Warga emas terpaksa cukur bulu di muka elak dipandang pelik. Ini lupanya sebab dia.

OH WANITA Petua Viral

Memiliki misai dan janggut, seorang wanita warga emas dikatakan pelik apabila tumbuh bulu-bulu menyerupai lelaki di wajahnya.Memetik laporan Harian Metro, Che Halimah Che Mood disahkan mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi menjadi punca bulu tumbuh di wajahnya.

Wanita berusia 62 tahun itu memaklumkan bahawa dia mengalami masalah tubuh bulu di wajahnya sejak di usia awal 20-an menyebabkan dia perlu mencukur dua atau tiga kali seminggu agar kelihatan seperti wanita biasa.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sukar buatnya apabila dia diserang angin ahmar sejak lapan tahun lalu hingga terpaksa menumpang kasih adik dan isterinya.

“Selama berpuluh-puluh tahun saya perlu bercukur agar tidak dipandang aneh oleh orang sekeliling. Namun, kini keadaan semakin teruk apabila saya diserang angin ahmar menyebabkan lumpuh separuh badan sebelah kiri.

“Saya tidak mempunyai anak untuk menumpang kasih. Nasib baik adik, Mohammad Kamaruddin Abdullah, 42, dan isterinya, Nur Asmira Che Hussin, 36, sanggup menjaga segala makan dan minum saya serta ibu yang sudah tua, Kalsom Mamat, 93.

“Malah, misai dan janggut saya ini, Nur Asmira yang selalu bantu mencukur dua atau sekali seminggu agar tidak tumbuh panjang seperti lelaki,” katanya.

Pernah gagal dua kali dalam rumah tangga, dia berkongsi bahawa semasa sihat dia banyak merantau mencari rezeki dan kalau boleh tidak mahu membebankan orang sekelilingnya.

“Ketika masih sihat dan kuat, saya banyak merantau mencari rezeki termasuk beberapa tahun bekerja di Singapura sebagai tukang masak restoran di sana. Sebolehnya, saya tidak mahu menyusahkan orang sekeliling, tetapi apakan daya saya diuji dengan hanya kini mampu terbaring saja jika tidak dibantu.

“Sebelum ini, saya tidak terbuka untuk memberitahu orang lain mengenai masalah saya kecuali dengan keluarga terdekat kerana ia membuatkan saya kurang keyakinan diri,” tambahnya.

Untuk makluman, dia mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan yang mana biasa digunakan untuk membeli keperluan lampin pakai buang dengan kos RM250 sebulan.

Sumber: Harian Metro

Dah Guna Laser Tapi Masih Tumbuh” – Gadis Miliki Misai Dan Janggut Anggap Ia Satu Kelebihan.

Kalau lelaki yang dah melepasi peringkat umur dewasa mesti rasa nak ada misai, janggut ataupun jambang. Itu memang normal sebab nak nampak maskulin dan terserlah kelelakiannya. Perempuan pula ada juga sesetengahnya yang meminati lelaki yang berjambang ni. Tapi kalau perempuan yang ada misai dan janggut macam mana pula?

Itu yang dialami oleh seorang gadis dari Indonesia yang berkongsi video menampakkan wajahnya bermisai dan berjanggut di aplikasi TikTok. Mungkin akan timbul rasa segan sekiranya wanita memiliki misai atau janggut yang jelas nampak di wajah. Namun, berbeza dengan individu yang dikenali dengan panggilan Cica ini yang tak segan berkongsi keadaan wajahnya. 

Dalam video yang dikongsikannya itu, misai dan janggutnya tidak kelihatan halus, tetapi jelas seperti misai dan janggut seorang lelaki. 

Dah Cukur Tapi Tumbuh Makin Lebat Selepas Tu…

Menurut gadis tersebut, dia pernah membuang bulu halus di bahagian atas bibir dan dagunya menggunakan rawatan laser. Namun hasilnya tetap sama di mana bulu-bulu itu tumbuh semula. Bagaimanapun, bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, gadis itu pergi berjumpa dengan doktor. Menurut Doktor, dia dikatakan menghidap ‘hirsutism’ iaitu pertumbuhan bulu lebat yang berlaku pada peringkat umur seseorang wanita itu sudah subur. 

Menurut penjelasan gadis itu, misai dan janggutnya pada awalnya hanya kelihatan halus sahaja dan tidak terlalu jelas. Namun pada tahun 2020, ia kelihatan makin jelas seperti memiliki misai dan janggut lelaki.

Walaupun kelihatan seperti misai dan janggut seorang lelaki, dia yang merupakan pelajar jurusan undang-undang di Indonesia tetap menganggap ia sebagai satu kelebihan buat dirinya. Dalam pada itu, ramai juga yang memuji Cica dan menyatakan dia tetap kelihatan manis dan mengganggap ia sebagai satu kurniaan tuhan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Buletinfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *