Jarang Dapat Tengok. Sekitar 10 Ekor Lembu Diterbangkan Helikopter Rentasi Gunung.

Haiwan Hiburan

Istilah lembu atau gajah pun boleh terbang seringkali digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang mustahil. Namun di Switzerland, ia bukan lagi misi yang mustahil selepas kira-kira 10 ekor lembu diangkat menggunakan helikopter untuk dipindahkan ke lokasi baru, lapor Sky News.

Menurut portal tersebut, haiwan-haiwan itu dihantar ke padang rumput di Klausenpass menggunakan helikopter manakala lembu yang lebih sihat dan kuat dipindahkan dengan berjalan kaki.

Menggunakan peralatan keselamatan, lembu-lembu berkenaan diikat dengan kabel di bawah helikopter sebelum diterbangkan merentasi kawasan pergunungan itu.

Haiwan itu kemudiannya ‘disambut’ para petani yang menggunakan tali bantuan untuk membantunya mendarat dengan selamat sebelum dipindahkan ke dalam treler.

Malah, dalam rakaman dikongsikan portal Sky News, kelihatan seekor lembu sempat membuang air besar ketika sedang terbang merentasi pergunungan berkenaan.

“Salah satu sebab menggunakan helikopter ialah anda tak dapat sampai ke sesetengah padang rumput dengan kereta, dan sebab lain ialah ada antara lembu tersebut yang tercedera, jadi mereka tak perlu berjalan,” kata salah seorang petani, Jonas Arnold.

“Saya tak tanya lembu tersebut apa ia rasa lepas terbang sebab ia tak boleh jawab, tapi ia hanya jarak dekat dan ia perlu diteruskan.

“Ia hanya penerbangan yang pendek dan tenang. Saya tak perasan sebarang perbezaan antara lembu yang diterbangkan dan berjalan normal,” katanya lagi seperti dipetik Sky News.Tambah portal itu, kesemua kumpulan itu merangkumi sekitar 1,000 ekor lembu dan hanya satu peratus yang dibantu untuk turun ke padang tersebut.Kumpulan itu dipercayai menuju ke Urnerboden di Switzerland dan bersedia untuk acara perarakan lembu secara tahunan di sana, lapor Sky News.

Burung ini selamba tumpang kawan dia terbang masa di udara.

Anda sering tumpang kenderaan keluarga atau kawan anda? Perkara tersebut tak hanya dilakukan oleh manusia, ini kerana burung pun ada jua yang melakukan perkara itu.

Dalam satu video yang tular di media sosial, seekor burung camar dilihat sedang menunggang burung lain yang sedang terbang di udara. Kemungkinan ianya penat, namun yang jelasnya ianya dilihat sedang memanfaatkan tenaga burung yang sedang terbang itu.

Warganet yang melihat fenomena luar biasa itu sempat memberikan ulasan terhadap video berkenaan.

“Ianya seperti Uber untuk burung,” tulis warganet.

Ada juga warganet yang menyamakan adegan kedua-dua burung tersebut dengan adegan dua aktor Hollywood popular dalam filem ‘Titanic’ iaitu Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini ianya telah mendapat tontonan lebih 3 juta kali.

Sumber: SiakapKeli.My

Kucing Ini Sanggup Jadi Hero Setelah Gajah Ini Bertindak Sebegini. Sekali Ini Yang Kucing Itu Lakukan.

Seekor kucing peliharaan di Thailand mengejutkan pemiliknya apabila bertindak berani mengejar seekor gajah empat tan yang menceroboh taman di halaman rumah tuannya. Simba yang berusia tiga tahun, menyedari kedatangan gajah berkenaan untuk mencari makanan di Nakhon Nayok, pada Selasa malam.

Namun, Simba yang bertugas sebagai ‘pengawal keselamatan’ di rumah, tidak gentar melihat gajah itu walaupun ukurannya berkali-kali ganda besar dan mampu membunuh manusia hanya dengan satu langkah. Menerusi gambar yang sempat dirakam, gajah liar itu dilihat sedang rakus merosakkan tanaman sebelum berlalu pergi setelah dihampiri oleh Simba dengan posisi ingin menyerang.

Menurut pemilik rumah, kucing peliharaannya memang bersifat agresif dan tidak menggemari kehadiran haiwan lain memasuki wilayahnya. Kata penduduk, gajah berusia 35 tahun bernama Pai Salick tersebut merupakan ‘gangguan’ kepada mereka kerana sering memijak kebun orang untuk mencari makanan. Renjer taman tempatan, Amnat Norasin berkata: ”Gajah tinggal di hutan tetapi dia sering berjalan-jalan di sekitar rumah pada waktu malam untuk mencari makanan. Orang tahu ia merupakan gajah yang sama,” katanya.

Dianggarkan 2,000 gajah tinggal secara liar di Thailand dan jumlah yang sama juga berada dalam kurungan. Mereka berkeliaran di pelusuk hutan dan di taman-taman negara yang dilindungi. Difahamkan, gajah adalah haiwan yang dilindungi di Thailand dan mengapa-apakannya membawa hkuman pnjara maksimum tiga tahun dan dnda 1,000 baht (RM135.57).

Sumber: Daily Mail

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak Sangka Niat Baik Gadis Ini Ingin Bantu Kucing Dikatakan Seperti Ini Pula. Sampai Ada Yang Ingatkan Peminta Sedekah.

Setiap pecinta kucing pasti sudah biasa dengan perasaan yang sanggup buat apa sahaja walaupun ianya cuma kucing jalanan. Pasti ini merupakan satu perkara biasa buat diri mereka. Tidak mustahil sampai sanggup sediakan makanan hampir tiap hari hanya untuk beri makan buat kucing jalanan. Kotor adalah perkara biasa buat kucing seperti ini. Ianya dilakukan hanya atas rasa kasih sayang dan belas ihsan terhadap haiwan kesayangan Nabi ini makan dan membantu mereka. Namun tahu tak korang, insan yang sering kali dipandang mulia ini pernah dikritik dan dikatakan macam-macam oleh orang sekeliling kerana perkara baik yang mereka lakukan?

Pernah ditegur seorang pakcik, “Buat baik dengan binatang ni tak rugi apa pun. Sebab dia doakan kita.”  Menurut perkongsian pencinta kucing, Nur Aina Syafira, banyak yang dia lalui sepanjang menjadi Pemberi Makan Kucing Terbiar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ada yang buat dia rasa terharu, ada juga yang buat dia rasa sedih tak terkata. Huhuhu tak sangka wujud manusia perangai macam ni… 

“Saya dijeling oleh orang yang lalu lalang di kawasan tu. Mereka pandang saya macam saya ni jijik sangat. Sedih…” 
“Lepas bagi makan kucing, tekak saya haus dan teringin makan roti canai… pekerjanya nak tak nak je layan saya. Apa tak layakkah saya nak makan?” 
“Banyak lagi cerita… tapi hati tak kuat nak kongsi”

Sebak min baca kisah kakak ni dan kucing-kucing terbiarnya. Betullah kata dia, bila kita terlihat kotor dan miskin, memang tak ada seorang pun nak layan. Malah dikejinya pulak. Tersingkap habis sikap sebenar seorang manusia tu. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Pun Boleh Ada Kad Pengenalan Dan Passport. Wanita Ini Kongsikan Cara Untuk Dapatkan.

Bagi pencinta kucing, tahukah anda haiwan peliharaan anda juga perlu ada passport untuk mereka sendiri. Menarik sekali, haiwan peliharaan anda juga boleh mohon kad pengenalan warganegara Malaysia. Cara nak mohon passport atau kad pengenalan ni mudah je.

Anda boleh lakukannya di mana mana klinik veterinar atau hospital haiwan. Maklumat ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter iaitu Shaz Ghaf yang berkongsikan mengenai cara untuk memohon kad pengenalan buat kucing kesayangannya iaitu Floof Boi. Buat pengetahuan anda juga, hanya empat jenis haiwan peliharaan sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar termasuk kucing, anjing, arnab dan kuda.

Jelasnya orang ramai yang juga ingin memohon kad pengenalan peliharaan berwarna biru itu kepada haiwan masing-masing, diminta untuk ke mana-mana klinik Veterinar. Nanti, haiwan peliharaan akan mendapat kad pengenalan selepas diberikan mirocip.

Tujuan mirocip adalah bertujuan untuk senang dijumpai sekiranya haiwan kesayangan hilang atau diambil orang. Dengan mirocip tersebut pemilik boleh semak semula sama ada haiwan djumpai atau sebaliknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *