Suami akan pisah dengan isteri sekiranya ambil vksin. Sekali Zizan sendiri tanya pendapat UAI sama ada sah atau tak dan ini penjelasannya.

Viral

Laman Facebook Public Health Malaysia, sebuah platform menyampaikan maklumat mengenai perkembangan dan isu berkaitan kesihatan awam, menarik perhatian umum mengenai perkongsian seorang peguam syarie di Twitter. Peguam tersebut berkongsikan kisah mengenai seorang isteri yang telah mengambil dos pertama vaksin Covid-19 secara ‘senyap-senyap’.

Ini kerana suaminya tak mahu mengambil vksin berkenaan dan kebetulan mereka merupakan pasangan jarak jauh. Namun si isteri dalam dilema apabila ketika berborak dengan suaminya mengenai vksin, si suami berkata jangan ambil vksin. Si suami pula menambah: “Jika ambil juga, jatuh talak”.

Perkara itu membuatkan si isteri bingung dan mengajukan persoalan tersebut kepada peguam syarie.

Peguam berkenaan dalam akaun Twitter miliknya pula menulis: “Ragam manusia, aneh-aneh nak buat taklik pun. Ini mungkin kedengaran janggal, tapi tak mustahil ada juga orang lain hadapi perkara yang sama. Nasi sudah menjadi bubur, lafaz taklik tak boleh ditarik balik sehinggalah berlaku perlngg4ran. Bila dah lngg4r, segeralah ke mahkamah syariah;

“Failkan permohonan pengesahan lafaz taklik. Sekali lagi saya tegaskan, hanya Hakim Syarie sahaja yang boleh sabitkan sama ada jatuh talak ataupun tidak”. Beliau kemudiannya menulis: “Hati-hatilah para suami dalam soal taklik ini. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna”.

Zizan Razak Tanya Pada UAI Sah Ke Talak Itu?

Zizan Razak telah bertanyakan soalan berkenaan isu yang tular di media sosial baru baru ini berkenaan seorang suami akan jatuhkan talak kepada isteri jika ambil vaksin.

Jom dengar penjelasan UAI. Klik sini https://youtu.be/WS5dapNCVYE

Sumber : Utusan Online / Youtube Ustaz Azhar Idrus

Zizan Tampil Kongsi Rakaman Gadis Tular Buat Ramai Yang Beri Restu.

Perwatakan Zizan Razak yang kelakar dan juga serba boleh dalam industri hiburan tanah air menjadikan namanya sebagai anak seni selalu mendapat perhatian. Walau bagaimanapun, dalam usianya yang kini mencecah 37 tahun dia turut tidak terlepas daripada soalan mengenai kahwin dan ramai peminat juga mendoakan untuk dirinya. Pun begitu, peminat Zizan Razak ini telah viral sejak kebelakangan ini kerana meminati pelakon Polis Evo itu yang mana videonya mengenai persoalan sebab Zizan Razak yang belum kahwin lagi.

Video terbabit bagaimanapun memaparkan seorang gadis yang disapa angah mengenai sebab itu namun kemanisan dia yang mengatakan Zizan Razak menunggu dirinya. Lalu video itu membuatkan ramai tertarik dan mengharapkan Zizan Razak perasan mengenai gadis berkenaan dan ternyata ia sampai ke pengetahuan pelakon popular itu dan memuat naik semula di ruangan media sosial peribadinya. “Harini ada jawapan kenapa Zizan tak kahwin lagi… apa kata anda??,” tulisnya pula diruangan kapsyen. Menjengah ke ruangan komen selepas video itu di memuat naik melalui Instagram, Zizan Razak mendapat ribuan komen ramai yang mana rakan selebriti juga turut restu. “Yeah kami semua restu”.

“Jodoh…” “Maniz Zan muka dia. Nampak elok orangnya. P la Zan try…”

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *