Pejabat mufti tegur warganet selepas kritik atlet paralimpik Ukraine.

artis berita Hiburan sukan

Isu pingat emas atlet lontar peluru F20 negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam Paralimpik Tokyo yang dibatalkan pada Selasa lalu masih hangat diperkatakan.

Dengan protes yang dibuat sebelum ini daripada ‘kem’ Ukraine, kemenangan tersebut sekaligus berpihak kepada atlet mereka, Maksym Koval yang berada di tempat kedua sebelum ini. Susulan itu, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas dan kecewa dengan keputusan tersebut dan bertindak menyerang akaun Instagram peribadi atlet tersebut.

Kesannya, akaun Maksym  telah digodam dan hilang daripada Instagram berikutan menerima banyak kritikan daripada warganet. Tindakan yang disifatkan agak keterlaluan itu turut mendapat perhatian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Pejabat Mufti Tegur 

Menerusi akaun rasmi mereka di laman Twitter,Pejabat Mufti menasihati pengguna di media sosial agar menggunakan medium tersebut sebaiknya dan tidak menggunakan bahasa yang tidak baik bagi tujuan menyakiti orang lain khususnya orang kelainan upaya (OKU).

Malah, mereka turut mengingatkan kepada netize bahawa setiap perbuatan dan tulisan akan dihisab Allah SWT. Terdahulu,Ziyad mengungguli acara berkenaan dengan melakar rekod dunia 17.94m sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London. Namun begitu, kemenangan dan penyertaannya dibatalkan kerana didakwa lewat masuk ke “call room” (bilik menunggu) sebelum pertandingan bermula.

Dari Penjual Kuetiau Ke Pingat Emas Dan Rekod Dunia Paralimpik, Ini Fakta Menarik Ziyad Zolkefli.

Tahniah buat atlet paralimpik negara, Ziyad Zolkefli di atas prestasi yang luar biasa sehingga memecahkan rekod dunia dalam acara lontar peluru F20 semalam.Bagaimanapun pingat emas yang sepatutnya diterima Ziyad telah ‘dirampas’ sekelip mata susulan terdapat protes daripada atlet Ukraine yang mendakwa tiga atlet, Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) tiba lewat di bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Ekoran perkara itu, status Ziyad bersama dua atlet berkenaan dilabelkan sebagai did not start (DNS), menyebabkan pingat emas yang dimenangi Ziyad, termasuk rekod dunia baharu, 17.94m dibatalkan.Sebagai rakyat Malaysia, biarpun diumumkan pembatalan namun usaha, rekod dunia dan kejayaan Ziyad tetap membanggakan negara.Kejayaan Ziyad juga boleh dijadikan motivasi kepada ibu bapa dan keluarga yang mempunyai anak-anak istimewa.Berikut merupakan fakta tentang atlet kebanggaan negara, Muhammad Ziyad Zolkefli:

1. Berusia 26 tahun, Ziyad menghidap masalah pembelajaran (intellectual impairment) dan ia dikenal pasti ketika beliau berada di bangku tadika.

2. Ziyad merupakan anak sulung daripada empat beradik.

3. Menurut portal Paralympik, Ziyad mula menceburi sukan ini sejak tahun 2008. Ia merupakan satu acara sukan yang wajib di sekolahnya.

4. Ziyad membuat kemunculan pertama dalam Kejohahan Paralimpik di London pada tahun 2012, dan ketika itu beliau berjaya memenangi pingat gangsa.

5. Ziyad kemudiannya mencipta sejarah apabila mencatatkan 15.23m terbaik untuk memenangi pingat emas pada Kejohanan Jawatankuasa Atlet Dunia (PARC) Paralimpik Antarabangsa (IPC) pertama di Perancis.

6. Selepas kemenangannya dalam Kejohanan Dunia 2013, Ziyad diiktirafkan sebagai Atlet Paralimpik Negara Terbaik bagi tahun 2013 oleh Anugerah Sukan Negara.

7. Pada Sukan Paralimpik musim panas Rio 2016, beliau mewakili Malaysia sekali lagi dan memenangi pingat emas.

8. Ziyad juga turut mencipta rekod dunia baru dalam acara tersebut dengan catatan 16.84 meter sekali gus memadamkan rekod sebelum ini yang dicatat atlet Australia, Todd Hodgetts (16.29 meter) di Paralimpik London 2012.

9. Menurut ayahnya, Zolkefli, sebelum Ziyad menyertai Majlis Sukan Negara, beliau menjual Kuetiau di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

10. Anak sulung daripada empat beradik ini sememangnya meminati sukan sejak zaman sekolah rendah.

Ziyad dianggap tidak hadir ke Call Room. Ini 5 gambar Maksym Koval yang buat protes buatkan Ziyad kehilangan pingat emas.

Atlet paralimpik negara, Mohd Ziyad Zolkefli dianggap tidak hadir ke ‘Call Room’ pada waktu ditetapkan, merujuk kenyataan World Para Athletics (WPA). Dalam kenyataan itu, keputusan tersebut diputuskan berdasarkan World Para Athletics Rule 5.5 -‘Kegagalan Lapor Diri Ke Call Room’ di mana atlet yang tidak hadir ke Call Room dalam masa ditetapkan seperti diterbitkan dalam jadual Call Room akan ditetapkan sebagai DNS (Did Not Start).

“Kenyataan World Para Athletics berhubung acara Lontar Peluru F20 pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Rayuan tiga atlet dari Australia, Ecuador dan Malaysia yang bertanding dalam acara lontar peluru F20 akhir di bawah protes telah ditolak juri rayuan WPA. Berdasarkan peraturan itu, atlet boleh bersaing di bawah protes di mana pengadil mempertimbang kesemua bukti dan sebab atlet lewat ke Call Room.

Setelah mempertimbang semua bukti, pihak pengadil memutuskan tiada sebab munasabah untuk kegagalan atlet untuk melapor diri ke Call Room pada masa ditetapkan,” tulis kenyataan itu. Atlet-atlet telah membuat rayuan kepada Juri Rayuan, yang mana telah memberi pasukan peluang untuk mengemukakan maklumat relevan sebelum membuat keputusan terakhir. Juri Rayuan membenarkan keputusan Pengadil dan mengesahkan keputusan atlet sebagai DNS.”

Sumber : Viralnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *