Baru je sebulan menang. Atlet Gimnastik dedah ada sesuatu pula yang berlaku pada Pingat Emasnya.

Viral

Acara sukan Olimpik Tokyo 2020 baru saja melabuhkan tirainya pada tanggal 8 Ogos yang lalu. Rasanya masih belum terlambat lagi kalau kita nak ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya mengharumkan nama negara masing-masing. Namun, baru je sebulan, atlet gimnastik China iaitu Zhu Xueying yang memenangi pingat emas dalam acara gimnastik trampoline ini mendkwa pingat emas yang dimenanginya terkopek.

Baru-baru ini, Zhu Xueying ada berkongsi gambar pingatnya itu yang dilihat sedikit terkupas. Difahamkan, dia memuat naik gambar tersebut di media sosial Weibo untuk bertanya sama ada perkara yang sama turut dialami oleh pemenang Olimpik yang lain. Pada mulanya, atlet yang berusia 23 tahun itu menyangka tanda tersebut hanyalah kesan kotoran pada pingat namun lama-kelamaan, kesan itu menjadi semakin besar.

On the evening of August 23rd, Olympic champion Zhu Xueying sent a message to Weibo, saying that her Olympic gold medal had lost a layer of skin, and the upper left had mottled visible to the naked eye.  Walau bagaimanapun, pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) Tokyo 2020 menjelaskan bahawa kesan terkopek itu hanya berlaku pada lapisan luar yang melindungi pingat emas itu daripada sebarang kesan calar dan kekotoran. Jadi, pingat emas tu bukanlah terkopek seperti yang disangka oleh atlet tersebut.

Namun, difahamkan juga, sekiranya atlet Olimpik perlukan pingat yang baru gara-gara sebarang kerosakan dan sebagainya, mereka tak perlu risau sebab cetakan reka bentuk pingat masih lagi disimpan oleh pihak jawatankuasa temasya sukan itu. Untuk pengetahuan semua, kesemua pingat di Olimpik Tokyo 2020 ini diperbuat daripada bahan elektronik yang dikitar semula. Difahamkan, bahan elektronik tersebut telah dikumpulkan dari serata Jepun. Sumber: TMZ Sports, South China Morning Post 

Olimpik Impian Farah Ann Menjadi Kenyataan

Farah Ann Abdul Hadi mengalirkan air mata sebaik saja dia menyelesaikan tugasan terakhirnya ketika beraksi dalam acara all-around individu wanita semalam. Atlet gimnastik artistik Malaysia itu sangat emosional kerana impiannya untuk bertanding dalam Sukan Olimpik akhirnya menjadi kenyataan biarpun pada mulanya terdapat banyak ketidaktentuan akibat pandemik Covid-19. Farah Ann, 27, menamatkan saingan di tanggta ke-68 daripada 85 peserta selepas mengumpul 48.656 mata di Pusat Gimnastik Ariake di Tokyo dalam saingan kelayakan. Dia gagal menempatkan diri ke pusingan akhir individu kerana hanya 24 gimnas terbaik akan berjaya, namun Farah Ann tetap melemparkan senyuman sepanjang masa. Atlet kelahiran Subang Jaya itu meraih mata tertinggi dalam dua acara kegemarannya. Dia memperoleh 13.166 mata dalam  melombol dan 12.233 mata menerusi senaman lantai. Dalam aparatus lain, dia mengutip 11.600 mata di palang tidak sejajar dan 11.566 dalam batang titian.

Dapat difahami mengapa Farah menjadi sangat emosional kerana lima tahun lalu, dia terlepas untuk melayakkan diri ke temasya Rip 2016 dengan hanya 0.01 mata.\

Pada 2019, dia berjaya melayakkan diri ke Tokyo 2020 selepas menduduki tempat ke-59 daripada 234 pesaing secara individu pada Kejohanan Dunia di Stuttgart, Jerman.

“Saya bersyukur dapat bertanding di sini, dan ini satu penghormatan. Saya tahu saya telah memberikan segalanya pada tahap ini. Saya memberikan yang terbaik untuk menjadi sebahagian daripada temasya ini.

“Saya akan mengatakan bahawa saya berpuas hati dengan penampilan saya. Saya tidak berjaya mendarat hanya dalam satu aparatus (palang tidak sejajar) tapi secara keseluruhan, ini pengalaman yang akan saya hargai sepanjang hayat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap rakyat Malaysia yang telah menyokong saya selama ini. Saya melakukan yang terbaik, dan terima kasih, Malaysia,” kata Farah Ann dengan penuh emosi.

Farah Ann muncul gimnas ketiga Malaysia layak ke Olimpik selepas Au Li Yen pada edisi 2000 (Sydney) dan Shu Wai pada 2004 (Athens).

Selain Farah Ann, turut ke pentas Olimpik Tokyo, gimnas lelaki negara, Jeremiah Loo yang turut membuat penampilan sulung selepas layak dalam acara individu all around lelaki bulan lalu.

Pakaian kontinjen Olimpik Malaysia Semasa pembukaan menjadi berbualan

Sejak beberapa hari ini kecoh orang memperkatakan tentang pakaian yang dipakai kontinjen Malaysia dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020, Jumaat lalu. Ada yang komen macam corak geometri, terlalu moden dan tidak melambangkan budaya Malaysia. Bagaimanapun ramai juga yang memuji busana rekaan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu kerana menggabungkan dua elemen penting ‘budaya dan sukan’. Kata mereka ini bukan upacara kebudayaan, tetapi acara sukan yang perlu menampakkan elemen ‘garang’, namun dalam masa sama menyelitkan budaya Malaysia. Cantik atau tidak itu subjektif. Ada yang kata cantik, ada yang kata pelik.

Apa apapun kata orang, kita anak malaysia yang faham budaya kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *