Sebab Gambar Budak Peluk Si Oyen Di Tepi Jalan Tapi Jadi Viral. Rupanya Ini Sebabnya.

Amalan Dunia Haiwan kucing

Tular beberapa g4mbar seorang kanak-kanak sedang memeluk seekor kucing dan menjadi perhatian ramai orang. Foto yang dimuat naik menerusi akaun Twitter @saintlaurs itu telah diretweet sebanyak 31.1 ribu kali dan mend4pat 138.9 ribu sukaan oleh pengguna Twitter yang lain.

Pemilik akaun Twitter tersebut yang dikenali sebagai Larasati Putri Prasetyo telah memuat naik sebanyak empat keping foto yang memperl1hatkan seorang kanak2 memakai baju berwarna kelabu bersama sebuah kucing. Kanak-kanak itu dikatakan sedang berjalan sebelum duduk sebentar di pinggir jalan. Tidak lama kemudian, seekor kucing berwarna oren telah datang mendekatinya dan kanak2 itu pun lantas membelai, mendukung dan memeluk kucing tersebut.

Menurut portal, gambar itu diambil di hadapan rumah Larasati ketika dia sedang bersantai-santai dengan rakan-rakannya. “Waktu foto diambil, saya sedang bersantai di depan rumah dengan rakan-rakan,” ujarnya.

Dia yang merupakan seorang pencinta kucing tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya. Tambahnya, interaksi antara kanak-kanak dengan kucing itu merupakan sebuah moment yang sangat manis. “Pada mulanya, saya melihat interaksi antara budak kecil dengan kucing itu sangat manis. Kebetulan saya juga pencinta kucing. Sebab itu saya terus ambil gambar mereka,” cerita Larasati.

Sayangilah Sesama Makhluk Ciptaan Tuhan, Mungkin Itu Sebabnya Viral

Menurut Larasati, kanak-kanak itu merupakan seorang pencinta kucing, sama seperti dirinya. Hal ini jelas terlihat melalui sikap yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut yang mendukung dan memeluk kucing itu tanpa ragu.

Menurut portal, Larasati sama sekali tidak berasa pelik jika gambar kanak-kanak tersebut menjadi viral kerana dia yakin ramai orang berfikiran sepertinya. “Saya tidak berasa pelik ketika tahu gambar tu viral sebab saya yakin mereka juga menganggap moment tersebut sangat manis dan mengharukan untuk dilihat,” ceritanya.

Dia menambah, “Seorang kanak-kanak dan seekor kucing yang sedang bersendirian, telah menemani satu sama lain. Saya yakin orang yang melihatnya pun pasti merasakan perkara yang sama dengan saya.”

Pada akhir cerita, Larasati menasihati semua orang agar saling menyayangi sesama makhluk kerana kita sama2 merupakan ciptaan Tuhan dan hidup saling berteman.

Sumber: Tribunnews.com | SiakapKeli

Persoalan Bekerja Ditemani Kucing Kesayangan. Pakar Ini Dedahkan Kajian Yang Dia Buat.

Terbaru, pakar ps1kologi telah mendedahkan bahawa bekerja dari rumah ditemani haiwan peliharaan boleh membantu menigkatkan tahap kesihatan seseorang untuk jadi lebih baik. Jo Hemmings yang merupakan pakar hal berikut telah bekerjasama dengan pakar pemakanan haiwan kesayangan iaitu Purina dalam menentukan kelemahan dan faedah bekerja bersama dengan haiwan peliharaan

Ujarnya “Ia mewujudkan rasa normal dan suasana terasa lebih ‘hidup’. Salah satu perkara unik mengenai haiwan peliharaan adalah bahawa bagi mereka setiap hari adalah hari yang lain.“Ada satu aura misteri tentang haiwan yang membantu menghilangkan perkara-perkara yang mungkin memberi tekanan kepada kita semua,”

Berdasarkan laporan Dailystar, Jo Hemmings menyatakan haiwan peliharaan lebih suka dan bahagia bila tuannya bekerja banyak di rumah berbanding di tempat kerja. Dia juga mendedahkan dia memiliki seekor kucing yang suka duduk berdekatam tatakala dia bekerja dan berehat di sofa miliknya untuk sesi kaunseling. Dia juga menyatakan yng dia percaya ada sesuatu pada hubungan yang sangat istimewa antara seseorang dengan haiwan peliharaan ini

Terangnya, “Haiwan peliharaan mengurangkan kadar kortisol dan adrenalin dalam aliran darh anda, membantu mengawal kegelisahan dan menjadikan keadaan lebih tenang,” Bagi sesiapa yang mempunyai anjing atau kucing yang sering mengganggu panggilan menerusi aplikasi penstriman langsung seperti Zoom, perlu diketahui bahawa haiwan peliharaan adalah permulaan perbualan yang hebat dan sering menjadi pencetus perbualan ketika berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.

Pemuda Ini Sanggup Habiskan Wang Gajinya Sebanyak RM780 Sebulan Hanya Untuk Kucingnya Sebanyak Ini. Rupanya Ini Pekerjaan Pemuda Tersebut.

Abu Zarin dan isterinya menganggap kucing-kucing yang dibela mereka seperti anak sendiri. Biarpun gajinya sebagai seorang jurupam stesen minyak hanya RM1,100 sebulan, namun Abu Zarin Sanny tidak pernah lokek untuk berkongsi rezeki dengan 80 ekor kucing peliharaannya.

Lelaki berusia 60 tahun itu menghabiskan kira-kira RM780 sebulan, lebih separuh daripada gajinya untuk membeli makanan haiwan tersebut. Menerusi posting yang dikongsikan oleh laman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia pada Isnin, Abu Zarin dikatakan sanggup mengikat perut demi memastikan kucing-kucingnya dapat makan.

“Saya ni muka sahaja nampak garang, tapi hati saya penyayang. Saya hanya tinggal berdua je dengan isteri, saya anggap kucing-kucing ni macam anak sendiri. Saya lebih utamakan kucing-kucing, saya tak kisah kalau makan ala kadar je. Tapi, tak pernah tak cukup makan, pandailah bajet-bajet,” katanya .

Abu Zarin (kiri) terpaksa meletakkan kucing-kucing di dalam sangkar agar ia tidak berkeliaran. – Kredit gambar Abu Zarin/Norashikin Ahmad

Kata Abu Zarin, dia sudah menganggap kucing-kucing itu sebagai anaknya kerana tidak dikurniakan cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga 15 tahun lalu. Tambah lelaki itu, hatinya mudah tersentuh apabila melihat tiada siapa yang peduli dengan kucing jalanan.

“Saya memang jenis sayang kucing… kalau kucing saya telah pergi, saya memang akan menangis. Saya tak suka binatang diapa-apakan oleh manusia seperti ini. Saya memang pantang kalau tengok manusia yang tak berhati perut buat macam tu pada haiwan. Janganlah buat macam tu dengan binatang walaupun pada seekor anjing. Kalau tak suka pun, halau jelah, tapi jangan apa-apakannya,” ujarnya dalam nada sayu.

Sanggup Bawa Nasi Digaul Ikan Atau Daging Untuk Sembilan Ekor Kucing. Lelaki Ini Kongsi Cerita.

Kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Baharudin Ahmad memberi makan kepada kucing terbiar di tempat dia bekerja menjaga tandas di Alai, Melaka. Katanya ” Setiap kali saya sampai semua kucing terbiar itu sudah menunggu seperti anak kecil menanti kepulangan ayah,” ujar Baharudin Ahmad,70, yang merupakan penjaga tandas awam di kawasan Ikan Bakar Alai di sini.

Jelasnya, selain membersihkan kemudahan berkenaan, aktiviti memberi makan kucing terbiar itu sudah menjadi rutin hariannya sejak empat tahun lalu.Katanya, sebelum keluar bertugas dia akan memastikan membawa nasi digaul ikan atau daging rebus untuk sembilan ekor kucing jalanan di situ.

Tambahnya lagi, kebiasaan dia bertugas sekitar jam 5 petang dan hanya pulang kira kira 1 pagi mengikut situasi untuk menambah pendapatan harian.”Namun apa yang penting saya dapat berbakti kepada kucing terbiar itu yang setia menanti kehadiran saya.

“Terdapat kira-kira sembilan ekor kucing dan ada ketikanya jumlah lebih banyak,” katanya yang tinggal di Kampung Kandang di sini.Bagaimanapun, dia sentiasa menjaga kebersihan tandas dan memastikan kucing itu tidak mengotori kawasan serta mengganggu orang ramai menggunakan kemudahan itu.

Menurutnya, ketika ini banyak kawasan kedai di situ ditutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan setiap petang akan menghantar makanan bagi memastikan haiwan itu tidak kelaparan.Katanya, dia ikhlas memberi makanan haiwan itu kerana menganggap ia juga seperti manusia yang memerlukan perhatian, kasih sayang dan makanan untuk hidup.

Dua Kucing Selalu Mengiau Setiap Jam 3 Pagi. Lepas Jumpa Doktor Dan Jemput Ayah Baru Tahu Punca.

Pelik tapi benar. Kucing Sofeah akan mengiau taip kali jam 3 pagi. Bahkan setiap hari lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, Puan Sofeah dan suaminya akan terjaga gara gara dua ekor kucing mereka akan mengiau tak henti hneti.

Jelas wanita berusia 35 tahun ini, dia dan suaminya sebelum ini menetap di Kuantan, namun terpaksa berpindah ke Selangor kerana tuntutan kerja. Kata Sofeah dia bertuah kerana perpindahannya berjalan lancar dan mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Puncak Alam.Jelas wanita yang baharu mendirikan rumah tangga Disember lalu, dia dan suaminya turut membawa dua ekor kucing kesayangan ke rumah baharu itu.

“Dua ekor kucing ni (Tommy dan Tuti) memang sudah lama saya bela, sebelum berkahwin lagi. Mereka berdua ni dah macam anak saya sendiri.”Jadi bila nak pindah tu, kami bawa la sekali. Mana boleh tinggal di sana (Kuantan).”Sepanjang minggu pertama kami berada di rumah baru, memang tidak ada kejadian pelik yang berlaku. Namun masuk malam kelapan saya dan suami menjadi ‘huru-hara’ sewaktu tidur.

“Setiap malam, lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, kami terjaga disebabkan bunyi bising kucing mengiau-ngiau.”Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap salah satu sudut ruang tamu di rumah,” Jelas Sofeah, jenuh dia memanggil dua ekor kucingnya itu masuk bilik tidur, namun kedua-duanya tetap berbuat bising dengan terus mengiau seperti berada dalam kesakitan.

“Keesokannya saya membawa mereka ke klinik veterinar, namun doktor memberitahu kedua-dua kucing ni sihat sahaja.”Pada malam seterusnya, sebelum tidur saya membawa mereka masuk bilik tidur bersama. Peliknya pada waktu yang sama, mereka tetap mengiau-giau,”

Berikutan kejadian pelik itu berterusan Sofeah memutuskan untuk panggil ayahnya dari kampung agar datang ke rumah.”Sebaik sahaja sampai, ayah terus melakukan solat sunat di rumah. Pada malamnya kami membuat sedikit majlis doa selamat dan menjemput jiran-jiran berdekatan.

“Selepas sahaja majlis tamat, ada seorang pakcik ni datang berborak dengan suami dan ayah saya.”Pakcik ni jiran selang empat rumah dari kediaman kami. Dia ada beritahu rumah yang saya tinggal itu sudah lama kosong dan tidak pernah ada yang kekal lama di sini.

“Katanya ada sahaja benda pelik berlaku dan pakcik tu cakap pernah dengar wanita mengilai di tengah malam.”Kadang-kadang terdengar bunyi bising walaupun ketika itu tidak ada penghuni,” cerita Sofeah.Selepas berborak panjang dengan jirannya itu, Sofeah dan keluarga mengambil keputusan untuk mencari rumah lain.

“Saya tidak sanggup untuk terus berjaga malam. Kucing-kucing saya pun tidak aktif seperti dulu. Tommy dan Tuti kelihatan takut sepanjang masa.”Saya memberitahu tuan rumah mengenai perancangan kami untuk tamatkan kontrak sewa lebih awal, dan dia bersetuju malah memulangkan semula wang deposit sewa rumah.”Mungkin dia faham situasi yang kami hadapi ini. Peliknya dia tidak bercerita panjang,” akhiri Sofeah

Kucing Kesayangan Acap Kalli Gerakkan Telinga. Ternyata Ini Maksud Tersirat Di Sebalik Pergerakan Itu.

Mesti korang pelik kan tiba tiba sahaja kucing kesayangan anda gerakkan telinga. Untuk pengetahuan anda,kucing adalah antara salah satu haiwan yang bijak meluahkan perasaan melalui komunikasi dan bukan lisan. Namun begitu,tak ramai yang menyedarinya.

Percaya atau tidak memelihara kucing akan memberikan anda pengalaman bagi memahami emosi dan perasaan kucing itu dengan lebih mendalam. Besar kemungkinan ramai yang perasan kucing suka untuk gerakkan telinganya dan ramai yang tak memahami maksud tersirat oleh haiwan ini.

Pertama, menunjukkan perasaan ingin tahu. Buat pengetahuan anda, apabila seekor kucing gerakkan telinganya ke hadapan, ia menunjukka satu daya tarikan. Ia juga sebagai sumber mencari suara yang menarik perhatian kucing selain mengumpulkan informasi

Kedua, perasaan gelisah. Sekiranya kucing anda berasa rasa terancm, kucing anda kaan gerakkan telinganya ke bahagian tepi. Sekiranya kucing anda berbuat sedemikian, ia bermaksud kucing anda sedang menahan suara yang menganggunya.

Ketiga, ia merasa terganggu. Terkadang telinga kucig kesayangan anda bergerak gerak bermaksud mereka terasa terganggu. Sekiranya ia menggetarkan telinganya, ia bermaksud ia sedang berhadapan dengan stimulasi yang tinggi dan ia boleh menyebabkan kucing anda menyerng kucing atau orang lain.

Terakhir sekali, berasa takut. Ada juga yang mengatakan bahawa pergerakan telinga dekat arah kepala membawa maksud mereka ketakutan atau marah. Malahan ada yang berpendapat bahawa mereka sudah bersedia untuk diserng oleh kucing lain

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *