Coklat Boleh Mencerahkan Dan Menggebukan Kulit. Ini Lupanya Sebab Kenapa Wanita Suka Makan Coklat.

Amalan KESIHATAN OH WANITA tips

Selain kanak-kanak, coklat memang menjadi kegemaran hampir kesemua perempuan. Ia sering dijadikan hadiah semasa harijadi, ulangtahun, atau memperingati hari-hari istimewa. Kalau nak pujuk pasangan pun, coklat adalah pilihan yang tepat dan selamat.

Berbanding lelaki, secara statistiknya wanita lebih suka makan coklat. Sebenarnya, ada alasan saintifik yang membuatkan coklat begitu sinonim dengan orang perempuan.

5 ALASAN SAINTIFIK KENAPA ORANG PEREMPUAN PERLUKAN COKLAT DALAM HIDUP MEREKA.

1. PEREMPUAN CEPAT STRESS

Menurut laporan melalui TIME wanita lebih stres berbanding lelaki disebabkan pelbagai faktor. Ini mungkin disebabkan oleh fungsi otak wanita yang secara semulajadinya lebih responsif terhadap emosi negatif. Apabila seseorang wanita mengalami atau melihat sesuatu yang menyukarkan atau menyedihkan, bahagian otak mereka lebih terfokus terhadap emosi dan perasaan berbanding otak lelaki yang akan memfokuskan pada fungsi logik.

Kombinasi aroma, tekstur, serta rasa coklat itu terbukti akan dapat memberi kesan psikologi terhadap wanita dengan menstimulasikan rasa ‘seronok’ pada otak. Dopamine yang terhasil dengan setiap gigitan coklat mampu menaikkan kembali ‘mood’ mereka.

Selain dopamine, endorphin juga akan terhasil di mana komponen ini membantu menurunkan kadar stres dan sekaligus membolehkan tubuh kita berfungsi dengan lebih efisyen.

2. PERUBAHAN HORMON & MENSTRUASI


Kajian menunjukkan rasa teringin memakan coklat ada dikaitkan dengan perubahan hormon wanita yang berlaku terutamanya semasa hampir datang bulan atau ketika hamil. Dalam tempoh ini, tubuh wanita memerlukan lebih Magnesium untuk keperluan harian mereka.

Walaupun bukan sumber Magnesium utama, namun coklat gelap atau dark chocolate yang mengandungi kira-kira 176 mg Magnesium di setiap 100 gram hidangannya. Sedikit sebanyak ia menerangkan mengapa tubuh kita lebih lagi rasa ‘teringin’ memakannya untuk meredakan PMS (Pre-Menstrual Syndrome).

3. COKLAT TIDAK BUAT KITA SAKIT HATI.


Coklat memang tak pernah mengecewakan berbanding sesiapa atau apa-apa saja.Ia takkan membebel, mengungkit, melemparkan senyuman sinis, atau membuat sesuatu yang menyakitkan hati kita. Ia menerima kita seadanya. Coklat boleh kelegaan serta-merta kepada seseorang yang memakannya dalam apa jua keadaan.

Pemerhatian mendapati bahawa ramai yang menganggap memakan coklat adalah lebih ‘mengujakan’ berbanding mendengar lagu kegemaran, menang loteri, atau jatuh cinta! Jika difikirkan semula, betul juga kan?

4. IA SESUATU YANG ‘FEMININ’.


Dalam satu pendapat yang lain yang diketengahkan oleh Elite Daily, ada yang mengatakan bahawa sejak turun-temurun, cara pembungkusan coklat dianggap sesuatu yang feminin. Lihat saja iklan-iklan komersial seperti di televisyen atau poster, coklat lebih sering diiklankan oleh para wanita berbanding lelaki.

Tabiat memakan coklat itu juga dianggap sesuatu yang lebih ‘keperempuanan’. Secara tidak langsung, tak ramai lelaki yang mahu mengakui bahawa mereka juga sukakan coklat.

5.KETAGIHAN.


Alasan terakhir mengapa perempuan ‘perlukan’ coklat adalah kerana kandungan dalam bahan dalam coklat itu sendiri yang menyebabkan ketagihan.

Dalam satu penelitian, coklat didapati mengandungi bahan kimia yang aktif secara biologi. Kandungan alkaloid yang dimiliki alkohol juga terkandung di dalam coklat. Ia menyebabkan pemakannya berasa ketagih dan sukar membendung rasa ingin memakannya. Jadi, lebih banyak kita memakannya, lebih ketagih kita terhadapnya.

Jadi , tidak dinafikan bahawa coklat mengandungi bahan yang baik untuk tubuh secara fizikal mahupun psikologikal. Wanita terutamanya lebih cenderung memakan coklat kerana mudah dipengaruhi emosi berbanding lelaki. Namun, perlu diingat bahawa coklat komersial banyak dicampur dengan gula dan lemak untuk menjadikannya lebih sedap.

Oleh itu, bersederhanalah dalam pengambilannya dan baca label dengan teliti sebelum memakan apa jua makanan termasuklah coklat. Seeloknya, biasakan diri memakan coklat gelap atau coklat kurang manis untuk kesihatan tubuh yang ideal.

MENGAPA MAKAN COKLAT KETIKA HAID.

Ia mungkin disebabkan apabila seorang wanita mengalami haid, beliau memerlukan beberapa mineral dan zat yang boleh digunakan untuk meredakan tekanan dan perubahan hormone pada masa itu. Coklat pula adalah makanan ringan yang mengandungi beberapa bahan semulajadi yang baik untuk kesihatan. Coklat dapat merangsangkan pengeluran bahan biokimia semulajadi seperti serotonin dan dopamin di dalam otak. Ini dapat mengurangkan rasa sakit tanpa perlu memakan apa-apa ubat.

Wanita yang sedang haid juga mengalami kekurangan mineral magnesium atau zat besi (iron), dapat soklat dapat menambahkan kandungan mineral-mineral ini dalam badan.Selain itu coklat mempunyai rasa yang sedap, apabila ia cair dalam mulut, kerana kandungan lemak dan gula di dalamnya merangsangkan deria perasa pada lidah pada tahap maksima. Oleh itu banyak saintis mengatakan bahawa seorang wanita yang sedang datang haid memakan coklat bukan disebabkan tubuh memberitahu otak bahawa ia kekurangan mineral, tetapi kerana ketagihan terhadap rasa coklat yang sungguh nikmat itu.

NIKMAT HIDUP MAKAN COKLAT.

COKLAT mempunyai kuasa luar biasa. Coklat dikatakan sebagai lambang cinta, keceriaan, penyembuh kesakitan dan membantu mengurangkan depresi.

Kepada pencinta coklat, rata-ratanya barangkali dapat membezakan coklat yang berkualiti tinggi atau sebaliknya. Justeru, tidak hairan terdapat ratusan jenama coklat terdapat di dunia ini.

Kalau diikutkan, coklat sangat diminati oleh sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda. Rasanya yang terlalu enak membuatkan ramai yang jatuh cinta.

Seperti diketahui umum, coklat diperbuat daripada biji koko yang diproses.

Berdasarkan fakta yang dikongsi Lembaga Koko Malaysia (LKM), koko pada asasnya ialah tumbuhan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak yang diperlukan.Menurut Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, LKM, Dr Ahmad Kamil Mohd Jaaffar, koko mampu menyumbang sumber tenaga untuk proses tumbesaran dan keperluan harian.

“Koko juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium, copper potassium, maganese, sodium, kalsium, iron, phosphorus dan zink. Semua ini berperanan penting dalam fungsi fisiologi tubuh manusia.

“Selain itu, koko memberikan sumber vitamin E dan B kompleks. Lemaknya mengandungi vitamin A dan E. Coklat susu pula diperkaya vitamin tambahan iaitu riboflavin dan vitamin B12,” ujarnya ketika ditemui di Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor baru-baru ini.

Dr Ahmad memberitahu, manfaat koko terlalu banyak hingga memberi inspirasi kepada LKM untuk menghasilkan 63 produk penyelidikan. Antaranya ialah kosmetik, produk penjagaan diri, makanan dan minuman yang berpotensi dikomersialkan.

KEBAIKKAN COKLAT HITAM.

Daripada banyak jenis coklat, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak, Dr Rizal Abu Bakar ketika diwawancara Sihat:Aktif berkata, coklat hitam atau dark chocolate merupakan paling baik untuk dihadam.

“Coklat yang baik untuk dimakan adalah yang mempunyai kandungan nutrisi tinggi. Coklat hitam misalnya ada kandungan nutrisi lebih 70 peratus.

“Antara nutrien penting dalam coklat hitam ialah flavonoids dan antioksidan yang dapat melindungi sel tubuh daripada dirosakkan oleh radikal bebas dan dapat menjauhi penyakit,” kata Dr Rizal.

Terang beliau lagi, terdapat kajian yang mengaitkan pengambilan coklat hitam dapat mengurangkan risiko sebanyak 20 peratus daripada terkena strok dalam kalangan wanita.

Penyelidikan itu telah dijalankan ke atas 33,000 wanita Sweden oleh Division of Nutritional Epidemiology, Karolinska Institute di negara itu.Hasilnya menunjukkan peserta yang makan coklat hitam dapat menurunkan tekanan darah dan menghalang pembentukan darah beku pada pembuluh darah!Mengulas lanjut, Dr Rizal berkata, kandungan polyphenols yang terdapat dalam coklat hitam juga boleh menurunkan hormon tekanan seperti kortisol dan epinephrine seperti yang dilaporkan menerusi Journal of the American College of Cardiology pada tahun 2014.

Bahan coklat hitam iaitu anandamide dan phenylethylamine (PEA) dilabel sebagai ‘molekul bahagia’.

“Dalam otak manusia, ada reseptor yang dikenali marijuana reseptor atau istilah sainsnya, tetrahydrocannabinol reseptor. Secara semula jadi, reseptor itu sudah ada apabila kita makan coklat hitam, akan lahirlah rasa bahagia dan gembira,” katanya,Menariknya lagi, Dr Rizal memberitahu, pengambilan coklat hitam sebanyak 40 miligram selama dua minggu berturut-turut dipercayai berupaya menurunkan kadar gelisah manusia.Bukan itu sahaja, hormon stres seperti kortisol, adrenaline dan noradrenaline juga menurun.Meskipun, coklat bagus untuk kesihatan, tidak bermaksud ia boleh menggantikan ubat atau diambil terlalu banyak.”Segala-galanya perlu bersederhana,” ujar pakar itu mengenai perihal makanan kegemaran penduduk dunia itu.

Pusat Kecantikan Aishah Radhiah Coklat Spa yang terletak di Bangi, Selangor menggunakan coklat sebagai ramuan utama untuk merawat pelanggannya.Menurut pemilik spa itu, Nurul Wahida Mat Aron, pihaknya menggunakan coklat dalam rawatan kecantikan disebabkan bahan tersebut mampu untuk mencerahkan dan menggebukan kulit.

“Coklat juga boleh membantu antipenuaan, antikecutan (jerawat), memudarkan jeragat, menegangkan kulit dan wajah. Ia juga melicinkan kulit badan selain mempunyai khasiat daripada vitamin C dan B.

“Kami percaya coklat juga baik sebagai antitekanan. Aromanya yang menenangkan sesuai dengan kaum wanita yang sibuk supaya rasa relaks selepas penat menguruskan aktiviti harian,” kongsi wanita itu.Menurutnya, penggunaan coklat tidak membahayakan kerana bahannya yang berunsurkan alam semula jadi dan tiada campuran bahan kimia.

Menariknya, ujar Nurul Wahida, penggunaan bahan berasaskan coklat mendapat permintaan yang paling tinggi daripada pelanggannya berbanding jenis rawatan yang lain!

SUMBER: SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *