Gadis luah rasa cemburu bila 5 beradik fasih bercakap bahasa Mandarin. Sampai rancak borak dengan Mak Cik Cina sebelah rumah.

Semasa Viral

Kepelbagaian kaum di negara ini menjadikan Malaysia begitu unik. Bukan sahaja makanan, perayaan mahupun pakaian tradisional yang menyatukan rakyat Malaysia, malah ada ramai juga dalam kalangan kita mampu bertutur bahasa kaum lain dengan fasih. Jika dilihat di media sosial, terdapat banyak posting yang dimuat naik memaparkan keunikan ini, contohnya ada orang Melayu fasih bertutur bahasa Mandarin ataupun Tamil sebagaimana perkongsian wanita ini.

“My sibs semua boleh speak in Mandarin while I’m the only one who can’t” demikian tulis wanita berkenaan pada perkongsian videonya di TikTok. Menerusi video berdurasi 55 saat itu, wanita berkenaan cuba berinteraksi dengan jirannya yang berbangsa Cina dengan bantuan kakaknya. Nur As-Sima Mohd Salim berkata dua orang kakak dan tiga abangnya fasih berbahasa Mandarin kerana menuntut di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sewaktu sekolah rendah. Ayah memang berhasrat nak hantar anak-anaknya bersekolah di sekolah Cina. Tujuannya nak didik anak-anak menguasai bahasa lain selain Bahasa Melayu supaya senang berkomunikasi dan ada faedahnya kelak. Tapi masa giliran saya nak masuk sekolah rendah, mak cadangkan supaya hantar ke sekolah kebangsaan biasa je. Maka kiranya saya ni anak pertama yang ‘break the rule’. Begitu juga seorang adik saya. Kiranya hanya kami berdua saja dalam tujuh beradik ni yang tak pandai langsung berbahasa Mandarin. Jadi bila kebetulan pula berjiran dengan orang Cina, kakak dan abang memang bersembang bahasa Mandarin. Rancak mereka berborak… kita langsung tak faham,” ujarnya yang senang disapa sebagai Shima.

Shima (kiri) dan keluarganya sudah lebih dua tahun berjiran dengan wanita berbangsa Cina yang senang disapa Aunty ini. Menurut wanita berusia 22 tahun ini lagi, selain cuba ‘berguru’ dengan adik beradik, dia juga pernah mengambil kursus bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga ketika menuntut di universiti sebelum ini.

“Tapi saya hanya tahu serba sedikit pasal perkara yang basic saja… tak fasih macam abang dan kakak. Kadang-kadang belajar juga dengan mereka tapi mereka tak nak ajar lebih-lebih. Sebab mereka selalu guna bahasa Mandarin sesama sendiri kalau nak berahsia… habislah kalau saya pula fasih,” ujarnya sambil berseloroh.

Bercerita mengenai jirannya pula, Shima berkata mereka mula berjiran sejak sama-sama menetap di kawasan perumahan yang terletak di Pekan, Pahang itu kira-kira dua tahun lalu. Tradisi kunjung mengunjung sudah menjadi kebiasaan. (Gambar sebelum PKP).

“Kami masuk ke perumahan ni lebih kurang sama iaitu ketika kawasan ini baru dibuka. Memang ramai keluarga Cina di perumahan ini, namun aunty ni rapat sebab betul-betul berjiran sebelah rumah. Dia dan suaminya tinggal berdua sahaja sebab anak-anak dah besar. Memang selalulah dia bersembang dengan mak dan kami adik beradik. Selain aunty ni, keluarga kami rapat juga dengan keluarga Orang Asli yang juga berjiran. Saya hanya tahu serba sedikit pasal perkara yang basic saja… tak fasih macam abang dan kakak. Bukan setakat bersembang tanya khabar saja, mak saya dan jiran ni bertukar-tukar benih tanaman sebab punya hobi sama iaitu bercucuk tanam. Kami juga meraikan hari perayaan masing-masing. Kalau Tahun Baru Cina, aunty akan hadiahkan makanan seperti buah-buahan. Begitu juga dengan keluarga Orang Asli, mereka akan beri makanan yang sesuai kerana hormat dengan sensitiviti agama Islam. Sebagai balasan, mak akan buat kuih. Kalau Hari Raya pula, mak akan masak rendang serta ketupat untuk mereka. Memang terasa muhibah sangat,” ujar penuntut jurusan Teknologi Automotif di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini lagi.

Shima berkata dia sekadar berkongsi momen ‘random’ bersama pengikutnya di media sosial, namun tidak menyangka ia mengundang perhatian ramai. “Sebenarnya dari satu sudut, ia menghantar mesej positif. Perkara seperti ini iaitu kehidupan berjiran terutama yang berbilang bangsa patut diterapkan kepada semua. Kita yang muda inilah main peranan. Inilah yang akan kita tunjukkan kepada adik-adik atau generasi akan datang… rajin-rajinkan diri bercampur dengan jiran lebih-lebih lagi yang berlainan bangsa. Rakyat harmoni juga penentu keamanan negara,” ujarnya lagi. Sumber : Mstar

Ibu Dedah Anak Lari Ketakutan Semata Mata Sebab Kening. Rupanya Ini Yang Berlaku Sampaikan Ibu Tidak Tahu Nak Respon Apa.

Kanak-kanak berusia enam tahun ini mencukur keningnya beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri. Bayangkan hanya tinggal beberapa hari lagi nak raya, tapi kening hilang sebelah! Itulah yang terpaksa dihadapi Nur Auni Saffiya Kameri yang berusia enam tahun apabila sifat ingin tahu akhirnya memberi pengajaran dalam dalam hidupnya.

Berkongsi kisah ini, ibu kanak-kanak berkenaan, Nur Farhana Kathan, 25, berkata kejadian berlaku dua minggu sebelum Aidilfitri baru-baru ini apabila anaknya itu sedang mandi bersendirian. “Saya panggil dia suruh mandi cepat sikit, dia jawab ya kejap, lepas tu tiba-tiba dia keluar bilik air lari dengan muka pucat ketakutan,” ceritanya yang menetap di Melaka. Menurut Nur Farhana yang juga seorang suri rumah, anaknya itu rupa-rupanya berjaya memanjat mangkuk tandas di bilik air untuk mengambil pisau cukur milik bapanya serta mencukur licin kening sebelah kiri.

“Bila saya tengok, Ya Allah Auni, terkejut sebab kening sebelah kiri memang habis kena cukur, saya tak tahu nak gelak ke nak menangis. Saya ada tanya dia kenapa dia cukur kening tapi dia jawab tak tahu, memang dia tak nak beritahu kenapa. Saya cakap dekat dia tengok apa dah jadi bulu kening dah hilang, awak tu perempuan, lepas tu dia menangis, terus saya tak jadi nak marah,” katanya.

Nur Auni Saffiya (depan, kanan) mencukur keningnya dua minggu sebelum Aidilfitri.

Menurut Nur Farhana keadaan keningnya yang ‘botak’ itu menyebabkan anaknya berasa malu untuk ke sekolah atau keluar bermain bersama rakan-rakannya. “Dia nak pergi sekolah tapi malu, jadi dia asyik menangis je sampai saya dah tak tahu nak pujuk macam mana. Saya beritahu cikgu, dia segan takut kena ejek kemudian cikgu suruh lukis kening dia.

“Bila saya dah lukis kening baru dia senyum dan nak pergi sekolah tapi dia tak sedar bila balik sekolah selalunya kening saya lukis tu dah hilang, nasib baik juga kawan dia tak ejek. Dekat rumah, dia tak nak keluar walau depan rumah sebab malu… dia tengok je kawan-kawan main melalui tingkap. Lepas tu dia tengok cermin sambil menangis cakap nak kening dia balik,” katanya.

Nur Auni Safiyya hanya ingin ke sekolah setelah keningnya dilukis.

Menyesali perbuatannya serta-merta, Nur Farhana berkata anaknya berjanji untuk tidak bermain dengan barangan tajam lagi. “Lepas hilang kening ni dia menyesal, katanya tak nak main benda tajam lagi sebab nak keluar rumah pun dia malu. Memang murung betul dia sepanjang kening dia tak ada tu,” katanya.

Saya panggil dia suruh mandi cepat sikit, dia jawab ‘ya kejap’, lepas tu tiba-tiba dia keluar bilik air dia lari dengan muka pucat ketakutan.

Menurut Nur Farhana kening anaknya kini telah tumbuh semula seperti sediakala selepas lebih kurang sebulan. “Mula-mula tu saya letak Vaseline, menjadi juga… dalam seminggu dah nampak bulu-bulu halus tumbuh, mula-mula risau juga ingat kening dia dah tak akan tumbuh lagi,” katanya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *