Letakkan Bawang Merah Di Bawah Kaki Anda Ketika Tidur dan Lihat Hasilnya. Anda Akan Berterima Kasih Pada Kami.

Amalan OH PETUA Petua tips

Stoking dan bawang? Bagaimana mereka dihubungkan? Bagaimana jika kami meminta anda memasukkan bawang ke dalam stoking anda semasa anda berbaring? Memikirkannya mungkin membuat anda merasa mual sekarang, tetapi petua ini sebenarnya dapat menjadikan hidup anda lebih mudah dan menyenangkan.

Sebaik sahaja anda mencuba petua bawang, anda akan mengetahui betapa bagusnya ia untuk tubuh anda dan anda akan terus menggunakannya setiap kali anda memerlukannya. Sekiranya anda sekarang tertanya-tanya bagaimana bawang, yang diletakkan di dalam stoking anda, dapat menolong anda semasa tidur, maka kami cadangkan agar anda untuk ke halaman seterusnya kerana ini membolehkan anda menemui rahsia di sebalik muslihat ini.

Kami pasti anda akan berterima kasih kepada kami setelah anda melihat dengan lebih dekat kaedah genius namun mudah ini.

Sebenarnya cara ini berkait rapat dengan sistem saraf. Telapak kaki ada banyak saraf yang berbeza. Lebih kurang 7000 ujung saraf di telapak kaki yang menghubungkan ke palbagai organ pada tubuh.  Jadi kalau korang nak tahu apa manfaat kaedah ini, potong hirisan bawang merah ataubawng putih dan letak dibawah telapak kaki. Lakukan ketika waktu tidur dan pakai sarung kaki beserta dengan hirisan bawang.

1)Membersihkan darah:

Asam fostat dari bawang akan  diserap melalui trans-dermal pada telapak kaki ketika korang tidur. Maksudnya, khasiat bawang akan menyerap segala racun dalam darah.

2) Bunuh bakteriia, kuman dan pathogen

bawang memiliki anti virus dan anti bakteria yang kuat. Jadi, kandungan dalam bawang akan menyerap bakteria atau racun yang berbahaya dalam badan kita menerusi tapak kaki.

3) Memurnikan udara

bawang boleh membersihkan udara dari virus yang boleh menyebabkan kita terkena selsema. Kornag boleh potong hirisan bawang dan letakkan di penjuru bilik.

Ketahui khasiat bawang merah.

BAWANG merah adalah sejenis ramuan masakan yang popular dan kerap digunakan di seluruh dunia.Seperti bawang putih, kedua-duanya dikenali sebagai ‘superfood’ kerana mengandungi pelbagai nutrien yang bermanfaat.Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa bawang merah juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.Ia dipercayai digunakan untuk merawat pelbagai penyakit dalam rawatan tradisional sejak berkurun lamanya.

Berikut adalah antara manfaat bawang merah untuk kesihatan:

1) Membantu sistem penghadaman.

Bawang merah kaya dengan serat yang baik bagi pertumbuhan bakteria baik dalam usus, ia membantu melancarkan sistem penghadaman dan memastikan pergerakan usus yang baik.Ia juga mengandungi bahan kimia saponin yang boleh membantu mengurangkan sakit dan kekejangan perut.

2) Antipenuaan

Bawang merah juga membantu membuang toksik di dalam badan, seterusnya membantu melambatkan lagi proses penuaan.

3) Menguatkan sistem ketahanan badan

Bawang merah juga dikatakan kaya dengan vitamin C yang juga sejenis antioksidan.Kehadiran vitamin C ini membantu melawan radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel-sel di dalam badan.Risiko penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan kanser dapat dikurangkan.Ia turut mengandungi selenium, yang dipercayai mampu membantu meningkatkan sistem imun.

4) Membantu mengawal kadar gula dalam darah

Kandungan ‘quercetin’ pada bawang merah dipercayai dapat membantu meredakan radang. Penghasilan insulin dan semua khasiat itu bermanfaat bagi mereka yang mengalami kencing manis.Walau bagaimanapun, ia bukanlah pengganti kepada ubat yang diberikan doktor tetapi sebagai usaha tambahan dalam mengawal kadar gula.

5) Membantu mencegah keradangan

Kandungan ‘quercetin’ pada bawang merah dipercayai dapat membantu meredakan keradangan.Selain itu, ia juga dapat membantu mengurangkan rasa sakit pada bahagian kepala yang disebabkan selesema dan hidung tersumbat kerana kandungan sulfur pada bawang merah yang mampu memecahkan mukus.

) Membantu meningkatkan kualiti tidur

Ia dikatakan mempunyai probiotik yang dapat membantu meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan tekanan.Selain itu, dikatakan terdapat bakteria baik dalam bawang ini yang dipercayai dapat membantu merangsang fungsi otak dengan lebih baik.

7) Membantu meningkatkan kesihatan jantung

Kandungan flavonoid pada bawang merah ini dikatakan dapat membantu fungsi jantung.Selain itu, kandungan organosulfur pada bawang merah dapat membantu mencegah risiko munculnya penyakit kardiovaskular.ia juga mengandungi tiosulfinat yang dapat membantu mengurangkan dan menurunkan risiko penyakit strok (angin ahmar).

Bawang merah penawar banyak penyakit.

BAWANG merah atau nama saintifiknya allium cepa L merupakan sejenis tumbuhan yang termasuk dalam kumpulan Liliaceae yang tumbuh di Eropah, Asia, Amerika Utara dan Afrika.

Mengikut sejarah lampau, bawang merah dikatakan telah digunakan oleh manusia sejak 3,200 sebelum Masihi lagi. Penduduk Mesir kuno dipercayai antara bangsa terawal yang dikenal pasti menggunakan sayuran itu.Bawang merah pernah disebut dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah, ayat 61 yang menyatakan bahan makanan itu telah digunakan oleh kaum Bani Israel sekitar 1,500 sebelum Masihi sebagai salah satu makanan utama mereka.

Secara umumnya, terdapat dua jenis bawang merah iaitu yang berwarna merah atau ungu. Ia mempunyai rasa yang lembut dan manis.Sementara yang berwarna kuning atau putih, lebih sesuai digunakan dalam masakan yang akan menjadikan sajian lebih beraroma dan lazat.

Namun, perlu diingat, untuk mendapatkan khasiat bawang merah, ia harus dimakan mentah. Ini kerana jika ia sudah dimasak, sebatian kimia bawang merah sudah berubah.

Kepada Sihat:Aktif, Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, Dr Mohammad Amir Wan Harun berkongsi satu penyelidikan tentang bawang merah.

Ujar beliau, bawang itu telah digunakan secara meluas dan dikenal pasti menjadi penawar mengubati pelbagai penyakit. Antaranya ialah:

1. Mengurangkan risiko kardiovaskular

Para pengamal tradisional percaya bawang merah dianggap sebagai tonik untuk organ dalaman.

Kepercayaan itu berasaskan satu kajian yang menunjukkan kandungan sebatian organosulfur dalam bawang merah merupakan agen antiplatelet.

Antiplatelet merupakan satu keadaan yang mana berlakunya pembekuan darah apabila berlaku kecederaan. Dengan mengambil bawang merah, ia dikatakan dapat merencatkan agrigasi platelet seterusnya mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

2. Agen antipembentukan lemak

Ekstrak minyak bawang merah boleh memecahkan lemak yang terhasil daripada peningkatan serum kolesterol. Ini kerana minyak bawang merah mengandungi sebatian organosulfur iaitu alil propil disulfida yang bertindak sebagai agen antipembentukan lemak dalam badan.

3. Menurunkan tahap kandungan gula

Kandungan kuersetin iaitu sejenis fitokimia yang terdapat pada zat kulit bawang merah dapat menurunkan kadar hiperglisemia iaitu kandungan gula dalam darah menjadi tinggi selepas makan. Pengguna boleh mendapatkan khasiat itu dengan hanya makan bawang merah begitu sahaja dan menganggapnya sebagai ulam.

4. Mengatasi masalah kemurungan

Selain itu, kulit bawang merah mengandungi sebatian kuersetin. Kandungan tersebut boleh bertindak sebagai agen antitekanan atau anti kemurungan bagi pesakit.

Amalkan pengambilan bawang merah bagi mereka yang mencari ubat alami untuk mengatasi masalah kemurungan.

5. Agen antiasma atau antilelah

Sebatian sulfur thiosulfinates yang terdapat di dalam bawang merah mampu meredakan penyakit asma. Ini kerana sulfur thiosulfinates mampu menjadi agen untuk mengurangkan semput yang dialami oleh pesakit.

ANEKDOT

Khasiat bawang merah

Dalam bidang kosmetik:

– Ekstrak air bawang merah dapat menghapuskan masalah kutu dan rambut gugur. Caranya sapu air bawang merah yang dicampur dengan minyak zaitun pada rambut atau kulit kepala, biarkan semalaman dan lihat hasilnya.

– Antipenuaan. Bawang yang mengandungi vitamin A, C dan E berupaya melawan kerosakan disebabkan sinaran UV dan pembentukan radikal bebas.

– Kandungan sumber kuersetin iaitu satu antioksida yang boleh mengekalkan keanjalan kulit.

– Vitamin dan sulfur yang ada pada bawang merah boleh melindungi tangan dan kulit daripada berkedut. Caranya dengan menyapu kulit bawang merah pada bahagian kulit bagi meningkatkan kadar peredaran darah.

– Bawang merah boleh melegakan kesan gigitan dan sengatan serangga. Caranya ambil beberapa hirisan bawang dan letak di atas tempat gigitan.

Khasiat lain:

– Merawat mata sentiasa berair.

– Meneutralkan racun.

– Masalah dalam telinga berair dan berdengung.

– Menghilangkan loya dan mengelak daripada muntah.

– Merawat buasir.

– Melancarkan haid.

– Meningkatkan selera makan.

– Merawat kusta.

– Melancarkan pembuangan air kencing.

– Membantu sistem penghadaman.

– Mencegah kanser.

– Membaiki sel dan tisu badan.

– Meningkatkan daya ingatan dan menguatkan sistem saraf.

ProfilDR Mohamad Amir

Dr Mohammad Amir Wan Harun merupakan Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau turut menghasilkan kajian yang berkaitan Fiqh Pemakanan dan Perubatan.

Sumber: SH

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *