Ziarah tempat persemadian sebenarnya tak jadi isu dan dibenarkan kata Ketua Pengarah MKN.

Info Infomaklumat ISU SEMASA Viral

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Aktiviti ziarah tempat persemadian di luar musim perayaan adalah dibenarkan tertakluk pada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, demikian menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad.Beliau berkata larangan aktiviti itu yang diumumkan MKN sebelum ini, hanya tertakluk pada hari tertentu seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sahaja.

Jelasnya, aktiviti yang menjadi tradisi pada hari perayaan berkenaan dilarang ketika itu kerana  berdasarkan  penilainan risiko jangkitan COVID-19,  tempat persemadian menjadi tumpuan awam yang boleh mencetuskan penularan wabak.

Selepas setahun bergelut dengan pendemik Covid-19, disusuli pula dengan pengenalan garis prosedur operasi standard(SOP) yang perlu dipatuhi, kini pihak Majlis Keselamatan Negara memaklumkan beberapa kelonggaran.

Memetik laporan Harian Metro, aktiviti ziarah tempat persemadian di luar waktu perayaan Aidilfitri atau Aidiladha adalah dibenarkan mengikut  SOP am ditetapkan pihak berkuasa.

Tiada isu aktiviti ziarah tempat persemadian

Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu Datuk Rodzi Md Saad berkata, tiada SOP khusus mengenai ziarah tempat persemadian di luar waktu perayaan.

“Sebelum ini, kita ada SOP ziarah tempat persemadian yang dikaitkan dengan sambutan perayaan Aidilfitri dan Aidiladha. Dalam keadaan di luar perayaan itu, ziarah tempat persemadian sebenarnya tidak menjadi isu dan dibenarkan.”

“Yang penting adalah setiap mereka yang menziarah tempat persemadian perlu memastikan supaya penjarakan fizikal satu meter diamalkan serta memakai pelitup muka.”

Sentiasa jaga kebersihan

Dalam pada itu, beliau turut berpesan agar mereka yang menziarah tempat persemadian sentiasa menjaga kebersihan.

“Justeru itu, menziarah tempat persemadian adalah dibenarkan dan ia mesti tertakluk kepada SOP am dikeluarkan kerajaan dari semasa ke semasa.”

-Rodzi Md Saad-

Mengulas mengenai dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dikatakan melanggar  SOP dengan menziarahi tempat persemadian ibu bapanya di Temerloh, Pahang hari ini, Rodzi berkata ia tidak tepat kerana Perdana Menteri mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Dakwaan terhadap Ismail Sabri muncul selepas gambar beliau menziarah pusara kedua orang tuanya tular di media sosial.

Perdana Menteri tak langgar SOP.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menziarahi tempat persemadian ibu bapanya berikutan tiada secara khusus dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata aktiviti ziarah itu tidak membabitkan \kumpulan individu yang ramai dan bukan berlaku setiap hari.

“Saya rasa tidak ada isu berbangkit kerana mereka yang hadir memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

“Sebelum ini memang ada SOP ziarah tempat persemadian dikeluarkan MKN, namun ia khusus sempena sambutan Aidiladha dan Aidilfitri kerana dikhuatiri berlaku kehadiran pengunjung yang ramai pada satu-satu masa,” katanya kepada BH.

Terdahulu, Perdana Menteri menziarah pusara bapanya, Allahyarham Yaakob Abdul Rahman dan ibunya, Allahyarhamah Wan Jah Wan Hamat, di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah, Temerloh, pada jam 11.30 pagi.

Bagaimanapun, tindakan Ahli Parlimen Bera itu mengundang perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial, termasuk mereka yang mendakwa beliau melanggar SOP.

Rodzi berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung isu berkenaan dan memutuskan tiada keperluan merangka SOP khusus bagi ziarah tempat persemadian .”Aktiviti ziarah tempat persemadian . Mereka pun pergi sekali-sekala.

“Kalau kita nak rangka SOP mengenai sesuatu aktiviti, kena lihat kepentingannya. Setakat ini, tiada keperluan untuk berbuat demikian,” katanya.

PM ziarah tempat persemadian kedua ibu bapa.

TEMERLOH: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menziarahi tempat persemadian ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah di sini.

Perdana Menteri tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 11.30 pagi dan terus ke tempat persemadian kedua ibu bapanya, Allahyarham Yaakob Abdul Rahman dan Allahyarhamah Wan Jah Wan Hamat.

Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira setengah jam membacakan tahlil dan doa untuk kedua ibu bapanya.

Hari ini Perdana Menteri dijadual mengadakan lawatan ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di Bera.

Selain itu beliau juga dijadual menyampaikan bakul makanan kepada penduduk di sekitar Bera.

Rakyat Bera teruja kepulangan Perdana Menteri.

BERA: Selepas lapan hari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera pulang buat pertama kalinya ke kawasan Parlimen itu semalam.

Kepulangan Perdana Menteri sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat di kawasan itu yang mana rata-rata mereka begitu teruja menyambut kehadiran pemimpin nombor satu negara itu.

Penduduk Bukit Serdang, Jamaluddin Yusof, 80, berkata, kepulangan Perdana Menteri ditunggu-tunggu penduduk yang berbangga dengan pencapaian gemilang politik arus perdana Ahli Parlimen Bera itu.

Menurutnya, Ismail Sabri dianggap sebagai anak angkatnya kerana sering hadir ke Bukit Serdang ketika mula bertapak dalam Parlimen Bera.

“Perdana Menteri mungkin masih ingat pemimpin UMNO Cawangan Bukit Serdang, Allahyarham Khalil Ismail berjuang bersamanya dalam politik dan kemasyarakatan,” katanya kepada Mingguan Malaysia selepas program penyampaian bakul makanan oleh Perdana Menteri kepada penduduk Kampung Kuala Bera di sini semalam.

Penduduk Kampung Kuala Bera, Razlina Mahdin, 39, mengakui berpuas hati dapat berjumpa Perdana Menteri kesembilan ketika aura pelantikannya masih lagi hangat diperkatakan umum.

Tambahnya, Ismail Sabri layak diangkat sebagai Perdana Menteri kerana ketokohan kepimpinan memimpin dan memajukan daerah ini dan negara.

Bagi Fazidah Bawan, 50, dari Kampung Lian pula, dia menyifatkan Perdana Menteri seorang pemimpin yang dilahirkan untuk berkhidmat untuk rakyat.

“Sikapnya yang santun dan sering turun padang berjumpa penduduk dan tidak lokek menyalurkan peruntukan pembangunan,” katanya.

Bagi Misliza Misran, 47, dari Kampung Tanjung Bera pula, di bahu Perdana Menteri kesembilan itu rakyat meletakkan kepercayaan beliau dapat menjadi pemangkin agenda pemulihan negara keluar dari kemelut politik, ekonomi, sosial serta pendidikan.

Sementara itu, Nong Singah Daud, 81, dari Kampung Bukit Serdang mengakui seronok dapat bersua pandang dengan Perdana Menteri yang ramah dan mesra masyarakat.

“Wataknya tidak berubah yang ramah tamah dan mesra dengan semua golongan dan diharap di tangannya negara kembali berkembang maju disegani masyarakat dunia,” katanya.

Sumber: UM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *