Gara gara tak mampu nak bayar bil. Tahfiz Quran al Bukhari ini terpaksa hidup dalam keadaan ini.

Semasa

Sebuah pusat tahfiz di sini bakal bergelap kerana bekalan elektrik dipotong dalam masa terdekat kerana gagal menjelaskan tunggakan bil RM2,537 manakala bil air mencecah RM1,087. Realiti pahit itu dihadapi Pusat Tahfiz Quran al-Bukhari Tok Bali di sini, yang menaungi 25 pelajar dan dua guru, ekoran tabungannya ‘kering’ kesan ketiadaan bantuan dan sumbangan orang ramai sejak pandemik melanda negara.

Mudirnya, Khaharizal Abdullah dedah setakat ini, para pelajar tidak mengeluh walaupun menjalani kehidupan amat sederhana kerana faham pihak pengurusan terpaksa berjimat-cermat supaya institusi dibina sejak 25 tahun itu dapat terus bertahan.

“Soal makan kami boleh tahan dengan cara berpuasa. Namun belum sampai ke tahap ikat perut kerana masih ada individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menghulurkan bantuan makanan. Paling tidak, dalam bentuk beras dan gula. Untuk lauk pauk kami terpaksa mencari sumber kewangan lain. Sekali sekala, ada nelayan yang bermurah hati sedekahkan ikan segar untuk alas perut anak-anak tahfiz ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

PARA pelajar di Pusat Tahfiz Quran al-Bukhari Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, hidup berjimat cermat bagi menempuh musim pandemik. Selain anak tempatan, para pelajar pusat tahfiz tersebut berasal dari Terengganu, Selangor, Melaka, Kemboja dan Vietnam dengan rata-rata mereka mempunyai latar belakang keluarga susah dan sederhana. Khaharizal berkata, beliau sudah memaklumkan kepada anak-anak tahfiz agar berjimat cermat menggunakan eletrik dan air bagi mengurangkan beban kosnya iaitu sekitar RM700 sebulan untuk elektrik sahaja.

“Sekarang gaji dua guru pun dibayar separuh sahaja iaitu RM750 sebulan. Hendak bayar lebih di luar kemampuan kerana pusat ini tidak mengenakan yuran kepada pelajar, sebaliknya bergantung atas ihsan ibu bapa yang mahu menyumbang mengikut kemampuan. Seorang pelajar, Mohd. Lut Rosbi, 24, bersyukur dapat belajar secara percuma selama lapan tahun di pusat tahfiz tersebut dan kini dia mampu menghafal 20 juzuk al-Quran selain mendalami pengajian kitab Turath. “Bukan tidak mahu menyumbang atau membayar yuran, tetapi saya juga anak yatim yang dikekang kemiskinan keluarga. Alhamdulillah saya membesar dengan baik dan terbela di sini,” ujarnya. Sumber: utusan

Tular Kisah Rider Grab Yang Kurang Upaya Punyai Masalah Ini Sewaktu Ingin Menghantar Makanan. Kini Pelanggan Ini Nekad Ingin Jumpa Dan Beri Sesuatu Ini.

Baru-baru ini tular di media sosial kisah seorang penghantar makanan Grab Food yang mempunyai masalah pendengaran dan b1su tidak menjumpai rumah pelanggannya? Kisah sayu ini dialami sendiri oleh penulis dan pendakwah, Bonda Nor sebelum ini. Pada awalnya beliau berasa hairan dan agak ‘gelisah’ apabila ternanti-nantikan makanannya yang  tidak kunjung tiba, ditambah pula dengan beberapa panggilan ‘misteri’ yang setelah ‘diangkat’ tiada siapa yang bersuara.

Sedar akan perkara sebenarnya, Bonda Nor memohon maaf kerana terlalu rasa bersalah terhadap penghantar makanan orang kurang upaya itu dan memberikannya ‘tips’ lebih. Namun rasa bersalah itu ternyata masih sukar dipadam.

Jadi baru-baru ini, Bonda Nor akhirnya berpeluang menebus rasa bersalahnya apabila ‘direzekikan’ dapat berjumpa sendiri dengan penghantar makanan 0KU tersebut. Nak tahu apa yang terjadi pada kali ini? Mari baca perkongsian Bonda Nor di bawah ini.

[Kapsyen gambar di atas: Nampak tak wajah-wajah ceria di situ? Allahu Akbar. Mereka mungkin tak sesempurna kita, tapi mereka tetap positif dan gembira!]

Ingat kisah rider Grab Food yang viral tu? Ya, kisah saya order Yong Tau Fu untuk berbuka puasa. Hampir Maghrib tak sampai-sampai. Saya penat tunggu dia, dia pula penat tunggu saya. Saya sentiasa bersedia dengan phone di tangan. Dia juga sedia dengan phone juga.

Dia call, saya jawab. Tapi dia senyap. Dia call lagi, saya jawab lagi. Dan dia senyap lagi. Begitulah sampai 7 kali, sampai saya dah mula geram, dah kenapa dengan rider sorang ni! Dah hampir sejam dok main misscall je ni! Main-main ke apa?

Kemudian Allah gerakkan hati saya pada sesuatu. Saya buka apps Grab semula. Rupa-rupanya sarat chat box di apps Grab dengan mesej dia. Dia bagitau tak jumpa rumah. Dia bagitau, dia ada masalah pendengaran dan b1su. Allahu Rabbi. Patutlah dia call saya, tapi senyap saja. Rupa-rupanya dia call banyak kali sebab terharap-harap saya alert dengan chat box.

Saya pula memang tak biasa guna chat box tu sebab biasanya rider kalau tak jumpa rumah akan terus call saja. Jadi, saya tak boleh expect sebab inilah kali pertama saya guna khidmat rider OKU. Saya tak tahu! Subhanallah.

Bila saya dah balas mesej, Alhamdulillah dia berjaya cari rumah. Tapi dia sampai hantar makanan untuk saya berbuka puasa tu masa dah Maghrib. Saya pula dah sedia atas sejadah, nak solat Maghrib dulu sebelum makan. Jadi, tak sempat jumpa dia sebab anak saya yang buka pintu dan ambil makanan tu.

Usai solat, hati saya masih res4h.

Walaupun dah bagi tips pada dia melalui sistem Grab Pay, hati saya tetap rasa tak best. Saya rasa bersalah sebab salah sangka pada dia. Dan saya rasa perlu bagitau masyarakat supaya tak buat salah macam saya. Kena lebih peka pada kemungkinan macam ni. Jadi saya tuliskan kisah tersebut di FB untuk peringatan bersama. Bahkan saya juga call pihak Grab untuk mengesan siapa rider OKU yang hantar makanan tu.

“Saya nak ucap terima kasih, rider you sangat bagus. Boleh bagi no telefon dia?” Telefonis itu turut gembira saya memuji rider syarikat mereka. Puan order dari Has Yong Tau Fu kan? Nama rider tu Rizuam. Tapi kalau nak nombor telefonnya, saya kena tanya dia dulu ya.”

Saya akur.

Menunggu dari sehari ke sehari. Kecewa sebab tak dapat feedback seterusnya. Namun, Allah Maha Baik. Dia tahu keinginan saya mahu menebus rasa bersalah itu.

Apa berlaku?

Tiba-tiba, seorang lelaki bernama Asyraf inbox saya di Facebook. “Saya kawan Rizuam, rider OKU Kuala Terengganu. Ini nombor telefon dia.” Ya Allah, berder4u dar4h! Walaupun tulisan tersebut viral, tapi saya tak pernah bagitau nama rider Grab itu. Jadi bila dia sebut nama Rizuam, maknanya dia memang tahu kisah ini dan dia bercakap benar!

Saya guna nombor yang Asyraf bagi untuk hubungi Rizuam, perkenalkan diri dan meminta maaf berkenaan peristiwa tersebut. “Saya dan suami nak jumpa Wan boleh ke? Nak sampaikan sikit sumbangan.”

Alhamdulillah, saya sempat umum di grup Akademi Bonda Nor dan team speaker Ekspres-i yang saya nak jumpa rider OKU ini dan ternyata ramai nak selit sumbangan. “Saya nak ajak kawan saya, boleh? Nak minta dia tolong translate. Dia pun runner Grab Food juga. OKU pendengaran saja, tapi boleh bercakap,” ujar Rizuam.

Rupa-rupanya, Asyraf! Ya, Asyraf yang bagi nombor telefon Rizuam itu pun akan hadir sebagai translator. Masya-Allah, hati saya berbunga-bunga. Rasa lengkap pertemuan kami! Tuan puan,

Hari ini Rizuan datang jumpa saya dan suami dengan kaki terhincut-hincut. Rupa-rupanya dia baru mengalami kejadian yang tak diingini balik kerja waktu malam. Terlanggar kerbau, katanya. Sejenis gigih! Masuk kerja jam 10 pagi hingga 10 malam! “Team runner 0KU memang jenis rajin, bonda. Kami sentiasa kejar job,” kata Asyraf.

Dan paling saya seb4k bila Asyraf tunjukkan senarai carta ‘top ten’ runner Grab Food Kuala Terengganu. Dimonppoli oleh runner 0KU! Masya-Allah. Allahu Akbar!

Bahkan apabila Rizuam tunjukkan pencapaiannya di sistem pesanan Grab Food, saya teruja melihat lencana pujian. Apa feedback customer? Antara nombor 1 hingga 5, semuanya memilih 5! Wah! Terus teringat salah satu komen warganet yang saya baca di posting tulisan viral saya itu, “Dah tahu mempunyai masalah pendengaran dan b1su, nak kerja runner buat apa! Menysahkan orang!”

Ya Tuhan, sedap saja dia mengkritik! Kalaulah dia tahu hakikat top 10 runner ini, tentu dia malu sendiri! Ternyata pencapaian team OKU sangat luar biasa, mengatasi runner yang sempurna segala sifatnya! “Asyraf baca kat mana tulisan yang viral tu? Macam mana Asyraf tau rider tu ialah Rizuam?” soal saya, cuba meleraikan tanda tanya.

“Kami ada grup, bonda. Masa Rizuam nak hantar makanan bonda tu, dia sebenarnya ada order lain juga nak hantar. Jadi dia kalut sikit sebab tak jumpa rumah bonda, sedangkan dia nak hantar juga makanan customer lain. Jadi, dia tanya dalam grup, ada tak sesiapa boleh tolong. Tapi kami semua jauh. Jadi Rizuam pergi hantar order satu lagi tu dulu, lepas tu patah balik ke rumah bonda.”

Allahu Akbar. Rupa-rupanya kekalutan Rizuam lebih daripada yang saya bayangkan! Dahlah kaki sakit dan hari pula makin nak malam. Rumah saya tak dapat dikesan, kalut fikir nak hantar pada customer lain pula. Kesiannya dia!

Sebelum berpisah, saya sampaikan pada mereka, kata-kata Ustazah Asma Harun yang dituliskannya pada tulisan viral saya itu. Tentang orag kurang upaya yang mempunyai masalah seperti ini.

“Mereka sangat mulia, bonda. Mulut mereka tidak pernah menyakiti orang lain. Telinga mereka tidak pernah bermaks1at.” Saya lihat wajah Asyraf teruja dan berseri-seri mendengar penghormatan itu. Dan sewaktu melihat dia bersungguh menyampaikan pada Rizuam dan Muhsin kata-kata inspirasi itu dengan menggunakan bahasa isyarat, saya seb4k!

Seb4k melihat mereka mengangguk faham dan tampak ceria memahaminya! Ia memancarkan satu kepuasan luar biasa. Allahu Akbar. Benar kata ustazah, mereka ini kelompok terpelihara. Tak banyak d0sa. Sembang-sembang dengan mereka, ternyata memang mereka kuat bekerja. Sebab mereka tak layan games, tak tengok movie.

“Kalau layan games, tak jadi kerja pula nanti, bonda! Terlepas job,” kata Asyraf. “Habis tu, apa aktiviti masa lapang?” Kami suka jalan-jalan, bonda. Suka tengok tempat orang. 2 tahun lepas, ramai-ramai OKU pergi Korea.”

Masya-Allah. Kami yang sempurna ini pun tak sebijak itu mengatur kewangan dan perancangan. Syurgalah buatmu, anak-anak! Allah uji kamu semua dengan sedikit kekurangan, tapi ternyata kamu tidak pula berputus asa, tidak hidup meminta-minta. Bahkan usaha kamu sangat luar biasa mengalahkan kami yang sempurna sifatnya!

Alhamdulillah, hari ini dapat sampaikan rezeki Rizuam sebanyak RM5000 sumbangan team Akademi Bonda Nor dan team speaker Ekspres-i. Juga saya bagi planner Semangat! dan buku Bahagia Tanpa Syarat.

Begitulah. Rezeki orang gigih dan amanah pada tugas. Sebab sabar satu jam, Allah kirimkan rezeki sampai RM5000. Barakallahu fikum. Semoga terus sukses Rizuam, Asyraf dan Muhsin!

Oh ya, Asyraf ialah Penolong Setiausaha Sukan Persatuan OKU Pekak negeri Terengganu. Ya, dia tak b1su tapi orang kurang upaya pendengaran. Dia dengar tapi tak jelas. Dia perlu lihat mulut orang yang bercakap, baru dia boleh teka apa yang diperkatakan.

Seronok saya dan suami belajar bahasa isyarat hari ini. Masa Rizuam buat tanduk kat kepala, kami ingatkan dia buat isyarat mar4h atau sy4itan. Rupa-rupanya bila Asyraf translate, baru kami tahu Rizuam cerita dia langg4r kerbau. Hihi. Hari yang indah buat kami atas jalinan takdir Allah dan ukhuwah ini. Alhamdulillah. Sumber: Bonda Nor via SK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *