selepas ia hilang. Ia ditemui mengembara hampir 130km jauhnya dari rumah.

Kucing tersebut yang dikenali sebagai Dexter, didapati selamat dan sihat, dan keluarga tersebut itu melakukan perjalanan hampir enam jam untuk membawanya kembali ke rumah.

Menurut laporan Metro mengenai kejadian itu, keluarga itu percaya bahawa dia menyelinap ke dalam but van pekerja dan berjaya meninggalkan rumah.

Dia akhirnya ditemui setelah menempuh perjalanan 130km ke stesen servis di sepanjang M6 – jalan raya terpanjang di United Kingdom.Dia kemudian menukar kenderaan, dengan ‘bikers’ setelah sampai di rumah mereka di Wiltshire. Di sana dia dibawa ke doktor haiwan untuk memeriksa jika kucing tersebut mempunyai cip yag diletakkan oleh pemiliknya jika hilang.

Walaupun keluarga Dexter memasang poster kucing hilang dan mencarinya, namun masih tidak ada petunjuk, mungkin kerana jarak yang cukup jauh iaitu 130km.

Setelah si bulus kesayangan mereka hilang pada bulan Mei, sangat mengejutkan mereka mendapat panggilan pada akhir bulan Ogos.

“Ketika kami sampai di sana, dia tersebar di meja pejabat dan mendapat banyak keributan,” jelas Jo Walker setelah dia dan anak perempuannya yang berusia lapan tahun yang gembira telah melakukan perjalanan panjang ke kediaman baru Dexter.

Tiada Keupayaan Untuk Berjalan Sejak Dari Lahir. Gadis Ini Kongsi Tentang Kucing Istimewanya.

Memiliki wajah yang comel dan manja, tiada siapa yang sangka kucing comel ini sebenarnya tiada upaya untuk berjalan. Difahamkan kucing ini menghidap sakit swimmer syndrome sejak dari lahir. Sebak sekali kucing ini tiada keupayaan untuk berjalan sama seperti kucing kucing yang lain

Kata penjaga , dia sudah semestinya mahukan yang terbaik untuk kucing kesayangan mereka sama juga seperti pemilik kucing yang berkongsi detik gembira apabila kucing peliharaannta itu kini sudah boleh berjalan. Gadis yang dikenali sebagai Zee telah kongsikan gambar kucing istimewa tersebut.

Menerusi laman FB dapat diperlihatkan anak kucingnya itu kini sudah boleh berjalan dengan bantuan wheelchair DIY yang direka sendiri. Kata gadis itu lagi, dia berasa kasihan bila kucing kesayangannya yang diberi Lea itu mampu menyeretkan kaki belakangnya untuk bergerak.

Menurut gadis itu, dia berasa kasihan apabila kucing peliharaannya yang diberi nama Lea itu hanya mampu menyeretkan kaki belakangnya untuk bergerak. Disebabkan itu, dia terfikir pula idea untuk membuat ‘wheelchair’ sendiri untuk memudahkan pergerakan Lea.

Sebab kesian tengok dia jalan seret kaki, so kita buatkan wheelchair tuk dia. Lepas pakai je wheelchair, kan main laju dia lari.Berdasarkan kreativiti yang dimiliki olehnya, Nor Zee hanya menggunakan sebuah lori mainan sahaja untuk diubah suai menjadi kerusi roda untuk Si Lea.

Menarik sekali, gadis ini menggunakan roda yang terdapat pada lori mainan itu sebagai base wheelchair, manakala badan Si Lea pula diikat dengan menggunakan reben di atas base tayar lori tersebut seolah-olah sama seperti kerusi roda yang sebenar.

Walaupun kelihatan melucukan, namun rekaan wheelchair DIY itu ternyata mampu memudahkan pergerakan kucing kesayangannya itu. Bukan setakat mampu berjalan, malah Si Lea juga kelihatan ‘laju’ berlari gara-gara teruja akhirnya dapat berjalan. 

Tambahnya lagi, Si Lea yang kini baru berusia 4 bulan dikatakan tidak mempunyai sebarang kesukaran untuk membuang air seperti biasa.Namun, disebabkan keadaan kakinya yang tak mampu bergerak disamping tidak mampu untuk mengangkat punggung menyebabkan ia terpaksa dipakaikan lampin pakai buang untuk memudahkan urusan ‘sisa buangan’.

Ada Individu Kongsi Kaedah Untuk Jadikan Kucing Lebih Berisi. Tetapi Ini Respon Seorang Doktor Tentang Hal Itu.

Kepada pencinta haiwan, sudah semestinya anda mahu kucing kesayangan anda untuk lebih berisi dan sedikit montel. Terbaru tular satu kaedah untuk jadikan kucing kesayangan lebih berisi dan montel. Berdasarkan tips yang dikongsi, pencinta kucing hanya perlu gaul roti dengan ikan sebelum diberikan kepada kucing.

Difahamkan kaedah itu dikatakan bakal menjadikan kucing lebih berisi dan sihat. Namun hal itu tidak dipersetujui oleh seorang doktor di Twitter.Menerusi satu postingnya semalam, doktor tersebut memberitahu tindakan itu sebenarnya tidak tepat.“Miau (kucing) ni dah obesiti dah ni.“Miau kalau obes, mudah dapat kncing manis, keradangan sendi, sakit jantung, masalah hati dan lain-lain. Kasihan miau”

Tambahnya lagi“Kucing adalah haiwan ‘obligate crnivore’, maksudnya fisiologi hakiki dia, adalah pemakan daging.“Ia tak patut makan karbo (roti/nasi) sebab dia tak ada enzim amilase dalam air liur dia. Jadi ia sukar hadam karbo,” katanya.Jelasnya, sekiranya kerap mengambil karbo, ia akan jejaskan kesihatan kucing.

“Sikit-sikit tak apalah. Dia kena makan protein! Itu makanan ruji hakiki seekor kucing.“Apapun, jangan jadikan kucing peliharaan kita obes!“Kita nak kucing yang tegap dan aktif! Bukan montel dan malas,” katanya. Dan rata-rata warganet kelihatan agak terkejut dengan pendedahhan tersebut.

Teringin Nak Buat Makanan Kucing Yang Boleh Jimatkan Wang. Ternyata Ini Cara Mudah.

Buat pencinta kucing dan pemilik kucing, anda sudah semestinya inginkan yang terbaik buat kucing peliharaan mereka. Macam yang kita tahu, kucing kita perlu diberikan perhatian. Terutama sekali harus diberi makanan secukupnya dan makanan yang sihat bagi elak sakit perut atau jatuh sakit.

Kalau nak tahu, makanan kucing sebenarnya boleh buat sendiri dengan gunakan ikan sardin, lobak merah dan sayur bayam. Malah ia lebih menjimatkan. Berikut adalah cara cara yang anda boleh guna.

Mula mula, rebus sardin yang telah dibersihkan dan simpan air rebusan itu. Kemudian, rebus lobak merah dan bayam bersama air rebusan tadi. Selepas itu, masukkan semua bahan rebusan tadi dan k1sar. Jangan lupa letak lebih.

Seterusnya, letakkan kesemua bahan yang telah dikisar ke dalam plastik ikut kuantiti yang anda mahukan untuk diberikan kepada kucing anda. Kalau nak tahu makanan kucing homemade bukan sahaja mempunyai khasiat tetapi dapat berjimat.

Jualan Kurang Dapat Sambutan Semasa Awal Perniagaan. Wanita Ini Daripada Bukan Peminat Kucing Terus Jadi Ibu Angkat Kepada Si Bulus Jalanan.

Wanita bernama Siti Rabiyatul tidak pernah lokek menjamu kucing jalanan dengan sup ayam, setiap hari.BUKAN seorang peminat atau pencinta kucing pada awalnya, namun siapa sangka wanita ini akhirnya menjadi ‘ibu angkat’ kepada berbelas-belas ekor anak bulus jalanan.

Malah, wanita ini juga langsung tidak lokek atau merasa rugi mengeluarkan belanja bagi menyediakan makanan untuk si bulus setiap hari.Sebagaimana perkongsian yang dimuat naik di Facebook, wanita ini berkongsi rutinnya menyediakan hidangan istimewa berupa sup ayam buat haiwan berkenaan setiap hari sebelum keluar berniaga.

“Rutin seorang mak angkat kucing, setiap hari sebelum pergi niaga Bubur Ayam Malique mesti mak bersilat dekat dapur dulu buatkan sup anak-anak untuk pastikan anak-anak dalam dan belakang rumah tak kelaparan,” demikian tulisnya pada perkongsian yang dimuat naik di halaman Kucing Sepahkan Apa Hari Ini.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang dikenali sebagai Siti Rabiyatul berkata, dia mula ‘konsisten’ menyediakan hidangan buat kucing jalanan di sekitar rumahnya sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.”Saya mula konsisten bagi mereka makan sup ayam semenjak saya mulakan perniagaan makanan ketika awal PKP. Awalnya saya hanya beri sisa makanan dan biskut.

“Semenjak niaga saya merasakan satu kerugian untuk saya buang segala sisa selepas mencuci ayam. Jadi saya rebus organ dalaman ayam dan berikan kepada stray cat di belakang rumah,” katanya kepada mStar.Siti Rabiyatul akan menyediakan sup ayam untuk ‘anak-anak angkatnya’ sebelum dia keluar berniaga.

Bermula dengan hanya beberapa ekor kucing, lama kelamaan jumlah haiwan itu makin bertambah dan kini Siti Rabiyatul sudah menjadi ‘ibu angkat’ kepada 16 ekor anak bulus jalanan.”Portion makanan yang saya hidangkan juga bertambah dari satu kilogram hingga empat kilogram organ ayam termasuk hati, kaki, pedal, leher, perut, jantung serta satu kilogram isi ayam.

“Sup ayam direbus kosong dengan tambahan seketul kiub ayam sahaja. Mereka sangat gemar dengan kuah sup tersebut. Kucing kucing itu akan berkumpul di belakang rumah seawal 10 pagi, kalau lambat semua tenung macam nak telan,” katanya berseloroh.Mengusahakan perniagaan Bubur Ayam Malique di Kebayan Taman Cendana, Pasir Gudang, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata rutin yang dilakukan sejak sembilan bulan lalu itu ternyata memberikannya kepuasan kerana dapat berkongsi rezeki sesama makhluk.

Kucing-kucing jalanan ini akan menunggu di rumah Siti Rabiyatul seawal pukul 10 pagi setiap hari.“Semasa awal perniagaan, jualan saya agak kurang sambutan. Saya selalu berikan sisa ayam goreng yang tak terjual kepada kucing dan anjing jalanan.

“Dari situ perniagaan saya mula mendapat sambutan dan mampu bertahan sehingga kini. Alhamdulillah, saya yakin rezeki yang saya terima, ada terselit rezeki untuk mereka juga,” katanya.Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia bukanlah seorang peminat kucing namun ia bertukar sebaliknya sejak melahirkan anak pertama.

“Waktu saya mengandungkan anak pertama pada 2015, saya mula minat dengan kucing. Saya mula bagi makan dan bermain dengan kucing.”Sehingga sekarang, anak saya dah berusia empat tahun dan dia sentiasa ada bekalan makanan kucing seperti biskut. Ke mana mana saja kami pergi, anak saya akan bagi makan pada setiap kucing jalanan yang dia jumpa.

“Sekarang kami ada 10 ekor kucing belaan berbaka British Short Hair dan Domestic Long Hair. Sejak mula berniaga, saya hantar pulang ke kampung untuk jaga kualiti dan kebersihan dalam pengurusan makanan yang saya jual.Siti Rabiyatul meniaga bubur ayam dan ayam goreng sejak PKP, Mac lalu.“Sehingga sekarang hanya ada dua ekor saja kucing belaan di rumah iaitu kucing kesayangan anak saya,” katanya.

Tidak menyangka mendapat reaksi dan maklum balas positif warganet sejak memuat naik perkongsian berkenaan, Siti Rabiyatul turut menitipkan nasihat kepada masyarakat agar tidak lupa berbagi rezeki sesama mahkluk.”Bersedekahlah kepada manusia mahupun haiwan mengikut kemampuan. Mungkin takkan kaya tapi InsyaAllah rezeki itu akan sentiasa ada untuk kita,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *